Sang Pemikirku

Kalau rasa pernah dengar tajuk ni, mungkin sebab banyak sangat baca novel Andrea Hirata lah ni. Cuma aku menulis, eh menaip versi orang biasa-biasa. Kalau dibilang dengan jari, hidup aku bertuah kerana dikelilingi kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang mempunyai kerja sampingan tak berbayar sebagai sang pemikirku. Kalau ada soalan, ajukan saja pada mereka-mereka ini, dan jawapan yang aku dapat memang buat aku rasa seronok sebab dapat tambah ilmu.

Sang Pemikirku ini memang ramai. Terima kasih. Yang nak aku cerita ni pasal kesayanganku yang jauh di mata. Rindu sangat nak jumpa. Aku tau kau takkan baca sebab kau sibuk. Lepas tu tak aktif facebook, sebab setiap kali aku ada entri baru akan dengan sengaja letak link kat facebook. Kesayanganku ini dalam kesedihan. Nanti aku dan Li En datang jumpa ya!! (weh li en, aku promote nama kau ni;D )

Aku jamin kau akan jadi seorang dokter yang berjaya. Sebab kau rawat pesakit dengan hati yang suci murni. Kau yang aku kenal takkan melepas batuk di tangga. Aku ni selalu berminat tanya soalan yang pelik-pelik. Kau mesti jawab siap dengan fakta-fakta sains yang memikat, buat info tu terpahat dalam kepala. Macam kau dah kaji benda tu dengan detail. Jadi, kau sesuai jadi saintis sebenarnya, instead of jadi dokter. Haha.

Dan, kesayanganku lagi seorang ni.  Ada keluarga yang ceria. Aku rasa si dia ni lagi sesuai jadi ahli politik. Walaupun belajar kat Bumi Anbiya’ sana. (Tiap kali aku ulang tayang filem KCB, serta merta aku menjadi jealous kerana tak dapat ke sana).

Dia ini, Sang Pemikirku juga.Contoh soalan bodoh aku untuk dia jawab:

Betulke kalau kita lupa surah yang kita hafal dalam Qur’an, berdosa?

Jawab dia : Mana satu lagi mudharat? Kau hafal lepas tu lupa ke, kau tak pernah ada inisiatif untuk hafal, ataupun baca?

Satu lagi soalan aku, agak pandai dari soalan atas tadi.

Betulkan berdosa bila artis tuttt belai-belai anjing? Tapi mazhab lain kata tak haram?

Jawab dia : Mana satu lagi dosa besar? belai anjing tu ke? Kenapa orang tak pertikai pun pasal artis tuttt tu tak tutup aurat? Tu kan lagi dosa besar?

Aku terkesima. Betul. Aku anugerahkan kesayanganku ni award ‘SANG PEMIKIRKU PALING LOGIK’. Dia kata umat Islam sekarang ni lagi banyak bahaskan isu-isu yang kecil dan tak nampak problemo yang lagi besar. Macam “Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Kelopak Mata Tak Nampak” ataupun “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Eh eh, boleh pakai ke peribahasa ni. Aku copy-paste je tu.

p/s : Aku ni sang pemikir jugak kot. Banyak sangat fikir. Haha.

Hari ini dalam sejarah, saya berjaya menderma darah.

Hari ini dalam sejarah, saya berjaya menderma darah. Macam bunyi pantun. Okay tipu. Ini entri terlewat sebenarnya. Kira late submission ni. Semalam dalam sejarah, saya telah menderma darah. Uish, sudah late submission, isi karangan berulang pulak. Jangan tolak markah saya cikgu.

Sebagai manusia agak fobia darah, saya kira ia satu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.  Oleh itu, saya ingin mencatatkan nota-nota ringkas mengenai tarikh keramat ini. Malas tulis esei punya pasal. Cikgu jangan rotan saya.

1)      Tanggal 7/4/2010 saya berjaya menderma darah. Agak perit mulanya. Lepas 2 bulan nanti baru boleh derma lagi.

2)      Tiga kriteria boleh derma darah : 1- berat badan (saya lepas +10kg). 2-paras hemoglobin (saya 13.0). 3-tekanan darah (saya 120/70).

3)      Semua kriteria di no. 2 tadi melayakkan saya si darah O a.k.a. penderma universal untuk derma 350 ml.

4)      Saya dapat buku merah & sijil penghargaan. Tambah koleksi.

Orang kata, the more you give, the more you’ll get back. Maknanya, lebih banyak saya derma darah, lebih banyak rewards yang saya akan dapat. Jeng jeng jeng. Should I, or shouldn’t I? (Opps, kena tolak markah ni cakap omputeh).

Kesimpulannya, minggu depan saya cuti seminggu. Banting, di sini saya datang. (terjemah here I come) ;D

mimpi separa-ngeri

09.58 a.m.

Malam tadi aku mimpi separa-ngeri. Mimpi separa ngeri adalah mimpi yang menakutkan tapi tak ada kena mengena dengan hantu. Aku tahu, memang sangat tak afdhal kalau kau dah besar panjang tapi masih takut hantu. Okay fine, aku tetap percaya kuasa Tuhan melebihi segalanya. Mungkin aku banyak tengok cerita hantu Sundel Bolong, pontianak vampire segala bagai kecik-kecik dulu. Lepas tu masuk dalam memori jangka panjang terus tak boleh lupa sampai sekarang.

Malam tadi aku mimpi aku gaduh dengan students. Agaknya aku banyak pikir pasal diorang ni. Lepas tu aku cuti sesuka hati dan kena pecat. Agaknya sebab aku dah tak sabar nak pulun cuti seminggu 1 minggu lagi ni. Banyak kali aku terjaga malam tadi. Agaknya itu signal supaya aku bangun tahajjud waktu malam, tapi tak berjaya.

But well, the real reason kenapa aku mimpi separa ngeri malam tadi sebenarnya mesti sebab aku tengok movie, thriller bunuh-bunuh ala-ala ada kaitan dengan fizik petang semalam. Pembunuh tu boleh baca minda kau tau tak. Terus lekat dalam minda separa sedar. Dan jadi mimpi separa ngeri aku walau tak ada kena mengena dengan plot cerita.

Bai. Aku nak pergi jumpa PM sekejap lagi kat PICC.

p/s : entri aku ke PBAKL tak dapat dipublish lagi sebab masalah teknikal. Sabar ya kawan yang dah tunggu tu 🙂