Discovery of The Day

Tidur lewat dengan saya bagaikan langit dengan bumi. Berukben ni pulak lembap-lembap siput. Tapi demi mengenangkan sumbangannye terhadap pengurangan perlunye bayar cukai taksiran di tahun ni, i still love u lah berukben. Demi mengenangkan masa depan anak cucu (insyaAllah), saya rela korbankan masa tidur dan mengkhianati moto hidup sendiri zaman sekolah dulu ‘biar tak study, jangan tak tidur malam’.

 

Beberapa penemuan menarik hari ini. Perlu dicatat malam ni juga sebab bila esok datang, gerenti apa yang ada semalam tinggal kenangan yang tak terkenang.

 

Satu, saya mendapat tahu datang kerja lewat ada hikmahnya. Takdak lori yang suka block jalan mahupun pakcik bersiar-siar di pagi hari. Excuse me, lewat tu merujuk pada azam tahun baru saya. WP3. Baru 1 hari dengan jayanya harap-harap esok lusa tulat tubing selama-lamanya pun begini juga (insyaAllah).

 

Dua, saya mendapat tahu walau betapa teruknya batuk / sakit tekak, kalau makan tengahari memang tetap order nasi goreng kampung bukan sup bukan air kosong. Harus ada pedas sikit, nama pun Jawa tak berapa nak asli. Ekeke

 

Tiga, saya masih susah mau fokus. Atau barangkali terlalu fokus sampai tak fokus? O pening. Petang tadi sekitar 5.30pm ++….

Bos : Panas ya takdak aircond…

Saya : A ah. Pukul 5.30 je memang aircond takdak

Bos : Oh ye ke 5.30 takdak aircond…

Saya : Tu la, saya pun baru perasan semalam, eh kelmarin.

(lepas dah cakap baru terperasan, semalam ka, kelmarin ka, cuti umum kot………sebenarnya nak cakap ‘minggu lepas’ tapi kenapa ntah termuntah perkataan lain.)

Sambil tu saya perhati bos. Rasanya beliau tak perasan. Lalu saya pun ketuk-ketuk sikit kepala sendiri kasi adjust balik neuron-neuron yang tak berapa nak well-connected. Adakah patut?

 

Empat, saya dah lama tau bapak saya memang suka dibodek. Umpamanya, ‘bapak, kawan-kawan makan la kuih / biskut / pisang / kismis yang bapak bekalkan tu’ (ayat bajet budak sekolah tadika). Lalu esok lusa dan selama-lamanya beliau membekalkan lagi bekalan-bekalan ringan ke tempat kerja.

 

Tadi, saya bodek beliau ‘bapak, kawan cakap kereta saya berkilat-kilatlah harini’ (almaklumlah beliau yang tolong basuh sentalkan Itam yang dah kelabu tu). Lalu saya berharap esok lusa dan selama-lamanya Itam akan ada insan yang rajin mandikannya. Err bukan ape, lelaki lagi terer jaga kereta compare to pompuan. Kot? Dasar anak tak sedar diri. Jangan bangun lewat sudah esok. Assalamualaikum!

p/s : Ya Allah, ku mohon Kau berikanlah hambaMu ini ilmu yang baik untuk diamalkan dan dikongsi untuk dunia, dan akhirat yang paling utama. Amiiiin

Advertisements

Bismillah. Dengan nama Allah saya mulakan entri pertama sesi Disember 2011.  Baru balik kursus ‘Back to School‘  ni tangan gatal lak tibe2 . Sebab kesian kat generasi masa depan tak dak benda yg boleh diceritakan jadi saya pun taiplah dengan sepenuh hati, bak kata blog Kak Jas, ‘Kisah klasik untuk masa depan’. Sedap tu jadikan tagline. Saya tak plagiat tau kak jas, saya quote jer ;).

Baiklah, dalam cerita ni moleklah hamba namakan watak utama sebagai Siti Nurhaliza. Haha padahal watak sebenar tu yours truly.

