Garang ke?

Kelmarin aku ke kedai makan dekat dengan tempat kerja. Orang kata, tempat faveret. Tempat jauh lagi dikenang inikan lagi tempat faveret. Okay tipu. Taklah faveret sangat. Waktu malas masak je. Yang mana memang selalu, sebab aku punya kepakaran bukan memasak. Lainlah kalau dah kahwin, mesti terus terer masak kan. Kot.

Adik tukang ambik order yang ramah tu terus tanya camni.

Adik : Hai akak, sorang je? Mana geng akak yang lain?

Aku : Oh, semua ada hal.

Adik : O…

Lepas ambik order, adik tu tanya.

Adik : Akak kerja Kolej Komuniti kan?

Aku : A ah.

Adik : Akak pensyarah kan?

Aku : A ah.

Adik :  Akak garang kan?

Aku : Eh kenapa awak cakap macam tu? Mana awak tau?

Adik :  Kawan saya cakap. Ala, yang budak Kelantan tu.

Aku : Errr, yang mana? Oh, M***** ?

Adik : A ah.

Aku : Dah dia nakal.

Adik : Ha betullah tu, akak garang.

Aku : Dia nakal, tapi tak jahat. Baik.

Adik tu dan kawan dia sengih-sengih dengar jawapan aku.

Okey, kenapa aku tau M**** tu yang cakap aku garang? Sebab adalah satu hari tu aku suruh diorang tukar2 kertas kuiz untuk sama-sama tanda dan bincang. Alih2 dia rajin sekali tulis komen kat kertas pelajar lain ‘sila perbaiki mutu bahasa Melayu anda’ padahal tu subjek Sains kan. Saja je main2. Aku denda tolak setengah markah sebab main2. Dan aku harap diorang faham kesilapan dan jangan ulang di masa depan ye.

Dulu, masa baru masuk asrama, aku rajin tegur sorang kawan baru ni. Alih2, dia sengih2 lepastu cakap ‘apasal awak tanya khabar macam inspektor polis?’ Bantai gelak aku dengar. Salah intonasi kot masa tu. Terserlah keseriusan yang tak disengajakan. Alahaiiii~~~

By the way, GARANG KE AKU NI? hmmmm……………………

5 dalam 1 – wrap-up Mei

Semuanya demi blog yang hidup segan mati tak ready lagi ni. Walaupun mata pun dah segan-segan nak terbuka, tapi aku gagahkan juga demi blog. Dan cubaan gigih ni diserikan lagi dengan gambar-gambar eksklusif yang rasanya kalau jual, sekeping mau dapat juta2 ni. Jutaan terima kasih hehe.

Kita mula dengan gambar yang direkodkan paling awal (5/5/2011), jatuh tempat nombor 5.

Kalau dalam entri lepas, aku namakan dia ni Mang-mang, sekarang nak tukarlah. Goli den. Oh ye, entri tu ditulis dalam emo emo jadi tiba2 terus bagi nama manja kunun-kunun dekat di hati la tu cewahhh. Padahal nama cenggitu, mau cikgu tadika aku muntah lagi2 kalau tau aku ni umur 27. Jadi dengan penuh professional, aku tukar nama dia jadi Mangga. Eh macam nama majalah yang gitu2 tu pulak. Tukar lainlah. Tapi ape ye? Okeylah, buat pertandingan sapa dapat bagi nama ni hadiahnya “percutian sukati sampai bila2 takde tarikh luput ke Lestari Height”=D

lama dah tak naik atas borak-borak, jauh bebenor rasenye ye

 

Nombor 4 (8/5/2011)

