Sebenarnya

Sebenarnya tengah-tengah malam ni saya nak upload entri lain tapi tak kesampaian sebab entri tu banyak gambar tapi internet berlari agak lembap dan manja di kala ini. Banyak sangat perkataan tapi kat ayat tadi tapi takpelah. Entri tu dah lama saya perap sebab minggu lepas dan minggu ni sangat sibuk tak pernah sesibuk ini tapi takpelah. Nanti bile dah ada masa saya upload cerita special tu. InsyaAllah masanya akan tiba ūüôā

Sebenarnya minggu ini adalah minggu berkualiti sebab ada audit dalaman dan saya diaudit serta mengaudit serta menjadi ahlil kelab unit kualiti. Merangkap-merangkap. Macam pantun pulak ada rangkap-rangkap. Terasa ada loop dan hole dan entah apa-apa lagi pada kualiti diri sendiri di sana-sini. Saya berharap audit dalaman ini akan menjadi titik tolak serta penanda aras kepada diri sendiri dan organisasi ke arah pelaksanaan sistem kualiti MS ISO 9001:2008. Eh tiba-tiba menjadi ilmiah. Padahalnya saya tak suka pendokumentasian tapi sebab dah kerja maka buat jugalah. Saya suka benda tu jadi naturally. Spontaneously. Macam kalau orang approach saya ajak kahwin maka saya terus terima tanpa perlu merancang dengan begitu teliti dan penuh rapi. Yang penting jaga solat. Hah, yang ni off record. Out of topic.

Sebenarnya, saya ingin berterima kasih kepada siapa-siapa yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Nanti bila sudah betul-betul free saya akan reply kembali. Terima kasih jugak pada kawan-kawan baik di dunia maya mahupun realiti yang setia menanti walaupun sudah lama saya tak tinggalkan jejak di fb atau ym.

Sebenarnya, saya saaaaaaangat rindu pada seseorang:) Isnin depan mau cuti jumpa dia. Dan lagi satu saya sanngaaaaaaaat rindu dengan mereka-mereka yang saya akan ceritakan dalam entri selepas ni.

Sebenarnya, saya bukanlah orang yang sangat berkualiti dan untuk audit ni saya tau saya ada kesalahan di sana sini. Yang penting kita sudah usaha sehabis baik. Memanglah audit ni duniawi saja tapi amanah kerja tu kan akan diaudit di akhirat kelak. Ingatan untuk diri sendiri yang selalu lupa.

Sebenarnya, saya rasa saya ada penyakit typing error sebab bila dah start menaip benda-benda tak ilmiah seperti ini akan menjadi sangaaaaaaaaaaaat panjang dan ntahapahapa padahalnya tadi rancang mau taip 3 ayat saja. Sungguh tak berkualiti.

Sebenarnya, saya sangat mengantuk tetapi masih merepek meraban tatkala jam menunjukkan sudah pukul 1:03 a.m. ini.

Sebenarnya, lagu Yuna Dan Sebenarnya tengah terngiang-ngiang dalam kepala otak ni.

Sebenarnya, selamat malam sekian terima kasih.

Advertisements

Tarikh-tarikh yang Indah

Esok raya. Tema warna keluarga kami tahun ini maroon. Maroon bukan moron atau bloody moron atau muram. Diakui memang agak muram lepas tulis entri yang sebelum ni, tapi sudahlah. Cerita sedih tutup buku sudah. Kita cerita benda seronot-seronot saja menjelang raya ni. Baju kurung baru untuk saya, tiada. Sebab tak jumpa yang berkenan.Tiba-tiba pagi tadi dapat ilham lepas tak sengaja tengok ‘Tanyalah Ustaz’ (tak sengaja tu. ish ish). Ustaz cakap raya tak semestinya pakai baju baru yang penting pakai baju terbaik. TERBAIK bagi saya adalah baju yang saya beli kat pasar Kampuchea 12 tahun dulu. Back in 1998. Baju yang kau pandang sekali terus jatuh cinta. Ha macam tulah. Godek2 baju lama terjumpa baju itu yang dulu dijahit oleh arwah emak dengan penuh kasih sayang sejati. Isk.

Selalu terkeluar tajuk. Begitulah kalau terlalu banyak idea yang mencurah-curah akhirnya jatuh ke longkang. 12.11. Saya suka dan jatuh cinta dengan tarikh ni. Benci pun tak boleh sebab saya memang dilahirkan berjodoh dengan tarikh ni. Sebab itu tarikh lahir. Tahun ni best, sebab tarikh lahir jadi begini —> 12.11.10. Menurun gitu. Ada gaya mutu keunggulan di situ. Dan tarikh tu dah disematkan kat Itam. Sampai bila2 insyaAllah.

