Tuan Haji

Tuan haji, begitu nama pengarah baru kami dipanggil. Lebih Manja & mesra. Ini kali pertama aku nampak tuan haji secara formal, dalam meeting kami. upclose lagik. Before ni pernah nampak sekali imbas 2 kali. 1st-kat Jelebu, masa kami pergi audition. Heheh..2nd-masa tuan haji jalan dgn pengarah lama. Sebab pakai baju batik, aku expect tu pegawai luar.

Dan ternyata tuan haji sangat agak lawak+bernas+bijak dlm memberi idea. Warak & alim. Sempoi je menyetelkan masalah. Memang kehadiran dia agak memberi anjakan paradigma kot kpd kami semua.

Yang paling best aku ingat adalah bila sign attendance. Nak dijadikan cerita, ada antara kami yg tertulis nama dia kat ruang tulis nama utk pengarah yg sengaja dikosongkan. Tuan haji ni plak xdak masa kertas attendance dipasskan. Lastly, bile kertas dah habis round meja persidangan, sampai kat tuan haji semula. Aku seriau gak, kot2 tuan haji mengamuk sebab ruang kat atas untuk dia tulis attendance xdak. Tapi, dia belek2, tengok atas bawah kertas, dan dgn sempoi, menulis nama & sign di ruang last sekali, bawah sekali antara semua ahli2 majlis miting!

p/s: take note, reminder for me, kita kena tinggalkan space utk pgrh, KJKK, KJPSH & pegawai2 kanan utk attendance! Semua orang yg berhak harus direspect!

Oh formaliti, oh birokrasi, oh protokol!

Advertisements

.tomyam.klasik.

Tomyamklasik. Makan kat sini saaangat sedap. 2 thumbs up!! Campur dgn tangan2 org lain, beribu2 thumbs up. Makanan best. Murah. Ada man-made pond. Landskap menghijau, saujana mata memandang. Building, pure malay architecture. Tempat proper, macam-macam ada!! Surau yg selesa, wakaf nan indah, tempat budak2 kecik main2 a.k.a. playground yg secluded. Kata Kak Long, sangat bagus utk parents, while tunggu makanan, anak2 diorg boleh main dgn riang ria kat sini.

Dan yang paling indah, adalah bila makan anda disponsor & dibelanja oleh orang2 yg baik hati. Tq sangat2. Jarang nak jmp org2 yg best & berfikir out of the box.

Dan yang indah & menarik lagi, jumpa kanak2 riang bertiga yg masih bersih & bijak. Besar jadi pilot kot tu..suka sgt dgn aeroplane..Hmm, aeroplane ade kepala x ye..

Dan, ‘sayur pokok & ikan rumput’, boleh jumpa kat tomyamklasik je. Heheh..sangat lawak lak..

Dan, pernah dgr x ikan araipama? Boleh dijumpai kat tomyamklasik gak.  Sangat besar & quite historical.

Nak tengok semua ni? Wanna experience all these? Rasa teruja? Ape lagi, mai dtg beramai2 ke tomyamklasik!

p/s : nak tau lagi offer menarik tomyamklasik di bulan puasa?, curious? check it out for yourself!! Heheh..

Bahasa Kedah

Malam tadi, aku, k.a** & k.m*****  berdiskusi tentang bahasa a.k.a. loghat. Selangor, Kedah, Perak, Melaka pun ada…diskas tentang A.I.R.

kedah =ayaq/ayark??

perak = ayor

selangor = air/water/sky juice..hehe..

melaka = ayer kot? ayer molek, ayer keroh

jawa = banyu

arab = al-ma’

p/s : sila buat penambahan wherever needed..

*Bahasa kedah yg interesting:-tawaq habiaq, manih melecaih, pahit dengung. Sila abaikan spelling error!

Writing Under the Silara:02

Minggu ni, minggu ‘bebas’ bagi kami. Kami yang ada di ofis. Kerja ada, tapi colleagues ramai xada, jadi aku simpan kerja tu dulu. 

Isnin :  cuti. mengada2 nak ambik dgn alasan housemates xada. susah nak g gheja. masak-masak. makan sorang2. boleh tahan lagi..

Selasa : rutin semalam. masak-masak. makan sorang2.xtahan dah..natijahnya, tak habis. Tak sanggup duduk sorang2, nekad bermalam-malam kat rumah k.a**.tqvm atas keprihatinan*__*

Rabu : Thumbprint. Ofis agak lengang. Semua orang ingat aku berkursus. Rupanya ambil cuti duduk2 di rumah.  Hari ni aku & k.a** habiskan dgn operasi melawat k.l** yg xsihat. Hehe..sebab kami sgt prihatin, kami stay quite lama kat situ. Hehe..sangat lama..Petang, ke pasar malam Jasin. Membeli-belah. Especially durian. Makan macam2 bertiga. Berkat. (shingga entri ni ditulis : seketul ayam percik & separuh jagung bakar masih selamat xtermakan dlm fridge k.a**.)

