Membazir itu, saudara syaitan

Bismillahirrahmanirrahim. Lamanya tak berkongsi pengalaman hidup kat sini. Tajuk entri ni dah 3 bulan taip tapi tak berusik pun lepastu. Jadi sekarang telah didecide untuk meneruskan sebelum tersasar lebih jauh. Kesian blog ni bersawang-sawang berhabuk.

Arakian pada suatu tarikh yang saya sendiri tak ingat (sebab dah laama sangat) kitorang pergi makan beramai-ramai sekeluarga kat satu kedai nama dia Sunita Seafood kot. Kat pekan lama Salak Tinggi. Kalau nak tau, bapak saya ni sangat susah nak keluar makan kat luar. Lagi-lagi waktu malam. Sebab malam adalah waktu wajib dia pergi surau / masjid. Dan ajaibnya malam tu dia setuju ikut kami makan beramai-ramai. Dengan syarat tunggu dia balik dari surau.

Maka segerombolan kami pun bergerak ke kedai makan tu lebih kurang jam 10.30 malam lepas bapak balik surau. Tak jauh, dalam 20 minit sampai dah. Orang memang ramaiii sangat. Dan ajaibnya sekali lagi, walau kami order dengan sangat banyak lauk tapi sangat cepat makanan sampai. Ok tipu. Taklah cepat sangat macam 2 saat tapi kalau dah yang kami order tu kerapu 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur bistik, puyuh goreng, daging goreng kunyit, telur dadar ,nasi putih untuk 7 orang makan, tak sampai 10 minit penantian perut berakhir sebab semua makanan dah terhidang atas meja. Alhamdulillah rezeki kami. kira cepat la kan. Plus, pelanggan tengah ramai masa tu. Jadi bagi warga-warga yang kelaparan di malam hari wajarlah menghadirkan diri le kedai ini. Wah promo promo :). Satu je yang lupa order, kerabu sotong kegemaran. Sebab agak kelabu mata dengan menu-menu lain maka faveret terus diterlupakan.

Seperti dijangka, akibat mengorder secara kurang kawalan maka kami decided untuk menapau balik hasil tangkapan eh? err makanan yang masih ada untuk dibawa pulang. Here’s the beauty of this story. Kami susun semua pinggan mangkuk setempat dan mana-mana tulang belulang (tadi kan order puyuh goreng bagai) setempat. Lauk yang masih ada kami kumpul dan mintak adik pelayan tolong bungkus. Tulang tadi pun kami minta dia bungkuskan. Untuk bekalan kucing-kucing kat rumah. Jadi in a way, kami dah mudahkan kerja adik pelayan tu sebab tolong kemas pinggan semua dan sapu habis semua isi dalam pinggan. Termasuk tulang. Jadi semua orang gembira. Kerja adik pelayan dah kurang, kucing pun dapat makan, saya pun tak perlu masak sarapan esoknya dan semua orang kenyang. Yela membazir kan saudara syaitan. Kalau perasan, semua benda yang kita buat boleh mendatangkan manfaat. Cuma bagaimana kita realisasikannya.

Yang penting, jadikan semua benda yang kita lakukan bermanfaat. Kecil atau besar itu cerita lain. Bukankah Nabi pernah berkata Walaupun esoknya kiamat, tanamlah sebiji benih hari ini kerana insyaAllah ada manfaatnya 🙂

Oh lupa, makanan kat Sunita Seafood tu sedap sangat!!! Highly recommended 😀 dan harga berpatutan sangat. Lagipun tauke kedai ni suka bagi diskaun sesuka hati hehe. Bagus! Semoga murah rezeki.

Advertisements

Mengukur Jalan

dari Putrajaya – Seri Kembangan – Ampang – UIA Gombak – Petaling Jaya – Klang – Banting.

161 km. Jumlah jalan yang berjaya aku ehh silap Itam ukur. Ternyata berbaloi-baloi sampai terlajak kata boleh diundur, terlajak servis melayang RM.

Petang – Malam Khamis

Sampai Ampang, dengan Fadh & Kak Tikah & Kak Liza. Melawat2 beberapa tempat.

Tidur UIA & habiskan masa macam zaman dulu2 tengok filem kat laptop. Abandoned tajuk citer, sampai aku berjaya abandon citer tu dan tidur. Seperti kebiasaan.

