Menyahut cabaran di Nur Bukit Unggul. tajuk sedikit poyo.

Harini genap seminggu tarikh pulang dari teambuilding kat Nur Bukit Unggul, jadi harus bukak cerita zaman lampau untuk dijadikan pengajaran. Yolah asyik dok mengadap kertas A4 ni rasa lemau dah macam kertas. Take a break. Masa kat Nur Bukit Unggul tu aku cuba semua aktiviti keras. Walau orang macam aku lagi suka aktiviti duduk diam-diam baca novel kat tangga rumah yang nyaman. Oh patutlah tak kahwin-kahwin. Tempat tak stategik. Okeh tukar tukar. Baca novel kat tepi sungai. Romantik sikit.

Keras dalam kamus aku adalah aktiviti2 macamni – flying fox, abseiling, masuk hutan, masuk air, rentas desa, rentas obstacles, survive dalam hutan dan yang paling parah – berkayak. Physically mentally KO. Dah puas kot dahulu kala kecik2 terjun sungai main hujan bagai (tak selalu pun). Sebagai nilai tambah, aktiviti kesukaan kecik2 – main pondok-pondok, kawin-kawin dan masak-masak bagi menonjolkan identiti kewanitaan di situ. Tapi zaman remaja yang tak berapa produktif sebab selalu ikut aktiviti luar tapi skip aktiviti keras di sana-sini.

Alkisah 1 : Program kat Gua Musang dulu, i dapat buat aktiviti abseiling ya kawan-kawan. Tapi tak cukup berani buat flying fox. Tolak satu markah di situ kerana ketidakberanian.

Alkisah 2 : Yang ini paling ralat. Macam ralat angkup vernier. Punyalah berhempas pulas tunggang terbalik exercise tambah stamina tiap-tiap hari ramai-ramai dari kat Skudai Johor sampai kat UMS Sabah akhirnya kecundang juga bila tiba masa nak mendaki Gunung Kinabalu ramai-ramai tu. Akhirnya end-up mendaki kaki Gunung Kinabalu dan sesat sebentar di Poring Hot Spring. Gunung Kinabalu tu beb. Rugi tak terkata bila terkenang. Give-up di saat akhir. Takpelah kalau ada jodoh jumpa lagi. Lepas ni daki Gunung Bukit Broga jelah. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian?

Alkisah 3 : Nasib baik luka diubati bila dapat daki Gunung Jasar kat Cameron Highlands. Sejuk sungguh nyaman pendakian. Dapat pula periuk kera idaman. Walau berbuat dosa lepas tu sebab curi terung kat kebun tauke Cina mana entah. Dahsyat perangai dahulu kala. CH, ada rezeki memang teringin datang lagi 7 kali.

Alkisah 4 : FRIM pun seronok jugak. Dua kali pergi rasa nak pergi hari-hari. Dua2 kali naik canopy walk walau pendakian sangat penat. Stamina hampeh. Pancit. Kali pertama dengan coursemates. Kali kedua dengan Najwa. Night walk yang lawak sebab tengah2 malam pun boleh dengar bunyi lori kereta semua walau kami kat tengah hutanlah sangat. Dan tak mungkin dilupai sebab sampai sekarang parut leech tu masih ada. Dua leechs yang sampai diorang kenyang baru aku perasan. Nak pengsan rasa dahlah banyak darah. Eeeeeeeee. Harimau mati meninggalkan belang, aku balik FRIM meninggalkan parut. Cenderamata dari FRIM yang kekal sampai sekarang walau dah lebih 3 tahun. FOC. Tak payah bayar dan takmauuu lagi.  

Atas dasar insiden FRIM itulah aku tak rasa teringin nak buat aktiviti luar semua. Siapa nak tanggung kalau stamina aku kat paras negatif? Tapi atas dasar kerugian kecundang di kaki Gunung Kinabalu, aku gagahkan jugak buat aktiviti2 luar masa teambuilding tu. Dan alhamdulillah selamat mencuba semuanya. Yelah nanti kalau anak-anak tanya ibu ibu macammana rasa night walk flying fox berkayak bagai maka tidaklah hamba malu menjawabnya.

Sedar-sedar dah panjang entri ni. Kalaulah kerajinan menulis entri ditukar kepada bentuk kerajinan belajar dulu, semestinya aku dah jadi menteri. Parti ***.