Khamis : rutin petang khamis aku dah xada. cuti. kali ni ganti dgn upacara makan durian+rambutan+manggis beramai2. tepi tangga kami berlonggok. durian lagi~~.Petang, makan2 di Roza. Sgt kenyang. Alhamdulillah. Malam, k.m***** datang tidur rumah k.a**. Melantak durian lagi~~Hehe…
Jumaat : Bangun pagi2, semua sakit tekak. Batuk ala-ala. Penangan durian!!
Dan skrg, semasa entri ini ditulis, ofis ini sangat sunyi. Jumaat. Rasa sejuk semacam. Haha..jgn fikir bukan2..sejuk rasanya..sebab semua aircond dbuka tapi haba sangat kurang, xramai umat manusia dalam ni. Mari tutup aircond skrg! Yahh..elakkan pmanasan global, elakkan pmbaziran harta kerajaan!!

M.A.A.F.

MAAF. Bukan senang dituturkan. Apatah lagi dengan ikhlas dari hati. Hanya ALLAH shj yg tahu sedalam mana keikhlasan ucapan maaf yg dilontarkan. Tapi kisah nan satu ini, aku yakin ucapan itu tulus dari lubuk hati.

8.13 pagi. Kami bertiga kelam-kabut, berlari-lari dari bilik hotel menuju ke lif. 8.15pagi sudah patut diam dalam bilik seminar. Seusai menapak di dalam lif yg kosong, seorang lelaki turut masuk. Macam pernah tengok..dalam hati aku. Alamak, Encik Pegawai semalam la..Kami diam membeku. Bimbang kantoi. Pandang memandang.(Dalam usaha mengcover muka yang tebal akibat agak kelewatan). Encik Pegawai yang ala-ala serius belek jam. Pandang kami.

Encik Pegawai : Nak pergi mana ni?

Kami : Pergi bawah. Tingkat 2..

Encik Pegawai : Tau tak dah pukul berapa ni?!(Baca: Intonasi sangat super serius! Rasanya lepas ni kami akan kena berdiri sampai habis seminar, macam kat sekolah dulu-dulu..)

Kami senyap. Tetap, buat tak tahu. Buat tak faham. Cepatlah sampai ke destinasi. Tak sanggup! Kami tau kami salah!

Lif terbuka, dan kami menapak dgn penuh rasa keinsafan ke bilik seminar. Ya. Tidak. Bilik itu kosong lagi. Adakah kami terawal? Atau sangat lewat. Kami pandang Encik Pegawai. Mukanya jelas hampa, sambil belek jam, dan berlalu. Yes! Kami awal walaupun jam menunjukkan sharp-sharp 8.15 pagi.

demi masa...

demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian

Benar jangkaan kami, bila para peserta lain berbondong-bondong masuk, Encik Pegawai telah melecture memberi santapan pagi yg more than kenyang semua peserta pagi itu. Beliau menegur+melampiaskan ketidakpuasan hati atas sikap ketidakpunctualan kami. Insaf. Kami semua senyap. Benar seperti yg dikatanya. Tidak ada satu pun patut disangkal.

Sebelum sempat aku mengutuk dalam hati, di depan beratus-ratus manusia di dalam situ, Encik Pegawai mengutarakan ucapan MAAF, khas buat kami bertiga, yang disangkanya paling lewat, tetapi paling awal rupanya! Senang cerita, salah marah la..Sangat terharu & kembang semangkuk masa tu. Faham-fahamlah kan, tak ramai manusia yang sanggup mengakui kesilapan sendiri, apatah lagi memohon MAAF secara terbuka di depan ratusan orang bawahannya. Dan maaf itu ditujukan buat kami, yang bukan siapa-siapa ini!

Berkuasa @ Berpuasa?

     Zaman kecik2 dulu,  otak kita memang masih bersih lagi. Termasuk aku. Tapi ada 1 kes yang aku hampir lupa, tapi skrg tibe2 teringat, jadi aku coretkan dlm ni, as one of my so called beautiful childhood memories.

     Masa sekolah rendah dulu, kite kena hafal Rukun Iman, Rukun Islam kan? Masa tu, darjah 2..Ustazah yg b’dedikasi ajar kami Rukun Islam yg 5. Zmn dulu tulis dgn kapur, bhs jawi. Ustazah tulis kat blackboard (i wonder y, warne hijau tua, tapi knapa ‘blackboard’?). Ustazah sebut, kami ikut. Dgn bersemangat waja.