Khamis

Datang rumah Janna kat PJ. Keluar sama If sekali makan tengahari kat Restoran Jaring. Jatuh simpati kat pakcik jual buah lalu beli buah dengan kuantiti sangat banyak sebelum tau citer sebenar.*****HUhuuuuuuuuuuu

Petang balik singgah JJ Bukit Tinggi. OHHH ade J Card Day rupenye. Pening sungguh ramai sangat orang, memang tak beli apela. Ukur luas JJ pakai kaki je la.

Jumaat

Dating dengan Hamnah servis kereta & jalan2 cuci mata. Macam zaman dulu kala. Seronoknya bermuhasabah diri hihi.

Sabtu

Dating dengan Azzuri gi kenduri kawen Liyana. Dan pusing2 pekan Banting di waktu hujan lebat.

Ahad

Dengan Azzuri & Khana gi kenduri kawen kawan diorang. Pantang orang lapar diajak. Walau agak musykil awal tu bolehke datang kenduri orang tak jemput? Err, anggap temankan orangla.

Aku ni dahla jarang bukak fb / emel, sekali cek emel, ada tugas yang harus dilaksanakan.Nampaknya esok harus kerja. Tengah pikir cara kerja ‘smart and steady’ ni. HAHA. Bawak dalam mimpi dulu. Esok kita selesaikan. Layan bola dulu. Ke bola yang layan aku nanti.

Sahabat2 semuaaa, time kasih atas hadiah dari korang. Tak kiralah dalam bentuk hadiah betul / masa / tenaga / semua gelak ketawa / perkongsian cerita juga. Sedih sebenarnya. Perkataan stress macam dihantar bertalu2 ke otak. Sedih bila teringat semua makin berubah dan masa lalu tak mungkin berulang. Sorang2 kawen, dan tanggungjawab dah ke arah lain. Takdelah jalan-jalan cari makan etc lagi kan pasni? Time kasih pada puan2 yang sudi temankan saya sebab suami masing2 takde atas hal kerja. Yang cik2 dan bakal2 puan tu pun, seronok dapat mengenang masa lampau. Masa depan untuk dihargai, masa lalu kan untuk dikenang. Salam Maal Hijrah semua! sob sob sedih pulak.

Selamat hari Jumaat untuk entri yang dah lewat

Hai lama sudah tak berblog. Kesian kat otak sebab semakin lama semakin berkarat. Memang sia2lah sewaktu kecik2 dulu meletakkan hobi suka membaca dan menulis. Ternyata palsu belaka. Sebenarnya, saya suka hari Jumaat yang redup dan sejuk ini. Ehh amende statement bunyi macam budak sekolah rendah bercerita pasal cuaca nian indah. Okeh, mula balik. Saya suka hari Jumaat. Haa, kan lagi pendek dan straight to the heart point. Walaupun hari ni Jumaat tapi isi cerita berkisar pasal Sabtu dan Ahad lepas. Biasalah backdated. Asalkan bukan back to the future sudah.

 

 

 

 

 

Pagi Sabtu

Kami (saya dan bapak-terserlah status anak mithali kononnye di situ) ke Mydin Putrajaya. Kononnya nak menunjuk kat bapak betapa murahnya harga barang2 Mydin. Walau berangan nak pergi awal pagi tapi terlajak keluar lewat so Mydin memang penuh dah. Yang tak syoknya, harga dia taklah semurah gila yang saya gebang kat bapak. Sebab tulah sampai balik Mydin sepanjang jalan kena bebel betapa mahalnya kicap kat Mydin berbanding pasaraya2 lain kat Banting kesukaan bapak. Percayalah, kicap pun boleh jadi topik hangat sepanjang jalan. Oh, diselang-selikan teguran cara saya memandu. Boleh pulak.

 

 

Petang Sabtu

Sudah hujan ditimpa bantal pulak. Hajat di hati nak tengok Sivaji the Boss tapi hujan. Tak clear. Rumah kayu, pohon2 merendang tepian rumah. Nyaman. Apalagi, paham sendirilah. Orang mengantuk disorongkan bantal, memang zzzzzzzzz lah. Anak dara siapa ni.

