zuhud

Kata Hamnah : Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Orang kalau biasa susah, jarang melatah. Opocot!. Tapi kalau biasa senang, sekali ditimpa susah selalu meratap. Contoh paling senang :

Contoh 1 : Dato Sri Tan Sri Segala Macam Semua Sumbat Sini a.m.n., p.j.k., s.p.m, s.p.m.v, p.m.r : millionair kat negeri Antah Berantah jatuh muflis sebab kena tipu oleh perempuan simpanan yang licik. Bila dah miskin, semua hilang. Susahnya nak survive

 Contoh Mudah 2 : Nur Amina selalu pakai mesin basuh automatik. Bila pakai semi-auto, dia rasa susah. (Ini apply kat diri penulis sendiri. Sekarang dah okeh ;p )

Contoh Mudah 3 : Dennis Oberoi selalu bawak kereta auto. Bila pakai kereta manual, dia tak boleh. (Apply kat diri penulis tak boleh, sebab dua-dua pun dia tak pandai, walau ada lesen kelas D yang hampir tamat tempoh P) 

Jadi, bila sedang berduit, berilah sedikit pada orang yang lebih susah. Supaya dapat rasa sekali kesusahan orang. Dalam setiap gaji kita tu, ada hak orang lain di dalamnya. Tak dapat nak zuhud sepenuhnya, sikit-sikit jadilah. Sikit-sikit lama-lama jadi Bukit Nenas. Ada KL Tower lagi. Selain tu, pangkat, tenaga dan idea pun boleh dikongsi sama-sama. Pat pat siku lipat, muafakat membawa berkat.

Salin dan tampal di sini dari blog En. Rudy Bluehikari dengan izin :

Dipetik dari kata-kata Imam Ibn Syihab al-Zuhri. “Kita tidak pernah lihat zuhud yang lebih hebat daripada zuhud pangkat dan gila hendak jadi ketua. Kadangkala anda boleh lihat orang zuhud dalam makan minum dan harta benda tetapi kalau dicabar kerusi keketuaannya, dia terus melenting dan bermusuh”

Sebenarnya, bila dah rasa senang, lagi payah nak memberi. Harta, pangkat mahupun tenaga. Betul tak? (Penulis angkat tangan merujuk pada diri sendiri. BETUL!!!)

Advertisements

Don’t judge the book by its cover

Atau versi aku masa sekolah menengah :Don’t judge the banana by its skin. Baca  ini :

21/01/2010. Khamis. Pekan Jasin. 7.15pm.

Kami berdua on the way ke kedai hardware untuk beli paip getah (info tambahan : kerana baru beli mesin basuh petang semalam!!!). Kak Gee excited nak basuh baju guna mesin basuh baru malam tu jugak. Tapi kedai dah tutup. Dari dalam kereta, aku nampak seorang lelaki India sedang duduk dalam gelap.

Aku : Kak, kita tanya lelaki tu la kot-kot ada tempat lain jual paip getah? Tapi takutla tengok, misai dia tebal. Macam jahat je…

K. Gee : Ala tanya je lah..takde pape kot

Aku dengan konon-konon konfiden pun tanyalah dari dalam kereta.

Aku : Uncle, kat mana ada jual paip getah kat sini?

Lelaki : Ya kak, (die panggil aku kak?)..Oh, itu sini sudah tutup. Sudah malam. Kakak datang pagi dia bukaklah bla..bla..bla..(panjang explanation dia)

Aku : Ye ke..takpela. Terima kasih la ya.

Lelaki : Okey, terima kasih kak..(dia pulak cakap terima kasih kat kami?)

Sejurus lepas itu, dia ketuk cermin kereta.

Lelaki : Cuba akak pergi kedai 2 ringgit. Mungkin ada. Cuba cari dulu..

Lepas cakap terima kasih, kami pergi ke kedai 2 ringgit. Jumpa!

Kak Gee : Tulah, lain kali don’t judge the book by its cover. Tengok, lelaki yang ko kata macam jahat tu baik sebenarnya. Panjang pulak tu dia bagi maklumat. Siap dia pulak yang cakap terima kasih.

Aku setuju. Mulai hari ini, don’t judge the banana by its skin. Kadang-kadang yang baik tulah jahat sebenarnya. Beware. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…

p/s : semoga lelaki India yang baik itu dikurniakan kemudahan baginya kerana kebaikan yang diberi pada kami. Kalau orang malas nak bantu, dia mesti cakap ‘tak tau’ je. As simple as that. But, its those simple things that make us different from each other.

“Kerana dirimu begitu berharga”

Entri ini ditujukan kepada setiap manusia. Termasuk saya dan termasuk anda semua yang gerenti bulatkan ‘L’ atau ‘P’ dalam ruangan jantina. Pinjam tagline Maybelline sekejap. Tukar sikit –ku kepada -mu. Maybelline atau nama lebih glemer \’May-belon\’.

Samalah macam Tom Cruise-Tom Kurus, John Travolta-John Telah Botak, atau Encik-Terminator-sudah-tukar-jadi-Gabenor-California-itu, Arnold Schwarzenegger-Arnold Susah Nak Eja. Dulu sekolah rendah selalu tukar nama mereka ini.

