Ini Kuasa Tuhan

Jumaat. Malam. Bukan Malam Jumaat. Raya ke-6. Malamnya. Terlintas di fikiran lalu segera membalas es-em-es raya kawan-kawan. Dan aku send sekali es-em-es raya itu kepada Dr. Ismail (tertekan nama dia dan terhantar). Lebih glemer dipanggil Bro Mail (okay tipu) En. Mail. Sekarang KJ salah satu department FAB UTM.

Malam tadi jam 10.29pm. En. Mail es-em-es. “Salam. Where you working now? Dr Ismail”. Aku balas pagi tadi, 5.13am.(Faham-faham sudah, malam tadi dah tidur, pagi ini baru perasan). “Wkmslm.i m working as l******* at *****, Melaka. but i m thinking to further study, to take master right now.” (Siapa suruh En. Mail es-em-es dalam bahasa omputeh. Aku terpaksalah jawab omputeh gak, walau cacamerba).

Dan 6.50am pagi tadi, En. Mail pensyarah yang dihormati itu menelefon. Bertanya macam-macam. Bercerita macam-macam. 8 orang students bawahnya sedang PhD. 4 sedang Masters. Like the good old days. En. Mail suka kongsi ilmu. Rindunya zaman perkongsian ilmu yang pelbagai itu!!. Dan, sokongan yang diberikan buat aku hampir menangis (Dah menangis pun lepas letak telefon!). Ayatnya : Bila dah nak sambung master nanti contactla saya ya!

Kenapa perlu cerita ini, kerana semalam aku baru beritahu Kak Gee (orang pertama aku bagitahu) tentang keinginan yang membuak-buak secara tiba-tiba ‘ingin sambung belajar’. Sebelum ini, tak pernah tercetus. Pagi tadi, En. Mail telefon, memberi sokongan total!. Ini bukan kebetulan, ini kuasa Tuhan Yang Maha Esa. Kita diberi petunjuk, bukan penyelesaian!

Tragedi Balik Raya Syawal 1430H

Entri ni adalah entri terlewat. Jadi bayangkan keadaan pada Khamis 17 September 2009. Bukan hari anda membaca entri ini. Patah kaki kami raya kali ni. Kenapa? Betullah malang tu tak berbau. On the way balik kampung 17.09.09. Adik telefon ‘Kitorang salah jalan ni’..5 minit lepas tu, telefon lagi ‘Kami eksiden ni’. Aku terkedu. Selalu aku camtu. ‘Ok tak? Cedera ke?’. Aku. Risau. ‘Ok. Takde pape. Tapi kereta kemek kat depan’. Adik. Okay, aku tak tipu bila aku kata aku still xdapat fokus. Terkejut. Sekejap lagi aku akan tanya habis-habis detail (lepas aku dapat fokus).

Maka, bermulalah episod aku naik komuter Seremban-Nilai dalam renyai-renyai hujan rahmat 27 Ramadhan 1430H (bapak nak ambik kat Seremban mulanya). Berbuka dalam komuter. Nilai-KLIA aku naik Airport Coach (AC-nama macam gah, bas je sebenarnya). Fuh, lama aku tak jejak pengangkutan awam zaman belajar dulu.

Okay, dalam AC aku dihidangkan macam-macam budaya. Satu couple Melayu ku pikir Indonesia dok berpegang tangan macam ntahpape!. Aku pandang je ala-ala khusyuk. Bagi malu sikit.Depan aku, 2 warga Nepal. Muka ala-ala Jeki Chan. Tiba-tiba cium pipi kawan sebelah dia. Lelaki. Hah! Lepas tu, dia p pasang lagu amende ntah. Dok encore lagu tu banyak kali. Pakai loudspeaker lagi. Eh, aku pun ade handphonela!. Tak pasang kuat-kuat pun lagu. Lagi, dalam AC tu, ada warga Bangladesh, etc. Lemas! Rasa asing lak kat negara sendiri. Agak-agakla, kalau aku berdiri, pergi depan, buat announcement ‘Siapa warganegara Malaysia sila angkat tangan’, mungkin tak sampai 10 orang..Huu, beraninya aku…

Sampai kat KLIA 8.00malam. Untung boleh jamak. Tiba-tiba rasa tak mau menyusahkan sesape. Aku decide tunggu bas. Ye, naik bas. Duduk dalam bangunan KLIA yang sejuk. Tunggu bas. Telefon adik. ‘Kat Balai Polis Bangi ni, buat report’ kata dia. Sambil bagi kata-kata perangsang, hati berkata Diorang owe me an explanation ni..’

