Membazir itu, saudara syaitan

Bismillahirrahmanirrahim. Lamanya tak berkongsi pengalaman hidup kat sini. Tajuk entri ni dah 3 bulan taip tapi tak berusik pun lepastu. Jadi sekarang telah didecide untuk meneruskan sebelum tersasar lebih jauh. Kesian blog ni bersawang-sawang berhabuk.

Arakian pada suatu tarikh yang saya sendiri tak ingat (sebab dah laama sangat) kitorang pergi makan beramai-ramai sekeluarga kat satu kedai nama dia Sunita Seafood kot. Kat pekan lama Salak Tinggi. Kalau nak tau, bapak saya ni sangat susah nak keluar makan kat luar. Lagi-lagi waktu malam. Sebab malam adalah waktu wajib dia pergi surau / masjid. Dan ajaibnya malam tu dia setuju ikut kami makan beramai-ramai. Dengan syarat tunggu dia balik dari surau.

Maka segerombolan kami pun bergerak ke kedai makan tu lebih kurang jam 10.30 malam lepas bapak balik surau. Tak jauh, dalam 20 minit sampai dah. Orang memang ramaiii sangat. Dan ajaibnya sekali lagi, walau kami order dengan sangat banyak lauk tapi sangat cepat makanan sampai. Ok tipu. Taklah cepat sangat macam 2 saat tapi kalau dah yang kami order tu kerapu 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur bistik, puyuh goreng, daging goreng kunyit, telur dadar ,nasi putih untuk 7 orang makan, tak sampai 10 minit penantian perut berakhir sebab semua makanan dah terhidang atas meja. Alhamdulillah rezeki kami. kira cepat la kan. Plus, pelanggan tengah ramai masa tu. Jadi bagi warga-warga yang kelaparan di malam hari wajarlah menghadirkan diri le kedai ini. Wah promo promo๐Ÿ™‚. Satu je yang lupa order, kerabu sotong kegemaran. Sebab agak kelabu mata dengan menu-menu lain maka faveret terus diterlupakan.

Seperti dijangka, akibat mengorder secara kurang kawalan maka kami decided untuk menapau balik hasil tangkapan eh? err makanan yang masih ada untuk dibawa pulang. Here’s the beauty of this story. Kami susun semua pinggan mangkuk setempat dan mana-mana tulang belulang (tadi kan order puyuh goreng bagai) setempat. Lauk yang masih ada kami kumpul dan mintak adik pelayan tolong bungkus. Tulang tadi pun kami minta dia bungkuskan. Untuk bekalan kucing-kucing kat rumah. Jadi in a way, kami dah mudahkan kerja adik pelayan tu sebab tolong kemas pinggan semua dan sapu habis semua isi dalam pinggan. Termasuk tulang. Jadi semua orang gembira. Kerja adik pelayan dah kurang, kucing pun dapat makan, saya pun tak perlu masak sarapan esoknya dan semua orang kenyang. Yela membazir kan saudara syaitan. Kalau perasan, semua benda yang kita buat boleh mendatangkan manfaat. Cuma bagaimana kita realisasikannya.

Yang penting, jadikan semua benda yang kita lakukan bermanfaat. Kecil atau besar itu cerita lain. Bukankah Nabi pernah berkata Walaupun esoknya kiamat, tanamlah sebiji benih hari ini kerana insyaAllah ada manfaatnya๐Ÿ™‚

Oh lupa, makanan kat Sunita Seafood tu sedap sangat!!! Highly recommended๐Ÿ˜€ dan harga berpatutan sangat. Lagipun tauke kedai ni suka bagi diskaun sesuka hati hehe. Bagus! Semoga murah rezeki.

Cahaya

Assalamualaikum wbt. Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin semua!

Silentnur sudah lama sepi. Bak kata kakak Yuffa: ‘Sepi itu Indah’.

Saya mengaku walaupun bercita-cita setinggi bintang mau mentadabbur Al-Quran di bulan Ramadhan, hasrat tu nampaknya tinggal ke laut. Jadi tengahari begini moleklah saya kemaskini hasrat tu dengan kawan-kawan semua. Cuma nak berkongsi satu ayat Al-Quran yang saya paling suka. Surah An-Nuur ayat 35:

Maksudnya terlalu indah dan menyentuh hati.

Kredit pada tuan punya link http://menujukesejahteraan.blogspot.com/2008/07/ringkasan-tafsiran-surah-nur35.html.

