Suatu Ketika

Umum tau, aku memang senang ikut orang. Senang cerita, aku suka temankan orang g mana-mana pun. Suatu pagi yang hening, aku separuh rela temankan bapak g Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Bapak kena buat regular check-up dia. Cek darah, cek kesihatan. Orang situ mesti tau betapa penuhnya klinik tu. Kenapa separuh rela?

1. aku sedih tengok orang-orang sakit

2. aku tau memang kena tunggu sampai tengahari walaupun datang pagi

3. siapa suka datang klinik?

Memanglah. Datang pagi-pagi jam 12 lebih baru keluar. Lama tunggu je. Sabarlah hati. Kata suka teman orang. Balik dari situ bapak ajak pergi pekan Banting pulak. Your wish is my command. Asalkan bukan saya yang drive. Hehehe. Apa punya anak kan? Camni mengaku mithali? Memang tak lah. Teman pergi sana-sini. Pastu temankan makan kat Bazaar Banting. Boleh je, asalkan bukan saya yang belanja. Hehehe. Memang belum capai tahap mithali lagi. Yela, siapa ajak, dialah belanja.

Sebab bapak belanja, aku pun ambik 1 mangkuk masak lemak siput sedut. Banyak kolestrol tapi, orang belanja kan.

Tengah makan, keluar dialog ni;

Bapak : Dulu, wak *** selalu datang dating kat sini. Dengan orang kedai ****(sambil tunjuk ke satu kedai dekat situ)

Aku : Oh ye ke, bukan dia duda ke?

Bapak : Tula, tapi sekarang dah takde lagi. Tula, kalau bercinta, semua nampak cantik. Padahal bila jumpa ada syaitan kat tengah-tengah. Kang jadi yang bukan-bukan. Dah takde pape la tu.

Aku : sebab tak tau mau komen apa, aku pon pura-pura khusyuk memamah siput sedut yang lazat tu.

Lepas kenyang alhamdulillah, aku pun tunggu bapak bayar. Yang agak memusykilkan kepala otak aku ni, apsal bapak aku tau banyak sangat apdet pasal orang-orang kampung aku ni? Kaki gosipkah beliau sebenarnya? Atau aku yang ketinggalan zaman? Entah.

 

Advertisements

Sah, memang sah!

Apa nak jadi apa nak jadi sampai sekarang tak insaf lagi EH Eh eh. Nyanyikan gaya Tan Sri SM Salim. Dah terhantuk baru tengadah. Apa daya nasik dah jadi bubur. Dah sakit baru nak insaf. Typical manusia. Mudah lupa. Arakian yang kengkawan tau, aku sangat lemah a.k.a. lembik. Sakit sikit, frust sikit dah kalah ayam berak kapur. Baru panjat Gunung Ledang sikit dah pancit. Tak fit. Bak kata Samy Vellu, stamina illek. Eh citer Gunung Ledang ni citer lain, jadi tak harus stori mori kat sini.

Harini tak sihat kot. Sebab simptom-simptom pelik spt :

1. Pergi tandas tadi air paip dia rasa macam baru cair dari salji. Sejuk gila macam air paip kat kampung buat ambik wudhu’ Subuh. Ke kulit i sensitip? Tak pernah la pulak i pi stay obersi walau sehari dua sepanjang  hidup. Oh, ada sehari. Pi Singapura. Eh tapi tu tak kira obersi ada salji kan.

2. Sakit tekak sepanjang hari memuramkan dunia. Jadi terpaksa kurang cakap sampai orang ingat aku demam. Oh ye, memang i demam, demam kura-kura. Jadi silalah dengar bunyi batukku yang merdu bak buluh perindu ni.

3. Sejuk organ dalaman. Sakit pinggang. Urat saraf rasa bisa2 manja. Mata panasss. Sekejap sejuk lepastu panas. Sakit kepala lagi fening sampai tak mampu buat kerja secara laju-laju dan rajin. Alasan maha kukuh padahal hari-hari pun produktiviti ciput je.

Hai cepat2lah hari ni berlalu. Cepatlah pukul 5. Nak balek lepastu landing tanpa kena makan ubat. Tak suka obat. Hai obat hai obat jauhlah dari saya.