Advertisements

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ya anak-anak.

Cerita pendek ini bakal menjadi sebahagian lipatan sejarah. Kali pertama balik pagi Isnin ke Melaka, berjaya keluar rumah jam 6:02 am. Sampai ofis jam 7:45 dengan jayanya. Kali kedua, lewat sikit. 6:15 am baru keluar. Tergopoh-gapah tapi berjaya sampai sebelum 8:00 am dengan bahagianya. Tapi kali ketiga ini, terbabas bangun 5:30 pagi dan keluar 6:30. Baru nak isi minyak dan jam 7:05 baru keluar dari tol Nilai. Dahlah tu hujan lebat pulak. Lepas tol Senawang baru hujan reda dan saya pun redha.

Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah lambat, saya bawak laju-laju sebab tamau thumbprint lewat lepas jam 8. Malassss nak isi tunjuk sebab bagai. (Baca : LAJU-LAJU. 140kmj. Jangan tiru aksi ini lebih-lebih lagi dilakukan seorang amatur jalanan).

Pernah dikejar anjing? Korang mesti boleh lari laju-laju panjat tembok seberang sungai la apela. Pagi Isnin tu yang malas tu saya dikejar masa. Bayangkan, 7:40 am baru masuk tol Simpang Ampat. Maka berlarilah sepantas mungkin mengejar waktu. Terasa sesaat pun berharga. Sangat. Berdoa sepanjang jalan supaya selamat dan dipermudahkan. Lari laju-laju akhirnya tak guna sebab pukul 8 menjelma juga tatkala tak sampai lagi terpacak depan thumbprint. Akhirnya pasrah. 8:03 am baru berjaya lepas pagar ofis. Nak tau keajaiban? Termengah-mengah berlari akhirnya dapat thumbprint juga jam 8. Terima kasihlah sesiapa yang set jam thumbprint tu lewat 3 minit. I owe you a lot.

Memang ini benda remeh. Cuma seronok bila berjaya lepas berusaha. Usaha bawak kereta laju-laju tapi berhemah-lepas-ni-tak-mau-buat-lagi. Skema tak skema tu lain cerita. Tapi saya percaya sangat-sangat kalau kita tak putus berdoa Tuhan akan permudahkan jalan. Walau kedengaran mustahil. Terima kasih Tuhan sebab membantu saya mengharungi pagi Isnin yang dingin dan kelam-labut. Semuanya dengan izin Allah.

Ianya Jumaat.(semalam)

Sebab ianya Jumaat, segala-galanya menjadi indah. Jumaat yang barakah. Dihiasi kicauan burung dan hujan di pagi Jumaat semalam, ianya sangat indah. Di hari pertama umurku genap 26 semalam, ianya menjadi lebih indah kerana ianya Jumaat. Terima kasih entri ini dalam Bahasa Melayu jadi tak payah aku pening2 past tense present continuous bagai. Entri ini entri terlewat.

Ianya Jumaat semalam dan hari ini dah Sabtu. Jumaat dah melangkah pergi meninggalkan aku dengan umur baru. Syukur dipanjangkan umur. Terima kasih pada kawan2 yang wish dan belanja makan dan adik sepupu yang belanja makan. Ehh ayat berulang tu. Tolak markah. Gambar2 tak taulah bila dapat diupload masuk fb kerana aku sangat malas upload gambar lately.

Hari tu Itam tersagat membuat hati aku tersayat. Tapi lagi tersayat sedih sampai nangis sebab kawan sangat baik i kahwin dah. Sob-sob. Sentimental rupanya aku. Siap nangis-nangis walaupun cuba berlagak cOOl di situ. Hambik kau terus kena cover macam-macam alasan dan tipu daya. Okeh, Assila dah tua genap 26 1 hari arini jangan nangis-nangis cengeng bila kawan baik kau kahwin. Benda baik patut didoakan dan terus tetap berdoa supaya terkena aura seri wajah. Haha tiba-tiba merepek.

Terima kasih pada insan2 yang sambut birthday saya. Takmau sebut nama kat sini nanti anda bangga lepastu terkurang pahala. Dapat pahala tau menggembirakan hati anak piatu macam saya. Serius terkejut. Terima kasih hadiah2 advanced yang sangat disayangi itu. Akan kujaga sepertimana aku menjaga Cinggu 🙂

Tuhan, atas belas ihsanMu aku dapat menyedut udara segar hari ini.