Saja je beli ni masa Hari Usaha1 Lestari. Esoknya bila aku ambik gambar ni, dah berbunga riang! Tengok tu, duduk dalam plastik lagi. Terbaik dari ladanglah. Dulu kat rumah aku banyak Portulaca grandiflora & Portulaca Oleraceae ni tapi habis diracun rumpai dek bapak aku. Beliau kata ‘baik tanam cili dapat juga hasilnya’. Tapi bila aku bawak pokok cili balik Melaka, bantut pulak. Tak berhasil-hasil pulak tu. Ke dasar malas jaga? Habislah Kak Shima nanti pokok orkid yang dia mintak tolong jaga terabai huhu. Takpe takpe pokok orang insyaAllah saya jaga baik2, siram seminggu sekali no sweat lah 🙂

gemok kan. Boleh beli kat gerai unit SLP & Yap. Murah dan segar

 
 

 Nombor 3 (19/5/2011)

Las menet baru aku perasan nombor ni. Lepas tu terus gelabah nak berenti ambik gambar. Biasala kot, perempuan. Semua benda kecik pon dianggap penting untuk lipatan sejarah. Henpon aku murah jadi kalo ambik gambar sambil drive mau gambar goyang lalu menghasilkan efek seram. Nasib baik jalan Selandar-Kesang Pajak ni tak banyak kereta. Kalau kat highway, takkan la nak tipu pakai lampu hazard lepastu berenti tengah jalan? Kau ingat kereta kau je ado? Yelah, 12345. Cantik kot. Kalau terlebih 1 km, dah jadi 12346. Tak cantik. Takkanlah nak tunggu 123456. Pehhh, doblas ribu dengan seratus doploh tiga ribu. Jauh tu beza. Kena tunggu beranak pinak hehe.

jadilah warga berhemah dengan memasang signal yang betul bila berenti tepi jalan

 

Nombor 2 (21/5/2011)

Jeng jeng jeng. Ni gambar terbaru paling eksklusif. Paparazzi pun tak upload tapi aku upload. HAHAHAHA. Gelak jahat gaya sopan. Dengan kebenaran empunya badan  yang diraikan okey. Li En, heppi la tu hehe. Ni gambar ramai2 dengan ex-skulmet. Aku ingat nak buat pangkah kat muka kengkawan yang dah kawen (dapat idea dari gambar Kak Syikin dgn coursemate dia) tapi tak sampai hati la pulak. Diorang bayar zakat kan, aku pulak sukati pangkah silang. So, yang baris belakang tu semua dah kawen dan bakal berkahwin. Yang baris2 depan pulak pon akan berkahwin, cuma bila di mana bagaimana dengan siapa tu jeng jeng jeng la. Wallahu a’lam.

Oh ye, aku bakal mendesign kad kahwin Li En ni. InsyaAllah. Dah ada contoh design kad dari pihak dia. Kot2 la aku boleh buat bisnes design kad kahwin nanti.

=)

 

Nombor 1 (23/5/2011)

Bunyi drumroll sikit. Ni gambar paling baru dalam henpon aku. Cakk! Ada awek comel la kat JB60**. Nama baby ni Dhiya Khairina, anak Kak Gee. Khairina ni tak banyak kerenah, buktinya aku tak pernah pun terjaga malam hari dari tidur. Sebab Khairina waktu malam tidur sampai pagi dan takde menangis2. Ke aku yang tidur tak sedar? Bila ada baby kat rumah ni, barulah aku belajar sikit2 pasal bayi. Celoteh, tidur, main, nangis pon comel. Rasa nak cubit2 sebab geram. Aku tak pernah ada pengalaman jaga baby atau ada adik kecik sebab tu biasanya rasa kekok.

Memang besarlah pengorbanan ibu2 jaga anak. Banyak yang perlu dikorbankan – masa tidur, rehat makan, semualah. Tapi penat tu semua berbaloi sebab yang sedang dididik tu bakal pemimpin masa depan. Oh ye, macik belum belikan Khairina hadiah. Macik bagi pakej Babytv tu nak? Sebab Khairina selalu ralit tengok benda bercahaya, bergerak dan berbunyi. Ekekeke padahalnya Babytv tu free. Gurau jela. Nanti macik beli. Surprise

satu pesanan macik, jangan curik2 tengok tivi dalam gelap masa kecik2, nanti jadi macam macik ni haaa~oh rasa tua

 

Okeh, dah wrap-up untuk bulan 5.

