Tiada tajuk.

Kebelakangan ni adela beberapa orang yang tanya ‘dah ada boyfren ke?’. Emm rasanya kalau usia ni lagi 9 bulan genap 27 tahun baik saya jawab camni je ‘kalau umur camni rasanya tak cari boyfren dah, baik saya cari suami’. Tu jawapan dalam hati. Jawapan pada diorang ‘Nanti bila dah terbuka hati, insyaAllah adela. Lepastu nak terus kahwin. Heehee (bunyi sedikit gataiii di situ)’.

Macamtulah. Bila ada yang kata macam mana nak terbuka hati kalau asyik tutup je. Nak buat macammana, pakar kata saya ni memang kurang emosi. Sebab tu kadang2 tak paham. Nak cakap dengan saya harus go straight, don’t belok-belok. Pantang saya kalau ada orang berkias-kias bila menegur salah-silap saya. Cakap terus-terang tanpa menyakitkan hati pun boleh kan.

Oh ye, selain kurang beremosi, saya juga kalut. Insiden semalam membuatkan saya tersedar, saya harus ada soulmate yang boleh menjadi problem-solver saya yang kalut ini. Ahaha. Semalam air tumpah atas bajulah, lepastu bila ada ofismet perlukan pertolongan, saya jadi pening tiba-tiba, walhal masalahnya kacang goreng je. Syukur ramai kawan2 bantu. Lepastu bila kalut, saya terlanggar divider jalan pula waktu reverse kereta. Oh ntahpapelah. Rasanya perlu rehat di rumah dan jogging di Taman Botanikal.

Tabahkan hati, lepas minggu depan baru balik kampung! i’ll be back, Cinggu ^_^

Bukan kebanggaan. Tapi kenyataan.

Bukanlah kebanggaan. Tapi kenyataan.

Bukan kebanggaan 1.

Korang ade gambar dengan artis? Ade? Takde kan? (ayat destinasi bajet bangga kunun).  Saya ada okeh. Dengan err err Fasha Sandha. Tapi bukan gambar xxx yang kat Bali tu okeyyy. Definitinely NO NO NO. Itu statement zaman kegelapan dulu. Sekarang zaman pertengahan usia. Insaf dah.

Sebenarnya masa tu kat Terminal 1. Tunggu bas nak balik UTM. Jalan-jalan rupanya Pak Nil baru habis buat promosi Cicakman kat stage. Eh eh lepastu FS pulak buat promosi. Ada contest sapa dapat teka jawapan betul dapat hadiah. Saya pun selit-selit la kat crowd. Sekali soalan tu saya tau jawapan. Alamak tangan ni terangkat lak. Camne ni. Nak turunkan balik tangan tak boleh. Rasa tamak pulak. Ah cincailah. Bukan ada ex-skulmet ke,bakal suami ke, orang kampung ke, ketua kampung ke kat sini. Sini kan Seremban, bukan Banting. Pengacara tu pun panggillah ‘okeh adik pakai baju biru sila naik atas pentas jawab’.

Saya pun naiklah dan jawab. Betul jadi dapat hadiah t-shirt Cicakman. Kehkeh. Bukannya nak sangat pun. Konon. Tapi apa salahnya kan kan. FS dah nak bagi. Lepastu saya buat muka tak malu ‘bang bang tolong ambik gambar saya dengan FS’. AHAHA dapatlah gambar sekali dengan FS + Cicakman sekali. Ada intebiu sikit. Nebessssss i. Iyela depan crowd. Memang doalah ketua kampung takde kat situ nanti dia canang satu kampung sape yang malu. Keluarga jugak.T__T. Ada satu soalan tu, adik dari mana? Bila saya jawab Banting dia dengar Mantin kot. Hmm biarlah. Mantin pun Mantin lah.

