Selamat hari Jumaat untuk entri yang dah lewat

Hai lama sudah tak berblog. Kesian kat otak sebab semakin lama semakin berkarat. Memang sia2lah sewaktu kecik2 dulu meletakkan hobi suka membaca dan menulis. Ternyata palsu belaka. Sebenarnya, saya suka hari Jumaat yang redup dan sejuk ini. Ehh amende statement bunyi macam budak sekolah rendah bercerita pasal cuaca nian indah. Okeh, mula balik. Saya suka hari Jumaat. Haa, kan lagi pendek dan straight to the heart point. Walaupun hari ni Jumaat tapi isi cerita berkisar pasal Sabtu dan Ahad lepas. Biasalah backdated. Asalkan bukan back to the future sudah.

 

 

 

 

 

Pagi Sabtu

Kami (saya dan bapak-terserlah status anak mithali kononnye di situ) ke Mydin Putrajaya. Kononnya nak menunjuk kat bapak betapa murahnya harga barang2 Mydin. Walau berangan nak pergi awal pagi tapi terlajak keluar lewat so Mydin memang penuh dah. Yang tak syoknya, harga dia taklah semurah gila yang saya gebang kat bapak. Sebab tulah sampai balik Mydin sepanjang jalan kena bebel betapa mahalnya kicap kat Mydin berbanding pasaraya2 lain kat Banting kesukaan bapak. Percayalah, kicap pun boleh jadi topik hangat sepanjang jalan. Oh, diselang-selikan teguran cara saya memandu. Boleh pulak.

 

 

Petang Sabtu

Sudah hujan ditimpa bantal pulak. Hajat di hati nak tengok Sivaji the Boss tapi hujan. Tak clear. Rumah kayu, pohon2 merendang tepian rumah. Nyaman. Apalagi, paham sendirilah. Orang mengantuk disorongkan bantal, memang zzzzzzzzz lah. Anak dara siapa ni.

 

 

Pagi Ahad

Anak dara bapak sayalah sebab tu rajin di pagi Ahad buat kerja rumah. Dan agaknyela kan, sebab rumah saya dekat tak dekat jugaklah dengan KLIA maka adalah sorang mat saleh nama Mr. Nando datang rumah saya dan jual chain saw kat bapak saya yang tengah melepak dengan kawan2 dia. Katenye nak balik Jerman dah nak jual kira cincai je barang dia tu. So bapak saya beli 3 bijik RM1500. Err murah ke?Takpelah lama nak beli dah kata bapak. Dalam hati saya, banyaaaaaaaaknye beli nak watpe. Pastu siap ada warranty bagai lagi. Ntahlah tak paham saya. Asalkan mereka bahagia sudah.

 

 

Tengahari sampai petang Ahad

Pergi rumah Azzuri setelkan hal yang tak setel, dia bagi jambu madu kat saya. Tengkiu.. Tapi petang tu kat rumah, baru saya perasan apsal jambu tinggal sikit padahal takde tanda orang makan pon. Setelah disoal-siasat, bapak pon cakap camni ‘Oh tadi ambik 4 bijik, 1 bagi arnab, 1 bagi kambing besar, 1 bagi kambing betina, 1 buah yang ada semut tu bagi kambing kecik a.k.a anak kambing’ Ohhhh apakah motip bagi anak kambing jambu yang ada semut? Nak uji daya tahan kot. Sabar jela.

Begitulah hujung minggu saya, seorang anak konon mithali. Haha gurau je. Manusia biasa je ni, tak sempurna pon.

Dunia Baru

BERSEMPENA JUMAAT YANG BARAKAH INI, KATA GANTI NAMA YANG DIGUNAKAN ADALAH SAYA. sila skemakan diri.

Tau tak cabaran apa yang buat saya paling seriau sekarang ni? Jawapan dia, travel hari-hari pergi kerja balik kerja. Saya pemandu amatur. Tiap-tiap hari kena menggeletarkan lutut semua masa pergi kerja balik kerja. Baca doa naik kenderaan sampai 2 3 kali barulah berasa safe and sound untuk ke tempat kerja. Itu baru cabaran pergi kerja balik kerja. Cabaran kat tempat kerja? huk huk huk.

Sekarang, ini semua dunia baru bagi saya.

 

Dulu, 6.45 pagi kadang-kadang boleh golek-golek lepak-lepak kat rumah. Lagi 10 minit nak pukul 8 sempat lagi baru keluar rumah.

