La tay’asu

La tay’asu – jangan mudah menyerah – jangan putus asa – never give up.  Suntikan semangat!!! Dah masuk pertengahan Mei. SEMALAM SAMBUTAN HARI IBU. Yelah, setiap hari adalah hari ibu. Semoga aku bertemu ibu di syurga kelak. Aamiin Ya Rabb. sob sob. jelesnya bila semua orang post tentang hari ibu kat fb. Asyik terbayang wajah dan memori segala bagai dengan arwah mak. 2006-2012. Rasa sekejap sangat-sangat. Macam semalam terbayang-bayang, terkenang-kenang. Tapi, perlu teruskan hidup. Perlu stay kuat harimau!!!

Aritu, aku ada janji nak tulis cerita pasal kursus dengan Dr. Fadzilah Kamsah. Kire acilah aku taip sekali harung kat sini. Kalau tak, memang ke laut cina selatan la cita-cita nak cerita pasai tuu. Arakian, DMFK yang pandai membaca personaliti dan sikap manusia tu telah termemilih nama aku yang indah (ehemm, puji nama sendirila kan kan, bapak bagi spesel tuu) masa aku hadir kursus DMFK kat KPT suatu hari di bulan Mac 2012 dolu.

Dia tanya, aku orang mana. ‘Banting’. Ohhh satu gengla kita, jawab DMFK. Hehehe geng Jawalah apa lagiiii. Err, nyong orak iso ngomong jowo secara fasih. Lepas tu, lama dia tenung nama aku, dan keluarlah ayat macamni ‘xxxx, bapa awak cakap awak pandai, mak awak cakap awak degil, betul?’. Waaah betullah!!!, jawab aku dalam hati. Jawab pada DMFK secara sopanlah, ‘betul’. Lepastu banyaklah lagi dia teka pasal aku yang mana kebanyakannya betul. DMFK banyak pengalaman dan ilmu, sebab tulah majoriti tekaan beliau benarrr belaka. Nak cerita banyak-banyak aku seganlah. Tinggal satu je yang tak sempat nak tanya, agak-agak saya bakal dapat suami camne nanti ye Dokter?. Ehehe, tapi soalan tu simpan dalam hati je.

Bukan tu yang aku nak fokus kat sini. Cuma ayat beliau ‘Mak awak cakap awak degil kan?’ tu seriusss betullll. Walau aku tak kelihatan degil pun, tapi mak juga yang tahu perangai anak dia yang seorang ni. sob sob. Pernah sehari lepas hari tandatangan report card (alaaaa yang mak bapak / penjaga datang kena sain report card anak-anak tuu), cikgu buat announcement ‘saya tak naklah bagitau siapa murid ni, tapi mak dia cakap murid ni kalau tengok tivi memang tak dengar apa-apa lain dah. Janganlah kacau. walaupun dia nampak macam tak pernah belajar sebab asyik tengok tivi saja tapi saya tau, dia adalah belajar tu’. Cer tekaaaa mak sapa cakap gitu. Mak aku rupanya T_T. Degil ya amat aku ni dulu, sebab apa yang aku nak, memang aku buat. Contoh, aku suka sangat tengok tivi. Belajar dalam tivi pon boleyy apa. Yang penting, niat ekeke. Hasilnya, aku rabun hingga kini.

Mak saja yang paling kenal aku. Bila mak pergi, separuh jiwa aku pun dibawa. Hakikatnya, Allah sayang mak sebab tu mak diambilNya lebih awal. Mak,  i love you so much that no words can describe how much i love you. Rindunyaaa.  Al-Fatihah,Mak, moga sentiasa digolongkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beroleh syurgaNya…

p/s: bila dengar lagu kat bawah ni air mata asyik meleleh je.

 

So Soon

By: Maher Zain

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

CHORUS

Lyrics: Bara Kherigi, Maher Zain & Mohamed El-Kazaz
Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

credit: http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/so-soon/

Budak-budak kecik yang comeyyyy

Bulan malam ni cantiiiiik sangat. Bulan penuh. Bulan bulat, comeyyy dan terang.  Indahnyaaa ~~Tau tak perasaan ni sama dengan perasaan bila pandang dalam-dalam mata budak-budak kecik berdua ini – cik adik Dhiya Khairina & cik abang Ahmad Deedat. Ehh, cik abang kecittt.

Ingat tak ibu-ibu  -Kak Gee n Kak Jas– dulu pernah pusing-pusing Bandaraya Melaka makan Kenny Rogers la pastu tersinggah p Mydin lak sampai malam. Saya selaku pemandu amatur terasa sungguh bergaya mutu keunggulan kerana berjaya membawa dua ibu sarat mengandung waktu tu. Bergayalah sangat ekeke. Tak sangka dua babies tu sekarang dah selamat lahir dan membesar bagaikan juara. Aamiin. Sorang jadi Imam Muda, sorang jadi Ustazah Pilihan. Nak?

Baiklah adik-adikku yang comeyyy belaka, makcik (fuhhh menggeletar lutut bagai nak menaip ‘makcik’ di situ ekeke) dengan penuh takzim dan perasaan konon rajin, nak mengasah bakat Adobe Photoshop makcik yang sekian lama berkarat buat tatapan warga Malaysia sekalian.

 

bila dak2 kecik berborak. beginilah jadinya

 

dhiya khairina – my ex-housemate

Wajarlah gambar cik adik Khairina lagi banyak sebab selain menjadi anak Kak Gee, Khairina juga merangkap housemate saya. Dari sebelum lahir sampailah lepas lahir 🙂