Sambil tu, aku perasan, ramai manusia lalu lalang pandang aku. Excuse me, hari ni Khamis, logikla aku pakai kain baju batik! Logik gak aku bawak beg banyak. Isi kuih raya tu!

Hmm..aku nampak bas Sepang ( dulu selalu aku naik bas ni, OL-Seremban sambil dihidangkan dgn lagu2 India sepanjang  jalan + gaya bawak bas yang boleh buat orang tersungkur menyembam lantai bas). Drift habis! Okay ini sudah banyak iklan, back to topic, ‘Tragedi Balik Raya’. Tunggu punya tunggu, aku dibagitau bas Sepang ni jalan pukul 12.00 malam.See..sebab tu aku malas  naik bas, bukan sebab manja minta diambil…Hmm, apa aku nak buat 3 jam tu. Tawaf pusing KLIA? 

Akhirnya, jam 11.30 malam, bas City Liner merah a.k.a. bas baru lagi cantik ada untuk membawa aku balik kampung untuk beraya. Penat pun penatlah,tapi apa cerita dengan bapak, adik dan WJN 9736?Risau aku sepanjang jalan. Rasa macam bertahun-tahun. Telefon saja tak cukup. 

Berhenti saja bas depan Shell baru OL, WJN 9736 sedia menunggu. Cuma, dengan gigi sengih lebar lebih dari biasa. Kenapa? Bumper depannya dah rongak. Gigi dah sumbing. Kemek sungguh!! Memang kami patah kaki untuk beraya jauh-jauh kali ni. WJN 9736 cedera! Takpa, kalau nak 1000 cara kami boleh beraya.

Dan lepas tu, aku tau yang accident tu jadi kat Bangi.. Kes salah masuk jalan!..Ini explanation dari kedua-dua insan yang terbabit.  :

Bapak : Jalan licin sangat. Orang depan brek mengejut!

Adik : Bapak bawak laju sangat. Macam biasalah..

Aku dalam hati : Apa-apalah, yang penting semua selamat. Tapi, you kiss, you pay! Lain kali hati-hati. *Paling tak boleh lupa ayat Bapaku “Dah 34 tahun bawak kereta, nilah eksiden pertama, dah tulisanNya. Sapa pun xboleh elak..”

…entri ini ntahpape kerana tidak bermood untuk menulis di petang raya. tapi perlu ditulis. adik aku insist!

S.K.O.L.

Petang2 Jumaat. Ofis kosong. Minggu ni x balik kampung. Cuti raya 18-27 Oktober..Tibe2 tringat SKOL. Sekarang dah ade bangunan baru kaler orange saaangat striking! Kalah cat rumah aku si hijau Petronas.

SKOL.abbreviation utk Sek Keb Olak Lempit. Kat situ jatuh bangun aku buat kedua kalinye slps di Tadika (kat Tadika ni lagi ade kenangan tahap memalukan gile2 yg xboleh nak share).Titik. Okey, di SKOL la semua perkara2 di bawah ni terjadi. Menjadi lipatan sejarah hidup seorang aku.

1. Drjh 1-Menang pertandingan mkn kuih karipap paling lmbat habis. Kire ‘paling sopan’ la tu. Hadiah? 2 bijik gula2 je. Tapi, kemenangan tu mmg manis.

 2. Pernah ada ‘cinta pertama’? Hahaha, tu darjah 2. Baca buku cerita sama2*share baca dlm kereta*. Sekali tu, dia nyanyi sambil luahkan perasaan daa..mati2 aku xnak. Huhu, I**..kalau kau ingat lg mesti gelak xingat dunia!!      