Sekarang, 6.45 pagi dah kena keluar pergi kerja. 45 minit bersesak-sesak baru sampai tempat kerja.

Persamaannya, saya tetap tido awal macam biasa hehe.

 

Dulu, jalan pergi tempat kerja lengang gila. Boleh pilih option A bawak laju-laju, atau pilih option B bawak macam kura-kura.

Sekarang, jalan pergi tempat kerja mencabar gila. Belok-belok tak sampai-sampai. Harapan palsu kalo mengharapkan jalan lengang.

Persamaannya,  pakcik bersiar-siar di pagi hari yang dok keluarkan tangan kat pintu kereta sambil mengasap atau lori besar gedabak tetap wujud di mana-mana. Jenuh beratur semua kereta kat belakang tu macam anak ayam ikut mak dia. NAK POTONG TAK BOLEH. Selalu ada jugak yang kureng berhemah dok cilok-cilok. Expert tiada tandingan.

 

Dulu, balik kerja boleh golek-golek tengok tivi dengan hausmet.

Sekarang, hehe sama juga dengan famili. Kecuali sekarang boleh lepak-lepak kat laman atau menyembang di rumah pakcik makcik atau sahabat handai.

 

Banyak lagi cerita DULU yang tak sama dengan SEKARANG. Tulah, dunia baru ni sekarang. Hadap je lah. Alhamdulillah.

Secara umum

**Tarikh entri ni ditaip = 23/10/2010. Dan baru di-upload ni ha.

Wahai diari, adinda nak mula dari mana ya. Rasa malas mau tulis tapi nanti dah tua tak ada buku rujukan bila mau cerita memori lampau kat anak-anak dan cucu. Contohnya bercerita yang kau tu tak ada jodoh dengan benda bentuk bulat-bulat kot sebab asal beli seminggu je mesti lepastu hilang, macam dental floss Oral-B dan Dalacin-T sebab rupa bentuk mereka bulat-bulat silinder macamtulah. Mesti tergolek mana entah lepastu hilang. Walau kedengaran seperti memori tak penting tapi harus dengar ya nanti anak-anak ibu cerita.

Macamnilah, cerita secara umum dulu pun okeh. Bagi ada feel dulu. Gedebak-gedebuk dan cacamerba yang jadi minggu ini wajib ditulis. Cuma sekarang otak tak berapa berfungsi sempurna. Dia dah bagi signal suruh tidur-tidur-tidur.

 Kepulangan saya yang gigih ke kampung kali ni tak berapa dinanti oleh sesiapa. Tak ada kompang mahupun permaidani merah apalagi ayam golek. Sebab tak bagitau sesiapa pun. Tau-tau dah sampai. Mesti dalam hati bapak cakap anak dara dia asyik balik kampung saja kerja. Baik tukar kerja jadi pembalik kampung. Atau pengukur jalan.

Agenda tadi dah selesai kat Alamanda. Esok ada agenda lagi. Pergi wedding Hajjar Jais kawan rapat sekolah dulu. Hish bila turn I pulak ni asyik pergi majlis orang saja =__=. Wah. Mengantuk. Kedengaran bapak sedang gigih menyembur pembunuh nyamuk degil di serata bucu rumah. Sungguh rajin dan berdedikasi. Nanti saya tulis entri khas untuk bapak. InsyaAllah. Tidur dulu.

 p/s : mana Cinggu pergi tak ada pun sambut i balik tadi. Dating ke. Curang pada i.

**masa entri ni dimuatnaik saya dah pun cerita pasal gedebak-gedebuk minggu lepas. Entri sebelum ni tulah.

Tarikh-tarikh yang Indah

Esok raya. Tema warna keluarga kami tahun ini maroon. Maroon bukan moron atau bloody moron atau muram. Diakui memang agak muram lepas tulis entri yang sebelum ni, tapi sudahlah. Cerita sedih tutup buku sudah. Kita cerita benda seronot-seronot saja menjelang raya ni. Baju kurung baru untuk saya, tiada. Sebab tak jumpa yang berkenan.Tiba-tiba pagi tadi dapat ilham lepas tak sengaja tengok ‘Tanyalah Ustaz’ (tak sengaja tu. ish ish). Ustaz cakap raya tak semestinya pakai baju baru yang penting pakai baju terbaik. TERBAIK bagi saya adalah baju yang saya beli kat pasar Kampuchea 12 tahun dulu. Back in 1998. Baju yang kau pandang sekali terus jatuh cinta. Ha macam tulah. Godek2 baju lama terjumpa baju itu yang dulu dijahit oleh arwah emak dengan penuh kasih sayang sejati. Isk.

