Kedah oh Kedah

Kedah negeri jelapang padi. Dan Kedah banyak tinggalkan kenangan pada aku. Ini kali kedua aku jejak kaki di tanah ini untuk berkursus lepas kali pertama rombongan ke Langkawi dulu2.

Seikhlas hati, aku menyatakan orang Kedah adalah orang2 berhati mulia dan mesra alam. Setakat yg aku kenal, memang camtu. Dan malam tadi, merupakan kali terakhir aku datang berjalan dan bermalam di rumah Kak Ton & Bang Noq, kakak angkat Kak Zack, roomate aku sepanjang kursus di Swiss Inn(yg harus di-switch off ni!-panjang ceritanya)  Sg. Petani ni. Dah beberapa malam sebelum ni, aku yg muka tak malu p bermalam kat rumah diorang, dan akhir sekali, malam ni, acara makan2 sambut birthday Aishah anak Kak Zack yg terer speaking tu.haha..Chicken chop & laksa kedah Kak Ton, harus xku lupa..

Rasa nak teriak bile dah nak berpisah..dan aku berjanji kalau tak ada aral melintang, aku akan singgah rumah Kak Ton lagi, sebab aku akan p ke Aloq Staq ujung tahun ni..insyaAllah..So, orang2 Kedah, banggalah anda menjadi orang Kedah, sebab aku dah jumpa orang2 Kedah yg baik kat sini. Tapi, ape2 pun, aku tetap sayang negeri tumpah darah aku, Selangor tercinta^_^

Akuaria

Di atas tahap kerajinan yg agak melonjak2, aku coretkan satu lagi memori zaman kanak2. Entri ini bukan ditulis kerna aku teringin atau berkehendak nak p Akuaria..Elehh..tak payah..kat rumah aku pun ada Akuaria, cume berkali-kali ganda lebih kecik, dgn spesies2 ikan belaan yg juga berkali-kali ganda lebih sedikit.

Hobi bapak aku adalah membela & membersihkan akuarium, sebelum bertukar kepada hobi baru : menanam cili & meracun pokok2 bunga yg tidak dianggap berfaedah. (Contoh: taman groundcover yg aku usahakan musnah diracun bapaku)..Dan aku paling tak boleh lupa idea bapak aku meletak akuarium xseberapa kami tu di tengah2 meja makan kat ruang tamu. (zaman dulu2 takdak sofa segala..meja makan tu ja..). dan dah dekat raya masa tu.

Jadi, keadaan atas meja adalah dgn akuarium di tengah2 & kuih raya di sekelilingnya, yang mana, bila tetamu datang, diorang lagi syok dok perhati ikan dalam tu dari dok menjamah kuih raya. Ikan tu pun pandai posing lincah, perasan jadi the centre of attraction..Dulu aku rasa unik idea bapak aku, tapi sekarang aku musykil, ntah2 tu idea bapak aku nak menjimatkan kuih raya tak?

Melayu vs Asli

Melayu vs Asli. Erti kata lain, orang Melayu vs orang Asli. Teringat aku cerita arwah mak…di satu situasi pada zaman dahulu kala sewaktu masih muda.

Pertandingan debat mulut antara arwah mak & makcik dgn orang asli yg kerja kat kebun arwah atuk..yang mana orang asli tu minat kat arwah mak, tapi biasela, bertepuk sebelah tangan..

Dan dek kerana rasa tercabar, encik OA itu pun start dialog ini :-

OA : Tau tak kami ni lebih hebat dari orang Melayu?

MC : Nape lak?

OA : Kami makan musang..

MC : Apa yg hebatnya makan musang?

OA : Maknenye kami lagi pembersih dari orang Melayu,u all makan lembu..

MC : Konpius..camne makan musang boleh jadi lagi bersih dari makan lembu?

OA : Orang asli makan musang, musang makan buah. Orang Melayu lak makan lembu, lembu makan rumput..antara buah dgn rumput, mana lagi bersih?

MC : Tergaru-garu kepala & tak dapat terima kenyataan..

…dan cerita tu telah diulang tayang sebanyak kali yang mungkin sewaktu arwah ibuku masih lagi hidup.

p/s : dialog diubah mengikut kesukahatian bahasa penulis, tetapi masih mengekalkan isi & maklumat cerita.

  

Dulu, kami suka duduk keliling arwah mak dan dgr cerita2 zaman kanak2 arwah mak yang semuanya buat kami gelak xcukup gusi. Kire aktiviti wajib la. Biasa akan start after makan malam dan diakhiri dengan sesi mengenang kehidupan zaman komunis dulu2. Kenangan pahit bagi arwah mak, dan membuatkan kami sedar, hidup zaman dulu memang dahsyat, berdepan risiko kematian sepanjang hari.

