Sejarah dengan Serangga

Semalam 2 kali terjadi sejarah antara saya dengan serangga. Apa yang terjadi haruslah dijadikan iktibar dan pengajaran untuk masa depan yang lebih cemerlang gemilang terbilang. 1 Malaysia. Eh eh tetiba.

1) Tebuan

Tebuan bukanlah satu watak dalam peribahasa menanam tebu di tepi bibir, malah kalau tebuan menyengat anda di tepi bibir komfem akan jadi lebih dahsyat dari Angelina Jolie. Tebuan atau nama saintifiknya penyengat yang besar itu tiba-tiba tak tau dari mana telah masuk dalam bilik saya yang tertutup rapat. As if it came from nowhere @ the other world. Agak scary movie di situ. (yang mana la mumkin sebab dah rumah kau belakang tu kebun getah memanglah tempat dia). Dahlah waktu tu tengah rakaat pertama solat Subuh. Berterbangan kekhusyukan di situ. Si tebuan tu terbang pusing keliling tawaf segala bagai waktu saya solat Subuh.

Habis je solat saya terus cakap dengan tebuan tu tolonglah keluar saya tak mau sembur Ridsect nanti berdosa saya pun takut juga keluarga tebuan datang serang saya. Doa pada Tuhan dimudahkan setel hal ni. Iyelah, kalau kena sengat mau nanti ***em tak mau cakaplah. Dahlah pagi Isnin penuh dengan Monday blues.

Saya tengok tebuan tu dok dekat dengan lampu kalimantang tu je tak terbang-terbang dah. Penat kot tawaf cari jalan keluar. Lepas tu, ting ting ting bunyi magic wand saya pun dapat idea, matikan lampu dan buka tingkap. 5, 10 saat saya tunggu akhirnya tebuan malang tu pun terbang keluar dengan jayanya tanpa perlu saya pukul atau halau (padahal tangan dah pegang kipas satay nak pukul).

Pengajaran : Ada benda yang boleh diselesaikan tanpa menyakiti pihak lain.

Hipotesis : Tebuan suka pada cahaya. kot. Sebab tu kalau nak petik madu waktu gelap-gelap.

2) Semut

Minum air yang dituang dari kettle di ofis semalam sungguh sedap. Sebab haus barangkali. Sekali air dah tinggal separuh gelas baru perasan ada satu semut besar (maharaja semut kot) bersemadi dalam kettle tu. Oh patutlah jadi pelupa ni. Tak baik salahkan semut.

Pengajaran : Tolonglah cek dulu sebelum mengambil keputusan. Tak rugi berjaga-jaga. Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya. Dan jangan sangka air kosong dalam kettle tak ada semut.

Hipotesis : Semut juga sudah maju menjaga kesihatan dengan menyelam sambil minum air kosong dalam kettle akhirnya mati kelemasan.

* sebenarnya ada satu lagi cerita dengan lipan bara tapi sebab itu bukan kategori serangga tapi pemangsa maka tak perlu cerita.

 

Advertisements

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Siapa sebenarnya Imam Hassan Al-Banna? Dulu zaman sekolah saya memang pernah hafal nama ini*sebab masuk exam*. Sayangnya bila dah kerja, jadi lalai alpa leka. Lagi kenal artis segala bagai dari tokoh ilmuan Islam. Dari Mariah Kari sampailah Tom Kurus tapi tidak kenal siapakah Hassan Al-Banna ini. Maklumat lanjut tekan sini.

Sekadar sedikit perkongsian petang Jumaat barakah ini. Trimas kaksurin kerana menyegarkan ingatan. Jadi kita share dan ambil iktibar. 10 wasiat beliau yang bunyinya seperti mudah kacang goreng tapi sangat susah dipraktikkan ialah *saya olah pakai ayat sendiri* :

1) AZAN Jangan lengahkan solat. Bila dengar azan terus solat. InsyaAllah kita jadi insan yang menepati masa dan berdisiplin. Sebab pengalaman sendiri, bila tak jaga waktu solat, kerja lain takkan settle pun.

2) AL-QURAN – Jadikan rutin harian. Banyakkan buku-buku berfaedah. Jauhi perkara tak berfaedah.

3) BAHASA ARAB Bahasa Al-Quran. Pelajarilah, kalau tak nanti rugi. Dulu zaman sekolah pernah belajar tapi sebab tak praktik, lupa dah. RUGI.

