Nostalgic November

November sikit lagi nak melabuhkan tirai. 2011 pun sama. Pejam celik nak masuk 2012 dah. Tahun depan dah masuk 28 usia. Sikit lagi nak masuk 3 series. Tapi kan, sekarang masih lagi mood tahun baru. 1433H. Banyaknya resolusi dalam kepala yang mau dilaksanakan. Apapun, November memang satu bulan yang serius untuk dikenang. Ala-ala nostalgia pulak sebab menghabiskan masa 12/11/2011 kat Melaka. Kat bumi Kesang Pajak. Dan sungguh sedih menghabiskan hari lahir dengan mensetelkan urusan tugasan yang tiba-tiba datang. Kata nostalgik.

Dan di malam selepas hari lahir mendapat panggilan telepon yang bagitau kat rumah Banting ada seorang insan mulia buat surprise dengan belikan satay dan kek. Manakala anakanda yang kurang pengajaran ni masih bersantai kat Melaka menonton Anugerah Industri Muzik kat ASTRO. Huhu. Soalan, siapakah insan mulia tersebut? Saya sudah bagitau insan mulia tersebut mahu duduk Melaka pada hujung minggu menjenguk Khairina dan mamanya T_T. Maafkanlah anakanda yang kurang berintegriti ini. Eh tiba-tiba. Mungkin saya kelihatan seperti anakanda tak mengenang budi. Ampun. Balik Banting nanti denda la apa saja.

Mama Khairina, timekasih atas soto yang sedappppppppp tu. Seribu kali makan tetap rasa sedap hehee. Mama Aleesya & Amani, timekasih atas lawatan. Saya masih kekok nak pegang baby Amani huhuuu. Kena praktis lagi gigih ni.

Sebelum ni, bila hampir tiba hari lahir, mesti terasa poyo bercerita itu ini. Kali ni, mungkin dah matang jadi dah nak ujung November baru nak cerita. Sekian, terima kasih.

p/s : rujuk lah kajian Dr. Fadzilah Kamsah pasal bulan kelahiran tu. Dengan penuh perasan, saya umumkan rasanya 83% ciri-ciri November ada pada saya 😉 😉 😉

Mengukur Jalan

dari Putrajaya – Seri Kembangan – Ampang – UIA Gombak – Petaling Jaya – Klang – Banting.

161 km. Jumlah jalan yang berjaya aku ehh silap Itam ukur. Ternyata berbaloi-baloi sampai terlajak kata boleh diundur, terlajak servis melayang RM.

Petang – Malam Khamis

Sampai Ampang, dengan Fadh & Kak Tikah & Kak Liza. Melawat2 beberapa tempat.

Tidur UIA & habiskan masa macam zaman dulu2 tengok filem kat laptop. Abandoned tajuk citer, sampai aku berjaya abandon citer tu dan tidur. Seperti kebiasaan.

Khamis

Datang rumah Janna kat PJ. Keluar sama If sekali makan tengahari kat Restoran Jaring. Jatuh simpati kat pakcik jual buah lalu beli buah dengan kuantiti sangat banyak sebelum tau citer sebenar.*****HUhuuuuuuuuuuu

Petang balik singgah JJ Bukit Tinggi. OHHH ade J Card Day rupenye. Pening sungguh ramai sangat orang, memang tak beli apela. Ukur luas JJ pakai kaki je la.

Jumaat

Dating dengan Hamnah servis kereta & jalan2 cuci mata. Macam zaman dulu kala. Seronoknya bermuhasabah diri hihi.

Sabtu

Dating dengan Azzuri gi kenduri kawen Liyana. Dan pusing2 pekan Banting di waktu hujan lebat.

Ahad

Dengan Azzuri & Khana gi kenduri kawen kawan diorang. Pantang orang lapar diajak. Walau agak musykil awal tu bolehke datang kenduri orang tak jemput? Err, anggap temankan orangla.

Aku ni dahla jarang bukak fb / emel, sekali cek emel, ada tugas yang harus dilaksanakan.Nampaknya esok harus kerja. Tengah pikir cara kerja ‘smart and steady’ ni. HAHA. Bawak dalam mimpi dulu. Esok kita selesaikan. Layan bola dulu. Ke bola yang layan aku nanti.

