Muhasabah diri dan peribadi sendiri

Petang Jumaat ni saya telah kembali normal. Alhamdulillah. InsyaAllah apa yang terjadi sebelum ini dijadikan PnP. (woh, pinjam ayat ustaz2 dan cikgu2 jap.). Petang ini nak kembali ke tanah tumpah darah (ini pinjam ayat patriotik sebab minggu depan 31 Ogos). Mau pulang ke kampung jadi sesiapa rindu boleh datang rumah sebab adik saya  buat bisnes kuih raya. Apalah ayat tiada kaitan. (saya masih normal wokeh). Nak buat camne, minggu lepas dah recharge bateri kat kampung tapi tak tau kenapa bila balik Melaka jadi kong. Jadi kena balik lagi ke Banting. HAHA. Alasan belaka itu.

Mahu muhasabah diri dan peribadi petang ni. Jadi, secara eksklusif saya akan pastekan di sini resolusi Tahun Baru yang saya buat awal Januari dulu. Siap hantar masuk pertandingan lepas tu menang tempat pertama lagi. Tapi sekarang ni, hadiah dah lama habis, tapi azam tetap tak bercambah. Masih di takuk lama.

Bukan mau brag atau berlagak malu lagi ada nak letak kat sini, tapi sesungguhnya ketahuilah sekiranya korang iaitu kawan2 saya baca azam ini, sila tegur dan ingatkan andai saya lupa ūüė¶ Saya manusia yang khilaf dan selalu lupa. Lagipun, nak tunaikan permintaan kawan2 yang nak baca karangan saya ni ha. Lama sungguh baru nak upload eh. Nak kena rotan. Tehee.

“Tahun baru 2010 ini, saya sungguh-sungguh berazam dengan sepenuh hati untuk menjadi lebih taat dan khusyuk menunaikan perintah Allah dan tidak sekali-kali akan melebihkan aspek kerjaya, sosial atau hiburan berbanding tanggungjawab saya kepada Sang Pencipta. Cara untuk mencapainya, saya mesti menjaga solat di awal waktu, banyakkan membaca dan menghayati Al-Qur’an dan sentiasa menjaga hubungan saya dengan Allah, manusia dan diri sendiri. Ini kerana saya yakin, dengan menjaga hubungan dengan Pencipta, secara automatik saya akan menjadi insan yang lebih baik dan berintegriti terhadap diri dan kerjaya. Itu asasnya, dan saya harus berusaha menjaganya.

Selain itu, saya tidak akan menangguhkan kerja-kerja dan menjadi lebih telus dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan kerjaya. Menjadi insan yang lebih baik dan berfikiran serta berkelakuan positif, itulah azam tahun baru 2010 saya..Amiin. Cara mencapainya? Perbaiki hubungan dengan Tuhan. Mudah saja tetapi sukar dilakukan. Saya akan berusaha ke arah itu. InsyaAllah.”

p/s : sempat lagi tak refresh azam ini untuk 4 bulan terakhir akan datang? Hari Lahir saya bulan 11. Saya sangat berharap saya dah reborn ketika itu dengan azam baru dan hidup baru. Amiiin.

Advertisements

rancang-merancang

Petang Jumaat ini, adalah Jumaat yang jammed. Ye aku tahu waktu menghampiri Asar di bulan Ramadhan lagi-lagi di hari Jumaat ini adalah sangat afdhal untuk anda berkata TIDAK kepada ketidaktentuan, tapi aku seakan dilanda depresi. EMOTIONALLY UNSTABLE. Teng teng teng. Eh macam teringin main teng-teng tiba-tiba. Tak pun konda-kondi ke, batu seremban ke, batu berendam ke. Haish merepek. Ini sah-sah otak tidak stabil. 