Kenapa diriku dan dirimu begitu berharga? Saya letak 5 sebab rekaan sendiri yang telah dipatenkan :

1)Anda unik.UNIK. Dalam dunia ni cuba cari siapa yang sama dengan anda? Sebijik. Kira klon lah. Kalau ada, bak datang bagi bukti nanti saya bagi 1 juta.

2)Anda spesial. ISTIMEWA. Katakan anda tak masuk Universiti Selat Tebrau atau join Parti Kuda Belang, anda tetap istimewa. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Special and succeed in their own way.

3)Anda ada otak, dan ada akal & naluri. Binatang ada otak saja. Tengok, siapa menang. Anda! Jadi janganlah buat perangai manusia=binatang.

4)Anda mungkin tak kaya. Atau tak bahagia. Tapi percayalah, seteruk-teruk anda rasa, anda mesti yakin, bukan anda yang paling teruk kat dunia ini. Yakin Boleh!!!

5)Ini sebab paling best. Ditujukan kepada manusia yang agama dia Islam. Yang percaya pada Rukun Islam. Rukun Iman. Nikmat Islam & Iman. Beruntunglah bagi sesiapa yang selalu mempolishnya. Saya sedang berusaha.

Tapi kenapalah anda yang begitu berharga ni buat benda-benda begini:-

1)Jual anak. Jual body=Jual diri. Jual dadah. Jual arak. Jual beli. Memang business-minded.

2)Musnahkan hutan. Bunuh binatang. Cemar alam sekitar. Sia-sialah saya bayar 38 ringgit malaysia tiap-tiap bulan ke akaun WWF macam ni. Baik beli topup.

3)Buang mak bapak. Abaikan keluarga. Jaga-jaga, what you did, you get back…

4) Dan lain-lain. Fikir sendiri. Kan ada akal.

Sekian terima kasih. I rest my case.

Selamat Hari Lahir Siti Nurhaliza

Selamat hari lahir kepada….bukan Siti Nurhaliza. Tajuk atas tu gempak saja. Tapi tak tipu sebab harini pun hari lahir dia. Bukan HARI JADI eaa..bapak saya marah nanti. Selamat hari lahir atau bahasa orang inggerisnya : HAPPY BIRTHDAY. Cuba tukar : BIRTH = LAHIR. Macam mana jadi hari jadi entah tak tau.

Selamat Hari Lahir kepada Azmi a.k.a Jemi. Anak nombor 3 dalam famili. Jemi ni :

1. Antara adik-adik saya, dia yang pertama sekali pernah bagi komen kat entri saya. Sokongan padu.

2. Dia pernah buat tragedi kat pokok limau kesayangan saya. Pokok limau yang saya sangat sayang sebab boleh panjat-panjat kecik-kecik dulu, lepas itu berbuah lebat, telah mati akhirnya sebab Jemi siram dengan baja spesial = minyak 2T konon-konon nak bagi pokok lebih subur. Tetapi, kerana minyak itu, pokok limau telah bantut lalu mati. Regress, and resorb.

3. Sangat gila memancing. GILA. Dan expert. Yang itu perlu saya tabik. Kenal segala jenis ikan. Jadi, ada Pegawai Perikanan tak official di rumah kami.

4. Paling open dan banyak cakap. Yang itu, hmm..ada pro dan kontranya..Teman gaduh di rumah = Jemi. Saya selalu tension dan stress sebab dia suka cari gaduh. Tapi sekejap saja. Haha. Well, itulah adik-beradik. Walau tak sebulu, tapi tetap bersatu!.

5. Boleh bawak diri kat mana-mana. Campaklah kat mana-mana pun takpa. Pakcik-pakcik ke, makcik-makcik, semua boleh.

6. Dulu kecik-kecik selalu compare tangan ramai-ramai dengan arwah mak sekali join. Teka tangan siapa paling lain? Jemi la. Lepas itu arwah mak buat muka serius bagitau Jemi sebenarnya anak orang lain, terjumpa tepi jalan. Dia akan mengamuk dan percaya.. Haha..gotcha!!!

7. Suka tunjuk terer hal masak-masak. Agak superb la, kalau maggi goreng boleh order kat dia.

8. Okeh, cukupla tu..Banyak kerja ni. SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA MURAH REZEKI DAN SIHAT TUBUH BADAN. SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU. Walau Jemi takkan baca ini, saja nak ucapkan juga 🙂

Sudah Lama Wajahmu Ingin Ku Tatap…

Sudah lama ku tanggung rasa ini

Hendak menatap wajahmu yang dirindui

Acapkali termimpi-mimpi di malam hari

Terngiang-ngiang di siang hari

Namun tak daya melepas rindu

Kerana aku insan yang lemah

Tak mampu membahagi hati

Kerana tugasan lain membelenggu diri

Amanah perlu ku tunjangi

Selain amukan malas menguasai diri

Namun kini setelah

Sudah lama ku pendam rasa

Kukuatkan jiwa

Kusematkan raga

Kukerahkan tenaga

Untuk menatap wajahmu yang ku ingati

Dan melakar ayat-ayat di dalammu

Wahai blogku….

Aku rindu untuk menulis di dalammu

Yes Alhamdulillah, berjaya akhirnya..setelah

Sudah lama kau usang merinduiku.

Cewah…

Sudah lama wajahmu ingin ku tatap wahai blogku…