 

 

Pagi Ahad

Anak dara bapak sayalah sebab tu rajin di pagi Ahad buat kerja rumah. Dan agaknyela kan, sebab rumah saya dekat tak dekat jugaklah dengan KLIA maka adalah sorang mat saleh nama Mr. Nando datang rumah saya dan jual chain saw kat bapak saya yang tengah melepak dengan kawan2 dia. Katenye nak balik Jerman dah nak jual kira cincai je barang dia tu. So bapak saya beli 3 bijik RM1500. Err murah ke?Takpelah lama nak beli dah kata bapak. Dalam hati saya, banyaaaaaaaaknye beli nak watpe. Pastu siap ada warranty bagai lagi. Ntahlah tak paham saya. Asalkan mereka bahagia sudah.

 

 

Tengahari sampai petang Ahad

Pergi rumah Azzuri setelkan hal yang tak setel, dia bagi jambu madu kat saya. Tengkiu.. Tapi petang tu kat rumah, baru saya perasan apsal jambu tinggal sikit padahal takde tanda orang makan pon. Setelah disoal-siasat, bapak pon cakap camni ‘Oh tadi ambik 4 bijik, 1 bagi arnab, 1 bagi kambing besar, 1 bagi kambing betina, 1 buah yang ada semut tu bagi kambing kecik a.k.a anak kambing’ Ohhhh apakah motip bagi anak kambing jambu yang ada semut? Nak uji daya tahan kot. Sabar jela.

Begitulah hujung minggu saya, seorang anak konon mithali. Haha gurau je. Manusia biasa je ni, tak sempurna pon.

Surat buat kengkawan

Masa yang berlalu, memang tak dapat kembali. Pakcik aku kata, jangan kejar masa, nanti dia lari. Jadi, berjalanlah seiringan dengan masa. Cakap memang senang. Kalau yang tertinggal dengan masa, camne?

Surat ni ditujukan khas untuk kengkawan (korang tau siapa korang). Serius tak sangka akan jejakkan kaki lagi ke sini. UTM, Pasar Karat(serius baru aku tau kewujudan tempat ni, walaupun dulu2 masa buat asg urban, kat sinila kitorang berlegar2), Pasar Borong Pandan(ni pun tak pernah aku tau wujud walaupun 4 tahun kat UTM dulu).

Aku ringkaskan surat ni lah :

a) Janna, nak tau tak masa kitorang otw g Danga Bay malam 12 Feb 2011 tu, ada tayar bas kat depan tercabut, pastu tiba2 golek2 depan Itam. Nak elak ke kanan tak boleh, apa lagi ke kiri. Gila banyak kenderaan. Brek mengejut? Oh tak sama sekali. Syukur tayar tu golek ke tepi. Haha, kelakar seram masa tu. Nasib baik tak masuk berita pasal tayar bas tercabut lalu menimbulkan huru-hara kat area JB.

2) Fadh,  ingat tak kita naik Balai Cerap dengan sungguh ayu berbaju kurung sedondon, dengan K.Tikah sekali. Hehe, ayu? Ingat tak masa kita beli roti nak bagi ikan Tasik Tropika makan tapi tak sempat, last2 kita sedekah kat monyet2 kat Balai Cerap tu. Seram gila tengok taring depa sekoq2.

c) Kengkawan 1 studio semua, ingat tak masa buat asg urban Dr. Sarofil kat area Jalan Wong Ah Fook kot, kat area JB. Ntahpape gambar yang kita ambik. Dulu kita khusyuk dan tawadduk, tak banyak gambar posing. Sume gambar hardscape & softscape je. Kelmarin, aku jalan2 kat situ, senyum sorang2 bila teringat kenangan dulu.  Tapi ada 1 yang aku ingat tau, masa korang ambik gambar bajet S CLUB 7 ke hape ntah kat area Putrajaya masa aku dengan Pian menapak 4km lebih dari masjid Putra gi PICC tu.

d) Dulu bila kita pergi JB naik bas, mesti lalu M Suites Hotel, ekceli ada 1 rahsia, aku admire design dia dan aku tertanya2 bilalah dapat masuk sini.  Siapa sangka, ia dah jadi kenyataan.

e) Yang paling sedih tak tahan, semalam pergi pesta konvo UTM dengan kengkawan sebengkel, tiba2 teringat masa kita jalan ramai2 kat Pesta Konvo dulu. Heppi macam budak2 sekolah. Sekarang, bila tengok students kat situ, dah tua aku rupanya. Cuba cari muka2 familiar, tapi satu pun tak ada. Kengkawan, kita dah jadi super senior la~~~Tiba2 sedih. Terus berdoa, Tuhan datangkanlah seorang kawan yang pernah kenal masa study dulu.

