love and hate

There’s a fine line between love and hate. And I’ve crossed both. You may love something today but who knows, someday you’ll hate it. We don’t know. I don’t know. You don’t know. Paul The Octopus also doesn’t know. Only God knows what will happen tomorrow.

When I said to myself that this thing, or that thing’s going to be damn boring or uninteresting at all, things always turned-up 360 degrees. How God beautifully turns thing the way it suits each other. Then there are things that I pray and hope to be reality, still remains a dream. Maybe it’s way too good to be true.

Most of the time, I seldom get what I want but I get what I need. Sometimes, there’s thing that I love very much and I keep chasing for it, and at the end of the day it all gone. Gone with the wind. Why? Because I was not meant to be with the thing that I thought I supposed to be. It’s all destined.

Life is beautiful, indeed.

“When I was just a little girl, I asked my mother what will I be?
Will I be pretty? Will I be rich?
This is what she said to me.
Que sera sera, whatever will be will be,
The future is not ours to see.”

-quoted from somewhere-

Advertisements

senarai suka dan tak suka

Wajiblah di sini aku senaraikan perkara berkaitan tajuk di atas. Merujuk tajuk di atas, secara tidak sengaja terkenang zaman sekolah rendah dulu. Kami ada 1 grup yang prasan glemer dipanggil FASA. Aktviti grup ni antaranya membuat kad raya dan dijual dgn harga murah, mewujudkan kumpulan nasyid dan solat berjemaah di PASTI (alhamdulillah). FASA juga disertai oleh kawan-kawan lain yang disayangi. 

Satu aktiviti wajib adalah membuat buku biodata. Nama penuh nama glemer hobi  makanan minuman kegemaran bla bla bla. Lepas tu lekatkan muka sendiri mahupun muka artis atau tokoh politik kegemaran di atas kad yang harganya 10 RM3 tu.

Eh terkeluar topik pula.

Kat sini aku dengan senang hati mencatatkan senarai suka dan tak suka aku supaya senang kawan-kawan membelanja benda yang aku sukai.

suka – tidur(biar tak makan asal jangan tak tidur) . mimpi indah(malam semalam mimpi indah sebab diselamatkan hero masa penjahat nak menjahat. like!). kerabu. brokoli. balik kampung(suka kuasa delapan belas). lagu sentimentol. pulau-pulau indah. cameron highlands. air terjun.

tak suka – mi besar. pantang ayam(pantang makan ke pantang nampak entah). membuat pilihan. Lagi apa ya. Ngantuk sudah. Akan dikemaskini kemudian lah.

Oh ya, sebelum kebobrokan idea, ingin aku kongsi bahawasanya petang tadi masa kitorang melawat Kota Fesyen Paris eh silap, MITC Ayer Keroh, sesuatu yang amazing berlaku. Kitorang lihat seorang insan yang pekak dan bisu menggunakan bahasa isyarat berkomunikasi dengan sahabatnya menggunakan video call. Faedah 3G digunakan sebaiknya. Alhamdulillah.

p/s : senarai ni untuk rujukan aku di masa depan. silalah tambah jikalau korang perasan kesukaan atau ketidaksukaan aku. syukran jazilan.

Kenapa ya?

Kenapa ya, dah lama tak berblog. Oh, sebab mood tak datang, mungkin pergi cuti-cuti Malaysia kat Pulau Sipadan. Jadi otak dah berkarat dan kena diasah dulu dengan menonton Die Hard kat Star Movies kat MITC Ancasa ni. Bruce Willis dulu memang lain sangat dengan sekarang lah.

Kenapa ya, asal buat kursus, bengkel atau mesyuarat mesti kena duduk hotel? Terdengar tengahari tadi sorang staf borak dengan geng dia. ‘Apasal kita tak buat bengkel ke, kursus ke kat khemah tepi sungai, tak payah air-cond pakai pelita je ’. Boleh tak? Kalau setuju angkat tangan sekarang.

Kenapa ya, susah sangat aku ni nak bersyukur dengan apa yang ada? Orang dah bagi duduk hotel, senyap sudah. Orang dah bagi makan percuma, telan je lah. Masalahnya, makanan hotel susah nak serasi dengan tekak ni. Asyik loya je. Tett…bukan loya yang itu okeh. Nasib baik tidur best. Mimpi indah lagi. Heheh.

Kenapa ya, Die Hard ini sungguh best. Jadi kena berenti menulis dan dan lepas ni berazam untuk tengok Die Hard 1, 2, 3 sampai 10. Ada ke?

 p/s : Mimpi aku sungguh indah sampai rasa nak cerita kat entri lepas ni. Oh ya, boleh dah turun tangan tu ha.

syukur

Pagi Isnin ni, sepenuh kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Illahi, kerana masih lagi dapat bernafas, dapat lagi bergurau senda dengan kawan-kawan, ahli keluarga, dapat melihat alam yang berwarna-warni, dapat menangis, ketawa, senyum. Bangun pagi, masih dipinjamkan nyawa oleh Tuhan. Masih normal, err walau agak rabun. Syukur. Syukur. Syukur.

Cerianya alam ini. Indahnya duniaku. Walau tak sempurna, namun tetap bahagia. Nilainya pinjaman sementara saja. Berhak kita kecapi, dan syukuri nikmat Tuhan yang tak bertepi ni. Oh, syukur, syukur, syukur.

Okeh, kembali buat kerja. Sekian.