Bukan apanya,¬†ada beberapa kejadian dan ‘sesuatu’ yang terjadi kebelakangan ni. Yang terbaru malam tadi. Orang baru nak mula puasa tapi dah tak berjaya. Sedihnya. Udahlah terasa stress emosi, tambah pulak physically ‘tercedera’. Nenong nenong rasa sekejap. Ambulan cepat datang. Rasa nak pengsan. Doktor boleh inject saya pastu bagi mc seminggu nanti saya tak payah kerja saya suka. HAHAHA. Lepastu makin stress sebab kerja tertangguh-tangguh padahalnya kerja kan memang takkan habis.

Moleknya adalah apa yang orang putih kata ‘If you fail to plan, you plan to fail’. Aku rasa itu yang sedang terjadi pada akulah sekarang ni. Adalah dua tiga benda yang di luar kehendak aku terjadi, tapi yang aku rasa lack dalam diri adalah kurang merancang. Ha tiba-tiba teringat lagu nasyid Merancang Kerja tu. Terngiang-ngiang pulak dalam kepala. Jadi, aku kena mula merancang kerja dengan lebih sistematik teratur tersusun berseni berperancangan. Kalau kau mengeluh sampai berpeluh pun nothing’s gonna change. Tak ada apa-apa akan berubah. Wah, baca mengeluh-berpeluh itu. Ada ritma di situ. Ada keseragaman. Pitching tak lari. Seakan aku dilahirkan untuk menjadi pemuisi handalan.

Kalau kawan-kawan perasan, setiap kali diriku ini dilanda depresi aku tak akan menangis tapi akan berjalan melawat tapak macam YB ke meja kawan-kawan opis Kak Syikin Kak Surin Kak Gee Kak Lin Kak Ayu lepas tu bercerita-ceriti. Yelah korang mesti tak perasan aku ni sedang depresi masa tu sebab tu aku bagitau ni. Supaya next time aku bertandang maknanya aku sedang dilanda ketidaktentuan hati jadi kena sediakan makanan atau hadiah surprise buat aku gembira.

Tulah, kesimpulannya ya Tuan Puan ahli mesyuarat yang dihormati, setiap kali meeting tu janganlah kita berlagak pandai padahalnya KOSONG. ZERO. Buat orang mengutuk saja. Dapatlah aku simpulkan di sini, aku kena mula rancang-merancang kerja sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sikit-sikit lama siap. Amiiiin. Doakan misi aku ni berjaya, sebab sebelum ni, biasanya hangat-hangat pastu jadi suam kuku. DOA ya, DOA. Tolong.

Fuh, entri terpanjang. Sapa boleh baca sampai habis memang kawan setia akulah. Aku kena recharge bateri dengan melakukan aktiviti balik kampung petang ni. Semoga sesuatu yang indah menanti di sana. Amiiin. Dapatkanlah SUNTIKAN SEMANGAT anda di rumah Banting. Jumpa bapak adik beradik Cinggu dan kambing itu. hahaha. Bertukar menjadi pokok! Mr. Kiwi pun boleh.

Isnin yang indah

Why o why. Tell me why o why…Walau cuba setting minda untuk hari Isnin yang indah, nampaknya aku tak berjaya. Tajuk tu aku letak Isnin yang Indah, sebab cuba membuat reverse psychology terhadap diri sendiri. Ala-ala En. Ahmad Long dulu. Masihkah korang ingat teman2? HAHA.

Aku memang tak boleh terima benda2 reverse2 ni. Tak dapat terima teguran indirect, atau apa2 yang tidak secara terus. Kalau ada apa2 yang korang mau sampaikan, sila sampaikan secara jelas nyata dan terang macam Izhar Halqi tu. Kalau cakap berkias beritma berirama, minta maaflah sebab otak aku lambat digest dan aku boleh dilanda tekanan jiwa melampau sebab susah hadam. Eh eh tetiba.

