if.you.are.a.pure.javanese

Kali ini, aku akan ber-aku-aku.

Okey, entri ini sama skali tidak kena mengena dgn bulan Ramadhan yg mulia. Tajuk omputeh *macam dasyat..macam je la..*

Cerita 1.

UTM. 2nd year. B04,FAB. Ethnobotany amende.ntah.

Esok kena bentang asg budaya kaum di Malaysia.. mcm Banjar, Minang, Hakka, & xt’tinggal, Jawa. Aku org Jawa, proudly memilih tajuk ‘Javanese : Origins & Cultures’*kot*. Last minute kerja, malam tu jugak habiskan masa kat PSZ, search for ‘javanese’ kat internet.

Start lewat, ktrg tak tidur. Board tunggang langgang. Copy paste sana-sini *Jahatnya!*Pagi tu, lewat p klas! Kelam kabut ke B04 dari KRP. Tak prepare, terus present. Dgn mamai. Masa present, tiba2 t’dengarlah rakan sperjuangan aku a.k.a grup member m’present dgn yakin :

…Javanese have a long, silky coat, that comes in a variety of colors..are noted as being very intelligent and talkative..

hah..

ape tu..

orang Jawa ada long, silky coat?

Dush..inilah akibat copy-paste merata2. sila.jangan.tiru.macam.saya. Dan, kami terkujat kat situ. *En.Hakim dah perasan kami silap!*Malu!Malu!Malu!Malu! Kenapa? sebab description tu, sebenarnya kami sedang m’ceritakan characteristics kepada ‘javanese’ yg ini..klik sini

Cerita 2.

Somewhere in Kedah. Julai 2009. Kursus.

Pak Penceramah : Siapa orang Jawa kat sini? (p/s: pak penceramah adalah org Banjar)

Maka, aku bangga mengangkat tangan. Pandang keliling. Aku sorang ke?

Pak Penceramah : Jangan terasa ya, saya nak tanya, apa maksud bert*mp*k bagi orang Jawa?

Aku geleng-geleng. Sumpah xtahu! Emm..’menjerit’ kot?

Pak Penceramah : Macam mana tak tau? Okey, es-em-es orang tua kamu, sedara mara tanya ape maksud. Yang lain, nnti tanya kawan kamu ni..

Wah, kes serius ni!

Balik kursus, aku tanya pakcik makcik. Dan, bila tau maksud, sejujurnya, aku memang baru tau!. Malu!.Malu!.Malu!.Malu!.

Buat semua orang Jawa, if you are a pure javanese, korang tak akan melalui saat2 memalukan macam aku ni! Aku pun pure, cuma xhabis bljr je..

S.A.L.A.M. R.A.M.A.D.H.A.N.

Tarikh : 22 Ogos 2009 / 01 Ramadhan 1430H

Masa : 2:15 a.m. (lihat betul2 ya, a.m., bukan p.m.!)

Lokasi : Depan laptop. Dalam gelap. Dalam sunyi.

Mood : Seriously serious!

Salam Ramadhan kawan-kawan. 2:15 am bukanlah waktu yang ideal bagi orang yg kenal siapa saya utk berada depan laptop.  Saya musykil, apakah ketidak-boleh-tiduran saya malam ini oopps..sekarang dah pagi adalah disebabkan faktor-faktor berikut? Sila scroll ke bawah..

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Adakah saya pening memikirkan apa yg perlu dimasak bagi semua orang makan utk sahur pagi esok? (hmm..tidak logik. Telur mata kerbau kan ada sebagai penyelamat!)

2. Adakah saya kepenatan sehingga tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun? wah..ayat beria (pun tidak logik..kalau saya tidak penat pun boleh tidur, apatah lagi kalau penat?)

Biar saya imbas kembali perjalanan hidup saya menjelang berakhirnya Syaaban 1430H tadi. Thumbrint keluar dari pejabat 5.10. Melaka ke Selangor. Bapak suruh balik kampung!. Bersama Kak Syikin & WiWi. Agak awal kami sampai Selangor petang tadi. Barakah Ramadhan..

Bertarawikh di Surau Haji Yassin. 20 rakaat  tarawikh + 3 witir. Semput! Saya memang tak fit rupanya! Malu dengan makcik-makcik di kiri-kanan-depan saya. Energetic compared to their actual age. Saya? Ramai dah tak kenal saya. Saya dah tak macam orang Olak Lempit ke makcik? Saya pun selalu jalan-jalan pusing-pusing kat Pekan Banting macam makcik semua. Lali dah saya dengan pertanyaan ‘Anak-e sopo yo?’. Dah dekat 10 tahun rupanya saya tak jadi penduduk ‘tetap’ kampung ni, sampailah kini.

Dan, yang pasti setakat 01 Ramadhan yang dah berlalu beberapa jam ini, saya sudah melanggar azam saya! iaitu-No seafood bermula Ramadhan ini! Kerana, pulang-pulang ke rumah rembang sore tadi sudah digoda dengan ketam goreng yang gemuk dan manis! Okey, bermula esok, strictly no seafood! Erm..sikit-sikit takpe kot..

Enough typing, saya hadiahkan kawan-kawan ekad yang lawa dari LZS ini. Dari blog ini. Orang Banting juga. Ramadhan Kareem everyone!  p/s: terima kasih kepada insan-insan yang menghantar es-em-es Salam Ramadhan (Hape saya murah saja, tiada em-em-es) Saya balas dengan ekad ni. Aci tak?

