Johor – Melaka – Selangor

Lagi lebih kurang sebulan insyaAllah akan pindah ke Putrajaya. Tak sangka apa yang pernah aku tulis dalam blog ni 2 tahun lepas akan jadi kenyataan.  Tuhan maha berkuasa. Dia tak makbulkan doa kita masa kita mahu, Dia makbulkan masa kita perlu. Dulu masa zaman uni pensyarah aku pernah tanya apa cita-cita kitorang semua. Ada kengkawan jawab nak jadi pengarah JLN etc. Aku jawab camni je ‘Saya tak tau nak jadi apa tapi saya nak kerja kat Putrajaya’ ala-ala konfiden. Banyak benda yang nak dikotakan kalau betul-betul ini terjadi.

Aku ingat lagi zaman Putrajaya baru dibangunkan. Kitorang g jalan-jalan dan aku seriussss kagum dengan senibina dia. Teringin lak nak kerja sini, kata hati aku. Well, sejarah kehidupan aku tak semudah yang macam ‘oh aku nak kerja situ’ dan terus dapat. Tak tak. Belajar jauh nun kat Skudai sana (okey, nun tu macamlah jauh sangat yang kau duduk oversea kan kan), lepastu kerja kat Melaka, dan semakin hari semakin ayu eh bukan. Merepek. Semakin hari semakin dekat. Dari Johor – Melaka – Selangor. Akhirnya.

Ini permulaan sebenarnya. Banyak lagi yang perlu ditempuh. Tinggalkan masa lampau. Jadikan ianya lipatan sejarah. Buka buku baru, balut cantik-cantik dan isi dengan tulisan-tulisan hidup yang bermakna. Buku lama, simpan untuk jadikan rujukan. Buruk atau baik, itulah yang mencorakkan kita siapa adanya ^_^.

Doakan yang terbaik untuk kita semua ya kawan-kawan. Yang terbaik tu datangnya dari Allah, dan yang buruk tu datang dari manusia sebab ditiup angin was-was dari syaitan. Nauzubillah~~~

p/s  : cabaran pergi kerja semalam – hujan lebat gila sepanjang jalan. terpaksa fokus 200%. adehhh. cabaran pagi tadi, adik g letak kereta belakang Itam pulak. Dahla sudah lambat, makin lambat! Harus pecut g kerja~~~Esok azam 6.45pagi!!!!!

Dunia Baru

BERSEMPENA JUMAAT YANG BARAKAH INI, KATA GANTI NAMA YANG DIGUNAKAN ADALAH SAYA. sila skemakan diri.

Tau tak cabaran apa yang buat saya paling seriau sekarang ni? Jawapan dia, travel hari-hari pergi kerja balik kerja. Saya pemandu amatur. Tiap-tiap hari kena menggeletarkan lutut semua masa pergi kerja balik kerja. Baca doa naik kenderaan sampai 2 3 kali barulah berasa safe and sound untuk ke tempat kerja. Itu baru cabaran pergi kerja balik kerja. Cabaran kat tempat kerja? huk huk huk.

Sekarang, ini semua dunia baru bagi saya.

 

Dulu, 6.45 pagi kadang-kadang boleh golek-golek lepak-lepak kat rumah. Lagi 10 minit nak pukul 8 sempat lagi baru keluar rumah.

Sekarang, 6.45 pagi dah kena keluar pergi kerja. 45 minit bersesak-sesak baru sampai tempat kerja.

Persamaannya, saya tetap tido awal macam biasa hehe.

 

Dulu, jalan pergi tempat kerja lengang gila. Boleh pilih option A bawak laju-laju, atau pilih option B bawak macam kura-kura.

Sekarang, jalan pergi tempat kerja mencabar gila. Belok-belok tak sampai-sampai. Harapan palsu kalo mengharapkan jalan lengang.

Persamaannya,  pakcik bersiar-siar di pagi hari yang dok keluarkan tangan kat pintu kereta sambil mengasap atau lori besar gedabak tetap wujud di mana-mana. Jenuh beratur semua kereta kat belakang tu macam anak ayam ikut mak dia. NAK POTONG TAK BOLEH. Selalu ada jugak yang kureng berhemah dok cilok-cilok. Expert tiada tandingan.

 

Dulu, balik kerja boleh golek-golek tengok tivi dengan hausmet.

Sekarang, hehe sama juga dengan famili. Kecuali sekarang boleh lepak-lepak kat laman atau menyembang di rumah pakcik makcik atau sahabat handai.

 

Banyak lagi cerita DULU yang tak sama dengan SEKARANG. Tulah, dunia baru ni sekarang. Hadap je lah. Alhamdulillah.

dari Melaka kembali ke Selangor

Assalamualaikum semua. Jun dah nak habis. Banyak yang nak diceritakan tapi tak tertaip. Biasalah, angan-angan melebihi kerajinan. Saat ni, detik ni, ada sesuatu yang meruntun jiwa. Betullah orang kata, benda yang dah lepas tu la yang akan selalu dikenang. Dan, untuk setiap keputusan yang kita buat mesti ada harga yang patut dibayar. Tak boleh dapat semua yang kamu nak tau kan? Kalau boleh dapat semua benda, manusia akan duduk berdoa depan Tuhan saja dan tak buat apa-apa, jadi takdela kemanisan kat situ.

Kerja OK. Setakat ni semua okay. Terlalu awal untuk andaikan apa-apa. Yang pasti, aku kembali jadi orang baru. Dengan kawan-kawan baru, suasana baru, tugas baru. Pada kawan-kawan yang rajin bertanya khabar kat fb, sms etc, SAYA OKAY, alhamdulillah.

Cuma, satu yang terkesan dalam hati, aku rindukan Melaka dan seisinya. Semua yang ada di dalamnya. Termasuk zirafah Zoo Melaka, ikan bakar Umbai bla bla bla, okay nampak sangat kebinatangan kat situ. Zirafah dan ikan. Sangat tidak padan.

Taklah, aku rindu sahabat-sahabat kat sana. Korang tau, patah tumbuh hilang berganti. Tapi dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing tua, dua tiga bolehku cari, manakan sama korang semua. sob sob. Jangan nangis. Aku dah berjaya pecahkan rekod untuk tak menangis sampai hari ini. Kecuali adalah satu masa tu, terlajak hehe.

Semalam, aku sedar yang kampung aku bukan kat Selangor dah.Tak tak, tipu, Selangor tetap di hati. Cuma Melaka, my second home 🙂 Tempat jatuh bangun suka duka aku kat sana selama 2 tahun 4 bulan lebih ni. Kepada kawan-kawan sekerja, aku mintak maaf andai tak sempat jumpa korang. Tak berkesempatan. Mintak halal semuanya. O-O. Ada rezeki kita jumpa lagi.

p/s : lepasni takkan ada entri yang kategori dia ‘Meniti hari-hari di Melaka’ dah 😦