 

Zaman sekarang pulak, lain masa’elahnya, dengan mehnah tribulasi dan dunia di hujung jari,  makin sempit rasanya.

 

Sudah-sudah. Aku nak cerita tentang kisah orang asli sebenarnya. Dunia kerjaya aku suatu ketika dulu pernah membawa aku ke destinasi sekolah orang asli. Dalam tempoh dua bulan tepat aku jadi cikgu kat situ. Anak2 orang asli ni sinonim gak dgn 3M tau..jangan ingat budak2 biasa je kne apply 3M..membaca, menulis mengira. Tapi anak2 orang asli ni lagi hebat 3M diorang, main, makan, malas.

Bukan aku yang cakap, ade sorang pegawai dari PPD yang cakap.

 

M pertama, main : berdasarkan pengalaman tak tipu aku, diorang memang sakan bab main. Semua yang tahap kasar tak ingat. Boleh kejar2 dari kutub utara ke kutub selatan, melalui garisan Jadi & Sartan. Boleh patah balik dari timur ke barat. Tak penat. Stamina kuat..Aku yang letih dan perlu menyuntik tahap kesabaran & keimanan yg tinggi bile masuk kelas ajar Maths dan Bhs Melayu..sekadar info, kita akan mengajar benda yg sama berulang2 kali dan memberi soalan yang sama berulang2 kali. Perggh..sabar itu separuh daripada iman.

 

M yang kedua, makan : makan mereka memang FOC. Kerajaan tanggung. Dan itu adalah pemangkin dan penggalak mereka utk ke sekolah. Makan memang sedap2 belaka. Diorang pernah cakap, rugi tak datang sekolah cikgu..yg membuat semangat aku berkobar2 dengar, tapi sekejap je, sebelum menyedari ayat sambungan seterusnya adalah..

dapat makan free..

 

M ketiga, malas : yang ni tak dapat dinafikan lagi. Even kite2 orang Melayu pun ade penyakit M ni..ada cikgu cakap, tu sebab faktor pemakanan diorang. Kalau yang bukan Islam (majoriti bukan), makanan faveret adalah cik Bi, atau lebih glemer dipanggil cik Influenza..lagi, cik tupai, cik monyet, cik kera dsb..sedap..itu kata diorang.

 

Teringat aku kelas BM 1st yang aku masuk.

aku : Sila buat ayat dari gambar ini (aku tunjuk gambar monyet)

murid : ‘Saya suka makan monyet.’ (dgn yakin dan terus mengunci jawapan muktamad)

aku : Gelak sambil menasihati (hari 1st, contoh guru yg baik)

Dan balik pejabat, aku diberitahu kebenaran, murid2 aku xbuat lawak, tapi memang diorang makan cik mon..Tapi masyarakat orang asli kat situ dah maju. Rumah banglo pun ada. Ada yg berjaya, sampai mengajar kat sekolah tu gak. Ada ibu yg sanggup berhempas pulas hantar anak naik beskal p sekolah. So,penafian yang cuba aku buat, cerita ceriti ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sbg penulis dan xdak kna mngena dgn mana2 pihak. Jadikan yg baik itu pengajaran, dan yg buruk itu sempadan…

p/s: ini adalah entri terpanjang aku setakat silentnur dirasmikan sebulan setengah dulu. kerana tahap kerajinan rasa bagai disuntik2..

Pengucapan Awam

Dah lama rasanya xbuat pengucapan awam..Sejak zaman uni dulu2, adela selalu, almaklumlah banyak sangat projek, so mesti kena ada presentation. Dan selalu gak, bile dah nak pindah sekolah, kena bagi pengucapan awam depan students..Selalu haru-biru dan cacamerba ntahpapa..

Dan Ahad lepas 26 Julai 2009, sekali lagi setelah sekian lama, kena buat pengucapan awam..serious xdak idea. Tengok kawan2 sekursus induksi ni, semua idea hebat2 + mantap2 wif information..Last2, aku belek2 balik silentnur yang usia dia baru sebulan setengah ni..haha..and, dapatla idea nk cerita tentang memori, nostalgia zaman kanak2 aku.