4) JANGAN BERTENGKAR – benda sekecil kuman pun jangan gaduh. Tak ada faedah langsung. Kata pada hati supaya sabar sebab pertengkaran cuma menjahanamkan diri dan ikatan ukhuwwah.

5) JANGAN BANYAK KETAWA – Gelak boleh tapi kalau lebih-lebih nanti hati mati.

6) JANGAN BANYAK BERGURAU – Sebagai umat Islam akhir zaman, sepatutnya mesti serius dan fokus. Tahu apa yang diinginkan.

7) JANGAN BERCAKAP NYARING – Nanti pitching lari.

8) BANYAKKAN BERCAKAP PERKARA KEBAIKAN -Selalu yang terjadi adalah satu keburukan kecil seseorang boleh menutup 1000 kebaikan yang dia ada. Kenapa? Jadi tukar mentaliti, cakap yang baik-baik saja, jauhi mengumpat dan mengadu-domba.

9) BERKENAL-KENALAN SESAMA MUSLIM- Banyak faedahnya. Contoh diri sendiri, rujuk ini

10) KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA – Semua orang diberi 24 jam sehari. Ingat semula surah Al-‘Asr. Sebenarnya kita dalam kerugian.

Ingatan untuk diri sendiri, jadilah sibuk seperti kumbang, sibuknya disukai. Janganlah jadi sibuk seperti nyamuk, sibuknya dibenci. *sharing is caring, and caring is loving*

Hati manusia sangat rapuh. Kadang-kadang terluka tanpa disedari. Bila sedar, sudah parah dan susah diubat. Janganlah hipokrit. Itu memakan diri. Katakan saja apa yang tersirat di hati, biar semua puas hati. Mengapa berkias-kias talam dua muka. Mendengar dari semua pihak adalah perlu. Kalau dengar sebelah saja, tak adil nanti jadinya. Well,  it’s easy to forgive, but it’s very hard to forget.

Selamat tinggal Kajang, selamat datang Banting

Pertolongan Tuhan datang lagi tanpa dijangka hari ini. Masa mula sampai depan hotel Isnin tu terus stress fikir camne nak balik pulak. Masa datang syukurlah ada kaklin bagi direction. Alhamdulillah selamat sampai lepas sesat sebab salah2 masuk jalan. 10minit jugak duduk dalam kereta before check-in. Tenangkan jiwa. Trimas kaklin <3. Memang yakin balik nanti susah sebab tak tau jalan lepastu Kajang sangat sesak, dan saya pemandu sangat berhemah bawak kereta macam kura-kura comel.

Tapi pertemuan secara tak sengaja dengan Tuan Haji Ahmad Saidi dari KK Kuala Langat siang tadi dalam lift memberi sinar cahaya macam mana mau balik Banting merentasi jalan Kajang yang sesak menjelang tengahari Jumaat. Dia duduk Banting rupanya. Sangat baik hati offer saya ikut. Jadi saya follow kereta dia sampai keluar Pekan Kajang yang sesak itu. Ulang suara- yang SESAK. Alhamdulillah Tuhan memberi jalan. Saya berjaya follow dengan selamat dan berjaya mencilok-cilok. Up satu level!

Lihat, bukannya satu kebetulan berada satu lift dengan Tuan Haji yang peramah tu. Padahal sepanjang seminggu berbengkel kat Oriental Crystal Hotel (harus sebut nama sebab rasanya sampai bila2 tak dapat dah kot duduk Presidential Suite yang harga **** semalam tu. haha poyo) tak pernah sekali pun terserempak dengan Tuan Haji ni. Ianya takdir. Bukan kebetulan. Bukan selalu saya peramah dengan orang. Kalau saya berat mulut tadi dah tentu Tuan Haji ni tak tau saya duduk Banting, dan mungkin sampai malam ni saya masih berlegar-legar di Pekan Kajang. Selamat tinggal Kajang, selamat datang Banting. Kita takkan tahu bila doa kita dimakbulkan sampai kita ada dalam situasi itu.

Sepanjang jalan pulang saya tersenyum dan mengucap syukur Alhamdulillah. Pertolongan tiba di saat tak terjangka. Kebahagiaan tu tak lama sebab sampai saja depan rumah, saya terlanggar batu besar. Kasihan sungguh si dia dapat tuan macam saya yang cuai ini 😦

Luahan hati seorang insan

Aku dengan penuh takzimnya ingin meluahkan masalah yang sangat mengganggu gugat ketenteraman naluri kewanitaan aku sekarang ini. Wahai Banting, mengapakah setelah aku menyayangimu sepenuh hati kau tetap menghampakanku. Mengapakah pengguna jalanmu begitu sombong tak bagi jalan kepadaku si amatur ini lantas menyebabkan aku terpaksa membrek beribu-ribu kali (ok tipu) dalam keterpaksaan.