Selalu terkeluar tajuk. Begitulah kalau terlalu banyak idea yang mencurah-curah akhirnya jatuh ke longkang. 12.11. Saya suka dan jatuh cinta dengan tarikh ni. Benci pun tak boleh sebab saya memang dilahirkan berjodoh dengan tarikh ni. Sebab itu tarikh lahir. Tahun ni best, sebab tarikh lahir jadi begini —> 12.11.10. Menurun gitu. Ada gaya mutu keunggulan di situ. Dan tarikh tu dah disematkan kat Itam. Sampai bila2 insyaAllah.

Saya tak taulah ini karma atau dejavu atau takda kena mengena langsung dengan semua itu tapi tarikh ini memang saya suka. 1st time saya masuk dalam Itam, jam dia set 12:11. Sungguh kebetulan. Semalam saya tengok jam kat henpon pun kebetulan 12:11. Banyak lagilah yang tak saya ingat. Ha, semalam pun tarikh yang best, 8.9.10. Tarikh pertama kali servis Itam. Esok pun tarikh yang best, 10.9.10. Tarikh hari raya puasa pertama.

Sebab tu kot orang perempuan bila nak kawen suka pilih tarikh best-best. Pagi tadi tengok tivi dua Dr. Fdzilah Kamsah cakap perempuan memang suka tengok benda apa pun secara detail. Lelaki suka general saja tengok at whatsoever things. Saya suka certain detail things macam tarikh2 atau fakta2 menarik. Tapi untuk ingat kau pakai baju apa atau perhati orang tu macam mana perangai, total failure. Tak kuasa haku. Kecuali orang yang memberi erti dalam hidupkulah. Cewah. Sila khusnuszaan di situ dan doakan yang baik-baik saja.

Hari ini 9.9.10 jua tarikh yang indah sebab petang ni nak cuba masak rendang kerang dan masak lemak cili api ikan keli campur kencur. Masakan orang Jawa. KAHKAH kalau sedap nanti sayalah yang buat. Kalau tak sedap, jiran saya kot yang buat. Tak mengaku. Okeh selamat berbuka di hari terakhir bulan Ramadhan ini.

p/s 1 : sedihnya tak dapat berpuasa di awal dan akhir Ramadhan. Dah nasib badan 😦

p/s 2 : bagusnya kalau sesuatu yang seronot terjadi 12.11.10 nanti. Nak letak dalam wishlist la 🙂

p/s 3 : sampai harini saya tertanya-tanya, Sosilawati dan 3 lagi yang hilang tu di Banting, Kuala Langat ke Banting, Sabak Bernam sana? Berita Harian yang saya baca tadi tulis Banting, Hulu Selangor. Kat muka depan pulak tu. Apalah punya wartawan.

Buku hidup saya versi pahit

Macam best pulak taip dalam point. Antara koleksi kenangan pahit saya secara amnya ;

  • Sekolah rendah. Darjah 2. Saya & beberapa kawan sekelas dijadikan model murid tak siap kerja rumah. Kehkeh. Malu tau sebab kena konvoi pegi kelas sebelah bawa homework tak siap lepas tu duduk sekumpulan kat belakang (ada macam kandang) sambil buat homework. Cikgu yang ajar budak-budak  kelas tu asyik bebel kat diorang suruh jangan jadi macam kitorang. Dahlah ada budak darjah 1 yang saya minat kat kelas tu. Aish kecik-kecik gatal. Sebab tu kot besar tak gatal dah. Haha perasan.

 

  • Sekolah menengah. Ade ke patut saya & beberapa senior kena denda cari rambut (cari rambut, bukan cabut rumput eaa)  kat Musolla Puteri sebab kitorang curik-curik naik atas mandi-manda waktu gap Maghrib ke Isyak. Lepas kena denda siap kena ceramah agama lagi kat courtyard tengah tu, semua orang boleh tengok. Jatuh saham seposen. I jujur tau sebab tu I mengaku.