3. Pernah kena buli? Drjh 2 aku kne buli. Dgn budak lelaki.si A dan H. Lepas jwb soalan dgn betul, kite dapat duduk kan? A tarik krusi aku, habis aku t’golek atas lantai. Dan, menjadi seorang ‘aku’, wajib nangis. Aku kan ‘ciwek’. Kes jeles la tu aku dpt jawab soalan! Padan muka cikgu marah diorang.                         

4. Kami ber3 masuk Kuiz Kesihatan, drjh 4 kot. Bertanding kat SKBC. B4 ptandingan, cikgu bagi buku baca sndiri. Atas tahap keingintahuan yg tinggi, kami tanya cikgu, apa maksud ‘t*st*s’ & sp*rm*’. Baca dari buku. Baru kami tau istilah saintifik tu! Di hari pertandingan, kami menang sijil pnyertaan. Jadilah..Well, what do u expect kalau soklan tny psl WHO, UNESCO, UNICEF? kami baru drjh 4!                           

5. Apa korang semua buat dgn sijil sek rndh korang? Aku tampal kat dinding. Pakai gam. Bile nak cabut, koyak. Tamatla riwayat a.k.a. bukti aku masuk segala pertandingan & aktiviti.            

6. Pertama kali dgr cerita hantu, kat SKOL lah! Hantu pompuan mata merah taring panjang rambut mengurai. Dlm tandas buruk belakang sekolah.Kadang2 dia lepak atas pterocarpus indicus a.k.a. pokok sena. Sampai skrg aku wajib seriau bila lalu.                 

7. Aku rabun sejak drjah 3 lagi. Byk sgt tengok tv, byk sgt baca buku cerita. Kat sekolah, aku xmau pakai spec. Malu ah. Natijahnya, aku sebut ‘Genting Sampah’ masa cikgu Hasbuna suruh baca ayat kat papan hitam.(ayat sbnr-gnting sempah). Balik kampung di LD, Paman Kacok mesti bagitau, ahaha, Datin dah balik. Sampai skrg, aku konfius, apakah kaitan cermin mata dgn datin2? Kalau rambut jambul tinggi, aku faham gak the connection.. 

8. Waktu rehat sekolah agama, aku wajib g Perpustakaan Desa Olak Lempit. Sebut je, hikayat Hang Tuah, buku Enid Blyton, kisah penyiasat Salma ke hape, Snow White, Cinderella, novel2 etc semua dalam tangan. See the hand la..haha..Kalau buku yg aku pinjam hilang, aku sanggup pakai semua duit syiling raya aku utk byr ganti rugi. Nekadnya aku.

9. Kelas bahasa jawi Sek Rendah Agama Olak Lempit. Ustazah suruh lukis buah-buahan dgn prkataan jawi dia skali. Dan aku telah lukis ‘sukun’ yg paling kecik! sebab masa tu aku xtau pun sukun tu sejenis buah. Aku ingat ‘sukun’ adalah tanda sukun tu..tanda mati. Tajwid. Huhu..dulu aku kecik2 agak bodoh2 alang. Rupenye sukun tu sjenis buah yg sedap dibuat kerepek atau digoreng. Patutla ustzh tegur apasal sukun aku lukis kecik sgt..Haish!

10. Semua orang tau aku ciwek a.k.a kuat nangis masa sekolah rendah. Kalau kena balik jalan kaki aku nangis. Kena marah,menangis, kena tinggal menangis. Tapi, semakin aku dewasa, rasanya aku menjadi semakin tabah. Especially, bila tiba ‘saat itu’, Mei 2006..

p/s : entri ini b’warna-warni melambangkan hati aku yg tgh colourful. Balik nak menelaah buku2 lama 🙂

.ca.ca.mer.ba.

Bismillahirrahmaanirrahim.