Lagi satu, sudahlah Itam cedera terkena batu kat Melaka, kali ni kat Banting pun kena jugak sipi-sipi di cermin tepi. Hilanglah kesayanganku terhadapmu Banting. Sudahlah selamat dihon berkali-kali secara nyaring, jatuh maruah daku yang sungguh berintegriti ini (ok perasan).

TAPI. Tapi. tapi. Mengapakah walaupun aku cuba membencimu tapi diriku tetap sayang. Tapi aku benci. Sedih. Terkilan dengan manusia-manusia rakus yang menghunimu Banting (tak termasuk aku). Bila aku berjalan di pekanmu, sungguh terasa diri dipinggirkan. Mungkinkah aku patut mengangkat Melaka sebagai kesayanganku yang baru? Namun mengapa namamu tetap di hati walau kau telah menghancur lumatkan hatiku? Mungkin inilah yang dinamakan – tidak sedar diri.

Semalam, sedikit keinsafan telah berputik dalam diri, sayangilah tempat kelahiran anda, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung kerana sesungguhnya aku lebih sakit dan terluka dek jalan-jalan di Kajang ini. Sesungguhnya duduk tidur di penthouse juga tak mampu mengubati kelukaan ini. Sungguh perit lagi pedih. Banting, air dicincang takkan putus. Kecuali air itu beku dan menjadi air batu.

Blessing in Disguise 2

Setelah sekian lama akhirnya tertunai juga hasrat menyambung kembali episod cinta yang lama berciciran ni. Boleh rujuk entri ini untuk episod pertama. Isnin tu memang aku berborak lama dengan sahabat karib yang lama tak jumpa, Balqis. Nama selembut pemiliknya. Namun tegas dan berdedikasi bila bekerja. Amboi beli jiwa nampak. Ada hikmah bila aku ulang-alik 3 kali dari rumah ke LCCT hari tu. Pertama, dapat tambah pengalaman memandu mengharungi badai kenderaan kat laluan KLIA. Kedua, dapat hang out dengan 2 of my besties bersama-sama, dalam Itam. Aku sahabat baik Hamnah, aku juga sahabat baik Balqis, tapi Hamnah dan Balqis bukanlah sahabat baik. Mereka kawan. Sungguh berputar hipotesis. Mereka berdua adalah manusia karakter sangat berbeza dan aku bahagia dengan mereka. Each one of them.

Sebab adik Balqis salah tengok waktu depart kat tiket flight, 3 kali itulah tawaf Olak Lempit-LCCT. 2nd time aku hantar Balqis, aku balik terus sebab dah janji dengan Hamnah. Nak dijadikan cerita Hamnah join sekali aku ambik Balqis dari LCCT buat kali ketiga sebab ada misunderstanding pasai tiket. Jadi, akhirnya kami bertiga balik semula ke Banting dalam satu kereta. Kali pertama seumur hidup aku dapat hang out bertiga bersama.

Dan, malam itu………………………………jeng jeng jeng. Terlajak pula di kedai makan kat Banting. Sebab seronok sangat tu adalah hamba Allah ni lupa esok pagi kena bangun awai gerak balik Melaka. Nasib baik sempat, taklah jadi macamni.

Ustazah Hamnah & Dr. Balqis

Seorang mendidik anak bangsa, seorang merawat pesakit nun di Papar sana. Aku?. Merawat hati di Melaka. Hari yang sama jugalah aku dapat gelang mutiara made in Sabah dari Balqis dan pin comel bertulis ‘Be A Smart Muslimah’ dari Hamnah. Hamnah teman yang sangat baik sebab tak pernah lupa bagi hadiah birthday. Ehehe beli jiwa lagi. Balqis pun sama. Kami mencoret rahsia bersama sebab kami adalah kaum hawa.

itu ini begitu begini

Makin lewat malam makin banyak pula idea. 2:00am bukanlah waktu ideal untuk saya mengadap laptop. Udahlah esok nak berkejaran ke Gunung Ledang. Saya tak pasti apakah jenis orang semacam saya ini biasa atau pelik. Sebab ada sesetengah sikap saya yang pengetua sekolah pun tak dapat huraikan. Tiba-tiba mengaitkan pengetua sekolah yang tiada kena mengena.

