Buku hidup saya versi pahit

Macam best pulak taip dalam point. Antara koleksi kenangan pahit saya secara amnya ;

  • Sekolah rendah. Darjah 2. Saya & beberapa kawan sekelas dijadikan model murid tak siap kerja rumah. Kehkeh. Malu tau sebab kena konvoi pegi kelas sebelah bawa homework tak siap lepas tu duduk sekumpulan kat belakang (ada macam kandang) sambil buat homework. Cikgu yang ajar budak-budak  kelas tu asyik bebel kat diorang suruh jangan jadi macam kitorang. Dahlah ada budak darjah 1 yang saya minat kat kelas tu. Aish kecik-kecik gatal. Sebab tu kot besar tak gatal dah. Haha perasan.

 

  • Sekolah menengah. Ade ke patut saya & beberapa senior kena denda cari rambut (cari rambut, bukan cabut rumput eaa)  kat Musolla Puteri sebab kitorang curik-curik naik atas mandi-manda waktu gap Maghrib ke Isyak. Lepas kena denda siap kena ceramah agama lagi kat courtyard tengah tu, semua orang boleh tengok. Jatuh saham seposen. I jujur tau sebab tu I mengaku.

 

  • Dekat Uni. Ada seorang mamat tu macam suka kat saya.(saya tak brag, sebab saya taip ‘macam suka’.) Tapi saya macam suka kat kawan dia tu. Alih-alih kawan dia tu pulak nak kenenkan kami berdua. Hancur hati saya. Eheh. Nasib baik tak berjaya sebab saya memang pandai berlakon tak ada perasaan. Akhirnya semua pun bawa haluan sendiri. Pahitnya diingat kembali. Hehe.

 

  •  Lepas grad. Arwah ibu kata, kita mesti berani hadapi semuanya. Belum cuba, belum tahu. Sayangnya, saya bukan begitu. Saya ada satu tahap yang akan give-up serta merta. Dan bimbangkan benda yang tak penting. Macam masa tu, saya poyo seronok bila pass exam PTD dan kena pegi PAC kat INTIM Kemaman Terengganu. Siap senior bagi tips-tips masyuk lagi.

 

  • Well, saya end-up tak pergi pun PAC sebab pagi tu kaki terseliuh kat toilet kerana saya terrrrlalu banyak fikir macammana nak pergi Kemaman instead of fikir strategi nak pass PAC. Dan demam sebab hari-hari ‘jogging’ dengan M kat Dataran Banting tambah work-out sebab dilatih oleh M si jurulatih silat. Sungguh pahit kenangan itu. Haish. Padahal di mana ada kemahuan di situ ada highway. Eh, Adnan Sempit jangan marah.

 

  • Waktu dah kerja. Di waktu ni, saya di tempat kerja. Lepas solat Zohor tadi, tekak saya rasa sangat pahit kerna macam ada bunyi pintu berkeriut dan saya sendirian saja di tingkat atas. Ca Alip Ba Wau Ta!!!!!!!!!!! 
Advertisements

Pilih-pilih, terpilih

  • Aku nak kejar kuota  at least 5 entri setiap bulan untuk pedoman masa akan datang. Manalah tau anak cucu aku (insyaAllah. ish, malulah pulak) nanti nak dengar cerita-cerita, aku ada jugak bahan rujukan. Itu pun kalau zaman belum berubah 100 persen. Semua yang kita lalui sekarang kan penambah perisa hidup-pahit, manis, tawar, kelat.

 

  • Arwah ibu aku dulu selalu cakap aku ni asyik pilih-pilih, lepas tu terpilih. Bukan ayat macam “Tahniah, anda terpilih jadi pemain badminton gantikan Dato’ Lee Chong Wei” (kuciwa weh, Malaysia terpaksa say gudbai semi final lagi), tapi aku ni selalu ‘ter’pilih – tak sengaja. Contohnya, aku pernah pilih-pilih lauk ayam masak kicap, konon nak bahagian ayam paling best, dan end up terambik bahagian leher. Yang paling aku tak suka.

 

  • Kalau kita perasan, benda yang kita tak suka tulah yang selalu kita dapat. Kadang-kadang, benda yang kita benci tulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Tapi bahagian leher ayam tu terbaik ke? Musykil. ALLAH beri kita hujan guruh petir sebab lepas tu DIA nak bagi kita pelangi yang indah. Pelangi dan mentari, bergandingan mewarnai alam ini. Cewah.