Latarbelakang cerita : Dalam sebuah kursus yang seronok. Sekitar 4 – 5 bulan lepas. Tengok, betapa lamanya cerita ni nak dikisahkan dalam diari.

Dua kisah dalam satu kursus yang sama cuma waktu berbeza.

Satu. Suatu pagi, Siti Nurhaliza kena buat pembentangan untuk kerja kumpulan. Pasal misi la visi la etc. Jadi sebagai seorang manusia yang tak berapa mau tekun dan tak berapa nak hadam misi visi segala bagai tu, pasrah saja kena bentang. Dah nama pun Siti Nurhaliza, mungkin lebih molek andai disuruh menyanyi, bukan bentang. Duhhh.

Awal2 kelihatan begitu cool. Almaklumlah, baru mukadimah. Dahlah wakil wanita pertama tu bentang. Siap dapat tepukan gemuruh lagi. Terus jadi gemuruh lepastu bila dah masuk isi kandungan terus bla bla bla bercakap tanpa arah tujuan sampai diri sendiri pun konfius apa yang tengah dibentangkan. Sampai satu tahap, penceramah yang hebat tu tiba2 cakap ;

“Siti Nurhaliza, saya ni, ibaratnya, dah naik bas, dah bayar tambang, dah duduk selesa tunggu nak sampai destinasi. Tapi, rasanya dari tadi tak sampai-sampai. Rasanya audience pun sama juga” sambil senyum.

Gulp. Telan air liur. Dalam hati, bukan encik je yang tak sampai2, saya pun. Tapi, menjadi seorang yang bermuka tebal, Siti Nurhaliza pun serahkan tugas seterusnya pada member sekumpulan. Dan buat selamba, sampai habis pembentangan.

Dua. Suatu petang Jumaat nan indah. Masih belum fokus bila penceramah tu mengajar waktu petang. Bila beliau ajukan soalan;

“Kelas, antara choice dan chance, yang mana patut kamu pilih ?” (lebih kurang gitula ayat, dan skema jawapan adalah……..’choice’.

Satu kelas jawab ‘choice’, kecuali Siti Nurhaliza yang tiba2 terkeluar ‘chance’ dengan semangatnya. Kuat pulak. Adehhh. Padahal nak sebut ‘choice’ tapi mulut ‘ter’sebut ‘chance’. Satu kelas senyap. Sunyi. Berdoa takde siapa perasan dialah manusia yang tersalah sebut tu, ternyata doanya tak dimakbulkan. Sebab tiba2 penceramah pusing dari whiteboard lalu cakap “Siti Nurhaliza, you’re not in class”. Adeh, malu lagi. Sengih lalu jawab, saya tersalah sebut. Jawapan serba yakin.

Cerita ni, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk pengajaran di masa depan. Manusia takkan lari dari tersilap, tersalah mahupun tersasul. Yang membezakan, sejauh mana kita usaha untuk berubah dan perbaiki diri. Tidaklah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar itu lebih baik dari sesiapa pun. Moral, sentiasa fokus dan jangan gelabah tau. Dan, jangan silap cakap.

money money

Oh tibe2 tercetus idea pulak jam 4.50 ptg ni. Cerita yang menarik kalau kau banyak duit. Dan sebaliknya kalau kau tak berduit. Sebab when it comes to money, aku memang agak fail lah. Aku memang terasa diri perlu pergi AKPK. Kenapa? Sebab aku memang lemah dalam pengurusan kewangan ni. Bukanlah macam aku ni banyak duit jadi boleh belanja sesuka hati. In fact, aku bukanlah suka membeli pun.