Yang pelik tapi acapkali terjadi :

1. sangat homesick. sangat. teramat suka balik kampung walau bukanlah ada apa yang menarik pun. kalau ikutkan kat Melaka lagi best sebab tak payah masak+masak+sapu-sapu.-____________-.teehee. terserlah kemalasan di situ. acapkali sayalah selalu tercampak jauh dari rumah. mula-mula di johor lepastu melaka apakah lepasni di selangor atau lebih tepat lagi, di Banting? you hope B=)

2. agak malas makan bergantung pada suasana. peribahasa Melayu kata lebih afdhallah anda tidur dari makan, jadi lebih baik tidur di waktu lapar dari menyelongkar dapur. kebelakangan ni, m00d makan datang melambai-lambai jadi gagah juga makan 6 kali sehari which is very rare to me. cuma cafe di ofis tu dah tutup sebulan dan makan di kedai depan kolej memang saya tidak selera. Bukan demand tapi kalau dah tak cinta nak buat macammana. Nampaknya sebulan ni harus gigih puasa ganti, atau bawa bekal hari-hari. Kena rajin mengasap dapur, yang mungkin sebenarnya cuma angan-angan dibawa mimpi indah.

3. kerajinan tanpa batasan juga boleh timbul secara pelik, seumpama internet 4G boleh dapat signalnya di kawasan selondon ini. saya boleh bekerja keras secara tiba-tiba, dan boleh duduk malas berlegar-legar sekitar ofis melawat sambil belajar secara tiba-tiba. Gila fleksibel. Calon pekerja terbaikkk. contoh, saya mampu mengepel pada malam hari, mengemas, menyapu dan memasak dalam waktu yang singkat, OT tak bergaji di weekend, menyapu keliling rumah secara laju-laju, dan macam-macam lagilah. Contoh di waktu malas adalah saya boleh berlaku kejam melihat saja ibu mengandung menyapu-nyapu ruang tamu. Haha. Atau membiarkan kerja-kerja ofis tertangguh dengan alasan kalau siapkan harini esok tak ada kerja. Sungguh lame.

4. pengorbanan terbesar terhadap rutin biological clock dapat dilihat tak tersangka-sangka bila mengadap internet. kalau makan pun saya sanggup korbankan demi tidur, hanya menulis entri di waktu malamlah penyebab tidur lewat dan mata sembap esoknya. lihatlah ini jam sudah 2:30am. mungkin esok ada manusia akan tidur sepanjang jalan ke Ledang dan terlepas sesi fotografi.

5. memang pelik tapi inilah yang acapkali terjadi. saya boleh tidur di mana-mana. tapi saya bukanlah seorang yang kuat tidur. Heh. Cubaan memutarbelit fakta. Hari pertama prep di asrama dulu saya bawa bantal. Hari pertama tunggu bas di uni saya boleh tidur. Tidur awal adalah satu kebiasaan yang best. Tidur lewat selalunya disebabkan tivi & internet, atau berborak sebelum tidur. Mangsa setakat ini adalah kakgee kaksyikin kaklin kakwidad & kak ayu. semua saya pernah tumpang tidur di rumah mereka.

5. saya seorang yang straight campur lurus. kalau itu, itulah. kalau ini, inilah. Lurus. Macam pembaris. Tapi fleksibel. Apakah? pembaris fleksibel kot. Saya juga tak pandai menzahirkan perasaan. Jangan rasa bila saya tak bercakap dengan kamu saya tak suka kamu. Itu maknanya saya malu. Atau memang saya tak nak bercakap. Malu tu sebahagian daripada iman. Rasanya dari banyak bercakap baik banyak berfikir ye tak? 🙂

Saya bukan nak promosi diri bercerita-ceriti kat sini. Cuma sekadar perkongsian supaya kamu tau karakter saya jadi fahamlah saya ini bagaimana. Tulah, kebelakangan ni agak pelik entri-entri saya. Yo emboh, kata orang Jawa.

