home sweet home

Rumahku syurgaku. Baiti Jannati. Home sweet home. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. East west, home is the best. Siapa setuju dengan semua pernyataan saya ni, sila angkat tangan!!!Fine, walau saya tak nampak, mesti ramai yang angkat tangan, dgn ibu jari kaki sekali. Jangan angkat kaki sudah.

Okeh, kali ni nak cerita sikit tentang rumah sendiri. Bukan besar pun, cantik sangat pun tidak. Kemas, no no no. Boleh bayangkan kalau cuma lelaki yang ada, tanpa ibu sebagai suri, tak perlu expect untuk rumah yang kemas teratur, bersih siap makanan lauk pauk pelbagai terhidang tiap kali balik kampung~(ingatan untuk diri sendiri ;p). Automatik diri sendiri pun jadi malas bila balik rumah dan asyik-asyik zzzzzzzzzzz sahaja.  Haha.

Kalau entri yang sedah-sudah dulu, saya cerita tentang interior rumah, ha..kali ni tentang exterior pulak la. Balik baru-baru ni, laman depan sudah clear, tak tau nak wat apa. Lepas penat zzzzz, jalan-jalan sekeliling rumah (macam YB) dan nampak ini :-

buah-buahan di rumah saya

Biiznillah, bila dia masak ranum, sempatlah kitorang kerjakan beramai-ramai. Cuma takut kalau Jebeng2 & A..bangla dah skodeng siap-siap nak curi, memang hampeh!!! Harap-harap nanti dapat rasa lagi makan buah bawah pokok. Best gile..Hehe..Lepas itu, saja snap gambar ni :-

 

Oh, homesick lagi sekarang ni…

p/s : Don’t take things for granted. Everyone can succeed in their own way, because ALLAH created each and everyone of us with our own specialities. Everyone is different. Accept them for what they are 🙂

Advertisements

KLIA dan BAS SEPANG yang sangat BEST!

Semalam pagi, dari LCCT ke KLIA naik Airport Liner. Sekejap saje, sampai dah terminal bas KLIA. Minda aku dah sedia untuk tunggu lama untuk bas Sepang nak ke Banting. Sejarah sebelum ni, dekat 2 jam aku melanguk kat situ tunggu bas.  Tapi semalam, turun-turun je, bas Sepang dah sedia menanti. Okey, sangat best.

Dalam bas sementara tunggu dia jalan, aku cuba-cuba bukak internet. Wah..sangat bagus..boleh bukak internet free. (Padahal orang lain dah tau lama kot). Jadi, buat kali pertama, aku tak bosan sementara tunggu bas jalan.

Bayangkan, anda men-surf internet dalam bas, Bas Sepang pulak tu!! Siapa orang Banting, taulah. Laju internet, trimas KLIA. Walaupun, bila bas tu bergerak keluar dari terminal, sekonyong-konyong internet disconnected..Sekian, terima kasih.

19 20 dan 21.

Bismillahirrahmanirrahiim. Mulakan dengan bismillah, biar barakah 🙂

Okey, tambah 1 lagi, 18hb – hari bersenang-senang. Bagi award kepada diri sendiri sempena seminggu kerja dan Maal Hijrah. Terasa belum berhijrah all out.

19hb., siang – Merewang di rumah Pengarah. Datang dgn Kak Dayah & Kak Ida. Hujan lebat tak cacatkan majlis. Hujan rahmat. (Ustaz Rahmat jangan perasan). Tetamu berduyun-duyun. Staf pun ramai datang tolong. Teo dan TK pun ada. 1 Malaysia!. Gambar lanjut boleh tengok di fb. Tak banyak gambar sebab tangan kami ligat buat kerja AJK Hidang (statement perasan, padahal segan nak tangkap gambar lebih-lebih sebab kat rumah orang).

19hb., malam – bas 930 ke Alor Setar. Sakit badan naik bas sepanjang malam. Padahal zaman belajar dulu selalu dah. Terima kasih Kak Dayah & suami sebab belikan tiket & hantar sekali pergi Melaka Sentral. Siap escort lagi tu. Hehe.

20hb., pagi – Sampai jam 600 pagi. Shahab Perdana. Pertama kali seumur hidup. Terima kasih Kak Surin & suami sebab ambik kat Shahab Perdana dan bagi tumpang rehat-rehat kat bilik hotel while diorang jalan-jalan. Sebelum tu, sempat saya mengekor p sarapan sekali. Maafla ye, saya memang muka tak malu.