Arwah mak yang selalu didoakan, Tuhan lebih sayangkan dirimu. Sedih tapi harus tabah.

Bapak, terima kasih sebab sudi simpankan jering untuk saya. Siap called terus dari kebun lagi. Walau saya tak berapa makan jering, harus berpura-pura heppi bila bapak bagitau pokok jering telah berbuah.

Adik-beradik, kita akan sentiasa menyokong dan menyandar antara satu sama lain. No matter what. Just do it. Nike.

Kak Gee, selamat melahirkan baby tahun depan.

Kak Syikin, selamat pergi dan pulang dari Norway.

Kak Widad, selamat menjadi usahawanita tersohor di seantero dunia.

Kak Surin, selamat menjadi pembuat kek terhandal di pelosok dunia.

Kak Lin, terima kasih selalu baik dengan saya. Banyak bantu saya meniti hidup. Eceh.

Khairun Nasihah, terima kasih belanja makan semalam.

Hamnah, selamat menjadi isteri mithali dan berdedikasi. I sedih ni. Nak nangis kat bahu siapa?

Balqis, selamat menjadi doktor yang berkhidmat sedia untuk rakyat. Oh, agak berbaur politik.

Liyana, terima kasih sudi selalu menjadi teman kenduriku.

Fadh, Janna, If, Ina, Echa dan semua2, nanti2 kita ke PD lah ye. But i prefer CH tau.

Bro Acaii, terima kasih sebab membolehkan saya prektis ngomong Jowo selalu.

Bro Rudy, terima kasih sebab blog anda banyak menyuntik semangat saya.

Terima kasih buat semua-semuanya.

2. Entri kasih tak sampai Melaka Maju 2010 20/10/2010.

Petang Rabu yang gloomy ini, saya hanya dapat buat kerja sebanyak 5% dari pagi tadi. Sungguh kureng produktif hari ini. Hah, macamlah hari-hari kelmarin tu produktif. Ceh. Entah kenapa hajat bekerja keras di ofis tetap tak menjadi. Mungkin hati ini harus bekerja lembut kot. Oleh kerana task ofis tak dapat disetelkan maka ahli mesyuarat berkeputusan mensetelkan urusan peribadi petang ini. Iaitu mensetelkan hutang nombor 2. Sila rujuk tajuk.

Secara ringkas. 20/10/2010 tu kami menuju tempat perasmian Melaka Maju dengan rasa kelaparan yang agak over. Lepas solat Maghrib dah jammed sepanjang jalan dari Durian Tunggal sampailah jalan highway. Oleh kerana rasa tak sampai-sampai walau dah lama atas jalan maka dengan sengaja kereta Span pun tukar haluan stereng ke arah Ayer Keroh padahal sepatutnya kami pusing arah Krubong. Maka berbahagialah insan2 dalam kereta tu kerana berjaya melawan arus. Kasihan orang2 yang stucked dalam traffic jam. Akhirnya, Melaka Maju tanggal jam 20:10 20/10/2010 itu disambut dalam kereta Span. Mesti Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedih we all tak datang. Takpe-takpe, hadiah rumah tu kami kasi can kat orang lain je. Takpe.

Akhirnya kitorang sepakat mengisi perut di D’Pelican yang pelik kerana tiada orang. Barangkali semua pergi Stadium Hang Jebat. Maka berakhirlah sesi kasih tak sampai Melaka Maju malam itu dengan perut kenyang. Alhamdulillah. Memang kami berniat nak pergi cuma tak sempat sampai je. Betul. Tipu dosa kan.

This is not a story telling thing. It’s a true story, think.

I’m telling you, there’s an empty space in my heart. To fill it, I have to feel it. But I don’t. Not yet, maybe. I always pray to Allah there’s someone perfect for me. You don’t have to be perfect because I’m also not one. May the imperfections complete us both. Now, I misssssss all my friends. Those time when we learn ABCs and Alif Ba Ta together. Those friends that we grow up together. Playing together. Spending precious time together. Those bffs that I met during those day at university. It was back in 2007. Spending time going to Taman Tropika, Jusco Taman U etc. Right now, I will miss this person. Terribly. She’ll getting married soon. And I will lose another my bff. I heart you my friend. Missing you missing me. To all my friends, happy friendship day. Everyday is a friendship day.