 

  • Dekat Uni. Ada seorang mamat tu macam suka kat saya.(saya tak brag, sebab saya taip ‘macam suka’.) Tapi saya macam suka kat kawan dia tu. Alih-alih kawan dia tu pulak nak kenenkan kami berdua. Hancur hati saya. Eheh. Nasib baik tak berjaya sebab saya memang pandai berlakon tak ada perasaan. Akhirnya semua pun bawa haluan sendiri. Pahitnya diingat kembali. Hehe.

 

  •  Lepas grad. Arwah ibu kata, kita mesti berani hadapi semuanya. Belum cuba, belum tahu. Sayangnya, saya bukan begitu. Saya ada satu tahap yang akan give-up serta merta. Dan bimbangkan benda yang tak penting. Macam masa tu, saya poyo seronok bila pass exam PTD dan kena pegi PAC kat INTIM Kemaman Terengganu. Siap senior bagi tips-tips masyuk lagi.

 

  • Well, saya end-up tak pergi pun PAC sebab pagi tu kaki terseliuh kat toilet kerana saya terrrrlalu banyak fikir macammana nak pergi Kemaman instead of fikir strategi nak pass PAC. Dan demam sebab hari-hari ‘jogging’ dengan M kat Dataran Banting tambah work-out sebab dilatih oleh M si jurulatih silat. Sungguh pahit kenangan itu. Haish. Padahal di mana ada kemahuan di situ ada highway. Eh, Adnan Sempit jangan marah.

 

  • Waktu dah kerja. Di waktu ni, saya di tempat kerja. Lepas solat Zohor tadi, tekak saya rasa sangat pahit kerna macam ada bunyi pintu berkeriut dan saya sendirian saja di tingkat atas. Ca Alip Ba Wau Ta!!!!!!!!!!! 

Tragedi Balik Raya Syawal 1430H

Entri ni adalah entri terlewat. Jadi bayangkan keadaan pada Khamis 17 September 2009. Bukan hari anda membaca entri ini. Patah kaki kami raya kali ni. Kenapa? Betullah malang tu tak berbau. On the way balik kampung 17.09.09. Adik telefon ‘Kitorang salah jalan ni’..5 minit lepas tu, telefon lagi ‘Kami eksiden ni’. Aku terkedu. Selalu aku camtu. ‘Ok tak? Cedera ke?’. Aku. Risau. ‘Ok. Takde pape. Tapi kereta kemek kat depan’. Adik. Okay, aku tak tipu bila aku kata aku still xdapat fokus. Terkejut. Sekejap lagi aku akan tanya habis-habis detail (lepas aku dapat fokus).

Maka, bermulalah episod aku naik komuter Seremban-Nilai dalam renyai-renyai hujan rahmat 27 Ramadhan 1430H (bapak nak ambik kat Seremban mulanya). Berbuka dalam komuter. Nilai-KLIA aku naik Airport Coach (AC-nama macam gah, bas je sebenarnya). Fuh, lama aku tak jejak pengangkutan awam zaman belajar dulu.

Okay, dalam AC aku dihidangkan macam-macam budaya. Satu couple Melayu ku pikir Indonesia dok berpegang tangan macam ntahpape!. Aku pandang je ala-ala khusyuk. Bagi malu sikit.Depan aku, 2 warga Nepal. Muka ala-ala Jeki Chan. Tiba-tiba cium pipi kawan sebelah dia. Lelaki. Hah! Lepas tu, dia p pasang lagu amende ntah. Dok encore lagu tu banyak kali. Pakai loudspeaker lagi. Eh, aku pun ade handphonela!. Tak pasang kuat-kuat pun lagu. Lagi, dalam AC tu, ada warga Bangladesh, etc. Lemas! Rasa asing lak kat negara sendiri. Agak-agakla, kalau aku berdiri, pergi depan, buat announcement ‘Siapa warganegara Malaysia sila angkat tangan’, mungkin tak sampai 10 orang..Huu, beraninya aku…

Sampai kat KLIA 8.00malam. Untung boleh jamak. Tiba-tiba rasa tak mau menyusahkan sesape. Aku decide tunggu bas. Ye, naik bas. Duduk dalam bangunan KLIA yang sejuk. Tunggu bas. Telefon adik. ‘Kat Balai Polis Bangi ni, buat report’ kata dia. Sambil bagi kata-kata perangsang, hati berkata Diorang owe me an explanation ni..’

Sambil tu, aku perasan, ramai manusia lalu lalang pandang aku. Excuse me, hari ni Khamis, logikla aku pakai kain baju batik! Logik gak aku bawak beg banyak. Isi kuih raya tu!