20hb., tengahari – p kenduri rumah Kak Syikin dengan famili Kak Surin. Lepas itu volunteer bawakan hadiah Kak Su konon-konon perasan bawakan hadiah untuk pengantin. Kak Syikin make-up lama sangat (oke jangan marah na kak..), so Kak Surin tak sempat jumpa sebab kena naik feri pukul 2. Lepas itu, saya muka tak malu membawa diri sendiri di sepelusuk rumah Kak Syikin. Berborak-borak dan makan-makan. Buat seperti rumah sendiri walhal baru pertama kali datang. Maaflah ye tuan rumah kalau tersalah-silap. Nak tengok gambar, di fb. Tak banyak sebab tiada geng nak berposing lebih-lebih. Malu ah.

20hb., malam – Terima kasih Kak A’in belikan tiket. Terima kasih keluarga Kak Syikin sebab layan saya tip-top. Saya tak perlu dilayan pun sebab semua orang kan bizi. Terima kasih Kak Syikin dan suami sebab hantar ke Shahab Perdana untuk naik bas jam 1130 malam. Dan, jam 530 pagi saya tiba di Putrajaya. Terima kasih Hamnah sebab ambil saya walau bawak bapaknya yang sibuk berdengkur kat sebelah.

21hb., siang dan 22hb., pagi – Terima kasih family sebab tak kisah saya tidur banyak-banyak kat rumah. Walau dengar mulut berbunyi-bunyi. Susah-susah 2 adik saya dengan redha ikut hantar pergi Melaka subuh-subuh hari..Hari ini saya kembali…ke Banting. HAHAHA

‘Ape tu’ dan BTN

Entri kali ni agak nostalgia campur serius. Cacamerba kot. Nak tau kenapa? Baca dulu lepas itu judge sendiri.

Apa perasaan anda kalau terserempak cik ular? Kalau jaraknya sangat dekat sampai sesapa yang gelabah bole ter’freeze’ tiba-tiba sebab gugup sangat. Kawan-kawan BTN group 6 kat Platih FELCRA Tebing Tinggi especially, kot-kot ade yang bace blog ni, mesti tak boleh lupa punyalah. Kirenye kalau lupe ni mesti ade something wrong dgn daya ingatan. Haha takdelah.

Termaktublah kisah satu pagi yang hening, sedang kami bersedia menerima watikah dari panglima h*** a.k.a encik fasi yang lawak, tiba-tiba hulubalang s**** dari negeri KKJS dengan rileks mendongak ke bumbung gazebo(glemer sikit, ekceli wakaf je) sambil menuding ke arah sesuatu yang beliau sangka wayar tergantung berkaler hijau sambil berkata ‘ape tu?’ dengan selamba. Diulangi ya, dengan selamba. Serentak warga gazebo lain sama mendongak dan sepantas kilat berjaya menterjemah yang itu sama sekali bukan wayar, tapi binatang comel bernama ular kurus panjang warna hijau sedang terjulur ekor dari tengah gazebo. Lebih tepat lagi, ular tu tengah terjulur atas kepala sang pencerita ni iaitu aku, dan s**.

So, bertempiaranlah kami lari keluar termasuk panglima h*** sekali (who supposed to be the hero dalam cerita ni). Memang genting gile masa tu. Hilang semua kemachoan dan keayuan masing-masing bila terkantoi lari kelam kelibut. Udahle pakai formal black and white. Alhamdulillah hulubalang f***** dari negeri PKKT menjadi hero di saat genting dan berjaya menghantar ular balik ke tempat asal.

Lepas semua reda, dan redha bahawa kami dilahirkan bukan sebagai penjinak ular, panglima h*** pun membuat ayat ni “group ni best sangat sampai ada ‘ahli’ baru nak join”. Ahaha iye ke. Tak rela ah kalau ‘ahli’ kurus kaler hijau nak join. Group ni memang best kot. Group lain pun best gak. Aku takkan lupa group 6 yang ada 2 KJ, ada KLCC, KL Tower, kereta nasional la. Lepas itu, sanggup makan 13 orang bersempit-sempit kat meja bulat tiap-tiap kali. Dan lagi muhibbah sebab ada y***** sekali. Okay jangan panggil Vegas la, Yoga la Yogurt la okay. Sempat belajar bahasa Tamil tapi dah lupa. Nanti bila jumpa boleh belajar lagi.

Amacam, nostalgic dan tragic tak? Alamak panjang sangat lak. Cerita BTN aku tulis kat entri lain la. Ter-excited lak cerita panjang sampai semua orang bosan. Dahla takde gambar. Ape-ape entah.

kurang lebih camnila ular yg nk 'join' group kami, setelah dikartunkan dari rupabentuk asal