Aku pernah pergi Shah Alam dengan duit tunai tinggal RM4.00 je. Campur syiling yang sesat dalam kereta. Sebab kad bank rosak dan tak rajin nak pinjam duit dengan orang. Dah otw baru perasan dari Putrajaya – Shah Alam kan ada tol. Duit kalau tak cukup kau nak bayar pakai ape? Kad kredit? Mau kena lempang laju-laju sebab poyo. Syukurlah selamat cukup2 duit dan selamat pergi rumah makcik dengan duit tinggal berapa sen ntah.

Jadi, di bulan Ramadhan yang mulia ni, berjimat cermat harus diamalkan. Lagi2 roadtax dah nak mati, duit bonus tak masuk lagi, dan kau tak berapa nak menyimpan. Jadi, pakai talian hayat adik beradikla apa lagiiiiiiii. Okeyyy selamat berbuka semua. Jangan membazir!

Ramadhan Kareem

Bye bye Julai. Selamat datang Ogos. Saya sukalah Ogos sebab ada aura semarak merdeka gitu. Ohoho kononnye. 1 Ogos = 1 Ramadhan 1432H. Harapan biarlah Ramadhan/Ogos ni saya jadi insan yang lebih baik yang mampu berbudi pada orang lain dan berdiri atas kaki sendiri. Macamlah sebelum ni pinjam kaki orang lain -__-.

TAPI, Tapi, tapi, ianya Isnin. Dan Isnin selalu warna biru. Biru gelap pulak tu. Tengahari tadi kitorang dah buat kerja gila yang biarlah rahsia. Oh ye, Jumaat ni dan Isnin depan saya cuti 🙂 Boleh book saya awal-awal lah yer kengkawan. ehehe macamlah kau tu laku sangat sampai orang kena tempah.

Ramadhan kareem semua. Maka bermulalah episod harus jadi rajin masak sebab dah duduk kat rumah sendiri. Harap petang ni dan esok lusa takkan ada hujan maupun banjir akibat saya rajin masak. Errr…saya memang ada bakat terpendam masak2 ni cuma bakat lain macam kemas rumah sapu sampah bla bla bla lagi terserlah. Haha poyosss.

Sebab Isnin jadi alasan, jadi waktu yang ada ni saya kena setelkan kerja2 yang ringkas dan berfaedah dengan ayat yang skema.

Ok. Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan!

Johor – Melaka – Selangor

Lagi lebih kurang sebulan insyaAllah akan pindah ke Putrajaya. Tak sangka apa yang pernah aku tulis dalam blog ni 2 tahun lepas akan jadi kenyataan.  Tuhan maha berkuasa. Dia tak makbulkan doa kita masa kita mahu, Dia makbulkan masa kita perlu. Dulu masa zaman uni pensyarah aku pernah tanya apa cita-cita kitorang semua. Ada kengkawan jawab nak jadi pengarah JLN etc. Aku jawab camni je ‘Saya tak tau nak jadi apa tapi saya nak kerja kat Putrajaya’ ala-ala konfiden. Banyak benda yang nak dikotakan kalau betul-betul ini terjadi.

Aku ingat lagi zaman Putrajaya baru dibangunkan. Kitorang g jalan-jalan dan aku seriussss kagum dengan senibina dia. Teringin lak nak kerja sini, kata hati aku. Well, sejarah kehidupan aku tak semudah yang macam ‘oh aku nak kerja situ’ dan terus dapat. Tak tak. Belajar jauh nun kat Skudai sana (okey, nun tu macamlah jauh sangat yang kau duduk oversea kan kan), lepastu kerja kat Melaka, dan semakin hari semakin ayu eh bukan. Merepek. Semakin hari semakin dekat. Dari Johor – Melaka – Selangor. Akhirnya.

Ini permulaan sebenarnya. Banyak lagi yang perlu ditempuh. Tinggalkan masa lampau. Jadikan ianya lipatan sejarah. Buka buku baru, balut cantik-cantik dan isi dengan tulisan-tulisan hidup yang bermakna. Buku lama, simpan untuk jadikan rujukan. Buruk atau baik, itulah yang mencorakkan kita siapa adanya ^_^.