Cacamerba

Dalam hidup ni, ada satu rasa yang dikenali sebagai ’cacamerba’. Aku rasa dalam Kamus Dewan takde maksud perkataan ni. Cuba double check kalau rajin. Cacamerba ni takde kena mengena dengan bubur caca campur herba lepas tu tertukar ’h’ dengan ’m’ maka jadilah ’cacamerba’. Lagilah takde kaitan langsung dengan cerita apa entah kat ASTRO saluran 131.

Feeling ni selalu diklasifikasikan 18AA. 18 mewakili usia 18. AA-And Above. Usia 18 ke atas yang tak fokus selalu akan rasa cacamerba dari segi kewangan, emosi dan mental. Bukan gila, mungkin banyak sangat fikir. Atau cacamerba tahap tertinggi, bila otak tak dapat berfikir langsung – blur, KOSONG, zero, goose eggs–, NADA— Jadi, cara paling efektif menghandle rasa cacamerba adalah dengan merancang kewangan anda dalam 1 buku khas, fokus prioriti & kurangkan balik kampung selalu. Jangan lupa DOA moga dipermudahkanNYA.

Aku mungkin terkategori manusia cacamerba normal sebab aku tidak perfect. Dulu aku tidak begini. Cewaah. Meh aku share cerita zaman umur aku 14 tahun. Aku ada 1 buku khas untuk tulis semua perbelanjaan, hatta untuk gula-gula 5 sen pun aku rasa bahagia untuk catatkan. Buku yang sama aku catat tarikh-tarikh penting untuk aku dan kesayangan-kesayangan aku. Senarai homeworks, barang nak beli. Semua sumbat siap ada jilid 2 lagi. Itu dulu, kini tidak lagi. Haha. Malas.

Kawan-kawan, jangan malas-malas. Nanti rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.

Aku ingat nak buat balik terapi minda yang aku selalu buat kecik-kecik dulu. Iaitu bayangkan dalam kepala aku ada 1 almari yang banyak laci. Susun maklumat berbeza dalam laci berbeza baru akan tersusun rapi. Atau bayangkan dalam kepala aku ada 1 padang bola. Ada masa serabut dengan orang tendang bola sana sini. Ada jugak masa kosong & lapang penuh kehijauan. Normal tak camtu. Okay, selamat tinggal serebrum, sereblum & medula oblongata. Dalam kepala aku aku sekarang cuma ada 1 padang yang menghijau.

Bahagia

Semalam, seseorang meluahkan masalah pada aku. Dalam hati aku fikir, kalau adik-adik aku yang meluahkan masalah macam ni, macam mana aku nak beri nasihat. Aku boleh jadi pendengar. Tapi fail part-part beri nasihat. Otak aku akan jammed untuk beri nasihat atau idea sebab neuron-neuron dalam otak dah longgar sambungan dia, banyak sangat makan asam.

Susah nak letakkan diri kita dalam kasut orang. (translate omputeh kata –put yourself in his/her shoes). Setiap orang ada masalah yang berbeza. Ada orang kaya tapi tak bahagia. Ada yang miskin tetap gembira. Sebab itu adanya zakat. (Tak nak ulas panjang sebab ada orang yang lebih arif bab ni).

 Bahagia tu tak perlu dicari sebab ia datang dari dalam diri. Dr. Fadzilah Kamsah cakap. Jadi, selamat hari Jumaat dan selamat sembahyang Jumaat ;D

p/s : kawan-kawan tolong doakan sekali ’seseorang’ yang ditimpa musibah tu. Jika dia di pihak yang benar, semoga Allah memudahkan jalannya.

Teori Relativiti

Pernah dengar teori relativiti Albert Einstein? Boleh baca lebih lanjut di Mozek 1, novel Edensor. Ringkasnya, pengalaman yang sama boleh terjadi kepada sesiapa, namun impaknya terhadap seseorang itu berbeza dan relatif antara individu yang berlainan. Okey, jadi cikgu Fizik tak bertauliah sekejap.

Contohnya macamlah bila kita duduk dengan orang yang kita suka, sejam rasa macam seminit. Tapi kalau berdiri atas bara api, 5 saat pun rasa macam sejam. Ha, macam tulah lebih kurang teori pakcik Albert.

Teori relativiti aku dapat diringkaskan kepada bentuk yang lebih tuntas dan efektif untuk diri sendiri : Bila balik rumah aka kampung, seminggu rasa macam sehari, rasa nak balik lagi tiap-tiap hari. Oh, sungguh tak profesional dan very childish. Logiklah. Orang putih pun cakap east west, home is the best. Home sweet home. Apasal bukan school sweet school?

Jadi, patutkah aku balik kampung lagi minggu ini??? *think-think*

 

pakcik albert yang genius ni bukanlah pakcikku. credit http://palscience.com