Bismillah. Dengan nama Allah saya mulakan entri pertama sesi Disember 2011.  Baru balik kursus ‘Back to School‘  ni tangan gatal lak tibe2 . Sebab kesian kat generasi masa depan tak dak benda yg boleh diceritakan jadi saya pun taiplah dengan sepenuh hati, bak kata blog Kak Jas, ‘Kisah klasik untuk masa depan’. Sedap tu jadikan tagline. Saya tak plagiat tau kak jas, saya quote jer ;).

Baiklah, dalam cerita ni moleklah hamba namakan watak utama sebagai Siti Nurhaliza. Haha padahal watak sebenar tu yours truly.

Latarbelakang cerita : Dalam sebuah kursus yang seronok. Sekitar 4 – 5 bulan lepas. Tengok, betapa lamanya cerita ni nak dikisahkan dalam diari.

Dua kisah dalam satu kursus yang sama cuma waktu berbeza.

Satu. Suatu pagi, Siti Nurhaliza kena buat pembentangan untuk kerja kumpulan. Pasal misi la visi la etc. Jadi sebagai seorang manusia yang tak berapa mau tekun dan tak berapa nak hadam misi visi segala bagai tu, pasrah saja kena bentang. Dah nama pun Siti Nurhaliza, mungkin lebih molek andai disuruh menyanyi, bukan bentang. Duhhh.

Awal2 kelihatan begitu cool. Almaklumlah, baru mukadimah. Dahlah wakil wanita pertama tu bentang. Siap dapat tepukan gemuruh lagi. Terus jadi gemuruh lepastu bila dah masuk isi kandungan terus bla bla bla bercakap tanpa arah tujuan sampai diri sendiri pun konfius apa yang tengah dibentangkan. Sampai satu tahap, penceramah yang hebat tu tiba2 cakap ;

“Siti Nurhaliza, saya ni, ibaratnya, dah naik bas, dah bayar tambang, dah duduk selesa tunggu nak sampai destinasi. Tapi, rasanya dari tadi tak sampai-sampai. Rasanya audience pun sama juga” sambil senyum.

Gulp. Telan air liur. Dalam hati, bukan encik je yang tak sampai2, saya pun. Tapi, menjadi seorang yang bermuka tebal, Siti Nurhaliza pun serahkan tugas seterusnya pada member sekumpulan. Dan buat selamba, sampai habis pembentangan.

Dua. Suatu petang Jumaat nan indah. Masih belum fokus bila penceramah tu mengajar waktu petang. Bila beliau ajukan soalan;

“Kelas, antara choice dan chance, yang mana patut kamu pilih ?” (lebih kurang gitula ayat, dan skema jawapan adalah……..’choice’.

Satu kelas jawab ‘choice’, kecuali Siti Nurhaliza yang tiba2 terkeluar ‘chance’ dengan semangatnya. Kuat pulak. Adehhh. Padahal nak sebut ‘choice’ tapi mulut ‘ter’sebut ‘chance’. Satu kelas senyap. Sunyi. Berdoa takde siapa perasan dialah manusia yang tersalah sebut tu, ternyata doanya tak dimakbulkan. Sebab tiba2 penceramah pusing dari whiteboard lalu cakap “Siti Nurhaliza, you’re not in class”. Adeh, malu lagi. Sengih lalu jawab, saya tersalah sebut. Jawapan serba yakin.

Cerita ni, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk pengajaran di masa depan. Manusia takkan lari dari tersilap, tersalah mahupun tersasul. Yang membezakan, sejauh mana kita usaha untuk berubah dan perbaiki diri. Tidaklah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar itu lebih baik dari sesiapa pun. Moral, sentiasa fokus dan jangan gelabah tau. Dan, jangan silap cakap.