Seseorang

Lewat hari ini, Cikgu Kehidupan ajar aku sesuatu : SETIAP ORANG ADALAH SESEORANG. Contoh, pakcik / makcik menunggang motosikal di jalanraya adalah seorang mak / abah kepada seseorang. Berbanding kita yang naik kereta ni, alangkah bertuahnya. Tak perlu berhenti berteduh bawah terowong kala hujan lebat, atau meredah hujan dalam kebasahan yang dahsyat. Aku taulah, suatu masa dulu pernah merasa itu semua. Bersyukurlah bersyukurlah bersyukurlah wahai diri sendiri.

Lalu, tika berkereta (eh apakah bahasa?) berilah laluan pada motor-motor ni. Jarakkan sikit dengan diorang. Apatah lagi pejalan-pejalan kaki. Mereka adalah seseorang. Bayangkan jika kita yang ada di tempat mereka. Bayangkan. Bayangkan tengah penat berjalan kaki di bahu jalan, tiba-tiba kereta lalu tepi laju-laju lalu terpercik air, atau debu-debu jalan.

Petang semalam. Hujan lebat di Putrajaya. Lebat selebatnya. Hujan laju-laju dan berat. Kereta banyak. Awan makin berat memuntahkan isi. Aku berhenti kat lampu isyarat merah. Presint 8 kot. Lampu hijau, kereta pun bergerak. Samar-samar di tengah jalan antara divider, aku ternampak seorang pakcik tua bertongkat. OKU, kelihatannya seperti tiada penglihatan. Diapit oleh dua remaja lelaki lingkungan usia mungkin 13-16 tahun. Hujan lebat membasahi baju mereka, lencun selencun-lencunnya.  Aku nampak dari cermin sisi, seorang dari remaja tu cakap sesuatu pada orang tua itu. Mahu melintas jalan barangkali, tapi tiada kereta mahu beri laluan. Hati tersentuh. Aku nak reverse. Ahh, belakang ada kereta.

Terus kereta bergerak ke depan. Aku berfikir-fikir. Mau u-turn atau tak. Fikir lagi. Fikir lagi. Aku perempuan. Seorang. Bahaya, dah petang ni, detik hati aku. Mau belok kiri? jalan balik rumah. Mau u-turn? Atau tak? U-turn? Atau tak? Macam mana kalau pakcik tu dah takde? Kan sia-sia?

Akhirnya, aku u-turn. Sah, mereka dah tak ada. Rasa bersalah menyelubungi. Macam-macam bermain di benak fikiran. Kenapa aku tak bantu dari tadi? Entah-entah tadi aku pun jadi tukang percik air kat diorang, menambah lencun diorang. Kenapa aku selfish? Kalau aku tolong dari tadi, mungkin situasi akan jadi lagi mudah. Masa tu hujan dah tak lebat sangat. Terjenguk-jenguk aku kiri dan kanan. Tiada bayang mereka (oh, memang takde bayang. waktu hujan matahari menyorok). Akhirnya, aku give-up, dan bergerak pulang penuh penyesalan. Emm mungkin mereka dibantu orang lain, mungkin mereka dah safe and sound sampai ke rumah (yang mana agak mustahil) ataupun sebenarnya semua tu bayangan aku je. Tuhan nak uji betapa aku ni selfish atau tak.

Siapa pun mereka, aku harap mereka selamat walau di mana mereka berada. Pasti ramai lagi insan kat bumi bertuah ni yang prihatin.Err kalau benda ni terjadi kat korang, apa yang korang buat ye?

 

 

1,2 & 3

1

Hidup ini tak adil. Memang takkan pernah adil. Selalunya apa yang diharapkan takkan jadi kenyataan. Jadi terpaksa jangan berharap barulah akan jadi kenyataan. Macam berharap bulan jatuh ke riba. Memang tak akan jadi laa. Atau berharap kucing bertanduk. Memang tak akan lah. Kecuali Doraemon kot. Ohh Doraemon sejenis kucing ke?? Ehh bukan, Doraemon sejenis kartun yang makan Dorayaki. Sebab takdak kucing kat dunia ni yang ada poket apatah lagi badan kaler biru.

2

Hidup ni penat kan?Penatlah setia pada yang satu. Yang lain banyak yang menanti. Berbaris untuk dipilih. Sekali-sekala harus tukar selera. Tak taulah kalo itu dikatakan curang tapi guna ayat ‘tukar selera’ lagi bunyinya berhemah dan bersopan santun. Ibarat wanita Melayu terakhir. Apakata setia pada Allah saja, sebab DIA tak akan curang apa lagi kecewakan hamba-hambaNYA. Kita saja yang selalu curang, tidak meletakkan yang utama di tempatnya.

3

Alasannya sibuk. Sebenarnya tiada idea mau update blog. Macam dah tiada cerita nak dikisahkan. Rasanya otak dah merudum dum dum kualitinya. Seorang bff pernah bagitau bila usia mencecah 27 dan ke atas, otak memang akan berkurang kualiti kecuali diasah semula dengan banyak-banyak membaca buku, buat latihan kira-kira atau senang cerita, sambunglah belajar.

Konklusi 1, 2 & 3

1

Saya mau berhenti berharap akan menang Pertandingan Esei xxxxx yang saya masuk suatu masa dahulu. Memang takkan menang hatta mendapat sijil penyertaan pun kot T__T. Maka berhentilah browse nama sendiri kat Lebai Google dengan harapan nama akan muncul untuk dapat sijil peyertaan pun jadilah kalau ada. Memang takkan ada. Huuuu.

2

Setia? Selama 2 tahun lebih sejak Jun 2009 memang saya setia pada si dia yang satu. Tapi ada sesuatu yang membuat saya ingin curang. Ehemm, menukar selera sebenarnya. Dari Encik WordPress ke Encik Blogspot ke, Blogger ke, Bla Bla Bla ke. Haa, kan berbaris tu. wordpress ni akan jadi nombor satu, dan saya mau buka buku baru yang kedua kat mana lepas ni ya. Tunggu dulu, takdak idea.

3

Saya akan mengaku sudah 28 selepas tanggal 12.11.2012 nanti. Kononnya sekarang masih 27. Tujuh nombor faveret. Tapi, ada apa dengan nombor faveret? Dan, ada apa dengan usia kalau tak dimanfaat sepenuhnya?Otak oh otak, ada tak saya ini menggunapakai anda seoptimumnya? Tetttt. Jawab otak :  jangan pakai saya saja, pakai akal juga.

 

 

***Ini entri perpisahan dan selamat tinggal. Sedih?

***Setau saya, adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bunyi macam senang. Hakikatnya, susah.