Lagi gmbr2 ms kat UTM dulu..macam2..cacamerba.tapi comel prasan!!!.tapi cacamerba.campur-campur.campur tolak.darab bahagi.

Banyak kenangan kat UTM. banyak.sangat banyak. tak terkira.param taman u, skudai parade, macam-macam lagi..4tahun kat UTM..sedar2 diri dah smakin tua skrg. Betullah Cik Simah kata bile kami tension studio etc., jgn tension,  bila dah kerja nnti, mesti rindu zaman bljr ni. Never take things for granted..tu aku + sndirik!

p/s : xsabarnye balik kampung. g bazar ramadhan yg jual ikan bakar tu..sangat sedap..selamat tinggal azamku. Hancur b’kecai tinggal keping2 di atas lantai…Kalau aku wat kenduri kawin, nk tempah ikan bakar kat akak tu la..isteri kang Nanang.

Beberapa hari di beberapa Ramadhan

Alkisahnya di bulan Ramadhan yg sudah masuk hari ke 16 ni..Beberapa kisah benar yg boleh dikongsi utk pngajaran & pmblajaran, or dlm bahasa cikgu cikgi –P&P..

Kisah 01

Ini terjadi Ramadhan suatu ketika dulu, sewaktu Topical Studio. Niat baik tiba2 terbius ke dlm diri2 aku & bbrp sahabat. Lewat sore itu, kami xmelakukan aktiviti biasa-m’buat lawatan sambil m’beli di Bazaar Ramadhan, tapi kami melangkah penuh yakin ke MSI-Masjid Sultan Ismail. B’tadarrus-b’buka-b’terawikh di MSI. Sebenarnya, jarang aku ke sini, atas ‘alasan’ sbg student FAB-bukan brand sabun, dateline project makin dekat.

Antara maghrib ke Isya’, aku belek2 hp sambil b’borak2*sekejap je*. Dan after terawikh, dlm studio, baru aku sedar, handphoneku telah tiada!!!Kami pusing keliling masjid mencari. Tak ada!waaaa..sedih. Sapala yg buat projek tgh2 bulan posa, dlm masjid ni. Dulu prnh rosak sx, jatuh tandas. Ni, hilang pulok. Hmm..last2 aku redha, mudah2an diganti dgn yg lebih baik.

Moral : xperlu bawa hp ke masjid. Panggilan Illahi kan lagi penting!!!

 

Kisah 02

Ini berlaku smlm. Tik..(bunyi es em es)

J : Askum. balik bile?rumah nak cat ke?. Len macam lak kaler ni..

A : Wkmslm. Ptg ni balik. Jgn cat dulu. Bapak beli kaler pe?

J : Dah cat sikit..Bapak beli kaler tong gas

Dalam kereta, otw back home.

A : Cat kaler apa pak?

B: Cantik..kat rumah dah cat sikit. Warna ‘hijau merdeka.. Pekat warna dia, nampak mahal sikit..

Dalam hati aku..pekat?cantik ka..merdekalah pasni. Dan sepanjang perjalanan balik, aku imagine kaler ape sbnrnya ‘hijau merdeka’..Dan, melangkah naik rumah ja..guess what? Sesungguhnya interior rumah aku telah bertukar jadi stesen minyak Petronas, only without the logo & minyak. Namun,demi menjaga hati bapak, hmm..hijau tong gas pon hijaula..taram saja..Dan, sms entri ini ditulis, hijau itu makin semarak aku rasakan!

p/s : nak tau warna apa ruang tamu rumah aku? sila lihat tong gas rumah anda atau stesen minyak Petronas berdekatan.Full stop.

 

Kisah 03

Aku pernah melakukan eksperimen yg xberjaya di bulan puasa tahun ini. Kunun-kunun masak spagheti..Rupanya termasak guna tomato puree (salah beli! supposedly aku beli prego. Aku lgsung xreti msk guna tomato puree..harus guna yg instant!)alahai..terbazir semua..

 

Kisah 04

Ini yang paling menguji setakat ni. Semalam juga jadinya. 15 Ramadhan. Dalam komuter Seremban-Nilai.