Doakan yang terbaik untuk kita semua ya kawan-kawan. Yang terbaik tu datangnya dari Allah, dan yang buruk tu datang dari manusia sebab ditiup angin was-was dari syaitan. Nauzubillah~~~

p/s  : cabaran pergi kerja semalam – hujan lebat gila sepanjang jalan. terpaksa fokus 200%. adehhh. cabaran pagi tadi, adik g letak kereta belakang Itam pulak. Dahla sudah lambat, makin lambat! Harus pecut g kerja~~~Esok azam 6.45pagi!!!!!

Dunia Baru

BERSEMPENA JUMAAT YANG BARAKAH INI, KATA GANTI NAMA YANG DIGUNAKAN ADALAH SAYA. sila skemakan diri.

Tau tak cabaran apa yang buat saya paling seriau sekarang ni? Jawapan dia, travel hari-hari pergi kerja balik kerja. Saya pemandu amatur. Tiap-tiap hari kena menggeletarkan lutut semua masa pergi kerja balik kerja. Baca doa naik kenderaan sampai 2 3 kali barulah berasa safe and sound untuk ke tempat kerja. Itu baru cabaran pergi kerja balik kerja. Cabaran kat tempat kerja? huk huk huk.

Sekarang, ini semua dunia baru bagi saya.

 

Dulu, 6.45 pagi kadang-kadang boleh golek-golek lepak-lepak kat rumah. Lagi 10 minit nak pukul 8 sempat lagi baru keluar rumah.

Sekarang, 6.45 pagi dah kena keluar pergi kerja. 45 minit bersesak-sesak baru sampai tempat kerja.

Persamaannya, saya tetap tido awal macam biasa hehe.

 

Dulu, jalan pergi tempat kerja lengang gila. Boleh pilih option A bawak laju-laju, atau pilih option B bawak macam kura-kura.

Sekarang, jalan pergi tempat kerja mencabar gila. Belok-belok tak sampai-sampai. Harapan palsu kalo mengharapkan jalan lengang.

Persamaannya,  pakcik bersiar-siar di pagi hari yang dok keluarkan tangan kat pintu kereta sambil mengasap atau lori besar gedabak tetap wujud di mana-mana. Jenuh beratur semua kereta kat belakang tu macam anak ayam ikut mak dia. NAK POTONG TAK BOLEH. Selalu ada jugak yang kureng berhemah dok cilok-cilok. Expert tiada tandingan.

 

Dulu, balik kerja boleh golek-golek tengok tivi dengan hausmet.

Sekarang, hehe sama juga dengan famili. Kecuali sekarang boleh lepak-lepak kat laman atau menyembang di rumah pakcik makcik atau sahabat handai.

 

Banyak lagi cerita DULU yang tak sama dengan SEKARANG. Tulah, dunia baru ni sekarang. Hadap je lah. Alhamdulillah.

Garang ke?

Kelmarin aku ke kedai makan dekat dengan tempat kerja. Orang kata, tempat faveret. Tempat jauh lagi dikenang inikan lagi tempat faveret. Okay tipu. Taklah faveret sangat. Waktu malas masak je. Yang mana memang selalu, sebab aku punya kepakaran bukan memasak. Lainlah kalau dah kahwin, mesti terus terer masak kan. Kot.

Adik tukang ambik order yang ramah tu terus tanya camni.

Adik : Hai akak, sorang je? Mana geng akak yang lain?

Aku : Oh, semua ada hal.

Adik : O…

Lepas ambik order, adik tu tanya.

Adik : Akak kerja Kolej Komuniti kan?

Aku : A ah.

Adik : Akak pensyarah kan?

Aku : A ah.

Adik :  Akak garang kan?

Aku : Eh kenapa awak cakap macam tu? Mana awak tau?

Adik :  Kawan saya cakap. Ala, yang budak Kelantan tu.