Begitulah di petang Isnin ini, aku harap perjuangan membawa kerja2 balik rumah akan dipermudahkan. Dengan rahmat Ramadhan malam ke-7. YA TUJUH NOMBOR KESUKAAN AKU. Nyong kepingin balik nang Labohan Dagang. Eh tetiba lagi.

Jumaat yang Barakah

Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astaghfirullahalladzim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.”

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.”

Nabi Muhammad bersabda, ” Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).”¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†

klik untuk sumber

Dari dulu sampai sekarang, aku paaaling suka hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari. Aku suka sebab Sabtu Ahad tu cuti :). Lagi2 harini kan Jumaat pertama Ramadhan. Indahnya. Jumaat, aku suka pakai warna hijau. Rasa bersemangat!. Esoknya kan CUTI-CUTI-CUTI-CUTI-CUTI!!!

p/s : Tiba-tiba teringin bentang tikar atas tanah pastu baring sambil tengok awan-awan nan biru. Nak join aku tak? HEEE. Dulu aku selalu buat camtu dgn adik aku. Baring kat celah2 pokok ubi ambil merenung awan. Nikmatnya bila kita lihat kebesaran Allah di atas tu.

p/s lagi : Manusia selalu mendongak untuk hidup nikmat macam atas kayangan tapi lupa menunduk kepada Tuhan. Insaflah. Ingatan pada diri sendiri yang selalu lalai dan leka.

One Fine Day

Tajuk di atas takda kena mengena dengan cerita selanjutnya. 1 Ramadhan ni agak berbeza dengan 1 Ramadhan tahun lepas-lepas.  Saya beraktiviti keluar dari rumah seawal pukul 7.30pagi, walaupun di hari cuti. Dapat tangkap maksudnya? Bagus, anak-anak murid cikgu memang pandai. Meh cikgu bagi A+ dengan bintang-bintang bergemerlapan di malam hari. (heh, perasan jadi cikgu pulak di sini). Kiranya, hari ini hari yang menyihatkanlah, walaupun tidak perfect kerana tidak bercepat. Apebendesayamerepekni.silapahampahamsendiriya.

Petang ni kami ehh silap, Kak Widad akan masak sup sotong, ikan kerisi goreng & siput sedut masak lemak untuk buka. Saya akan bertindak sebagai esisten tukang rasa. Dan mengambik aura Kak Widad sebagai tukang masak profesional. Sementara tunggu waktu masak-masak tiba, saya mengomel dululah kat sini. Kalau 1 Ramadhan lepas, saya ada kat rumah kat Banting nun. Seronok, tapi tahun ni kena tunggu minggu depan untuk balik. Ada udang di sebalik mi kenapa saya balik minggu depan. Eh eh, puasa-puasa ni apa udang la, mi lah. Jeng jeng jeng. The day will come when I am ready. That one fine day...eh, ada kena mengena dengan tajuklah. Hehe.

Dulu zaman kanak-kanak, saya bukanlah baik sangat (as if sekarang ni baik. heh). Pernahlah curik-curik minum air kalau ambik wudhu’ tu. Curi makan biskut raya lah, apelah. Lepas itu, kalau kantoi, sila jangan harap dapat berbuka bersama-sama. Kena duduk kat hujung meja terkulat-kulat tengok orang berbuka sambil¬† kena kutuk jadi ular nanti masuk neraka sebab tak puasa. Kadang-kadang tu bila puasa saya akan usung pinggan bawak depan tivi sebab nak tengok cerita Cina tivi dua. Sekarang saya menyesal, sebab quality time dengan family adalah saaaangat berharga. Nasib baik dulu tu kadang-kadang saja.

Adik sedara tu lagilah, dia minum sesuka hati sebab ingatkan puasa boleh minum tak boleh makan saja. Eh, tak boleh sengaja korek hidung & telinga juga tau! Nanti batal!!! . i wonder ada tak orang yang buka puasa korek hidung atau kumpul air liur banyak-banyak pastu minum sebab stuck dalam komuter waktu buka?. T__T. Tak mungkinlah, sebab bulan puasa ni sungguh ramai orang yang pemurah akan share makan dengan anda ya. InsyaAllah. Kalau dah rezeki.