Waktu itu aku khusyuk membelek Tuesdays with Morrie, page 11. Baru nak feel, tib2…

“Adik, mintak tolong boleh?”

Aku pandang makcik sebelah, serius(sila.jangan.ganggu.bila.saya.khusyuk.membaca). Cuba maniskan muka. Ya..

Dan makcik itu terus bercerita..sangat panjang. Kad ATMnya kena telan. Tak ada cash langsung. Nak ke Port Klang. Kerja. Nak pinjam duit aku. RM5, lepas tu, up RM10. Aku kata ok. (aku xlah baik sangat, tapi cuba b’husnus-zan. bulan puasa..). Dan after tu, macam2 dia tanya. Termasuk soalan yg xbrp appropriate. Dia tanya, belajar lagi ke? Aku iyakan je. (aku pakai sluar sukan ngan T-shirt masa tu, n beg balik kampung). 

Aku tengok tangan dia, penuh cincin, gelang.. Kenapa aku was-was ni? well, maternal instinct aku berkata ‘tolong je, xkemana RM10 tu..’.tapi, instinct lain aku kata ‘macam pelik je makcik ni, xmacam orang tengah susah je’. Aku cuba pakai psikologi, tapi tetap xdapat kesan sebarang penipuan. Ces, sia-sia aku jadikan The Mentalist & Lie To Me sbg cerita faveret aku..tapi, aku tetap was-was…

Bila dia mintak nombor hp, nk pulangkan duit aku,aku kata xpela, saya bagi je.(bukannya aku baik sangat, tapi aku rasa ini xperlu dipanjang-lebarkan lagi). Okey, bye..assalamualaikum. Kita xkan jumpa lagi..

Wah, setakat ni nampak macam aku jahat+xikhlas+penuh syak wasangka kan.

Lepas turun komuter, aku berlegar2 sat kat Mydin Mart, Nilai. Setengah jam lepas tu, alangkah terkejutnya aku,huh..aku terserempak dgn makcik tu, tgh b’shopping-moping dgn barang2 yg aku rasa lebih RM10 nilainya. Kata.tak.ada.cash.langsung!!!

Bila dia nampak aku tenung barang2 dia, dengan sengih kambingnya..’O..ni beli utk ayah akak..’dan terus berlalu. Aku rasa nak sergah, tapi itu di dalam Mydin. Waaa…aku kena tipu ka?????Ini.bulan.puasa.lah.makcik!!!!aku kena sabar.semoga dibalas Tuhan.

Moral : mungkin aku perlu tengok Lie to Me & The Mentalist lebih. Supaya aku dpt mengesan penipuan dgn lebih efektif!

Entri ini ditulis dgn ingatan tulus ikhlas, banyakkan sabar d bulan puasa…

Ruralnya…

Kadang2 rasa kesal (bukan menyesal ya..) sebab xmenjaga eviden2 knangan masa lalu. Malam tadi, bukak cd-cd lama, cari asg  tajuk ‘Homer eats Apple’..Haha..asg graphicpaper bag. Jumpa sofkopi. Dlm Corel Draw. Tak boleh bukak. Ait..rasa pernah jpegkan dulu..Dulu lupa nak ambik gambar paper bag yg dah siap tu.

Ingat lagi, dulu ada 3 asg…1.logo,2.poster,3.paper bag..paling suka no.2.&3. anak yatim & Homer makan epal~you are what you eat~.Huhuu..Nanti try cari lagi softcopy, pastu tampal kat sini.

Hmm..dulu2 tiap2 sem berjalan2, atas nama ‘site study’.Hehee..

Sem 01 + Sem 02 2003 2004-Desaru (huh, ada pakcik kera curik lunch aku kat tpi pantai nan indah permai tu)…-Tg.Balau…-Langkawi (muzium padi, Kuah, Datai, Andaman Anyaman etc.)…-*JKM p Sabah-UMS-Kundasang-kaki Mt. Kinabalu.