Kengkawan, sorrylah surat ni bercampur baur. Kenangan yang indah bila dikenang jadi sedih sebab ianya dah berlalu. Sayang korang =D. So, the next reunion, bila dan di manakah? Hihi. Malacca welcomes all of you!

**entri ni patut publish dah las wik tapi aku malas. Janna, lepas ko called aritu bagitau ko ada kat UTM terus aku edit dan publish arini 😀

Ekspedisi mendaki separuh je Gunung Ledang

Internet lari lembap di kala ini.

Kengkawan lain pakat upload gambar kat fb, maka saya pun upload gambar tapi kat sinilah. Baru aci kan? 5/12/2010 tu kami pergi kenduri kawen Tuty. Yang menariknya, lepas pengantin lelaki sampai terus emcee mintak semua hadirin yang ada aminkan bacaan doa untuk pengantin. Aura keberkatan dan tenang memang terasa. Doa dia ala-ala lagu Maher Zain baarakalluhuma~~ tu.

Petang tu, kami bertolak ke Hutan Lagenda Gunung Ledang. Yang kelakarnya, boleh pulak kat highway tu salah masuk arah gi KL. Syukur cepat perassan. Terpaksalah Echot reverse kereta. Sampai kat pintu masuk je, memang seramlah sebab takde sense of welcoming langsung. Ladang kelapa sawit! Rupa-rupanya, kena redah ladang tu jauh-jauh baru sampai kat tempat tu. Subhanallah cantik!

Yang bestnya, makanan kat situ memang tip-top. Sedap sungguh. Chalet pun besar, selesa lepastu kau tidur bertemankan bunyi unggas + air terjun, siapa tak suka? Walaupun malam last tu saya tak boleh tidur. Terkebil-kebil gara-gara diorang cerita h****.

Isnin 6/12 kitorang mendaki. Trail nak naik atas agak senang. Tapi bagi saya yang hari-hari bersenam kat mulut je memang pancit. Rasa mau give-up nasib baik kengkawan support. Trimas~~Kalau orang lain bangga dapat naik puncak, kitorang bangga dah sampai separuh Gunung Ledang. Main-main air kat kolam banyak ikan. Kesian Sol accident masa naik mendaki. Yang paling menggelabahnya, masa nak turun tu hujan. Kitorang jalan cepat, tak usah cakaplah jatuhnya, pacatnya bagai. Hujan kan. Tapi sempat berenti ambik gambar kat air terjun. Memang marbeles!

Oh ye, apa-apa barang yang dibawa naik atas mesti direkod dan kalau kurang kuantiti bila dah turun balik, kena denda. Polisi ni bagus untuk kekalkan kebersihan hutan kat Malaysia. Yang tak bagusnya, sayalah orang yang kena denda RM5 sebab hilangkan botol air.

Hari last, kami jenjalan kat kaki gunung sambil buat aktiviti biasalah. Hihi. Lepastu balik singgah Mydin MITC. Dah malam baru sampai rumah. Lepastu esok pagi saya balik Melaka semula sebab kerja. Oh sungguh bijak perancangan. Lepastu moody ½ hari sebab cermin kereta kena batu masa kat jalan balik.

Buat staf-staf PTNJ yang best, tahniah! Buat kengkawan yang best, tahniah! Esok lusa kita buat lagi. Heh, padahalnya kelmarin dah selamat beraktiviti jenjalan Morib. Sebelum kahwin nilah beraktiviti dengan kengkawan. Sekian, saya sudahi dengan gambar2 ini. Amacam cikgu BM, ada can tak saya dapat A+ untuk esei ni?

wrap-up

Yeah mari kita bungkus tahun 2010 dan simpan dalam otak yang rasanya kalau boleh see-through masih cantik tak berkarat kot. Ada satu benda yang tak boleh lupa tahun 2010 sebab ada satu masa tulah golongan macam saya ni wujud 4 tahun sekali. Haa cuba teka pasal apa? Fikir2 balik ada gak faedahnya. Maka taulah hamba yang Portugal itu sebuah negara dan Portugis adalah bangsa. Dan Holland adalah sama dengan Belanda dan Netherlands. Ohho tak maulah jadi macam tahun lepas lagi 0_o.