Aku : Errr, yang mana? Oh, M***** ?

Adik : A ah.

Aku : Dah dia nakal.

Adik : Ha betullah tu, akak garang.

Aku : Dia nakal, tapi tak jahat. Baik.

Adik tu dan kawan dia sengih-sengih dengar jawapan aku.

Okey, kenapa aku tau M**** tu yang cakap aku garang? Sebab adalah satu hari tu aku suruh diorang tukar2 kertas kuiz untuk sama-sama tanda dan bincang. Alih2 dia rajin sekali tulis komen kat kertas pelajar lain ‘sila perbaiki mutu bahasa Melayu anda’ padahal tu subjek Sains kan. Saja je main2. Aku denda tolak setengah markah sebab main2. Dan aku harap diorang faham kesilapan dan jangan ulang di masa depan ye.

Dulu, masa baru masuk asrama, aku rajin tegur sorang kawan baru ni. Alih2, dia sengih2 lepastu cakap ‘apasal awak tanya khabar macam inspektor polis?’ Bantai gelak aku dengar. Salah intonasi kot masa tu. Terserlah keseriusan yang tak disengajakan. Alahaiiii~~~

By the way, GARANG KE AKU NI? hmmmm……………………

Secara Rawak

Macacamni sebenarnya. Aku nak rajin, tapi FRP tertinggal dalam kereta dan kunci kereta ada pada Kak Syikin, dan Kak Syikin pergi menemuduga. Jadi tak bermaksud aku menjadi malas, sebab harini agak produktif, satu pencapaian untuk diri sendiri sebab berjaya bangun 4.50 pagi (walaupun dah kunci jam sejak 12.15 am. HAHA) untuk membuat kerja dan g KK Jelebu, dan tak salah kot sekarang ni aku curik masa tulis entri bulan 5 yang dah tertangguh ni.

Secara rawak,

Isnin ada beberapa benda yang berlaku.

1) Sebab rindu tiba2 kat arwah mak, aku pakailah baju kurung ungu yang mak jahit masa umur 14 tahun dulu. Alasan, rindu. Tak ada kena mengena dengan Hari Ibu. Walau sebenarnya berkait jugaklah. Sebab semua orang dok ucap Selamat Hari Ibu, tiba-tiba jadi rindu. Entahlah, dengan doa dan amalan yang turun naik ni moga dapat sampai kepada arwah mak. Memang tak pernah aku lupa doakan arwah mak setiap kali sujud sebelum tahiyyat akhir. Terasa dekat yang jauh, jauh yang dekat. Kalau mimpi arwah mak masih hidup, apa tandanya ya???

2) Isnin malam aku buat kelas ganti untuk budak-budak SLP4, diorang datang lagi awallah dari aku. Habis aku ucap salam je, semua jawab salam ramai-ramai ‘Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, cikgu’ (ait, bila masa aku jadi cikgu?) dan terus baca doa penerang hati tu. Ramai-ramai. Kuat-kuat. Tak taulah diorang main-main ke, serius ke, yang penting aku tersentuh, dan sejuk rasa hati. Macam pokok kena siram air. Hihi. SEJUK je. Maaflah kalau selama mengajar ni terkurang / tak faham ke, sebab ini pertama kali mengajar Sains dan maaaaasih banyak lagi yang aku perlu pelajari. Aku sendiri masih dalam proses belajar. Learning is a never ending experience, rite =D

Okey, sambung kerja. Nanti bila-bila baru nak sambung membebel kat sini.