 

ุจูุณู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู…ู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

(ุฃู„ู„ู‡ ู†ููˆุฑู ุงู„ุณูŽู‘ู…ุงูˆูŽุงุชู ูˆุงู„ุฃุฑู’ุถููู ) “Allah Pemberi Cahaya kepada langit dan bumi”. Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a tentang firman Allah di atas iaitu; Allah yang memberi petunjuk kepada makhlukNya di langit dan di bumi. Manakala riwayat lain dari Ibnu Juraij berkata Mujahid dan Abdullah bin Abbas mengatakan tentang ayat di atas ; iaitu Allah yang mengatur urusan di langit dan di bumi, mengatur bintang-bintang, matahari dan bulan.

 

(ู…ูŽุซูŽู„ู ู†ููˆุฑูู‡ู) “Perumpamaan cahayaNya” bermaksud perumpamaan petunjukNya (cahayaNya) yang ada dalam hati orang mukmin. (ูƒูŽู…ูุดู’ูƒูŽุงุฉู ) “Seperti sebuah lubang yang tak tembus”. Dari Ibnu Abbas, Mujahid, Muhammad bin Kaโ€™ab dan yang lain meriwayatkan; (ู…ูุดู’ูƒูŽุงุฉ) adalah tempat sumbu pada pelita.

 

(ูููŠู‡ุง ู…ูุตู’ุจูŽุงุญูŒ) “Yang di dalamnya ada pelita besar”. Ubay bin Kaโ€™ab berkata, maksud (ู…ูุตู’ุจูŽุงุญ) ialah cahaya, iaitu al-Qurโ€™an dan Iman yang terdapat di dalam hati orang mukmin.

 

(ุงู„ู’ู…ูุตู’ุจูŽุงุญู ูููŠ ุฒูุฌูŽุงุฌูŽุฉู) “Pelita itu di dalam kaca”. Ubay bin Kaโ€™ab dan para ulama lain meriwayatkannya sebagai perumpamaan hati bagi orang-orang mukmin”

 

(ุงู„ุฒูู‘ุฌูŽุงุฌูŽุฉู ูƒูŽุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ูƒูŽูˆู’ ูƒูŽุจูŒ ุฏูุฑูู‘ูŠูŒู‘) “kaca itu seakan bintang (yang bercahaya ) seperti mutiara,”

 

(ูŠููˆู‚ูŽุฏู ู…ูู†ู’ ุดูŽุฌูŽุฑูŽุฉู ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒูŽุฉู) “yang dinyalakan (pelita) dengan minyak dari pohon yang mempunyai banyak berkahnya.

 

(ุฒูŽูŠู’ุชููˆู†ูŽุฉู)” iaitu pohon zaitun (dikhususkan oleh Allah dengan banyak manfaatnya).

 

(ู„ุงูŽุดูŽุฑู’ู‚ููŠูŽู‘ุฉู ูˆูŽู„ุงูŽุบูŽุฑู’ุจููŠูŽู‘ุฉู)” yang tumbuhnya tidak di sebelah timurnya dan tidak juga di sebelah baratnya.” Abu Jaโ€™afar ar Razi meriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab berkenaan ayat ini: iaitu pohon zaitun yang hijau dan segar yang tidak terkena sinar matahari, malah dalam berkeadaan baik samada ketika matahari terbit maupun ketika matahari terbenam. Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut lagi; demikianlah sifat orang Mukmin yang terpelihara dari segala ujian. Adakalanya dia tertimpa fitnah, namun Allah meneguhkan imannya. Seorang yang mukmin akan sentiasa berada dalam keadaan sifat-sifat berikut;(1) dia jujur dalam bicaranya, (2) dia adil dalam menghukum, (3) dia sabar jika ditimpa cubaan dan (4) dia bersyukur apabila mendapat nikmat.

 

(ูŠูŽูƒูŽุงุฏู ุฒูŽูŠู’ุชูู‡ูŽุง ูŠูุถููŠุกู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ุชูŽู…ู’ ุชูŽู…ู’ุณูŽุณู’ู‡ู ู†ูŽุงุฑูŒ) “iaitu yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api (yakni disebabkan kilauan minyaknya bercahaya walaupun tidak disentuh api)”. Ayat di atas merupakan kiasan Allah dalam menyifatkan kejernihan dan keelokan minyaknya.

 

(ู†ููˆุฑูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ู†ููˆุฑู) “cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)”. Al ‘Aufi meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa maksud ayat di atas adalah iman bagi seorang hamba dan amalnya. Manakala Ubay bin Ka’ab berkata tentang ayat ini; ianya daripada lima cahaya; (1) perkataan orang beriman adalah cahaya. (2) amalnya adalah cahaya (3) tempat masuknya adalah cahaya (4) tempat keluarnya adalah cahaya (5) tempat kembalinya adalah cahaya pada Hari Kiamat iaitu Syurga.

 

(ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ู„ูู†ููˆุฑูู‡ู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุดูŽุขุกู) “Allah membimbing kepada cahayaNya (iaitu kepada agama Islam) bagi siapa yang Dia kehendaki”.