Lepas sesi FS, ada sesi sign poster dengan KRU pulak. Saya pun tak sangka diri sendiri naik atas pentas ambik poster lepastu mintak sign Edry Norman Yusry. Hahaha.

Balik UTM siap tampal poster kat bilik. Sekarang taktau pi mana ntah poster cicakman tu. Agaknya kalau jual kat fanatik KRU boleh dapat duit x?. Erm yang gambar dengan FS tu ada lagi. Nak buat camne nak bakar tak boleh. Gambar ada soft copy je. Kamera digital kan. Takkan nak bakar lappy sekali???? Terpaksa simpan buat kenangan.

Bukan kebanggaan 2.

Kecik-kecik dulu mi segera cap Megi perisa kari tu faveret saya. Gila-gila suka. Ibaratnya Megi = kekasih hati. Sedahsyat tu. Tahap addicted = Boleh makan hari-hari. Takdelah tipu. Salahkan bapak boleh tak sebab dulu bapak suka beli sekali banyak 1 kotak Megi untuk jadi supply di waktu lapar yang tak sepatutnya. Asal Megi je mesti sekotak, asal sekotak je mesti Megi.

Tahap addicted sebenar dapat diukur di sini : Ada sehari tu kenduri rumah makcik sebelah rumah. Tengah rewang ni tiba-tiba teringat kat Megi terus lari balik rumah. Geledah-geledah jumpa stok.. Lalu saya bukak 2 paket Megi ambil perencah dia saja lepastu bancuh dengan air panas. Lepastu tak sedar diri pergi hirup tepi tingkap dapur. Gila ah perasaan macam hirup sup cendawan kat hotel 5 bintang ke ape ntah. Dah habis hirup kuah dia terus basuh mangkuk lepastu pergi balik rewang macam takde pape berlaku. Bajet basuh mangkuk + simpan Megi tadi hapuskan buktilah.

Tapi anda nak tau tak bila saya kantoi??? Tak lama lepastu ntah bila, ahlil keluarga teringin nak santap Megi. Cek-cek tinggal 2 paket. Lepas dah rebus baru perasan Megi tulah yang saya curik perencah dia. Oleh kerana dilahirkan perasan bijak, maka i gantilah perencah tu dengan serbuk kari. Warna dia kan sama. Tapi rasa dia, masyaAllah!!! Maka kantoilah saya. Bijak tak?

Bukan kebanggaan 3.

Kecik-kecik dulu memang pantang ada sesiapa suruh pergi kedai. Memang tak mau. Hisshh takut gila dengan orang kedai. Mana-mana kedailah. Kalau kat rumah bolehla buat perangai tak mau pergi kedai. Tapi ada sekali ni tidur rumah mak cik (satu habit saya, boleh tidur kat rumah sesiapa pun tanpa keluarga). Satu pagi tu mak cik suruh pergi kedai, takkan cakap tak mau kan. Terpaksa gagahkan diri. Tapi dah sampai kat muka pintu, tiba-tiba jadi takut balik. Terus takmau. Mak cik pelik lalu terus pujuk pergi kedai. Tak mau tak mau. Tau tak, lepastu saya terus nangis sambil peluk pintu kuat2. Buat drama swasta pagi-pagi sebab tak mau pergi kedai.

Lama-lama mak cik give up lalu dia yang pergi kedai dan balik bawak jajan nak pujuk saya biar tak nangis dah. Cengeng betullah kecik-kecik dulu. Memang bukan satu kebanggaan. Bila besar sikit baru berani pergi kedai. Itu pun arwah mak tuliskan siap2 senarai barang dan saya tinggal pas kat orang kedai. Asalkan tak payah cakap i okayyy.

p/s 1 : sampai sekarang tak berjaya nak buat entri yang menyentuh hati. Rahsia hati, biarlah kusimpan sendiri. Ecehhh.

p/s 2 : entri sebelum ni (bercerita tentang cinta) tak sengaja tarikh dia 14/2/2011. sebenarnya dah lama dalam draft. Sebelum berhabuk saya publishlah. Baru perasan tarikh dia tu sama macam VD. Saya tak iktiraf VD, dah tentu anda juga kan!

berfalsafah tentang cinta.