Saya tak taulah ini karma atau dejavu atau takda kena mengena langsung dengan semua itu tapi tarikh ini memang saya suka. 1st time saya masuk dalam Itam, jam dia set 12:11. Sungguh kebetulan. Semalam saya tengok jam kat henpon pun kebetulan 12:11. Banyak lagilah yang tak saya ingat. Ha, semalam pun tarikh yang best, 8.9.10. Tarikh pertama kali servis Itam. Esok pun tarikh yang best, 10.9.10. Tarikh hari raya puasa pertama.

Sebab tu kot orang perempuan bila nak kawen suka pilih tarikh best-best. Pagi tadi tengok tivi dua Dr. Fdzilah Kamsah cakap perempuan memang suka tengok benda apa pun secara detail. Lelaki suka general saja tengok at whatsoever things. Saya suka certain detail things macam tarikh2 atau fakta2 menarik. Tapi untuk ingat kau pakai baju apa atau perhati orang tu macam mana perangai, total failure. Tak kuasa haku. Kecuali orang yang memberi erti dalam hidupkulah. Cewah. Sila khusnuszaan di situ dan doakan yang baik-baik saja.

Hari ini 9.9.10 jua tarikh yang indah sebab petang ni nak cuba masak rendang kerang dan masak lemak cili api ikan keli campur kencur. Masakan orang Jawa. KAHKAH kalau sedap nanti sayalah yang buat. Kalau tak sedap, jiran saya kot yang buat. Tak mengaku. Okeh selamat berbuka di hari terakhir bulan Ramadhan ini.

p/s 1 : sedihnya tak dapat berpuasa di awal dan akhir Ramadhan. Dah nasib badan ūüė¶

p/s 2 : bagusnya kalau sesuatu yang seronot terjadi 12.11.10 nanti. Nak letak dalam wishlist la ūüôā

p/s 3 : sampai harini saya tertanya-tanya, Sosilawati dan 3 lagi yang hilang tu di Banting, Kuala Langat ke Banting, Sabak Bernam sana? Berita Harian yang saya baca tadi tulis Banting, Hulu Selangor. Kat muka depan pulak tu. Apalah punya wartawan.

Ironi

Aku tak pasti adakah ini hukum karma tetapi setiap yang berlaku ada timbal-baliknya. What you did, you get back.

Satu. Semasa¬†aku dengan gembiranya mahu berkongsi rasa dapat terpilih ke peringkat seterusnya untuk menggapai jawatan yang menjadi pujaan hati ramai itu,¬†dia¬†tidak pun memberi sokongan malahan mengucapkan kata-kata yang menghiris dan menghancur lumatkan semangat yang agak berkobar-kobar ketika itu. Patutkah ayatnya ini ‘Kau tu pakailah kasut tumit tinggi make-up ubah penampilan ni comot-comot macamni tak layak dapat’ (ayat ini telah¬†aku tapis-tapis 3 kali pemeringkatan).¬†Aku tak pasti itu reverse psychology atau bukan, tapi terasa separuh jiwaku pergi pula mendengar. Harus patah¬†hati kalah¬†laki mati bini. Reverse psychology never works¬†on me. NEVER.¬†Dan separuh sebab aku tak pergi program itu adalah sebab ini. SEBENARNYA.

Dua. Pernah sekali kami berjumpa dan ayat-ayat dia nampak berlebih-lebih memuji anak-anak sendiri. Boleh memang boleh, tapi tak perlu kan bercampur ayat-ayat menghina orang lain. Pernah dia tanya pointer¬†aku di Matrikulasi dulu. Bila¬†aku¬†bagitau terus dia cakap begini ‘Memanglah padan dapat kursus yang kau tak mintak, tak sampai 3.5. Macam anak m***, pointer dia tinggi dapatlah kursus tuttt…’. dengan gaya bermegah-megah dan pandang aku sebelah mata walaupun dia bukan lanun. Dia tak tau kisah sebenar¬†lagipun buat apa bercerita dengan orang yang tak mau mendengar pun? sigh.Ye aku mengaku sem 1 dulu aku banyak main, tapi pointer sem 2 aku tinggilah m***. Cuma of coursela tak dapat cover CGPA. HAHA padan muka. Well, dia tak perlu pun kutuk2 aku sebab dia bukan part of the family.

Tiga. Pernah dia dengan bangganya menunjuk gambar teman wanita anaknya dan cakap begini ‘tengok budak ni walau pakai tudung tiga segi tetap tutup bahagian dada, pandai bergaya tak macam kau ni, pandai anak aku pilih’ sambil pandang aku dua-dua belah mata.

Ironinya,

Kini, anaknya yang dibanggakan dulu tidaklah dapat meletak aku dalam inferiority complex dan sakit hati yang maha besar seperti dulu. Sebab anak itu aku lihat dengan bangganya berpegang-pegang berpeluk-peluk dalam fb dengan teman wanita baru. Agak skeptikal ayat aku, tapi Tuhan kan Maha Adil. Tuhan bayar cash. Aku bukanlah baik sangat tapi aku tak sejahat itu untuk mengutuk-ngutuk orang tak tentu pasal. Kuman seberang laut boleh nampak tapi gajah depan mata tak nampak pula. Nauzubillahi min zalik.