Sangat xberinformasi, tapi at least i can share something wif the whole crowd kan..aku belek balik cerita kucing and tupai aku, tapi xdapat cara camne nak ringkaskan cerite2 tu within 5mins. Last2, aku buang part anak tupai mati lemas, edit jadi fiksyen sket (sorila atan, dalam cerita aku depan crowd tu, atan yg jadi pembunuh anak tupai, walhal sebenarnya, aku yg termembunuh anak tupai tuh)

Sungguh xdak idea nak memendekkan cerita, dan aku xsedar aku dah tertambah fiction lak pasai anak tupai, sehinggalah disedarkan oleh Teo..yg aku telah memutarbelitkan cerita & meletakkan kesalahan kat kucing aku..insaf2. tqvm na..

bukan katak bawah tempurung, tapi katak dalam periuk terkepung~

Dan tibe2 teringat perihal katak yang pernah aku cuba bela dulu, tapi xpernah dok cerita kat blog ni..macam geli. Lain kali aku crita..Yang penting, aku dah refresh semula kenangan2 zaman kanak2 aku yang macam best tuh..=)…and semua kenangan tula yg menjadi lipatan sejarah hidup aku, dan menjadi part and parcel of my life, menjadikan aku siapa aku sekarang ni..

induk-c=rf-c

Lama sudah rasanya meninggalkan silentnur. Dihambat kesibukan berkursus induksi nun jauh di utara tanah air, di Sungai Petani Kedah yang baru pertama kali aku jejaki sepanjang menumpang bernafas di bumi Tuhan ini, banyak yang aku tinggalkan. Kerja & kerja & kerja. So, sekadar mengisi ruang yg ada di waktu kelapangan ni, biar aku coretkan kisah2 perjalanan menuju destinasi sg. petani..

Kami bertolak seawal 830 pagi. Non-stop. berhenti sekejap cuma di R&R Tapah. Isi perut & bagi makan kereta. 230 kami dah sampai Sungai Petani. keluar tol Simpang Ampat and masuk di tol Juru. Lepas tu masuk ntah tol hape yg aku xingat. kira hebat jugak r sampai kul 230 ptg tu..

Dan yg paling xboleh lupa setakat ni, kami dah berjaya sampai di RFC. Sekian lama kak ayu mencanangkan RFC Sg.Petani..aku sampai gak akhirnya. macam kfc, tapi lain. aAam organik. 2 rasa berbeza-herba & spicy. Harga pun not bad. sokonglah makanan orang kita!!!

Konsep RFC kaler oren. Striking. Haha..bes dapat makan sini. Sebelum induksi, kami dah sampai di RFC dulu. So,dalam lipatan sejarah aku, 19.07.09, jam 3pm, aku dan colleagues dah berjaya jumpa & makan RFC buat julung2 kalinya!!yeay..

Pak Din Pencen

Pak Din dah pencen? itu antara feedback paling lawak prnah aku dgr bile kami cakap nak makan kat kedai Pak Din Pencen..

FYI, Pak Din yg kami kenal kat serata pekan Selandar ni 2 org je..Persamaan 2 org ni, dua-dua ramah tamah. Perbezaan, mmg 2 org yg berbeza. Nak cerita, Pak Din Pencen punye kedai mmg best. Tip-top~Ape yg tip-top? of kos makanan2. Paling special bihun sup+limau ais(cmpur asam boi). Curah sambal kicap 3 4 sudu, mmg kaw..nangis sambil makan!!!

Lagi yg best, makanan cukup murah. Bihun sup RM3 mmg byk sangat isi dgn macam2. ayam. taugeh. bihun. sup. fishcake. tauhu..Harga lauk pauk lain statik. Ambik banyak or sikit, bayar sama. Byr pun lebih kurang. Pak Din & Mak Mah xberkira.

Lagi, kalau makan kat sini, boleh jumpa macam2 bangsa. Melayu, Cina, India, warga Indonesia pon ada. Pendek kata, kedai ni sediakan makanan sedap2 yg semua orang, semua golongan pon mampu. So, kawan2, kalau korang bertandang ke Selandar, maila datang sini..in the house insyaAllah.

Selangor-Perak-KL-N9-Melaka

Pernah x anda pergi banyak sangat negeri dalam 1 hari? Aku pernah…dan detik2 bersejarah ni harus aku catat dalam blog >_<..

Ahad, 5 Julai 2009. Destinasi tujuan, Kerling, S’gor. Perjalanan kami sepatutnya bermula seawal jam 7.00pagi. Tapi setelah didrag2 oleh kemalasan terlampau, kami mula bergerak jam 9.00pagi.