Okey, sudah 3.09am. Ayam dah berkokok! Salam Ramadhan & selamat tinggal. Sebenarnya, saya hanya perlu log out dari blog ini, switch off the  laptop dan pergi tidur. 2hours sleep! Tidur itu nikmat. Nikmat Tuhan yang mana kamu boleh nafikan?

Bila Puteri itu Lahir…

PUTERI INSYIRAH BT. MOHD FAIZAL

PUTERI INSYIRAH BT. MOHD FAIZAL

Puteri yg mana? kat Malaysia ke oversea..anak raja mana? ke anak sultan..bukan semua tu, yg pasti kelahiran puteri yg satu ni mmg dinanti2kan. Xsaja kpd papa & mama die, tp kpd kitorang gak, yg menyibuk2 ni..We are the good auntie@ makcik-makcik u know..

Ktrg ber-3, saya, Janna & Fadh, bertolak g Jalan Kebun, Klang Sabtu 1 Ogos tu..Chua & Fizah tpaksa ttinggal kapal. Sori..After sesi sesat barat masuk jalan xtau p mana..kami sampai dgn jayanya..Alhamdulillah..guess who we met? of kosla the new baby in the house..Puteri Insyirah..sangat kiut..

Kami the makcik-makcik decide to call this beautiful little baby –Insyirah..Insyirah ni anak sahabat sepermainan ktrg kat UTM dulu, Ecah ~Wan Nor Aisya Mohd Nor & her hubby Faizal..very cute kan Insyirah, macam kami..hehe

Diharap, baby Insyirah akan besar jadi best macam mama die (jgn perasan Ecah..) & berjaya dunia akhirat..Amiin..Kami sokong dari segenap angle..yeay!!

i.n.d.u.k.s.i.

Ekceli, dah lama berhajat nk letak gmbr2 induksi-swiss-inn-sg.-petani kat blog ni, skrg dah tcapai. Who knows, maybe next tyme, lagi macam-macam pics aku letak dlm blog ni. The more, the merrier org kampung aku kata.

Kursus ni xla sedasyat senior2 aku bgtau~sangat hectic & letih. Maybe byk fear factor yg mnyebabkan krsus ni tibe2 jadi best & enjoyable..cth: bilik aku & kak zack paling dekat dgn tmpt exam. Accessible org putih kate..Ingat lg tyme ktrg bole smpt p relax2 study kat bilik within gap exam aritu..

Satu lagi, aku b’jaya daftar di fesbuk, only utk join group kursus induksi 33 punye berita.  And guess what, ada yg bertemu jodoh within xsampai 2minggu tu. Nama pun jodoh. Diorang dah nak nikah 15ogos ni..

Hmm, at first jeles ngan colleagues yg dpt kursus kat cinta sayang. Makan sedap (i experienced this once) , tp sayang, kne naik buggy nk p bilik cramah. Jauh. Ktrg xpyh naik buggy, naik lift je..hehe. And, kawan2 sekursus yg sporting & sempoi, really makes the kursus induksi a sweet experience..tambah sweet kalau berjaya lulus dgn jayanya..pass with flying colours..alangkah indahnya..

63 of us

63 of us

 

all those happy smiles~

all those happy smiles~

p/s: credit to dasri for the pics sofkopis. Semua dak grup laen cakap gmbr group 33 cantik..hehe

Hari pertama masuk kerja

Selasa. Hari pertama masuk kerja selepas kursus induksi, bersambung cuti2 di Banting. Kolej tutup sampai semalam angkara H1N1.. Saya budget kelas bermula tengahari, terkejut rasa bila rupanya kelas start at 8 o’clock sampai tengahari. Kelas English pula..Dah setahun tak cakap omputeh tiba2 nak masuk mengajar bahasa PPSMI tu. Alhamdulillah PPSMI dah mansuh.

Jangan tanya kenapa, tapi saya agak anti-PPSMI walaupun saya suka bahasa Inggeris. Pada saya, banyak lagi medium untuk mempertingkat bahasa Inggeris tanpa perlu mem-BI-kan Sains & Matematik. Bukankah lebih bijak jika silibus & teknik pengajaran English itu sendiri yang diubah, mengajar grammar dalam bahasa Melayu barangkali. Orang kata, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tapi, di Malaysia, alang2 bertukar pimpinan, biar sampai merubah dasar.

Sesungguhnya, saya agak kalut pagi tadi. Dengan tiada persediaan, saya terjah saja kelas. Alhamdulillah, so far so good. Bagi sayalah..Semoga esok & hari2 seterusnya dipermudahkanNya…

memori dulu-dulu

Ini adalah entri pertama yg pernah aku tulis di http://banafsajiyyun.blogspot.com. tapi sayang, setakat tu je and aku stop..
 
…….why sharing is loving? anyone pls..
kita suke b’kongsi ke? maybe, tapi xsemua orang sanggup bkongsi ape saje.
apatah lagi kalau benda yg kite suke. 200% tahap keredhaan utk bkongsi.
tp xsemua orang. kita bkongsi bile kite prihatin. dan bile kt redha apa yg kite kongsi tu insyaAllah lebih banyak manfaat in the future.
we share with our loved ones, because we love them. that’s y sharing is loving.
tapi xsemua orang ikhlas bkongsi. ade yg menunjuk2. ade yg for the sake utk dpt pahala(walaupun rase diri dah ckp ikhlas tu). well, put two and two together, semua bgantung pada niat. kalo rase dah ter-riak cepat2 istighfar.
manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. sentiasalah btaubat kpd Allah..
sapa tgk ezora musti prasan caption ni..
 
Hehehe, lawak kan..Inilah cubaan pertama & terakhir aku bergelar penulis blog, tahun 2008 dulu. and aku start fresh di https://silentnur.wordpress.com