Dah habis dah wrap-up 2010 *tepuk tangan*. Kita wrap-up Jan 2011 pula. Usia dah berkurang. Lagi 10 bulan saya genap 27. Salah satu sebab saya tak sedia ke alam yang berdua tu sebab tak terbayang macammana nak lalui hari yang sepatutnya indah tu tanpa ibu di sisi. Korang tau betapa homesicknya saya jadi tentu dapat agak betapa rapatnya saya dengan arwah kan.*nangis nangis*. Dah dah selamat tinggal cerita sedih. Eh eh baru perasan harini 02.02.2011 genap saya 2 tahun kat bumi Melaka. Tempat mencari rezeki.

Ok, wrap-up Jan 2011 saya rumuskan dengan aktiviti :

29.01.2011 – hasil pengaruh K. Syikin & K. Widad, petang Sabtu dihabiskan bermain bowling acara bebas masuk longkang. Well, isteri En. Hafiz paling hebat banyak jatuhkan pin. K. Widad pun kool je pakai bola 12. Syabas 🙂

30.01.2011- petang tu meredah hujan lebatsss untuk sambut hari lahir bapak. Kek dan satay adalah sponsored by adik nombor 2. SAYA MASAK NASIK GORENG DENGAN AYAM. (Keji, caps-lockkan sbg bukti i can cook.)Ahli majlis kelaparan sebab tunggu yang dirai balik surau pukul 11pm. Lapar terpaksa makan hati dulu.

close up

abaikan saja presentation yg kureng indah itu~~~

Jadual harian adalah temankan bapak pergi Banting, balik kampung kat LD etc. Seronok tau. TAK PAYAH CAKAP PUN TAHU.

Tapi ada 1 insiden kat Tesco ni buat saya tertanya-tanya. Bapak terserempak dengan kawan dia. Kawan dia cakap ‘tarakku iki bojone‘. Adakah :

A. Saya nampak tua. OHH TIDAKKK!!!

B. Bapaku nampak muda. Erm tak kot.

C. Saya salah dengar.

Okey, jawab C. Oleh itu, saya masuk Tesco dan beli cotton buds.

Selamat tinggal Kajang, selamat datang Banting

Pertolongan Tuhan datang lagi tanpa dijangka hari ini. Masa mula sampai depan hotel Isnin tu terus stress fikir camne nak balik pulak. Masa datang syukurlah ada kaklin bagi direction. Alhamdulillah selamat sampai lepas sesat sebab salah2 masuk jalan. 10minit jugak duduk dalam kereta before check-in. Tenangkan jiwa. Trimas kaklin <3. Memang yakin balik nanti susah sebab tak tau jalan lepastu Kajang sangat sesak, dan saya pemandu sangat berhemah bawak kereta macam kura-kura comel.

Tapi pertemuan secara tak sengaja dengan Tuan Haji Ahmad Saidi dari KK Kuala Langat siang tadi dalam lift memberi sinar cahaya macam mana mau balik Banting merentasi jalan Kajang yang sesak menjelang tengahari Jumaat. Dia duduk Banting rupanya. Sangat baik hati offer saya ikut. Jadi saya follow kereta dia sampai keluar Pekan Kajang yang sesak itu. Ulang suara- yang SESAK. Alhamdulillah Tuhan memberi jalan. Saya berjaya follow dengan selamat dan berjaya mencilok-cilok. Up satu level!

Lihat, bukannya satu kebetulan berada satu lift dengan Tuan Haji yang peramah tu. Padahal sepanjang seminggu berbengkel kat Oriental Crystal Hotel (harus sebut nama sebab rasanya sampai bila2 tak dapat dah kot duduk Presidential Suite yang harga **** semalam tu. haha poyo) tak pernah sekali pun terserempak dengan Tuan Haji ni. Ianya takdir. Bukan kebetulan. Bukan selalu saya peramah dengan orang. Kalau saya berat mulut tadi dah tentu Tuan Haji ni tak tau saya duduk Banting, dan mungkin sampai malam ni saya masih berlegar-legar di Pekan Kajang. Selamat tinggal Kajang, selamat datang Banting. Kita takkan tahu bila doa kita dimakbulkan sampai kita ada dalam situasi itu.