 

(ูˆูŽูŠูŽุถู’ุฑูุจู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุงู’ู„ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„ูŽ ู„ูู„ู†ูŽู‘ุงุณู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ู‡ู ุจููƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกูุนูŽู„ููŠู’ู…ูŒ) “Dan Allah memperbuat (menjelaskan) perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” iaitu Dia Maha Mengetahui siapa yang berhak mendapat hidayah dan siapa yang berhak disesatkan.

Cahaya atas cahaya. Nuurun ‘alannuuur. Suka sangat ini!

Okeyyy mau mencarik bahan untuk operasi kuali petang ni. Lepasni operasi bersihkan sawang silentnur pulak.

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum blog dan kengkawan. Boleh nak eksaited dengan tajuk di atas tapi jangan lebih-lebih sebab ini cerita aku, bukan adik pompuan aku. Arakian tau, adik aku dah selamat jadi isteri orang 2 Jun 2012 yang lepas. Lepas sekian lama tak tidur4.30 am dan bangun secara terkejut jam 6.30 am sebab bergotong royong setelkan hantaran secara berjemaah, aku bersyukur sebab tak terlajak bangun. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur qadha’ Subuh le gamaknya (uhuk uhuk, bunyi perli tuuu).

OK. Tamat kisah adik aku kawin. InsyaAllah akan dihuraikan cerita dalam episod lain. Mukadimah je tu.

Merujuk tajuk di atas, kisah tentang aku. Selamat Pengantin Baru.

Tarikh: 13 Jun 2012

Masa: Lepas Zohor, 2.30 petang.

Errr tak tau la camne nak mula. Aku tiba-tiba dalam satu situasi yang berupa seorang wanita duduk tepi tingkap sambil mengenangkan fakta aku terpaksakahwin pada tanggal 13 Jun 2012 lepas Asar. Ala-ala kawin paksa sebab satu hape persediaan pun takde. Sikit secubit kuman pun aku tak ingat yang aku bakal kawin petang ni. Worse come to worst, aku tak kenal la sape pengantin lelaki tu. Dan lagi menyedihkan adalah perkahwinan yang bakal aku hadapi ni sikit pun tak sama macam majlis yang selalu aku impikan. Haha mestilah semua orang ada impian sendiri untuk majlis korang kannnn. Be it sederhana atau mewah, terpulang pada individu. Yang pasti, mesti ada kan. Alahai, kalo kata takde, nak cover line la tu hehe.

Dan satu lagi tak boleh blahh sebab dalam tak nak aku kawin tu, dah ada OP rupanya. Pulak tuu, bro Acaii Jawe lak jadi photographer. Hahaha. Eh, bukan jadual dah pack ke? aku tanya. Bro Acaii Jawe pun jawab, takpe ambikย  job ni bolh balik kampung sekali. kite kan geng. Geng Jawa. Memanglah dulu aku pernah tanya boleh tak nak mintak bro Acaii jadik photographer, sambil terbayang photoshoot kat padang UPM yang cantik tu, tapi tu kan angan-angan je T_T. Tak sangka betul2 jadi.

Memang pasrah jela dari lepas Zohor nak tunggu Asar tu. Rasa cepattt sangat berlalu. Aku tak mau, tapi aku kaku. Tak tau apa yang sebabkan aku setuju kawin dengan ntah sapa yang tak ketahuan tu. Misterinya. Ke aku tak setuju tapi kena paksa? Serius tak ingat apa yang jadi sebelum Zohor dan hari-hari sebelum tu.

Terfikir gak, itu tak setel lagi, ini tak setel lagi. Yela, sebelum ni adik aku kawin, tiba-tiba aku pulak. Mengejut. Aku lagila terkejut. Selang seminggu je kot. Tapi takde mood. Pasrah je sambil berharap masa boleh diundur dan semua ni mimpi belaka. Nangis dah sebaldi lebih dan itu tak mampu mengubah apa-apa. Yang jadi akan tetap terjadi. Huhu.

Akhirnya, masa yang tak dinanti-nanti tiba jua. Aku serius tak dapat berfikir selain berdoa pada Allah, tunjukkanlah jalan yang benar. Putarkanlah semula masa supaya apa yang tengah jadi ni tak terjadi. Aku belum sedia. Aku belum sedia untuk semua ni jadi camni. Dan saat tu pun tiba. Takde mood ok nak tengok bakal suami. Kawin paksa kot. Aku mula gelabah. Nak buat apa ni?? Semua orang sekeliling tenang, macam takde apa-apa terjadi. Mana boleh macamni? Ini masa depan aku. Dunia dan Akhirat. Mana boleh kawin dengan sesiapa saja?. Tolonglah semua freeze! biar aku boleh lari. Atau aku nak create drama? Mana boleh, derhaka kat orang tua nanti buat kecoh dalam masjid.