Sahabat2 semuaaa, time kasih atas hadiah dari korang. Tak kiralah dalam bentuk hadiah betul / masa / tenaga / semua gelak ketawa / perkongsian cerita juga. Sedih sebenarnya. Perkataan stress macam dihantar bertalu2 ke otak. Sedih bila teringat semua makin berubah dan masa lalu tak mungkin berulang. Sorang2 kawen, dan tanggungjawab dah ke arah lain. Takdelah jalan-jalan cari makan etc lagi kan pasni? Time kasih pada puan2 yang sudi temankan saya sebab suami masing2 takde atas hal kerja. Yang cik2 dan bakal2 puan tu pun, seronok dapat mengenang masa lampau. Masa depan untuk dihargai, masa lalu kan untuk dikenang. Salam Maal Hijrah semua! sob sob sedih pulak.

Suatu Ketika

Umum tau, aku memang senang ikut orang. Senang cerita, aku suka temankan orang g mana-mana pun. Suatu pagi yang hening, aku separuh rela temankan bapak g Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Bapak kena buat regular check-up dia. Cek darah, cek kesihatan. Orang situ mesti tau betapa penuhnya klinik tu. Kenapa separuh rela?

1. aku sedih tengok orang-orang sakit

2. aku tau memang kena tunggu sampai tengahari walaupun datang pagi

3. siapa suka datang klinik?

Memanglah. Datang pagi-pagi jam 12 lebih baru keluar. Lama tunggu je. Sabarlah hati. Kata suka teman orang. Balik dari situ bapak ajak pergi pekan Banting pulak. Your wish is my command. Asalkan bukan saya yang drive. Hehehe. Apa punya anak kan? Camni mengaku mithali? Memang tak lah. Teman pergi sana-sini. Pastu temankan makan kat Bazaar Banting. Boleh je, asalkan bukan saya yang belanja. Hehehe. Memang belum capai tahap mithali lagi. Yela, siapa ajak, dialah belanja.

Sebab bapak belanja, aku pun ambik 1 mangkuk masak lemak siput sedut. Banyak kolestrol tapi, orang belanja kan.

Tengah makan, keluar dialog ni;

Bapak : Dulu, wak *** selalu datang dating kat sini. Dengan orang kedai ****(sambil tunjuk ke satu kedai dekat situ)

Aku : Oh ye ke, bukan dia duda ke?

Bapak : Tula, tapi sekarang dah takde lagi. Tula, kalau bercinta, semua nampak cantik. Padahal bila jumpa ada syaitan kat tengah-tengah. Kang jadi yang bukan-bukan. Dah takde pape la tu.

Aku : sebab tak tau mau komen apa, aku pon pura-pura khusyuk memamah siput sedut yang lazat tu.

Lepas kenyang alhamdulillah, aku pun tunggu bapak bayar. Yang agak memusykilkan kepala otak aku ni, apsal bapak aku tau banyak sangat apdet pasal orang-orang kampung aku ni? Kaki gosipkah beliau sebenarnya? Atau aku yang ketinggalan zaman? Entah.

 

Celebrating Failure

Tajuk berlagak. MACAM ORANG PUTIH. Semalam berangan nak dapatkan buku ni, harini dah dapatkan pengalaman hidup celebrating failure meraikan kegagalan. Sedih kisahnya. Sediakan tisu siap2 biar boleh cover kalo rasa mau nangis di hujung cerita.

Dalam pukul 11 pagi tadi saya keluar ofis (halal okeyyy, mintak kebenaran keluar) sebab mau matikan setem kat pejabat LHDN. Sebab PTPTN Ujrah la ni. Dah sebesar alam kat Putrajaya ni takde, terpaksalah ke LHDN Kajang. Sejarah hidup dulu membuktikan KAJANG tempat yang membawa mimpi ngeri. Rujuk sini dan sini. Dan satu2nya kenangan indah hanya semasa makan sate Kajang. Oh dan makan hotel yang agak sedap tu.

Beli setem hasil kat Anjung, pusing2 tak jumpa parking. Akhirnya sukahati letak kereta tepi simpang jalan besar. Bahaya, tapi doa n tawakkal kan senjata orang mukmin. Heheeee. 11.30 lebih baru keluar dari Putrajaya ke LHDN Kajang yang tak tau kat celah mana. Di saat tu baru menginsafi diri tak rujuk kat map Lebai Google. Dan tak berapa nak ingat pelan yang diberi. Cuma ingat Balai Polis Kajang je landmark dia.  

Saya macam biasa lah, pakai 3 gandingan – signboard, tawakkal, naluri. Terlajak sana-sini. 12.10, tak jumpa gak. Telefon Kak Asykin. Banyak cubaan ala2 pemandu pro dah saya buat. U-turn sesuka hati. 12.30, baru jumpa bangunan tu. Laaaaaaaaa, kat situ rupanya. Hentian Kajang yang saya tak pernah tau nama. 2 3 kali pergi pon tak tau jalan.

