Tragedi buah mangga

Em, saya bukanlah jujur sangat. Cuma memikirkan kebarangkalian akan rasa bersalah sepanjang hayat setiap kali makan mangga, saya mengakulah. Nanti ada LCD besar tayang kat Padang Mahsyar. Kot2 ada CCTV kat dusun tu ke. 

Macam ni sebenarnya. Petang semalam saya dan Kak Widad melawat dusun kat ofis. Melawat ala2 YB turun padang. On the way nak ke pokok sendiri, ternampaklah mangga pokok Kak Lin dah besar. Pencapaian besar okeh, itu satu2nya buah antara ratusan pokok lain termasuk lalang & rumpai. Saya snap gambar mangga nak tunjuk kat Kak Lin. Excited, tangan saya gatal2 sentuh. Sipi je. Tiba2, deng! Mangga tu gugur tergolek2 jatuh. 

sebelum tragedi

selepas tragedi

 Kalau kertas, bolehlah gam balik. Ini mangga. Gelabah, saya pun tinggal mangga tu dan lari dari tempat kejadian. Kesian dia. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pulak. Atas nasihat pakar, petang tu saya datang ambik mangga tu semula. Takut kalau binatang buas atau semut makan (alasan tak boleh blah). 

 Apa pun, semua yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin :  

a)      Buah tu pra-matang. Kalau tak digugurkan, nanti mencacat kat pokok.  

 b)      Mangga tu akan hanyut atau terbang dek angin. Lately, angin kuat & hujan lebat.  

 c)      Tangkai dia macam tak larat je support mangga yang berat tu. Ok lah tu saya ringankan beban dia.  

 d)     Dah takdir nak jadi tragedi petang di bulan Jun.  

 e)      Tuhan  nak uji tahap kejujuran saya & tahap kesabaran Kak Lin mendengar berita tragis ni.  

 f)       Jawapan di atas semua alasan belaka.  

 Saya pilih d).  

 Ini pokok saya. 5 tahun lagi dia berbuah nanti saya ganti mangga yang saya jatuhkan tu.   

20 mei-hidup segan mati tak mau

26 mei-tumbuh tunas setelah saya slow talk dgn dia

24 jun-semakin dewasa selepas dimotivasi

 Oh, entri ni khas untuk Kak Lin.

 

Advertisements

Perjuangan demi sesuap nasi

Entri ini sangat sedih & seram. Jadi sediakan tisu di sisi sebelum terlambat.

Di tanah Kesang Pajak segalanya bermula & berakhir. Perjuangan ini bukan mudah. Ianya menuntut kemerdekaan. Merdeka dari penyakit malas. Demi sesuap nasi untuk kami bertiga, Kak Gee membulatkan tekad meminjam sang Modenas dari Kak Ana jiran tersayang. Kak Syikin dengan rela hati membawa sang penulis yang selekeh bertudung hijau taik lembu, berbaju kurung, berseluar track biru dan bersweater coklat menunggang sang Modenas. Kak Jas yang baik hati meminjamkan sang Kancil oren untuk kami mencapai cita2 demi sebuah perjuangan.

Di rembang2 senja itu, kami kehampaan dek Encik Desaku. Perjuangan diteruskan dibantu jiran Satu Malaysia yang muhibbah Encik Cina (& anak2nya yang nakal). Begitu susahnya berjuang hingga terpaksa melalui lorong kegelapan di pintu belakang. Dan kehampaan. Sedih. Sifat mengambil berat gaya 1 Malaysia ditonjolkan apabila kami mendapat nasihat free oleh Encik Cina.