Ya Allah, cemasnya. Dah nak akad. Dah mula pun. Ya Allah, aku harap sangat sangat, aku mohon sangat-sangat ini cuma mimpi. Aku tak sedia hadap semua ni. Dan, Allah makbulkan doa hambaNya di saat betul-betul diperlukan. Heheee mimpi jela korang. Mimpi seram la kot. Konpius gak bila terjaga tu.Sebijik macam real. Tapi betulla mimpi. Tengok jam, nak Subuh dah. Mana mungkin akad nikah waktu camni. Kat sebelah aku, si kucing comel tengah nyenyak tidur. Mana mungkin bawak kucing masa nak kawin, apatah lagi dalam masjid ^_^.

Syukur syukur syukur kepada Allah. Mimpi saja. Errr tapi kan, sebab dah tau cuma mimpi kan, boleh tak mohon supaya mimpi tu bersambung malam ni? Nak tau gak siapa bakal ……… tu kan. Mimpi je, bukan betul-betul pon. Hihi. Merepek la anda ni.

 

Entri lain akan cuba ditaip selepas ni. Kisah ini harus tulis dulu supaya tak lupa. Eh sebenarnya, supaya malam ni ada sequelnya =D

La tay’asu

La tay’asu – jangan mudah menyerah – jangan putus asa – never give up.ย  Suntikan semangat!!! Dah masuk pertengahan Mei. SEMALAM SAMBUTAN HARI IBU. Yelah, setiap hari adalah hari ibu. Semoga aku bertemu ibu di syurga kelak. Aamiin Ya Rabb. sob sob. jelesnya bila semua orang post tentang hari ibu kat fb. Asyik terbayang wajah dan memori segala bagai dengan arwah mak. 2006-2012. Rasa sekejap sangat-sangat. Macam semalam terbayang-bayang, terkenang-kenang. Tapi, perlu teruskan hidup. Perlu stay kuat harimau!!!

Aritu, aku ada janji nak tulis cerita pasal kursus dengan Dr. Fadzilah Kamsah. Kire acilah aku taip sekali harung kat sini. Kalau tak, memang ke laut cina selatan la cita-cita nak cerita pasai tuu. Arakian, DMFK yang pandai membaca personaliti dan sikap manusia tu telah termemilih nama aku yang indah (ehemm, puji nama sendirila kan kan, bapak bagi spesel tuu) masa aku hadir kursus DMFK kat KPT suatu hari di bulan Mac 2012 dolu.

Dia tanya, aku orang mana. ‘Banting’. Ohhh satu gengla kita, jawab DMFK. Hehehe geng Jawalah apa lagiiii. Err, nyong orak iso ngomong jowo secara fasih. Lepas tu, lama dia tenung nama aku, dan keluarlah ayat macamni ‘xxxx, bapa awak cakap awak pandai, mak awak cakap awak degil, betul?’. Waaah betullah!!!, jawab aku dalam hati. Jawab pada DMFK secara sopanlah, ‘betul’. Lepastu banyaklah lagi dia teka pasal aku yang mana kebanyakannya betul. DMFK banyak pengalaman dan ilmu, sebab tulah majoriti tekaan beliau benarrr belaka. Nak cerita banyak-banyak aku seganlah. Tinggal satu je yang tak sempat nak tanya, agak-agak saya bakal dapat suami camne nanti ye Dokter?. Ehehe, tapi soalan tu simpan dalam hati je.

Bukan tu yang aku nak fokus kat sini. Cuma ayat beliau ‘Mak awak cakap awak degil kan?’ tu seriusss betullll. Walau aku tak kelihatan degil pun, tapi mak juga yang tahu perangai anak dia yang seorang ni. sob sob. Pernah sehari lepas hari tandatangan report card (alaaaa yang mak bapak / penjaga datang kena sain report card anak-anak tuu), cikgu buat announcement ‘saya tak naklah bagitau siapa murid ni, tapi mak dia cakap murid ni kalau tengok tivi memang tak dengar apa-apa lain dah. Janganlah kacau. walaupun dia nampak macam tak pernah belajar sebab asyik tengok tivi saja tapi saya tau, dia adalah belajar tu’. Cer tekaaaa mak sapa cakap gitu. Mak aku rupanya T_T. Degil ya amat aku ni dulu, sebab apa yang aku nak, memang aku buat. Contoh, aku suka sangat tengok tivi. Belajar dalam tivi pon boleyy apa. Yang penting, niat ekeke. Hasilnya, aku rabun hingga kini.