Dibantu es-em-es tunjuk arah dari Ely,dan peta cinonet bapaku, ditambah dgn instinct kuat kami yg sama sekali xboleh pakai, kami akhirnya sampai ke Kerling 2jam after that. Inilah akibat bila pilot dibantu oleh co-pilot2 yg xb’pengalaman & suka tunjuk pandai. Keluar ikut arah Klang bandar Diraja, kami m’hala p KESAS  & keluar masuk ke PLUS highway. Melepasi KL, kami teruskan perjalanan & keluar di exit Tanjung Malim & tersesat barat sampai pekan Tg. Malim. Dan, menyedari hampir sesat, kami segera berpatah balik ke pangkal jalan, & made it to Kem PLKN Kerling , tempat adik bongsu yg nakal terletak. Berbukit-bukau & sgt hijau. *Gambar xsempat diupload*

Pengalaman adik bongsu yang xpernah duduk asrama memang sangat mengesankan bagi die. Kene siram 1 baldi air sebab xbangun solat berjemaah, kena lari pikul tilam pusing dewan makan depan gadis2 cun sebab xkemas katil, n macam2 lagila yg xpatut dicoretkan kat sini. Ironinya, die sorg yg kena. Skrg dah kamceng dgn tukang jirus air tu. Hahaha! Dan die cerita, skrg dah berubah, dah jadi imam solat asar, tukang baca doa, dah boleh basuh baju etc. Aku doakan angin perubahan ni akan berterusan. Amiin..InsyaAllah..

Even ramai orang cakap PLKN siri-3 ni untuk budak xmau bljr, aku yakin ni akan bawa 1 anajakan paradigma utk H, sebab sejak zaman sekolah dulu, cikgu selalu cakap, diela hero kat kelas, nakal yg amat. Suka buat lawak bangang antarabangsa, bijak tapi xmau belajar, cikgula cakap. Nak SPM, banyak main lagi, sibuk dgn futsal, sibuk dgn kawan2. Aku kakak yg baik nasihat, xmau dengar. Hopefully, ni la masa utk die berubah.. Amiin..Tuhan lebih tahu.  Ape2 pun, he deserves it.

Selesai upacara makan2, ambik2 gmbr & sesi penyampaian amanat, kami pun pulang. Dan bapak aku as usual, bekalkan RM utk die. Manja amat budak ni..Bapak aku, baik yg amat..Aku dah bagi sikit, cukupla. Bapak kate: xpe..simpan je..Dan die, dgn sengih kerang busuk, happy dapat duit. Buat beli pencuci muka katanya. Yolah tu..

Tadi, aku dah jejak Selangor-KL-Perak kan?. Skrg, balik time, kami gamble lalu pekan Rawang. Dari tol Rawang, bantai je jalan highway & akhirnya selamat tiba di tol Putrajaya..Alhamdulillah..xsesat. Singgah solat di Msjd Dengkil. Balik sekejap. Semua terbongkang kepenatan sampai Asar. Dan, lepas tu aku start packing utk balik Melaka. So, petang tu, aku dihantar ke Seremban, N9 & akhirnya sampai kat Melaka. Selandar, tempat tumpah keringat xseberapa ni (sebab duduk dlm air-cond la katakan..)heheh..

Hmm..in a day, Selangor-Perak-KL-N9-Melaka…dah aku jejak. Alhamdulillah, dapat tengok tempat orang…

Pejabat JAIS

Lokasi : dalam kereta on the way balik-Melaka-Banting. Dari komuter Nilai. Singgah di Mydin Mart sat.

Tarikh : 3 Julai 2009

Masa : Hampir ke Isya’

B : Kita nak solat Isya’ katne ni? Masjid Putra, Masjid KLIA @ Masjid Bukit Changgang?  …mase tu, dah dekat dgn msjd KLIA…nak belok ke, terus..

A : mana2 pon bole

B : terus je la. solat kat BC. (sambil berceramah kecil-kecilan tentang masjid2 kat Putrajaya yg gah tapi kadang2 cuma 1 saf saje. ni tambah lagi dgn masjid besi berani tahan karat.kata B, umat akhir zaman…

A & J : dengar saje sambil mengiyakan.

Tiba2…

Kedengaran bunyi siren polis dari belakang. Sedang kereta2  meluncur laju di jalan. kami kecuali B panik. Segera tarik tali pinggang keselamatan. Kalut. ces, rupa2nya kereta bomba warna merah sedang berlari laju. Ada kebakaran barangkali. Atau sengaja test power. Fuhh..lega..tersegan sekejap sebab ternyata kami cuma buat sebab undang2, bukan kerana keselamatan…

Kembali lega. Perbualan menjurus kepada topik ala-ala. Semua keletihan. Tiba2, handphone B berbunyi. Tak sempat diangkat dah terputus talian. Handphone aku pula berbunyi. Nada dering lagu Aizat-Sahabat. Nombor 03-******** keluar. .Bukan no. handphone ni..desis aku dalam hati..