Sem01 + Sem02 2004 2005 ===Ecology + Community Studio -Singapura (wetland, Raffles Square?), Terengganu (Pulau Duyong, Psr Payang, Tanjung Rhu, spa mana2 ntah)

 Sem01 + Sem02 2005 2006 ===Urban + Resource Studio-Jasin (ni paling nostalgic, stlh 4 tahun b’lalu..aku kembali.~mozek.mozek.kehidupan~),…-Cameron Highlands (kempen jalan kaki sampai kurus. nasib baik sejuk. daki Gunung Jasar, p Boh plantation bla bla bla. tumpang solat rumah kat cerun bukit..tq skali lagi-Tanah Rata-Ringlet-Brinchang)

 Sem01 + Sem02 2006 2007 ===Topical + Final Comprehensive Studio-KL (FRIM, muzium ke arkib negara?, main Sunway Lagoon )…++last skali, haha..Kampung Kundang..aku kan rural+rustic. ke mana2 aku p, identiti aku sbg org desa xboleh dibasuh (haha..ayat Andrea Hirata).ni site aku, dan ini gmbar2 dia yg xbrapa nak lawa..

 

 

 

Presenting…

 

 

freehand section elev. nih!

freehand section elev. nih!

detail plang..autoCAD+putushop+corel.draw

detail plang..autoCAD+putushop+corel.draw

.my.own.perpectives..antaranya..

.my.own.perpectives..antaranya..

kampung.kundang..macam2 ada..

M.e.r.d.e.k.a.!

Ini adalah entri terlewat. Tarikh sebenar:31 Ogos 2009. Semalam. Telah berlalu. Tak akan kembali. Tarikh itu, sekali seumur hidup. Biar kau menangis air mata darah, atau air mata air, ia tak akan kembali. Menyesal? Jgn menyesal. Bertaubat tak apa.

Selalu kita berkata, kalau ini, kan begini; kalau itu, kan begitu. Jangan. Kalau itu mainan syaitan. Kalau terpedaya, istighfar..1 kali istighfar dapat menghapus 1 titik hitam a.k.a. black dot dlm hati. Kalau banyak dot dot dot..? Tak payah pakai clorox.betul ke spelling?.., istighfar banyak2 kalau dah ter‘kalau-kalau’. Opss..banyaknya kalau!!**berpinar mata**

Aku dan sesiapa pun, tak mau berdamping dgn syaitan laknatullah, apatah lagi menjadi ‘saudaranya’..Hakikatnya, selalu terlepas, selalu terbabas. Faham? Tak faham sudah..Tunggu entri selepas ini. InsyaAllah akan aku elaborate.Titik.

Tanggal 31 Ogos semalam, sudah 52 tahun ‘merdeka’. Kreatifnya iklan2 Petronas & TMnet  (skdr menyebut bbrp nama). Mengusik hati & mengasah minda yg serasa dah b’karat.  Aku anak pasca merdeka. Sudah suku abad menghirup udara pinjaman Tuhan. Alhamdulillah..

Selalu terfikir apa sumbangan utk diri, keluarga, bangsa, agama &…negara. Aku tak mahu hidup selesa tapi mati tanpa apa2 sumbangan. Sumbangan aku yg pertama, mari cipta sajak bertema Merdeka!!hehee..Tajuk dia..

“M”

M…

Bermacam budaya menghiasimu

Bermacam ragam mencorakkanmu

Bermacam peristiwa mewarnaimu

Ada yang melukis pelangi untukmu

Tapi ramai juga yang menconteng arang ke wajahmu.

 

M…Merdekakah kita

Andai cuma bermentaliti hamba?

Semalam ulangtahun kesekian kalinya

52 tahun sudah merdeka

Jika penjawat awam, pencen sudah di dalam minda.

 

M…Manusia selalu lupa

Dunia ini pinjaman semata

Harta & takhta mengaburi mata

Mewah atau susah ujian cuma

Jadilah pejuang…Hidupmu terbilang, matimu dikenang! Merdeka!

.wawasan2020.cemerlang, gemilang&terbilang.1M.yeay!