Mak saja yang paling kenal aku. Bila mak pergi, separuh jiwa aku pun dibawa. Hakikatnya, Allah sayang mak sebab tu mak diambilNya lebih awal. Mak,ย  i love you so much that no words can describe how much i love you. Rindunyaaa.ย  Al-Fatihah,Mak, moga sentiasa digolongkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beroleh syurgaNya…

p/s: bila dengar lagu kat bawah ni air mata asyik meleleh je.

 

So Soon

By: Maher Zain

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But Iโ€™m so grateful for every moment I spent with you
โ€˜Cause I know life wonโ€™t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on โ€™cause I know itโ€™s been too long
Iโ€™ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
Iโ€™ll try to take it all, even though itโ€™s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But Iโ€™m so thankful for every memory I shared with you
โ€˜Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldnโ€™t help asking: โ€œWhy?โ€
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him weโ€™ll return, ooh

CHORUS

Lyrics: Bara Kherigi, Maher Zain & Mohamed El-Kazaz
Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

credit: http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/so-soon/

Budak-budak kecik yang comeyyyy

Bulan malam ni cantiiiiik sangat. Bulan penuh. Bulan bulat, comeyyy dan terang.ย  Indahnyaaa ~~Tau tak perasaan ni sama dengan perasaan bila pandang dalam-dalam mata budak-budak kecik berdua ini – cik adik Dhiya Khairina & cik abang Ahmad Deedat. Ehh, cik abang kecittt.

Ingat tak ibu-ibuย  -Kak Gee n Kak Jas– dulu pernah pusing-pusing Bandaraya Melaka makan Kenny Rogers la pastu tersinggah p Mydin lak sampai malam. Saya selaku pemandu amatur terasa sungguh bergaya mutu keunggulan kerana berjaya membawa dua ibu sarat mengandung waktu tu. Bergayalah sangat ekeke. Tak sangka dua babies tu sekarang dah selamat lahir dan membesar bagaikan juara. Aamiin. Sorang jadi Imam Muda, sorang jadi Ustazah Pilihan. Nak?

Baiklah adik-adikku yang comeyyy belaka, makcik (fuhhh menggeletar lutut bagai nak menaip ‘makcik’ di situ ekeke) dengan penuh takzim dan perasaan konon rajin, nak mengasah bakat Adobe Photoshop makcik yang sekian lama berkarat buat tatapan warga Malaysia sekalian.

 

bila dak2 kecik berborak. beginilah jadinya

 

dhiya khairina – my ex-housemate

Wajarlah gambar cik adik Khairina lagi banyak sebab selain menjadi anak Kak Gee, Khairina juga merangkap housemate saya. Dari sebelum lahir sampailah lepas lahir๐Ÿ™‚

Now or Never

Entri ni agak rojak buah sikit. BM+BI dan nasib baik tak boley taip dalam BA kalau tak maunya lagi cacamerba. Okay, it is now or never, so i’ve decided, tonight is the time. Or else, ntah bilakah blog ni akan kembali bernyawa. Nyawa-nyawa ikan kaloi barangkali T_T. Letak dalam bentuk point jelah, baru nak warm-up kan. Kalo taip dalam essay nanti kang termuntah. Dahlah memang ada sindrom selalu nak loya + muntah tiba-tiba. Eh eh.

1. Walaupun pernah bergebang mau tukar blogspot, setakat ni tak jadi sebab banyak sebab. Nama blog yang berkenan di hati dah diambil orang. Barangkali aku yang terlewat. Huhu padahal jenuh jugak menggembleng idea mencari nama๐Ÿ˜ฆ Jadi, buat masa ni, i’ll stick to this beloved blog. Sayanggg silentnur, jodoh kita masih kuat. Benarlah, kalau dah jodoh tak ke mana. Kan dah ditetapkan Allah. Kita pula, perlu usaha+berdoa. Eh eh dah lari tajuk pulok. Officially, entri selamat tinggal aku sebelum ni tu kira batallah.

2. Motto hidup kini dan insyaALLAH selamanya ‘Sabar (+syukur), Istiqamah, Lapang hati’ = SIL. It’s now or never untuk bina motto hidup. Lekat kat dinding hati biar tak lupa๐Ÿ™‚

3. Senarai calon-calon entri akan datang. Biar korang decide yang mana satu pilihan kalbu. Hehe ataupun aku sendiri decide ikut pilihan hati.

3.1 Entri Dhiya Khairina & Ahmad Deedat. Makcik tulis khas untuk both of you.

3.2 Entri Dr. Mohd Fadzilah Kamsah -kursus dengan beliau

3.3 Entri Prof. Dr. Muhaya -KBD PICC Putrajaya

3.4 Entri Mangifera indicaย ๐Ÿ˜‰

 

Lain kali akan tulis semua ni.

Sekian saja. Bye!