A : Hello siapa ni?

H : Saya dari pejabat JAIS. Boleh saya bercakap dgn En. M?

A : Siapa ni? Kenapa? B*** saya tgh drive. 

kalut seh masa tu..macam2 terlintas di fikiran. JAIS..8.35pm..apa lagi kalau bukan berita buruk. Tapi, rasa aku & adik2 aku semua selamat sihat walafiat tadi. Baru ber-sms dgn diorang.

H : Hello..Boleh saya bercakap dgn En. M?

A : Ermm..ape hal ye? B**** saya tengah bawak kereta..      seramnyee..

H : Iyela tgh bawak kereta, xkan tgh bawak kapal terbang kot..

Dan, serentak itu..aku dapat menangkap..aku telah tertipu hidup2..

A : H****!!!!!!Berani tipu aku?..

H : Hahaha…

Sakitnya hati seorang perajurit yg aku rasa skrg ni.  Rupanya adik bongsu yg belum matang punya kerja. Sebenarnya isi cerita ni ringkas je..nak mintak duit topup & nak suruh datang melawat. Tapi, yg penting aku tertipu!!!Sia2 je jantung aku berdegup lebih dari kadar biasa!

Dan after solat Isya’, B membatalkan rutin harian setiap malam Sabtu utk ke pasar malam BC, dan kami p membeli&belah di Tesco(walaupun aku agak xrela). (baca : Tesco).  & makan2 malam yang lewat di Nasnin Seafood (even bukan makan seafood pon. Natijahnye, tidur lewat malam tu membuatkan kami beramai2 kecuali B terlewat di pagi esok. Hahaha… 

***B = bapaku, A, J & H =anak2 B

Mr. Sardar & Skuternya

Hehe..ni antara lawak antarabangsa yg agak bijak bagi aku..Mr. Sardar & skuternya*__*. Below are among the jokes that always make me laugh. Mr. Sardar & his sc00ter*__*
 

mr. sardar~~

mr. sardar~~

Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What ‘which part’? Whole body was born in India .

2 sardar were fixing a bomb in a car.
Sardar 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
Sardar 2: Dont worry, I have one more.

Sardar: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with ‘T’.
Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.

Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright.

Museum Administrator: That’s a 500-year-old statue u’ve broken.
Sardar: Thanks God! I thought it was a new one.

At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!
Sardar: Control yourself. Don’t cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?

Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is ‘All India Radio! ‘

NOW THE LAST TWO ULTIMATE :
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. …..
Inteviewer shouts: Stop it.
Sardar: Dhhuurrrr dhup dhup dhup…

Tourist: Whose skeleton is that?
Sardar: An old king’s skeleton.
Tourist: Who’s that smaller skeleton next to it?
Sardar: That was same king’s skeleton when he was a child .

Hehe..a very good laugh isn’t it..5 stars rating!!!

A.P.C. + S.K.T.

“Biarlah kite bekerja dengan niat yg ikhlas keranaNya bukan kerana pangkat,status,nak dpt APC atau nak score SKT tinggi
 
Aku terbaca kat shoutbox sorang kakak senior, pegawai LI jawatan dia, dan sangat ceria orangnya. Kakak ni pernah cakap ‘buat kerja kena happy, jangan tensen-tensen’..wah2..berbunga2 semangat aku dengar..tapi takat tu je la..sebab hari ini & di saat ini, Isnin 13 Rejab yg penuh barakah..aku dilanda monday blues..yakni kemalasan membuat kerja__*^*
Aku nak jadi macam tu gak~entah bila ye..semoga kerja2 yang aku lakukan kat sini semuanya ikhlas kerana Allah. Dan, yang penting kualiti kan, bukan kuantiti!

 “ALLAH SWT tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya itu”

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”.

 (An-Nisaa’ : 58)

“…tanda2 kasih-sayang ALLAH terhadap hambaNya ialah dengan diberikan ujian ke atas hambaNya itu… “
Aku akan jadikan semua tu sebagai panduan. Ikhlas. Tulus. Amanah dalam buat kerja. InsyaAllah. Bukan kerana A.yam P.ercik C.omel atau S.ayur K.ailan T.emah. Tidak sama sekali!!!