Salam Maal Hijrah+Resolusi 1432H

Salam Maal Hijrah semua. Wahai diari, lately cuaca saya agak mendung. Bilakah mendung nak berarak pergi dan membawa warna-warna pelangi, saya tak tau. Itu rahsia Tuhan. Terkadang terfikir mengapakah solat 5 waktu yang dilakukan selama ini tak dapat membedung diri dari melakukan perkara-perkara lagha. Tidak khusyukkah? Kurang ikhlaskah? Memang saya akui kurang jaga solat awal waktu. Tidak utamakan yang utama.

Apapun, m00d untuk hapdet entri tengah membuak-buak. Better earlier than never. Untuk tahun baru ni resolusi saya DUA saja. Fikir + Zikir. Iham dari kuliah Dr. Daniel. Pengetua sekolah dulu cakap berfikir tentang kebesaran Allah pahalanya lebih besar dari solat sunat. Hatta cuma lihat semut-semut di tepi longkang. Banyak berfikir menjana minda, banyak berzikir menjaga hati. Bila minda + hati bersatu maka terbitlah mahabbah dan mawaddah. Eceh. Hamba berfalsafah pula.

Saya juga mahu lahir sebagai insan baru. Sebab diri ini ibarat kain putih yang telah dicorak dengan pelbagai warna, moleklah jika dimurnikan lagi warnanya lebih indah dan berseni. Nantikan perubahan saya. Ianya tidak mendadak. Dan mungkin seperti tiada. Cukuplah sedikit dari tiada langsung.

Permudahkanlah jalanku Ya Allah. Berilah padaku maghfirah. Kurniakanku dengan keikhlasan dalam segala-galanya. Jadikanku hamba yang banyak berfikir, dan banyak berzikir. Amiiin. Semuanya dengan izin Allah.

Salam Maal Hijrah sekali lagi. Jangan lupa baca doa awal & akhir tahun dan setkan azam / resolusi masing-masing. Saya dah ada, bukan setakat draft di minda saja. Harapnya menjadi realiti. InsyaAllah.

Dirimu seharum wangian Lovely Lace.

Saya cuba jadikan entri ni short but sweet. Logiknya, tulis entri panjang adalah umpama syok sendiri dan orang malas baca. Entri pendek biasanya mendapat sambutan kerana isi padat dan tidak terpesong ibarat kayak tanpa paddle dan pendayung berstamina tip-top.

Sewaktu girls outing kat Alamanda bersama Janna & Eve, kami berdua dapat hadiah birthday, advanced dari Janna. Kawan-kawan boleh lihat hadiahnya tergantung indah kat cermin Itam. Tajuk entri ini khas buat isteri Encik Hafzan Wahid. Jangan jeles Wahid tajuk tu macam jiwang karat aish aish. Eve punya warna pink-merah sebab dia bersifat keibuan. Haha. Saya pula berwarna purple. Purple+hijau+pink adalah warna kegemaran sejak azali. Tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Tapi mengapa kebanyakan hari suka pakai hitam entah.

Kami tak ada gambar kenangan kat Alamanda tu. Sebab agenda utama adalah makan-jalan-makan-jalan-makan. Masuk tengahari keluar lewat petang. Sampai sesat dari Putrajaya nak balik Banting walhal bukan saya tak tau jalan. Natijah lewatkan solat Maghrib.

Bini encik Wahid, saya sayang kamu bukan sebab kamu bagi saya benda comel dari Lovely Lace itu. Bukan sebab kamu lantik saya jadi pengapit masa wedding kamu. Tapi sebab kamu terima saya seadanya. You know me inside and outside. Ukhwah fillahi abada.

Officially, saya namakan benda bulat comel itu –ungu. Sekian.

Berkat keyakinan diri yang tinggi.

***entri ini sangat panjang. siapa tahan baca sampai habis memanglah teman sejati.

Sebelum bercuti panjang hoyeah balik kampung petang ni dan kendian menuju Gunung Ledang untuk geng OL punya vacation, aku hapdet laju-laju entri. Bila stress, aku suka balik kampung. Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak membakar semangat aku membakar kereta ehh bukan membawa kereta. Bosan rupanya balik sorang-sorang. Kan best kalau ada orang teman. Rumah aku best sebab suasana dia. Rumah aku tak besar, tak hebat pun. Tapi tetap cantik di mata. Kan beauty lies in the eyes of the beholder.