Nak berfalsafah sikit. Sikiiiit je. ‘Sinaran mentari+siraman hujan akan menerbitkan pelangi 7 warna di hati kita’. Kalau salah satu xde, x jadila pelangi kan kan kan. Faham-fahamlah maksud tersiratnya taww

 

Seseorang

Lewat hari ini, Cikgu Kehidupan ajar aku sesuatu : SETIAP ORANG ADALAH SESEORANG. Contoh, pakcik / makcik menunggang motosikal di jalanraya adalah seorang mak / abah kepada seseorang. Berbanding kita yang naik kereta ni, alangkah bertuahnya. Tak perlu berhenti berteduh bawah terowong kala hujan lebat, atau meredah hujan dalam kebasahan yang dahsyat. Aku taulah, suatu masa dulu pernah merasa itu semua. Bersyukurlah bersyukurlah bersyukurlah wahai diri sendiri.

Lalu, tika berkereta (eh apakah bahasa?) berilah laluan pada motor-motor ni. Jarakkan sikit dengan diorang. Apatah lagi pejalan-pejalan kaki. Mereka adalah seseorang. Bayangkan jika kita yang ada di tempat mereka. Bayangkan. Bayangkan tengah penat berjalan kaki di bahu jalan, tiba-tiba kereta lalu tepi laju-laju lalu terpercik air, atau debu-debu jalan.

Petang semalam. Hujan lebat di Putrajaya. Lebat selebatnya. Hujan laju-laju dan berat. Kereta banyak. Awan makin berat memuntahkan isi. Aku berhenti kat lampu isyarat merah. Presint 8 kot. Lampu hijau, kereta pun bergerak. Samar-samar di tengah jalan antara divider, aku ternampak seorang pakcik tua bertongkat. OKU, kelihatannya seperti tiada penglihatan. Diapit oleh dua remaja lelaki lingkungan usia mungkin 13-16 tahun. Hujan lebat membasahi baju mereka, lencun selencun-lencunnya.ย  Aku nampak dari cermin sisi, seorang dari remaja tu cakap sesuatu pada orang tua itu. Mahu melintas jalan barangkali, tapi tiada kereta mahu beri laluan. Hati tersentuh. Aku nak reverse. Ahh, belakang ada kereta.

Terus kereta bergerak ke depan. Aku berfikir-fikir. Mau u-turn atau tak. Fikir lagi. Fikir lagi. Aku perempuan. Seorang. Bahaya, dah petang ni, detik hati aku. Mau belok kiri? jalan balik rumah. Mau u-turn? Atau tak? U-turn? Atau tak? Macam mana kalau pakcik tu dah takde? Kan sia-sia?

Akhirnya, aku u-turn. Sah, mereka dah tak ada. Rasa bersalah menyelubungi. Macam-macam bermain di benak fikiran. Kenapa aku tak bantu dari tadi? Entah-entah tadi aku pun jadi tukang percik air kat diorang, menambah lencun diorang. Kenapa aku selfish? Kalau aku tolong dari tadi, mungkin situasi akan jadi lagi mudah. Masa tu hujan dah tak lebat sangat. Terjenguk-jenguk aku kiri dan kanan. Tiada bayang mereka (oh, memang takde bayang. waktu hujan matahari menyorok). Akhirnya, aku give-up, dan bergerak pulang penuh penyesalan. Emm mungkin mereka dibantu orang lain, mungkin mereka dah safe and sound sampai ke rumah (yang mana agak mustahil) ataupun sebenarnya semua tu bayangan aku je. Tuhan nak uji betapa aku ni selfish atau tak.

Siapa pun mereka, aku harap mereka selamat walau di mana mereka berada. Pasti ramai lagi insan kat bumi bertuah ni yang prihatin.Err kalau benda ni terjadi kat korang, apa yang korang buat ye?

 

 

1,2 & 3

1

Hidup ini tak adil. Memang takkan pernah adil. Selalunya apa yang diharapkan takkan jadi kenyataan. Jadi terpaksa jangan berharap barulah akan jadi kenyataan. Macam berharap bulan jatuh ke riba. Memang tak akan jadi laa. Atau berharap kucing bertanduk. Memang tak akan lah. Kecuali Doraemon kot. Ohh Doraemon sejenis kucing ke?? Ehh bukan, Doraemon sejenis kartun yang makan Dorayaki. Sebab takdak kucing kat dunia ni yang ada poket apatah lagi badan kaler biru.

2

Hidup ni penat kan?Penatlah setia pada yang satu. Yang lain banyak yang menanti. Berbaris untuk dipilih. Sekali-sekala harus tukar selera. Tak taulah kalo itu dikatakan curang tapi guna ayat ‘tukar selera’ lagi bunyinya berhemah dan bersopan santun. Ibarat wanita Melayu terakhir. Apakata setia pada Allah saja, sebab DIA tak akan curang apa lagi kecewakan hamba-hambaNYA. Kita saja yang selalu curang, tidak meletakkan yang utama di tempatnya.