     Dan aku paling tak setuju bila ustazah sebut ‘yang kelima, naik haji bagi yang berkuasa’. Dalam hati, ‘ish, tak logik ni, ustazah mesti salah tulis, takkan orang yg kaya je boleh g haji..'(berKUASA dlm erti kata lain, aku faham as kaya raya & byk harta!)..lalu aku tafsirkan yang kelima tu sbg ‘naik haji bagi yang berpuasa..So, di saat kawan2 lain dok mengikut ustazah menyebut ‘…berkuasa’, aku dgn yakin ‘…berpuasa’, sebab aku yakin hanya orang2 yg baik (orang yg puasa lah!, xpuasa xlayak g haji)je layak pergi tunaikan haji…

     Natijahnya, aku meneruskan kefahaman yg agak songsang tu lama jugak la. Ustazah tak tegur bile aku tukar ‘berkuasa’ dgn ‘berpuasa’. Mungkin ustazah rasa ustazah tersalah dengar kot..
     Dan akhirnya, kesalahfahaman aku dibetulkan oleh seseorang, dan aku malu sendiri kerana sebenarnya..ustazah aku tak buat silap pun, yang silap adalah aku, kerana salah tafsir. ‘Berkuasa’ adalah maksud lain bagi orang yang mampu dari segi fizikal, mental, kewangan etc. utk pergi naik haji…

Ohh..malunya..!!!

Antara 3 pilihan

    Amacam, agak suspen x tajuk..agak2 kalau kita diberi 3 pilihan, nak semua ke? or you will choose the best? nama pun pilihan, so, take one of it or leave it.

     Kalau diberi pilihan nombor, antara 1-10, aku akan pilih nombor 7..

      Dan kali ni, antara T1, T2 & H, aku pilih H. tapi kalau D termasuk dlm senarai pilihan, for sure aku pilih D. walau T1 agak bagus, tapi aku dah ada semua tu, T2 tak termasuk dalam list. D pula, mungkin bagus tapi bukan untuk jangka masa panjang.

     Akhirnya, H juga jadi pilihan, even lepas tu agak ragu2 & hampir menyerahkannya pd orang lain. aku nekad, inilah pilihan terbaik utk aku. Alhamdulillah…tqvm k.gee atas nasihat!!!

LASKAR PELANGI

          While waiting the iTunes syncing songs & photos into my iPod, i read (belek-belek) one of my all time favourite novel, entitled ‘Laskar Pelangi’. (not mine actually, i kind of borrowed it from somewhere..). one of andrea hirata’s novels. i love both the novel and the movie..and always keep wondering why it didn’t came out in malaysia’s cinema. it’s such a pity. (maybe those people never think anything else but RM..). you have to read it, and i’m sure you’ll love it. watched half of the movie, can’t wait to finish it..thx to k.syikin for downloading the movie, let’s share the joy & pain of laskar pelangis & filicium decipiens). 

      filled with science, ‘thriller’ and simple yet deep and meaningful words. those words..whenever i read it, i’ll make sure i didn’t missed any words (in some situation though, i can’t help falling asleep..)

     And the most important part is, it’s all about childhood memories and how all the characters grow with those memories. childhood memories, it’s something that i’ll never forget. (that’s why i start blogging..to keep my memories remain).and guys, i’m sure each & everyone of you hv your own childhood memories. sweet, sour, bitter memories are part of the ingredients that made us who we are now.

    Don’t cry over spilt milk…if you feel sad & depressed, you just have to stand up, no matter how hard life is. life is full of ups and downs, either you go up or you go down. And, just go straight, don’t belok2!..(well, in some situation you hv to pusing a little bit though,..>__<)

selamat hari bapa (edisi ter-awal)

Ini akan menjadi entri paling ringkas setakat ini,tapi aku akan pastikan, it’ll be the most amazing entry for me.(baca : aku xkesah kalau orang cakap xbest pon)

selamat hari bapa buat bapa

bila ibu tiada, engkaulah nadi keluarga

walau tak banyak bersuara,kami tahu kau redha

kerana, kau bapa

tak perlu jadi yang terbaik di dunia,

kerana kau memang terbaik untuk kami semua

 

 

selamat hari bapa

selamat hari bapa

5 perkara tentang bapaku

1. tak pernah marah

2. sangat lembut hati & sgt wasatiah

3. sangat pembersih (I wonder y, kami x macam tu..)

4. sangat rajin p masjid & kelas2 agama (aku pernah ikut, tapi boleh dibilang dgn jari…kita kan xboleh m’exposekan diri sgt..haha)

5. akhir sekali, the best part…sangat2 kaya….dgn budi bahasa..biar kami x kaya duit ringgit, apa yg kami ada is more than enough..

 

Selamat hari bapa untuk bapa. Everyone, everyday is father’s day!

Entri ini awal krn by 21 jun, I’ll be home..banting, here I come!!!