Sepanjang jalan pulang saya tersenyum dan mengucap syukur Alhamdulillah. Pertolongan tiba di saat tak terjangka. Kebahagiaan tu tak lama sebab sampai saja depan rumah, saya terlanggar batu besar. Kasihan sungguh si dia dapat tuan macam saya yang cuai ini 😦

Blessing in Disguise 2

Setelah sekian lama akhirnya tertunai juga hasrat menyambung kembali episod cinta yang lama berciciran ni. Boleh rujuk entri ini untuk episod pertama. Isnin tu memang aku berborak lama dengan sahabat karib yang lama tak jumpa, Balqis. Nama selembut pemiliknya. Namun tegas dan berdedikasi bila bekerja. Amboi beli jiwa nampak. Ada hikmah bila aku ulang-alik 3 kali dari rumah ke LCCT hari tu. Pertama, dapat tambah pengalaman memandu mengharungi badai kenderaan kat laluan KLIA. Kedua, dapat hang out dengan 2 of my besties bersama-sama, dalam Itam. Aku sahabat baik Hamnah, aku juga sahabat baik Balqis, tapi Hamnah dan Balqis bukanlah sahabat baik. Mereka kawan. Sungguh berputar hipotesis. Mereka berdua adalah manusia karakter sangat berbeza dan aku bahagia dengan mereka. Each one of them.

Sebab adik Balqis salah tengok waktu depart kat tiket flight, 3 kali itulah tawaf Olak Lempit-LCCT. 2nd time aku hantar Balqis, aku balik terus sebab dah janji dengan Hamnah. Nak dijadikan cerita Hamnah join sekali aku ambik Balqis dari LCCT buat kali ketiga sebab ada misunderstanding pasai tiket. Jadi, akhirnya kami bertiga balik semula ke Banting dalam satu kereta. Kali pertama seumur hidup aku dapat hang out bertiga bersama.

Dan, malam itu………………………………jeng jeng jeng. Terlajak pula di kedai makan kat Banting. Sebab seronok sangat tu adalah hamba Allah ni lupa esok pagi kena bangun awai gerak balik Melaka. Nasib baik sempat, taklah jadi macamni.

Ustazah Hamnah & Dr. Balqis

Seorang mendidik anak bangsa, seorang merawat pesakit nun di Papar sana. Aku?. Merawat hati di Melaka. Hari yang sama jugalah aku dapat gelang mutiara made in Sabah dari Balqis dan pin comel bertulis ‘Be A Smart Muslimah’ dari Hamnah. Hamnah teman yang sangat baik sebab tak pernah lupa bagi hadiah birthday. Ehehe beli jiwa lagi. Balqis pun sama. Kami mencoret rahsia bersama sebab kami adalah kaum hawa.

Dirimu seharum wangian Lovely Lace.

Saya cuba jadikan entri ni short but sweet. Logiknya, tulis entri panjang adalah umpama syok sendiri dan orang malas baca. Entri pendek biasanya mendapat sambutan kerana isi padat dan tidak terpesong ibarat kayak tanpa paddle dan pendayung berstamina tip-top.

Sewaktu girls outing kat Alamanda bersama Janna & Eve, kami berdua dapat hadiah birthday, advanced dari Janna. Kawan-kawan boleh lihat hadiahnya tergantung indah kat cermin Itam. Tajuk entri ini khas buat isteri Encik Hafzan Wahid. Jangan jeles Wahid tajuk tu macam jiwang karat aish aish. Eve punya warna pink-merah sebab dia bersifat keibuan. Haha. Saya pula berwarna purple. Purple+hijau+pink adalah warna kegemaran sejak azali. Tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Tapi mengapa kebanyakan hari suka pakai hitam entah.

Kami tak ada gambar kenangan kat Alamanda tu. Sebab agenda utama adalah makan-jalan-makan-jalan-makan. Masuk tengahari keluar lewat petang. Sampai sesat dari Putrajaya nak balik Banting walhal bukan saya tak tau jalan. Natijah lewatkan solat Maghrib.

Bini encik Wahid, saya sayang kamu bukan sebab kamu bagi saya benda comel dari Lovely Lace itu. Bukan sebab kamu lantik saya jadi pengapit masa wedding kamu. Tapi sebab kamu terima saya seadanya. You know me inside and outside. Ukhwah fillahi abada.

Officially, saya namakan benda bulat comel itu –ungu. Sekian.