Takut sebenarnya bawak kereta jauh-jauh tapi confident level memang tinggi bila sebut balik kampung. Aku memang confident level tinggi kalau melibatkan benda pelik-pelik. Dulu mati-mati cakap takut bawak kereta tapi bila ada kereta langkah memanglah panjang balik kampung. Dulu tak ada kereta pun semangat jitu merentas negeri naik bas komuter bagai balik kampung. Terima kasih kat kengkawan yang terlibat bantu aku balik kampung.

Ada satu masa Darjah 3 tu aku si rabun cap ayam tapi tak mau pakai spek kena baca petikan kat depan. Jarak dari kerusi dengan papan hitam memanglah jauh. Memang tak nampak. Tau tak apa aku buat? Balqis duduk kat sebelah aku masa tu. Aku pesan siap-siap dah kalau cikgu Hasbuna panggil nama aku tolong back-up. Memang rezeki murah Cikgu Hasbuna panggil suruh baca. Masalahnya aku tak nampak petikan kat papan hitam tu. Kerabunan aku adalah satu rahsia besar yang takde orang tau. Aku berdiri. Diam lama. Macam orang bodoh. 1 minit berlalu. Eh eh apasal awak tak baca?. Sekejap cikgu, ambik mood. Sambil cuit-cuit Balqis. Lalu Balqis si bijak pun bacalah pelan-pelan dan aku ulang balik apa yang dia cakap. Ye, dia cakap pelan-pelan tahap aku sorang je boleh dengar. Dia bisik, aku sebut kuat-kuat, budget baca petikan la, walhal satu hapa pun tak nampak. Petikan tu pasal orang pergi bercuti kat Genting Highands kot. Sampai satu part si Balqis bisik cenggini ‘mereka melalui genting sempah..’ lalu aku pun pelik dan membaca dengan yakin ‘mereka melalui genting sampah..’ sebab aku yakin sampah adalah perkataan yang tepat. Walau kena gelak aku tetap yakin. Dan membawa keyakinan tu hingga satu hari aku tengok berita oh ada rupanya tempat nama Genting Sempah. Kenapa tak cakap awal-awal?

Ada satu kali jugak kat sekolah rendah agama, ustazah suruh lukis gambar buah rambutan, manggis, sukun dan durian. Dan tulis nama dia dalam Bahasa Jawi. Cepat je aku lukis gambar buah tu semua, kecuali sedikit konfius kenapa tanda sukun termasuk dalam golongan buah? Ustazah silap ni, kata aku sambil melukis juga tanda bulat mewakili tanda sukun (sukun dalam bacaan Quran tu). Cepat je hantar kat ustazah tapi kena gelak. Kenapa sukun awak kecik sangat ni?, kata ustazah. Yela takkan la nak lukis mad sukun tu besar-besar? Rupa-rupanya, wujud sejenis buah bernama sukun yang bersaiz umpama durian D44 yang pokok dia ada depan rumah aku. Ini kes terlalu taksub dengan tv sampai nama je orang kampung tapi tak kenal buah sukun. Haish.

Satu lagi masa sekolah agama jugak, Darjah 2. (Oh daya ingatan aku kuat la). Waktu ustazah suruh baca ramai-ramai rukun Islam kelima ’menunaikan haji bagi yang berkuasa’ aku tak setuju lalu aku ganti berkuasa jadi berpuasa. Sebab aku ingat berkuasa maksudnya kaya dan bongkak maka orang miskin tak layak pergi haji kah?. Ustazah silap ni, kata aku. Patutnya orang berpuasa lah boleh pergi haji sebab diorang laksanakan rukun Islam kedua. Sampai ke sudah aku hafal macam tu. Dari rukun islam pertama sampailah kelima. Oh silap fahaman rupanya. Takpe, belajar dari kesilapan, kata arwah mak.

Dan yang ini, paling terbaru melibatkan kesengalan walau confident level tinggi adalah sewaktu umur aku 26. Dah masuk kereta, siap pakai seatbelt, bukak radio, tekan hand break, masukkan gear, mestilah lepatu jalan kan? Tapi peliknya sebab kereta tak mau jalan. Aku panik. Sebab ada kes kan kereta boleh jammed tiba-tiba. Adalah sorang teman tu suruh tekan minyak. Tapi aku rasa tak perlu sebab jalan rata nanti tekan minyak dia meloncat. Puas kami membelek apa yang tak kena. Rupanya, enjin bertuah tak dibuka lagi macam mana kereta kau nak jalan. Kunci kereta tu bukan perhiasan ya Assila…Saya memang c00l tapi saya lebih gelabah, gabra dan blurr dari c00l.