Ini kisah dari doktor hati. taktau lah bertauliah ke tak. Berfalsafah, ke erk berfalsampah? Kalau sudah suka buatlah apa pun. Semuanya indah belaka. u buat je, i ikut. i folo u. u jump i jump. Kalau dah suka tu biar nampak bumbung rumah si dia je dah terubat rindu. Pandang kereta pandang nama je dah bergetar rasa. Biarlah si dia tu tak berkakilebar pun di mata orang, yang penting indah di mata kau.

Ibaratnya macamnilah. Antara ramai-ramai umat manusia kat depan kau, si dia yang nampak lebih bersinar-sinar 10 kali ganda dari orang lain. Walau si dia tak botak namun sinarannya tetap tepat memanah jantung kau lalu jantung pun berlari dengan kelajuan lebih kuasa kuda. Itu, panahan cinta.

Well, suka tak semestinya cinta, dan kalau cinta pun tak semestinya memiliki. Kalau nak pilih pasangan kan ada 4 kriteria ini adik-adik. ……………….sila isi tempat kosong. Nanti cikgu boleh bagi markah bonus. OHHO padahalnya sendiri tak ingat kriteria tu O_0. 

Kalau susah-susah pikir sampai botak kepala atau ada masalah keguguran rambut tak payah pergi YUN NAMhaircare dah, sila bukakan dan baca Al-Quran, insyaAllah Allah akan bukakan jalan. Tuhan tu kan MAHA ADIL. Tak pernah lupa pada hambaNYA tapi manusia yang sentiasa lupa.

Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui .

Wallahu a’lam.


			

Ekspedisi mendaki separuh je Gunung Ledang

Internet lari lembap di kala ini.

Kengkawan lain pakat upload gambar kat fb, maka saya pun upload gambar tapi kat sinilah. Baru aci kan? 5/12/2010 tu kami pergi kenduri kawen Tuty. Yang menariknya, lepas pengantin lelaki sampai terus emcee mintak semua hadirin yang ada aminkan bacaan doa untuk pengantin. Aura keberkatan dan tenang memang terasa. Doa dia ala-ala lagu Maher Zain baarakalluhuma~~ tu.

Petang tu, kami bertolak ke Hutan Lagenda Gunung Ledang. Yang kelakarnya, boleh pulak kat highway tu salah masuk arah gi KL. Syukur cepat perassan. Terpaksalah Echot reverse kereta. Sampai kat pintu masuk je, memang seramlah sebab takde sense of welcoming langsung. Ladang kelapa sawit! Rupa-rupanya, kena redah ladang tu jauh-jauh baru sampai kat tempat tu. Subhanallah cantik!

Yang bestnya, makanan kat situ memang tip-top. Sedap sungguh. Chalet pun besar, selesa lepastu kau tidur bertemankan bunyi unggas + air terjun, siapa tak suka? Walaupun malam last tu saya tak boleh tidur. Terkebil-kebil gara-gara diorang cerita h****.

Isnin 6/12 kitorang mendaki. Trail nak naik atas agak senang. Tapi bagi saya yang hari-hari bersenam kat mulut je memang pancit. Rasa mau give-up nasib baik kengkawan support. Trimas~~Kalau orang lain bangga dapat naik puncak, kitorang bangga dah sampai separuh Gunung Ledang. Main-main air kat kolam banyak ikan. Kesian Sol accident masa naik mendaki. Yang paling menggelabahnya, masa nak turun tu hujan. Kitorang jalan cepat, tak usah cakaplah jatuhnya, pacatnya bagai. Hujan kan. Tapi sempat berenti ambik gambar kat air terjun. Memang marbeles!