Menyahut cabaran di Nur Bukit Unggul. tajuk sedikit poyo.

Harini genap seminggu tarikh pulang dari teambuilding kat Nur Bukit Unggul, jadi harus bukak cerita zaman lampau untuk dijadikan pengajaran. Yolah asyik dok mengadap kertas A4 ni rasa lemau dah macam kertas. Take a break. Masa kat Nur Bukit Unggul tu aku cuba semua aktiviti keras. Walau orang macam aku lagi suka aktiviti duduk diam-diam baca novel kat tangga rumah yang nyaman. Oh patutlah tak kahwin-kahwin. Tempat tak stategik. Okeh tukar tukar. Baca novel kat tepi sungai. Romantik sikit.

Keras dalam kamus aku adalah aktiviti2 macamni – flying fox, abseiling, masuk hutan, masuk air, rentas desa, rentas obstacles, survive dalam hutan dan yang paling parah – berkayak. Physically mentally KO. Dah puas kot dahulu kala kecik2 terjun sungai main hujan bagai (tak selalu pun). Sebagai nilai tambah, aktiviti kesukaan kecik2 – main pondok-pondok, kawin-kawin dan masak-masak bagi menonjolkan identiti kewanitaan di situ. Tapi zaman remaja yang tak berapa produktif sebab selalu ikut aktiviti luar tapi skip aktiviti keras di sana-sini.

Alkisah 1 : Program kat Gua Musang dulu, i dapat buat aktiviti abseiling ya kawan-kawan. Tapi tak cukup berani buat flying fox. Tolak satu markah di situ kerana ketidakberanian.

Alkisah 2 : Yang ini paling ralat. Macam ralat angkup vernier. Punyalah berhempas pulas tunggang terbalik exercise tambah stamina tiap-tiap hari ramai-ramai dari kat Skudai Johor sampai kat UMS Sabah akhirnya kecundang juga bila tiba masa nak mendaki Gunung Kinabalu ramai-ramai tu. Akhirnya end-up mendaki kaki Gunung Kinabalu dan sesat sebentar di Poring Hot Spring. Gunung Kinabalu tu beb. Rugi tak terkata bila terkenang. Give-up di saat akhir. Takpelah kalau ada jodoh jumpa lagi. Lepas ni daki Gunung Bukit Broga jelah. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian?

Alkisah 3 : Nasib baik luka diubati bila dapat daki Gunung Jasar kat Cameron Highlands. Sejuk sungguh nyaman pendakian. Dapat pula periuk kera idaman. Walau berbuat dosa lepas tu sebab curi terung kat kebun tauke Cina mana entah. Dahsyat perangai dahulu kala. CH, ada rezeki memang teringin datang lagi 7 kali.

Alkisah 4 : FRIM pun seronok jugak. Dua kali pergi rasa nak pergi hari-hari. Dua2 kali naik canopy walk walau pendakian sangat penat. Stamina hampeh. Pancit. Kali pertama dengan coursemates. Kali kedua dengan Najwa. Night walk yang lawak sebab tengah2 malam pun boleh dengar bunyi lori kereta semua walau kami kat tengah hutanlah sangat. Dan tak mungkin dilupai sebab sampai sekarang parut leech tu masih ada. Dua leechs yang sampai diorang kenyang baru aku perasan. Nak pengsan rasa dahlah banyak darah. Eeeeeeeee. Harimau mati meninggalkan belang, aku balik FRIM meninggalkan parut. Cenderamata dari FRIM yang kekal sampai sekarang walau dah lebih 3 tahun. FOC. Tak payah bayar dan takmauuu lagi.  

Atas dasar insiden FRIM itulah aku tak rasa teringin nak buat aktiviti luar semua. Siapa nak tanggung kalau stamina aku kat paras negatif? Tapi atas dasar kerugian kecundang di kaki Gunung Kinabalu, aku gagahkan jugak buat aktiviti2 luar masa teambuilding tu. Dan alhamdulillah selamat mencuba semuanya. Yelah nanti kalau anak-anak tanya ibu ibu macammana rasa night walk flying fox berkayak bagai maka tidaklah hamba malu menjawabnya.

Sedar-sedar dah panjang entri ni. Kalaulah kerajinan menulis entri ditukar kepada bentuk kerajinan belajar dulu, semestinya aku dah jadi menteri. Parti ***.