3

Alasannya sibuk. Sebenarnya tiada idea mau update blog. Macam dah tiada cerita nak dikisahkan. Rasanya otak dah merudum dum dum kualitinya. Seorang bff pernah bagitau bila usia mencecah 27 dan ke atas, otak memang akan berkurang kualiti kecuali diasah semula dengan banyak-banyak membaca buku, buat latihan kira-kira atau senang cerita, sambunglah belajar.

Konklusi 1, 2 & 3

1

Saya mau berhenti berharap akan menang Pertandingan Esei xxxxx yang saya masuk suatu masa dahulu. Memang takkan menang hatta mendapat sijil penyertaan pun kot T__T. Maka berhentilah browse nama sendiri kat Lebai Google dengan harapan nama akan muncul untuk dapat sijil peyertaan pun jadilah kalau ada. Memang takkan ada. Huuuu.

2

Setia? Selama 2 tahun lebih sejak Jun 2009 memang saya setia pada si dia yang satu. Tapi ada sesuatu yang membuat saya ingin curang. Ehemm, menukar selera sebenarnya. Dari Encik WordPress ke Encik Blogspot ke, Blogger ke, Bla Bla Bla ke. Haa, kan berbaris tu. wordpress ni akan jadi nombor satu, dan saya mau buka buku baru yang kedua kat mana lepas ni ya. Tunggu dulu, takdak idea.

3

Saya akan mengaku sudah 28 selepas tanggal 12.11.2012 nanti. Kononnya sekarang masih 27. Tujuh nombor faveret. Tapi, ada apa dengan nombor faveret? Dan, ada apa dengan usia kalau tak dimanfaat sepenuhnya?Otak oh otak, ada tak saya ini menggunapakai anda seoptimumnya? Tetttt. Jawab otak :ย  jangan pakai saya saja, pakai akal juga.

 

 

***Ini entri perpisahan dan selamat tinggal. Sedih?

***Setau saya, adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bunyi macam senang. Hakikatnya, susah.

Discovery of The Day

Tidur lewat dengan saya bagaikan langit dengan bumi. Berukben ni pulak lembap-lembap siput. Tapi demi mengenangkan sumbangannye terhadap pengurangan perlunye bayar cukai taksiran di tahun ni, i still love u lah berukben. Demi mengenangkan masa depan anak cucu (insyaAllah), saya rela korbankan masa tidur dan mengkhianati moto hidup sendiri zaman sekolah dulu ‘biar tak study, jangan tak tidur malam’.

 

Beberapa penemuan menarik hari ini. Perlu dicatat malam ni juga sebab bila esok datang, gerenti apa yang ada semalam tinggal kenangan yang tak terkenang.

 

Satu, saya mendapat tahu datang kerja lewat ada hikmahnya. Takdak lori yang suka block jalan mahupun pakcik bersiar-siar di pagi hari. Excuse me, lewat tu merujuk pada azam tahun baru saya. WP3. Baru 1 hari dengan jayanya harap-harap esok lusa tulat tubing selama-lamanya pun begini juga (insyaAllah).

 

Dua, saya mendapat tahu walau betapa teruknya batuk / sakit tekak, kalau makan tengahari memang tetap order nasi goreng kampung bukan sup bukan air kosong. Harus ada pedas sikit, nama pun Jawa tak berapa nak asli. Ekeke

 

Tiga, saya masih susah mau fokus. Atau barangkali terlalu fokus sampai tak fokus? O pening. Petang tadi sekitar 5.30pm ++….

Bos : Panas ya takdak aircond…

Saya : A ah. Pukul 5.30 je memang aircond takdak

Bosย : Oh ye ke 5.30 takdak aircond…

Saya : Tu la, saya pun baru perasan semalam, eh kelmarin.

(lepas dah cakap baru terperasan, semalam ka, kelmarin ka, cuti umum kotโ€ฆโ€ฆโ€ฆsebenarnya nak cakap โ€˜minggu lepasโ€™ tapi kenapa ntah termuntah perkataan lain.)

Sambil tu saya perhati bos. Rasanya beliau tak perasan. Lalu saya pun ketuk-ketuk sikit kepala sendiri kasi adjust balik neuron-neuron yang tak berapa nak well-connected. Adakah patut?

 

Empat, saya dah lama tau bapak saya memang suka dibodek. Umpamanya, ‘bapak, kawan-kawan makan la kuih / biskut / pisang / kismis yang bapak bekalkan tu’ (ayat bajet budak sekolah tadika). Lalu esok lusa dan selama-lamanya beliau membekalkan lagi bekalan-bekalan ringan ke tempat kerja.