Oh ye, apa-apa barang yang dibawa naik atas mesti direkod dan kalau kurang kuantiti bila dah turun balik, kena denda. Polisi ni bagus untuk kekalkan kebersihan hutan kat Malaysia. Yang tak bagusnya, sayalah orang yang kena denda RM5 sebab hilangkan botol air.

Hari last, kami jenjalan kat kaki gunung sambil buat aktiviti biasalah. Hihi. Lepastu balik singgah Mydin MITC. Dah malam baru sampai rumah. Lepastu esok pagi saya balik Melaka semula sebab kerja. Oh sungguh bijak perancangan. Lepastu moody ½ hari sebab cermin kereta kena batu masa kat jalan balik.

Buat staf-staf PTNJ yang best, tahniah! Buat kengkawan yang best, tahniah! Esok lusa kita buat lagi. Heh, padahalnya kelmarin dah selamat beraktiviti jenjalan Morib. Sebelum kahwin nilah beraktiviti dengan kengkawan. Sekian, saya sudahi dengan gambar2 ini. Amacam cikgu BM, ada can tak saya dapat A+ untuk esei ni?

wrap-up

Yeah mari kita bungkus tahun 2010 dan simpan dalam otak yang rasanya kalau boleh see-through masih cantik tak berkarat kot. Ada satu benda yang tak boleh lupa tahun 2010 sebab ada satu masa tulah golongan macam saya ni wujud 4 tahun sekali. Haa cuba teka pasal apa? Fikir2 balik ada gak faedahnya. Maka taulah hamba yang Portugal itu sebuah negara dan Portugis adalah bangsa. Dan Holland adalah sama dengan Belanda dan Netherlands. Ohho tak maulah jadi macam tahun lepas lagi 0_o.

Dah habis dah wrap-up 2010 *tepuk tangan*. Kita wrap-up Jan 2011 pula. Usia dah berkurang. Lagi 10 bulan saya genap 27. Salah satu sebab saya tak sedia ke alam yang berdua tu sebab tak terbayang macammana nak lalui hari yang sepatutnya indah tu tanpa ibu di sisi. Korang tau betapa homesicknya saya jadi tentu dapat agak betapa rapatnya saya dengan arwah kan.*nangis nangis*. Dah dah selamat tinggal cerita sedih. Eh eh baru perasan harini 02.02.2011 genap saya 2 tahun kat bumi Melaka. Tempat mencari rezeki.

Ok, wrap-up Jan 2011 saya rumuskan dengan aktiviti :

29.01.2011 – hasil pengaruh K. Syikin & K. Widad, petang Sabtu dihabiskan bermain bowling acara bebas masuk longkang. Well, isteri En. Hafiz paling hebat banyak jatuhkan pin. K. Widad pun kool je pakai bola 12. Syabas 🙂

30.01.2011- petang tu meredah hujan lebatsss untuk sambut hari lahir bapak. Kek dan satay adalah sponsored by adik nombor 2. SAYA MASAK NASIK GORENG DENGAN AYAM. (Keji, caps-lockkan sbg bukti i can cook.)Ahli majlis kelaparan sebab tunggu yang dirai balik surau pukul 11pm. Lapar terpaksa makan hati dulu.

close up

abaikan saja presentation yg kureng indah itu~~~

Jadual harian adalah temankan bapak pergi Banting, balik kampung kat LD etc. Seronok tau. TAK PAYAH CAKAP PUN TAHU.

Tapi ada 1 insiden kat Tesco ni buat saya tertanya-tanya. Bapak terserempak dengan kawan dia. Kawan dia cakap ‘tarakku iki bojone‘. Adakah :

A. Saya nampak tua. OHH TIDAKKK!!!

B. Bapaku nampak muda. Erm tak kot.

C. Saya salah dengar.

Okey, jawab C. Oleh itu, saya masuk Tesco dan beli cotton buds.