Dengan menunggang sang Kancil, perjalanan diteruskan dengan harapan akan berakhir di destinasi ketiga. Kami tiba di rumah agam kat selekoh Kesang itu. Tak percaya telah menjejakkan kaki di banglo yang tersergam indah itu. Maghrib semakin larut. Bunyi sahut-sahutan. Bau2an menusuk ke hidung. Saspen. Oh, bau durian rupanya. Mana tuan rumahnya? Dan, dialog ini berjaya menamatkan perjuangan kami “Sini ada jual tong gas ka?”. Jawapan positif. Ada. Mission accomplished!!!

wahai tong gas. kalaulah kau tahu betapa desperate-nya kami mencarimu.

p/s : Sang penulis sempat beramah tamah dengan tuan rumah banglo. Perlukan tong gas, minyak atau arang? dapatkan segera di situ. Ini iklan percuma tak dapat apa pun kecuali diskaun tong gas 50 sen. Tq sang Kancil membawa muatan berat semalam 🙂

Bola bola bola

Selama hidup kat dunia ni, tahun 2010 ni pertama kali saya menjerumuskan diri dalam bidang perbolaan. Minggu lepas kali pertama tertengok match Portugal lawan Ivory Coast. Tak sia-sia tidur rumah Kak Syikin. Kebetulan Kak Syikin bukak channel tu jadi kitorang pun tengok. *Saya tengok dengan bosan*. Lama-lama jadi seronok. Terlelap-lelap jugak. Terus saya jadikan Portugal sebagai pasukan kegemaran. Akhirnya frust menonggeng sebab draw 0-0.

Malam tadi best. Portugal menang over Korea Utara 7-0. Nombor faveret saya 7. Baru saya tau perasaan bila tengok pasukan agak faveret anda jaringkan gol. Walaupun terlepas tengok gol pertama dijaringkan sebab kitorang sibuk cerita benda lain. Dulu, saya rasa tengok match bola sepak adalah satu benda yang tak logik sebab kita cuma tengok bola tu golek-golek sana-sini. Sekarang saya tarik balik sebab saya rasa best gila tengok skills pemain, dan kegembiraan peminat2.

Saya = peminat bidan terjun Portugal. Kalau orang tanya kenapa, ini jawapan dia :

1) Match pertama yang saya tengok setakat 25 tahun 6 bulan hidup kat mukabumi ni adalah match Portugal-Ivory Coast. Itu pun secara tak sengaja tertengok.

2) Bangsa Portugis pernah jajah tanah Melayu. Kira ada hubungkait dengan Malaysia lah. (alasan tak boleh blah)

3) Nombor faveret saya 7. Cristiano Ronaldo pakai jersi nombor 7. Portugal-Korea Utara 7-0. Maaf saya tak sokong Korea Utara sebab negara tu buat ujian nuklear.

go go Portugal!!!

Kak Gee, sekarang saya dah tau Nelson Mandela bukanlah tokoh bolasepak Afrika Selatan. Konpius dengan Maradona deh. Sekarang saya sudah tidak buta bolasepak. Mungkin masih buta isu semasa. Lepas demam bola habis, kita tengok National Geographic pula ya kawan-kawan.

Oh Mydin

Malam tadi kitorang pergi beli barang kat Mydin MITC. Lepas beli-beli, kena bayarlah pulak kan. Eh ape isi tak penting ni tulis juga. Maaflah, perut separa kenyang jadi maklumat tak dapat disampaikan dengan jelas. Lagipun ada misi wajibun ni.

Okey, restart. Malam tadi kitorang pergi beli barang kat Mydin MITC. Masa dekat kaunter pembayaran, cashier yang tengah scan harga tiba-tiba berhenti buat kerja. Dia cakap,” Sekejap ye.”

Ada masalah kot, hati aku cakap sambil balas senyuman dia. Tapi,  2, 3 minit berlalu, dia duduk senyap tak buat apa. Lalu terbitlah terjahan-terjahan pelik dalam kepala otak aku. Justeru, sebagai pengguna bijak yang mengamalkan hak-hak kepenggunaan, aku buat-buat belek jam tangan dan tanya “Kenapa berhenti?”

Jawapan si cashier,”Tengah azan ni”.

Erk, nak undo soalan tadi tu boleh tak kawan-kawan. Baru aku perasan semua staf Mydin diam tak buat kerja. Azan Isyak tengah berkumandang dalam Mydin rupanya.

Lepas azan, cashier tu sambung balik scan barang. Titt, titt…

p/s : Aku bagi 5 bintang kat pasaraya Mydin! Insaf.