Hmm..aku nampak bas Sepang ( dulu selalu aku naik bas ni, OL-Seremban sambil dihidangkan dgn lagu2 India sepanjang  jalan + gaya bawak bas yang boleh buat orang tersungkur menyembam lantai bas). Drift habis! Okay ini sudah banyak iklan, back to topic, ‘Tragedi Balik Raya’. Tunggu punya tunggu, aku dibagitau bas Sepang ni jalan pukul 12.00 malam.See..sebab tu aku malas  naik bas, bukan sebab manja minta diambil…Hmm, apa aku nak buat 3 jam tu. Tawaf pusing KLIA? 

Akhirnya, jam 11.30 malam, bas City Liner merah a.k.a. bas baru lagi cantik ada untuk membawa aku balik kampung untuk beraya. Penat pun penatlah,tapi apa cerita dengan bapak, adik dan WJN 9736?Risau aku sepanjang jalan. Rasa macam bertahun-tahun. Telefon saja tak cukup. 

Berhenti saja bas depan Shell baru OL, WJN 9736 sedia menunggu. Cuma, dengan gigi sengih lebar lebih dari biasa. Kenapa? Bumper depannya dah rongak. Gigi dah sumbing. Kemek sungguh!! Memang kami patah kaki untuk beraya jauh-jauh kali ni. WJN 9736 cedera! Takpa, kalau nak 1000 cara kami boleh beraya.

Dan lepas tu, aku tau yang accident tu jadi kat Bangi.. Kes salah masuk jalan!..Ini explanation dari kedua-dua insan yang terbabit.  :

Bapak : Jalan licin sangat. Orang depan brek mengejut!

Adik : Bapak bawak laju sangat. Macam biasalah..

Aku dalam hati : Apa-apalah, yang penting semua selamat. Tapi, you kiss, you pay! Lain kali hati-hati. *Paling tak boleh lupa ayat Bapaku “Dah 34 tahun bawak kereta, nilah eksiden pertama, dah tulisanNya. Sapa pun xboleh elak..”

…entri ini ntahpape kerana tidak bermood untuk menulis di petang raya. tapi perlu ditulis. adik aku insist!

Beberapa hari di beberapa Ramadhan

Alkisahnya di bulan Ramadhan yg sudah masuk hari ke 16 ni..Beberapa kisah benar yg boleh dikongsi utk pngajaran & pmblajaran, or dlm bahasa cikgu cikgi –P&P..

Kisah 01

Ini terjadi Ramadhan suatu ketika dulu, sewaktu Topical Studio. Niat baik tiba2 terbius ke dlm diri2 aku & bbrp sahabat. Lewat sore itu, kami xmelakukan aktiviti biasa-m’buat lawatan sambil m’beli di Bazaar Ramadhan, tapi kami melangkah penuh yakin ke MSI-Masjid Sultan Ismail. B’tadarrus-b’buka-b’terawikh di MSI. Sebenarnya, jarang aku ke sini, atas ‘alasan’ sbg student FAB-bukan brand sabun, dateline project makin dekat.

Antara maghrib ke Isya’, aku belek2 hp sambil b’borak2*sekejap je*. Dan after terawikh, dlm studio, baru aku sedar, handphoneku telah tiada!!!Kami pusing keliling masjid mencari. Tak ada!waaaa..sedih. Sapala yg buat projek tgh2 bulan posa, dlm masjid ni. Dulu prnh rosak sx, jatuh tandas. Ni, hilang pulok. Hmm..last2 aku redha, mudah2an diganti dgn yg lebih baik.

Moral : xperlu bawa hp ke masjid. Panggilan Illahi kan lagi penting!!!

 

Kisah 02

Ini berlaku smlm. Tik..(bunyi es em es)

J : Askum. balik bile?rumah nak cat ke?. Len macam lak kaler ni..

A : Wkmslm. Ptg ni balik. Jgn cat dulu. Bapak beli kaler pe?

J : Dah cat sikit..Bapak beli kaler tong gas

Dalam kereta, otw back home.

A : Cat kaler apa pak?

B: Cantik..kat rumah dah cat sikit. Warna ‘hijau merdeka.. Pekat warna dia, nampak mahal sikit..