Setelah dikaji selidik, rasanya ni bukan demam kura2, tapi keracunan makanan la. Mari detektif bentangkan hasil kajian. Teringat dulu aku makan lauk kenduri campur2 & malam tu pulak makan sup daging+nasik+air susu. Sungguh padanan sesuai, akibatnya esok mc tak pasal2. Semalam pulak, sarapan nasik lemak lauk ayam goreng, tengahari makan nasik lauk ikan talapia goreng berlada, petang makan dasyat berupa pakej nasi putih+sup kosong+sambal belacan+tomyam campur+kerabu sotong+kerabu mangga+kailan ikan masin+daging goreng kunyit. Kepada bakal mak mertua, saya tak selalu macam ni. hehe.*segan*.Makan bertiga okeyyy. Dan, selamat datang hari ini yang tak menyihatkan 😦

Sah, memaaaang sah!!!!Aku keracunan makanan dan pemalas jumpa dokter. Merintihlah sampai jam 5 ya! tahniah (yang sarkastik). Insaflah yang aku memang kena makan berjaga-jaga. Harus ade padanan makanan yang sesuai. Takde kerabu-kerabu sotong dah! Perut kiter kater, sekali sekala bukan hari-hari tau lepasni. Camne nak diet poket ni?

Perjuangan demi sesuap nasi

Entri ini sangat sedih & seram. Jadi sediakan tisu di sisi sebelum terlambat.

Di tanah Kesang Pajak segalanya bermula & berakhir. Perjuangan ini bukan mudah. Ianya menuntut kemerdekaan. Merdeka dari penyakit malas. Demi sesuap nasi untuk kami bertiga, Kak Gee membulatkan tekad meminjam sang Modenas dari Kak Ana jiran tersayang. Kak Syikin dengan rela hati membawa sang penulis yang selekeh bertudung hijau taik lembu, berbaju kurung, berseluar track biru dan bersweater coklat menunggang sang Modenas. Kak Jas yang baik hati meminjamkan sang Kancil oren untuk kami mencapai cita2 demi sebuah perjuangan.

Di rembang2 senja itu, kami kehampaan dek Encik Desaku. Perjuangan diteruskan dibantu jiran Satu Malaysia yang muhibbah Encik Cina (& anak2nya yang nakal). Begitu susahnya berjuang hingga terpaksa melalui lorong kegelapan di pintu belakang. Dan kehampaan. Sedih. Sifat mengambil berat gaya 1 Malaysia ditonjolkan apabila kami mendapat nasihat free oleh Encik Cina.

Dengan menunggang sang Kancil, perjalanan diteruskan dengan harapan akan berakhir di destinasi ketiga. Kami tiba di rumah agam kat selekoh Kesang itu. Tak percaya telah menjejakkan kaki di banglo yang tersergam indah itu. Maghrib semakin larut. Bunyi sahut-sahutan. Bau2an menusuk ke hidung. Saspen. Oh, bau durian rupanya. Mana tuan rumahnya? Dan, dialog ini berjaya menamatkan perjuangan kami “Sini ada jual tong gas ka?”. Jawapan positif. Ada. Mission accomplished!!!

wahai tong gas. kalaulah kau tahu betapa desperate-nya kami mencarimu.

p/s : Sang penulis sempat beramah tamah dengan tuan rumah banglo. Perlukan tong gas, minyak atau arang? dapatkan segera di situ. Ini iklan percuma tak dapat apa pun kecuali diskaun tong gas 50 sen. Tq sang Kancil membawa muatan berat semalam 🙂

Pak Din Pencen

Pak Din dah pencen? itu antara feedback paling lawak prnah aku dgr bile kami cakap nak makan kat kedai Pak Din Pencen..

FYI, Pak Din yg kami kenal kat serata pekan Selandar ni 2 org je..Persamaan 2 org ni, dua-dua ramah tamah. Perbezaan, mmg 2 org yg berbeza. Nak cerita, Pak Din Pencen punye kedai mmg best. Tip-top~Ape yg tip-top? of kos makanan2. Paling special bihun sup+limau ais(cmpur asam boi). Curah sambal kicap 3 4 sudu, mmg kaw..nangis sambil makan!!!