When all of you get married, I won’t forget you. And when I’m getting married, I really hope no one will forget me too. I have this one dream. Having my outdoor photoshoot at U** field. And having all my friends with me on that beautiful day.  True friends are those who come to us when the whole world has gone out. Do I have the whole world as my best friends? I don’t even want to think about that.

-…………………………………………………………Ditulis dalam nada bercelaru dan seperti tiada rasa mau pulang ke kampung minggu ini. Kenapalah?-

Saya Kunci Lirik Ini

Dimulai dengan persoalan. Ala-ala Fadzilah Kamsah. Pernahkah anda terkunci?Atau dikunci? Tak kisahlah dikunci hati atau kau kunci cintaku di dalam hatimu Ramlah Ram atau terkunci mulut tak mampu berkata-kata atau terkunci dalam bilik air tak boleh keluar lalu jerit minta tolong dan bomba sampai atau lebih hebat Superman sampai lepastu kau jadi headline suratkhabar kalah Lois Lane. Baiklah. Merepek. Entri ini tak ada kena mengena dengan tajuk mahupun Pak Nil.

Ehemm. Sahabat, sesungguhnya bagi kami BERENAM yang berstatus bujang dan anggun ni, malu adalah perkataan paling tepat menggambarkan tragedi Oktober itu. Jangan ingat Awie je yang ada tragedi. Harus mengcapslockkan BERENAM di situ sebab malu tu dapatlah dibahagi enam, kuranglah tanggungan. Malu adalah sakit yang lebih sikit je dari diarrhea. Aku taulah.

Cuba cakap, apa yang lebih malu lagi memalukan kalau kau terkunci dalam bilik  bukan secara SOLO tapi secara BERENAM dan masih bujang belum kahwin? Dan tidak terlintas mencari publisiti free sebab berazam hidup sederhana dan tidak menarik perhatian. Tapi benda dah nak jadi, tetaplah menarik perhatian seisi rumah bila kami ni bukan terkunci dalam bilik sembarangan tapi BILIK PENGANTIN tau tak. Boleh fikir secara logik di situ. Ia adalah tempat larangan untuk budak-budak kecik bersukaria di dalamnya.

Okey mari rewind sama-sama. Tak maulah sebut nama. Ke nak sebut? Tragedi kat Kapar Klang tu sweet sebenarnya. Mana nak cari kawan-kawan yang semua muka selamba comel bila pak cik tu berjaya bukakkan pintu lepas usaha 10 minit. Tak boleh pecahkan pintu nanti pecah rahsia pengantin katanya. Haha. Ini gara-gara mau berposing dalam bilik pengantinlah. Dengan izin pengantin tau. Ratu sehari tu pun join sekali cuma waktu tu dia p layan tetamu. Pengantin sempoi, thumbs-up Hajjar. Ops tersebut nama.

 Sebab tak mau kantoi kami seronok bergambar kena tutup pintulah. Terlalu seronok pun bahaya sebab bila pengantin ketuk pintu kami tak boleh bukak dari dalam. Pintu problemo. Maka bermulalah episod malu itu. I macam biasa cool je. Konon. Padahal bila keluar habis kami berenam kena usik sebab dahlah terkunci, bilik pengantin pula, anak dara pula semua. Huh. Terus menyesal tak kahwin awal kalau tak mesti tak masuk list kena usik. Lepas keluar tetap maintain semua muka ayu ambik gambar dengan pengantin sporting walau diaju usikan bertalu-talu hehe. Macam artis keluar court you we all ni.

tak semua yang ada dalam gambar ni adalah mangsa kejadian -_-

Balik ramai-ramai singgah rumah Zimi ops tersebut nama lagi yang cantik macam istana Seri Menanti. Sesi membalas dendan diakhiri dengan pembelian secara tidak munasabah di AEON Bukit Tinggi sebanyak 1 pasang kasut 1 pasang sandal tak masuk akal. Oh ya,  1 cadar baru. Sebab tengah sale-lah. Kalau tak aku kedekut. Baik beli buku.