Dalam hati aku..pekat?cantik ka..merdekalah pasni. Dan sepanjang perjalanan balik, aku imagine kaler ape sbnrnya ‘hijau merdeka’..Dan, melangkah naik rumah ja..guess what? Sesungguhnya interior rumah aku telah bertukar jadi stesen minyak Petronas, only without the logo & minyak. Namun,demi menjaga hati bapak, hmm..hijau tong gas pon hijaula..taram saja..Dan, sms entri ini ditulis, hijau itu makin semarak aku rasakan!

p/s : nak tau warna apa ruang tamu rumah aku? sila lihat tong gas rumah anda atau stesen minyak Petronas berdekatan.Full stop.

 

Kisah 03

Aku pernah melakukan eksperimen yg xberjaya di bulan puasa tahun ini. Kunun-kunun masak spagheti..Rupanya termasak guna tomato puree (salah beli! supposedly aku beli prego. Aku lgsung xreti msk guna tomato puree..harus guna yg instant!)alahai..terbazir semua..

 

Kisah 04

Ini yang paling menguji setakat ni. Semalam juga jadinya. 15 Ramadhan. Dalam komuter Seremban-Nilai.

Waktu itu aku khusyuk membelek Tuesdays with Morrie, page 11. Baru nak feel, tib2…

“Adik, mintak tolong boleh?”

Aku pandang makcik sebelah, serius(sila.jangan.ganggu.bila.saya.khusyuk.membaca). Cuba maniskan muka. Ya..

Dan makcik itu terus bercerita..sangat panjang. Kad ATMnya kena telan. Tak ada cash langsung. Nak ke Port Klang. Kerja. Nak pinjam duit aku. RM5, lepas tu, up RM10. Aku kata ok. (aku xlah baik sangat, tapi cuba b’husnus-zan. bulan puasa..). Dan after tu, macam2 dia tanya. Termasuk soalan yg xbrp appropriate. Dia tanya, belajar lagi ke? Aku iyakan je. (aku pakai sluar sukan ngan T-shirt masa tu, n beg balik kampung). 

Aku tengok tangan dia, penuh cincin, gelang.. Kenapa aku was-was ni? well, maternal instinct aku berkata ‘tolong je, xkemana RM10 tu..’.tapi, instinct lain aku kata ‘macam pelik je makcik ni, xmacam orang tengah susah je’. Aku cuba pakai psikologi, tapi tetap xdapat kesan sebarang penipuan. Ces, sia-sia aku jadikan The Mentalist & Lie To Me sbg cerita faveret aku..tapi, aku tetap was-was…

Bila dia mintak nombor hp, nk pulangkan duit aku,aku kata xpela, saya bagi je.(bukannya aku baik sangat, tapi aku rasa ini xperlu dipanjang-lebarkan lagi). Okey, bye..assalamualaikum. Kita xkan jumpa lagi..

Wah, setakat ni nampak macam aku jahat+xikhlas+penuh syak wasangka kan.

Lepas turun komuter, aku berlegar2 sat kat Mydin Mart, Nilai. Setengah jam lepas tu, alangkah terkejutnya aku,huh..aku terserempak dgn makcik tu, tgh b’shopping-moping dgn barang2 yg aku rasa lebih RM10 nilainya. Kata.tak.ada.cash.langsung!!!

Bila dia nampak aku tenung barang2 dia, dengan sengih kambingnya..’O..ni beli utk ayah akak..’dan terus berlalu. Aku rasa nak sergah, tapi itu di dalam Mydin. Waaa…aku kena tipu ka?????Ini.bulan.puasa.lah.makcik!!!!aku kena sabar.semoga dibalas Tuhan.

Moral : mungkin aku perlu tengok Lie to Me & The Mentalist lebih. Supaya aku dpt mengesan penipuan dgn lebih efektif!

Entri ini ditulis dgn ingatan tulus ikhlas, banyakkan sabar d bulan puasa…

Bahasa Kedah

Malam tadi, aku, k.a** & k.m*****  berdiskusi tentang bahasa a.k.a. loghat. Selangor, Kedah, Perak, Melaka pun ada…diskas tentang A.I.R.

kedah =ayaq/ayark??

perak = ayor

selangor = air/water/sky juice..hehe..

melaka = ayer kot? ayer molek, ayer keroh

jawa = banyu

arab = al-ma’

p/s : sila buat penambahan wherever needed..

*Bahasa kedah yg interesting:-tawaq habiaq, manih melecaih, pahit dengung. Sila abaikan spelling error!