Lagi yg best, makanan cukup murah. Bihun sup RM3 mmg byk sangat isi dgn macam2. ayam. taugeh. bihun. sup. fishcake. tauhu..Harga lauk pauk lain statik. Ambik banyak or sikit, bayar sama. Byr pun lebih kurang. Pak Din & Mak Mah xberkira.

Lagi, kalau makan kat sini, boleh jumpa macam2 bangsa. Melayu, Cina, India, warga Indonesia pon ada. Pendek kata, kedai ni sediakan makanan sedap2 yg semua orang, semua golongan pon mampu. So, kawan2, kalau korang bertandang ke Selandar, maila datang sini..in the house insyaAllah.

.tomyam.klasik.

Tomyamklasik. Makan kat sini saaangat sedap. 2 thumbs up!! Campur dgn tangan2 org lain, beribu2 thumbs up. Makanan best. Murah. Ada man-made pond. Landskap menghijau, saujana mata memandang. Building, pure malay architecture. Tempat proper, macam-macam ada!! Surau yg selesa, wakaf nan indah, tempat budak2 kecik main2 a.k.a. playground yg secluded. Kata Kak Long, sangat bagus utk parents, while tunggu makanan, anak2 diorg boleh main dgn riang ria kat sini.

Dan yang paling indah, adalah bila makan anda disponsor & dibelanja oleh orang2 yg baik hati. Tq sangat2. Jarang nak jmp org2 yg best & berfikir out of the box.

Dan yang indah & menarik lagi, jumpa kanak2 riang bertiga yg masih bersih & bijak. Besar jadi pilot kot tu..suka sgt dgn aeroplane..Hmm, aeroplane ade kepala x ye..

Dan, ‘sayur pokok & ikan rumput’, boleh jumpa kat tomyamklasik je. Heheh..sangat lawak lak..

Dan, pernah dgr x ikan araipama? Boleh dijumpai kat tomyamklasik gak.  Sangat besar & quite historical.

Nak tengok semua ni? Wanna experience all these? Rasa teruja? Ape lagi, mai dtg beramai2 ke tomyamklasik!

p/s : nak tau lagi offer menarik tomyamklasik di bulan puasa?, curious? check it out for yourself!! Heheh..

Writing Under the Silara:02

Minggu ni, minggu ‘bebas’ bagi kami. Kami yang ada di ofis. Kerja ada, tapi colleagues ramai xada, jadi aku simpan kerja tu dulu. 

Isnin :  cuti. mengada2 nak ambik dgn alasan housemates xada. susah nak g gheja. masak-masak. makan sorang2. boleh tahan lagi..

Selasa : rutin semalam. masak-masak. makan sorang2.xtahan dah..natijahnya, tak habis. Tak sanggup duduk sorang2, nekad bermalam-malam kat rumah k.a**.tqvm atas keprihatinan*__*

Rabu : Thumbprint. Ofis agak lengang. Semua orang ingat aku berkursus. Rupanya ambil cuti duduk2 di rumah.  Hari ni aku & k.a** habiskan dgn operasi melawat k.l** yg xsihat. Hehe..sebab kami sgt prihatin, kami stay quite lama kat situ. Hehe..sangat lama..Petang, ke pasar malam Jasin. Membeli-belah. Especially durian. Makan macam2 bertiga. Berkat. (shingga entri ni ditulis : seketul ayam percik & separuh jagung bakar masih selamat xtermakan dlm fridge k.a**.)

Khamis : rutin petang khamis aku dah xada. cuti. kali ni ganti dgn upacara makan durian+rambutan+manggis beramai2. tepi tangga kami berlonggok. durian lagi~~.Petang, makan2 di Roza. Sgt kenyang. Alhamdulillah. Malam, k.m***** datang tidur rumah k.a**. Melantak durian lagi~~Hehe…
Jumaat : Bangun pagi2, semua sakit tekak. Batuk ala-ala. Penangan durian!!
Dan skrg, semasa entri ini ditulis, ofis ini sangat sunyi. Jumaat. Rasa sejuk semacam. Haha..jgn fikir bukan2..sejuk rasanya..sebab semua aircond dbuka tapi haba sangat kurang, xramai umat manusia dalam ni. Mari tutup aircond skrg! Yahh..elakkan pmanasan global, elakkan pmbaziran harta kerajaan!!