Lepas tu, teringat kat makcik pula. Dia nak masak untuk sahur tapi lupa petik cili. Sebab takut nak petik cili kat luar rumah 4.30 pagi tu, dia p cabut pokok cili tu sekali. Rileksla makcikku, syaitan iblis kena rantaila. Eheh, padahal kalau diri sendiri mungkin lagi teruk. Lagi, dulu saya dan arwah mak pernah bereksperimen buat biskut raya. Tak berapa jadi, jadi kami puji sesama sendiri jelah. Yang penting, seronok di situ. Oh rindunya. SANGAT-SANGAT. Aktiviti yang menarik di bulan puasa dulu-dulu adalah menonton dokumentari Harun Yahya, Signs of the Creator kat tivi 1 selepas Zohor tu. Kumpul satu keluarga tengok ramai-ramai sambil makan-makan. Eh bukanla. Kan puasa.

Panjangnya entri ni. Okeh sambung nanti. Mahu main masak-masak sekarang. Selamat berbuka di satu Ramadhan kawan-kawan:) Semoga beroleh barakah di hari pertama dan seterusnya. Amiin Ya Rabb.

Ramadhan Kareem semua!!!

Walaupun belum jejak Ramadhan, terasa berdebar pula jantung ni, menunggu kedatangannya. Terasa tak dapat buat sehabis baik di bulan Rejab, dan Syaaban yang dah nak berlepas ni. Ibarat terlepas komuter nak balik Nilai dan akhirnya kena tunggu dan tunggu. Bezanya, terlepas bulan-bulan ni kena tunggu cycle akan datang. Lamaaaa. Jadi, insaf cepat! Epp, jangan nakal-nakal lagi. Kau tu dah banyak terlepas peluang sebab selalu take things for granted.Lepas ni janji tak buat lagi dah. Janji Melayu ka? Haha, tak kot sebab i orang Jawa. Apsal lah pasal janji terus mengaku bukan Melayu? Isk.  

InsyaAllah, lepas ini dah tak mau lepaskan sebarang peluang. Macam masa kau beli barang-barang kat Watsons hari tu, sebab ada sale murah 15% terus grab macam-macam lepas tu pokai kena pinjam talian hayat kat Kak Gee dan Kak Syikin. Peluang tu, sale 15% juga tidak harus dilepaskan jika barang yang dibeli adalah keperluan bukan kehendak. Lepas tu, beli novel Kang Abik, Bumi Cinta kat MPH walau tujuan asal hanya melihat-lihat. Benda berfaedah tak harus dilepaskan. Priority you know, priority. Hehe. Padahal baca sekali terus jadikan tempat kumpul habuk. Okeh, pembelajaran bermanfaat di sini. Ulangi pembacaan anda setiap 3 hari sekali sekurang-kurangnya. Jika tidak, sia-sia anda menyatakan hobi tegar anda adalah MEMBACA!.

Segala kekhilafan saya, dapatlah kiranya ditebus di bulan Ramadhan nanti. Nak perbaiki diri, jadikan azam HPA suatu kenyataan. Hadiah dah habis tapi azam pun dah habis ditiup angin lalu berterbangan entah ke mana. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang terlalu dhaif dan selalu lupa beramal soleh. Jadikanlah hambaMu ini insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. Amiin.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Semoga beroleh rahmat, maghfirah & dijauhkan dari api neraka.

Selamat tinggal Syaaban. Semoga dapat bertemu di episod kehidupan yang akan datang.

Ramadhan Kareem semua! Oh ya, baca ini. Saya superfan penulisnya.

p/s : kenangan ramadhan. banyaknya MashaAllah. nanti akan diceritakan di episod akan datang. InsyaAllah.