Melawat Melaka 2011

Untuk entri ni, aku rakyat Selangor dan melupakan fakta bahawa dah 2 tahun 3 bulan kerja kat Melaka. Malam akhir berbengkel adalah masa percuma (baca = FREE), jadi kami berlima jalan-jalan kota Melaka. Walaupun Melaka Maju 2010, tapi aku isytiharkan Melawat Melaka pada 2011 untuk aku. Kenapa? Okeyyy, sebab :

1) Kali kedua naik bot River Cruise. Kali pertama kureng perasaan, kali kedua penuh perasan. Yelah, sepanjang perjalanan 45 minit (bayar RM10) feeling perasan Puteri Hang Li Po gitu. Subhanallah, cantik gila. Tenang jiwa raga. ‘Bagai semua masalah telah saya dibungkus dan dicampak ke dasar Sungai Melaka’, kataku ketika diwawancara. Wahaha. Terbayang adegan filem Back to the Future versi Parameswara dan pokok Melaka. Cuma Micheal J. Fox bukan heronya dan aku bukan saintis. Wah review, tertarik tertawan teruja nak datang? Datang sendiri dan rasai, bagai berada di alam fantasi!

2) Ada pelancong dari Banting, Selangor beli cenderahati pertama dari Melaka, setelah 2 tahun 3 bulan. Yeayyy dapat beli pelekat peti sejuk. Tu je, cheapskate! Kat mana beli? Pahlawan Market. Sila datang, beli 1 percuma 0.

3) Bila berada di Kota A Famosa jam 11pm, jangan sesekali bercerita pasal tu pada bakal mak mertua walaupun anda tak ada modal bercerita. Paham-paham sendirik kenapa. Err, bukan apa makcik, saya kempunan nak lawat A Famosa, malam pon jadilah. Padahal dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Uhhhh.

Lawatan setakat itu, cukup membuktikan aku take things for granted. Tidak sedar apa yang aku ada ketika aku ada waktu. Oh ye makcik, sebab nilah saya bergentayangan kat Kota A Famosa pukul 11pm. Sebab ini sajalah masa yang ada walaupun dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Errr, alasan tak konkrit. Teeettttttttt~~~

Simbiosis

Assalamualaikum. Rajin rupanya malam ni. Kat hotel, boleyla bukak intenet malam2. Kalau tak, dah membuta kot. Apa khabar projek bukit kat kolej tu? Baikkah ataupun ku sangka panas hingga ke petang rupanya dot dot dot di tengahari? Kelmarin borak-borak dengan Mang-Mang(jangan muntah), dia makin sihat. Rasa nak borak hari-hari. Borak one way je la. Karang dia jawab balik sah-sah aku lariiiiiikkk tak naik atas bukit tu dah.

Terkilan gak tak dapat bantu diorang kat kolej. Yela, dekat seminggu kat sini berbengkel. Walau aku sedar kredibiliti aku dalam bidang landskap makin mereput(ekekek, ambik ayat Djay), aku tetap rasa perlu bantu. Mana yang mampu.

Lagi sedih sebab dapat mms tadi pokok2 hutan ada yang dah hidup segan mati janganla. Belum tanam lagi tu. Dah sebaldi aku nangis kat dalam bilik ni siap tengah perah airmata pakai tuala. Sayang sangat pokok hutan dan kelapa pandan tu sebab aku mohon sumbangan pokok2 tu. Ala-ala simbiosis sebab mereka bagi kita oksigen dan kita bagi CO2. Kalaulah orang2 yang bagi tu tau pokok2 tu dah syahid sebelum berjuang maunya dikejar aku pakai kapak.  Sekarang aku harap keajaiban akan berlaku. Kot-kotlah kesnya sama macam Mang-Mang. Aku dah slow talk dengan mereka semua sebelum pergi bengkel, siram dan bagi semangat.

Entah kenapa memang aku suka buat terapi kecantikan cakap dengan pokoklah, kucinglah, Itamlah,bla bla bla. Kengkadang cakap camni lagi kurang stress berbanding bila cakap dengan manusia. Sebagai pemangkin semangat, aku tukar wallpaper henpon dari gambar Cinggu jadi gambar pokok2 ni. 

Muka sedih sebab dah tak laku jadik wallpaper

Tolong hidup ya, kita wujudkan simbiosis!