 

Tadi, saya bodek beliau ‘bapak, kawan cakap kereta saya berkilat-kilatlah harini’ (almaklumlah beliau yang tolong basuh sentalkan Itam yang dah kelabu tu). Lalu saya berharap esok lusa dan selama-lamanya Itam akan ada insan yang rajin mandikannya. Err bukan ape, lelaki lagi terer jaga kereta compare to pompuan. Kot? Dasar anak tak sedar diri. Jangan bangun lewat sudah esok. Assalamualaikum!

p/s : Ya Allah, ku mohon Kau berikanlah hambaMu ini ilmu yang baik untuk diamalkan dan dikongsi untuk dunia, dan akhirat yang paling utama. Amiiiin

Bismillah. Dengan nama Allah saya mulakan entri pertama sesi Disember 2011. ย Baru balik kursus ‘Back to School‘ย  ni tangan gatal lak tibe2 . Sebab kesian kat generasi masa depan tak dak benda yg boleh diceritakan jadi saya pun taiplah dengan sepenuh hati, bak kata blog Kak Jas, ‘Kisah klasik untuk masa depan’. Sedap tu jadikan tagline. Saya tak plagiat tau kak jas, saya quote jer๐Ÿ˜‰.

Baiklah, dalam cerita ni moleklah hamba namakan watak utama sebagai Siti Nurhaliza. Haha padahal watak sebenar tu yours truly.

Latarbelakang cerita : Dalam sebuah kursus yang seronok. Sekitar 4 โ€“ 5 bulan lepas. Tengok, betapa lamanya cerita ni nak dikisahkan dalam diari.

Dua kisah dalam satu kursus yang sama cuma waktu berbeza.

Satu. Suatu pagi, Siti Nurhaliza kena buat pembentangan untuk kerja kumpulan. Pasal misi la visi la etc. Jadi sebagai seorang manusia yang tak berapa mau tekun dan tak berapa nak hadam misi visi segala bagai tu, pasrah saja kena bentang. Dah nama pun Siti Nurhaliza, mungkin lebih molek andai disuruh menyanyi, bukan bentang. Duhhh.

Awal2 kelihatan begitu cool. Almaklumlah, baru mukadimah. Dahlah wakil wanita pertama tu bentang. Siap dapat tepukan gemuruh lagi. Terus jadi gemuruh lepastu bila dah masuk isi kandungan terus bla bla bla bercakap tanpa arah tujuan sampai diri sendiri pun konfius apa yang tengah dibentangkan. Sampai satu tahap, penceramah yang hebat tu tiba2 cakap ;

“Siti Nurhaliza, saya ni, ibaratnya, dah naik bas, dah bayar tambang, dah duduk selesa tunggu nak sampai destinasi. Tapi, rasanya dari tadi tak sampai-sampai. Rasanya audience pun sama juga” sambil senyum.

Gulp. Telan air liur. Dalam hati, bukan encik je yang tak sampai2, saya pun. Tapi, menjadi seorang yang bermuka tebal, Siti Nurhaliza pun serahkan tugas seterusnya pada member sekumpulan. Dan buat selamba, sampai habis pembentangan.

Dua. Suatu petang Jumaat nan indah. Masih belum fokus bila penceramah tu mengajar waktu petang. Bila beliau ajukan soalan;

“Kelas, antara choice dan chance, yang mana patut kamu pilihย ?” (lebih kurang gitula ayat, dan skema jawapan adalah……..โ€™choiceโ€™.

Satu kelas jawab โ€˜choiceโ€™, kecuali Siti Nurhaliza yang tiba2 terkeluar โ€˜chanceโ€™ dengan semangatnya. Kuat pulak. Adehhh. Padahal nak sebut โ€˜choiceโ€™ tapi mulut โ€˜terโ€™sebutย โ€˜chanceโ€™. Satu kelas senyap. Sunyi. Berdoa takde siapa perasan dialah manusia yang tersalah sebut tu, ternyata doanya tak dimakbulkan. Sebab tiba2 penceramah pusing dari whiteboard lalu cakap “Siti Nurhaliza, youโ€™re not in class”. Adeh, malu lagi. Sengih lalu jawab, saya tersalah sebut. Jawapan serba yakin.

Cerita ni, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk pengajaran di masa depan. Manusia takkan lari dari tersilap, tersalah mahupun tersasul. Yang membezakan, sejauh mana kita usaha untuk berubah dan perbaiki diri. Tidaklah Siti Nurhaliza bukan nama sebenar itu lebih baik dari sesiapa pun. Moral, sentiasa fokus dan jangan gelabah tau. Dan, jangan silap cakap.