Macik yang gigih,

25/5/2011 11.57 pm

Sepi

Hai blog! Assalamualaikum blog! Diari sepatutnya ditulis hari-hari. Macamni, dah jadi sebulan sekali. Tak ada idea. Kena kerah otak ingat balik kenangan lalu sebab apa yang jadi kebelakangan ni memang tak boley diingat. Haish memang takde idea lah.

Okey, ulang balik. Semoga ada idea pasni. Hai blog! Assalamualaikum blog! Woh masih takde idea.

Encore. Hai blog! Assalamualaikum blog! Bukan bizi pun, tapi takde idea. Sebab tu silentnur.wordpress sepi. Sesepi namanya. Silent tu bukan senyap, tapi sepi. Sepi tu indah. Contoh kesepian adalah bila bercakap-cakap dengan kucing dan berharap mereka akan mengiau tapi yang dapat biasanya cuma cakaran2 kat tangan yang berjaya menurunkan saham diri sendiri sebanyak 0.0001%.

Manusia biasa macam aku juga perlu berhenti. Berhenti kerja? BUKAN. Berhenti bernafas? NAUZUBILLAH LAGI BUKAN. Berhenti berharap? TUHAN LAGI TAU KOT. Berhenti kejap, duduk diam, taip kat blog. Berhenti tak semestinya tak berhati-hati. Berhenti dari buat rutin kau, dan pesongkan sikit rutin jadi 180 darjah. Bukan hari-hari. Sekali-sekali je.

Eh, nak hujanlah. Sejuk.

Okeylah, assalamualaikum blog! Maafkan tuanmu yang fening2 ini.

Secara Rawak

Macacamni sebenarnya. Aku nak rajin, tapi FRP tertinggal dalam kereta dan kunci kereta ada pada Kak Syikin, dan Kak Syikin pergi menemuduga. Jadi tak bermaksud aku menjadi malas, sebab harini agak produktif, satu pencapaian untuk diri sendiri sebab berjaya bangun 4.50 pagi (walaupun dah kunci jam sejak 12.15 am. HAHA) untuk membuat kerja dan g KK Jelebu, dan tak salah kot sekarang ni aku curik masa tulis entri bulan 5 yang dah tertangguh ni.

Secara rawak,

Isnin ada beberapa benda yang berlaku.

1) Sebab rindu tiba2 kat arwah mak, aku pakailah baju kurung ungu yang mak jahit masa umur 14 tahun dulu. Alasan, rindu. Tak ada kena mengena dengan Hari Ibu. Walau sebenarnya berkait jugaklah. Sebab semua orang dok ucap Selamat Hari Ibu, tiba-tiba jadi rindu. Entahlah, dengan doa dan amalan yang turun naik ni moga dapat sampai kepada arwah mak. Memang tak pernah aku lupa doakan arwah mak setiap kali sujud sebelum tahiyyat akhir. Terasa dekat yang jauh, jauh yang dekat. Kalau mimpi arwah mak masih hidup, apa tandanya ya???

2) Isnin malam aku buat kelas ganti untuk budak-budak SLP4, diorang datang lagi awallah dari aku. Habis aku ucap salam je, semua jawab salam ramai-ramai ‘Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, cikgu’ (ait, bila masa aku jadi cikgu?) dan terus baca doa penerang hati tu. Ramai-ramai. Kuat-kuat. Tak taulah diorang main-main ke, serius ke, yang penting aku tersentuh, dan sejuk rasa hati. Macam pokok kena siram air. Hihi. SEJUK je. Maaflah kalau selama mengajar ni terkurang / tak faham ke, sebab ini pertama kali mengajar Sains dan maaaaasih banyak lagi yang aku perlu pelajari. Aku sendiri masih dalam proses belajar. Learning is a never ending experience, rite =D

Okey, sambung kerja. Nanti bila-bila baru nak sambung membebel kat sini.