Resam padi berisi tunduk. Resam pejabat kerajaan 12.15tghari – 2.45 ptg tutup. Alang2 menyeluk pekasam, tunggu sampai 2.45 la kau. Sedih tau. Lewat 15 minit je….Jadi untuk meraikan kegagalan matikan setem tengahari tu, saya pon merancang jadual tengahari tu.

12.30 – 1.30 : Lepak kedai mamak. Order milo ais + roti telur + roti sardin (RM7.00. Diskaun RM0.70). Celebrating failure. Nampak macam ini wanita kesepian putus cinta lalu berduka lara dengan makan banyak di kedai mamak. Tu kot pandangan orang. Tapi saya tak peduli. Saya makan bayar okeh. Yela, sekejap2 mamak tu datang tanya saya nak kari ayam ke, kari daging ke, sekejap itula, inila. Saya bukan kesepia, saya kebosanan!

1.30 – 2.15 : Suraula mana lagi. Qailulah hehehehee.

2.15 – 2.45 : Pusing2 sampai kepala pusing.

2.45 : LHDN here I come. Lepas mati setem, pos. Balikkkkkkkkkkkkk.

Sedih kan cerita saya celebrating failure. Lambat 15 minit je. Dan ia mengubah macam2.

p/s : patut ke tambah GPS dalam wishlist? penting ke?

Mengidam

Di satu petang Khamis yang saaaaangat mengantuk ni terasa mengidam benda-benda ni :

1) Buku Celebrating Failure, penulis Ralph Heath.

2) Buku The 360o Leader, penulis John C. Maxwell.

3) Kek iniiii. Yogurt Cheese Secret Recipe. Nak beli sepotonglah pastu makan penuh perasaan.

sumber : Lebai Google

 

Nombor 1 dengan 2 tu sebab tadi baru balik bengkel jadi terbersemangat nak cari dua buku tu. Sekarang ni kerajinan cuma di tahap membaca blog artis saja, agak memalukan. Jadi harus berubah.

Nombor 3 tu memang mengimbau kenangan lalu. Dengan teman-teman. Ingat lagi Ecah belanja kitorang ramai-ramai waktu reunion tipu-tipu dulu tu.

Ngantuklah. Nak Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

p/s : ni semua baru masuk dalam wishlist. makin lama makin banyak senarai dia yang tak pernah berkurang. *sigh*

ironi

Saya ada tabiat ni. Bila berselisih kereta kat jalan sempit (contoh, Jalan Sentosa-jalan nak masuk rumah saya tu la) saya suka berhenti tepi pastu bagi orang lalu dan berharap orang yang saya bagi laluan tu angkat tangan. Rasa macam ada hubungan harmoni sesama insan gitu. Bila orang lain bagi jalan kat saya, saya memang poyo dan beria nak angkat tangan. Tanda terima kasih daun keladi kalau ada bagila jalan lagi. Tapi taklah sampai poyo angkat tangan kalau jarak sebatu tu haaa.

Dan memang cukup pantang (walaupun belum pernah mengandung dah siap ada pantang bagai) bila orang yang saya bagi laluan tu tak bagi tangan pun. Buat dek je. Takde rasa terima kasih langsung. Tangan tu Tuhan bagi bukan untuk letak kat stereng doploh pat jam. Angkat tangan pon boleh tunjuk terima kasih, fyi. Bencilah. Memang saya akan kutuk orang gitu sebab tak puas hati.

Ironinya, minggu lepas waktu lalu jalan sempit tu otak saya ni tengah gigih fikir pasal apa ntah (cop, bukan berangan okehhh) saya pulak buat benda yang saya pantang tu. Ada satu kereta tu bagi jalan kat saya tapi saya, jangankan angkat tangan, pandang apatah lagi. Tak perasan. Bila dah lepas, baru tersedar. Takkan nak patah balik pastu angkat tangan kan?

Yang manakah paling tepat dengan saya;

a) baling batu sembunyi tangan

b) mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

c) nasi tak retak pinggan tak dingin, engkau tak hendak aku tak ingin

d) sayangkan anak tangan-tangankan

Bulatkan jawapan yang betul mengikut citarasa sendiri.

Err, mungkin b) jawapan paling cocok. Moralnya, janganlah berlebih-lebih membenci sesuatu sebab suatu masa nanti mungkin ia akan tuding kat diri sendiri. Encik yang bagi saya jalan, semoga dirahmati Allah selalu. Encik yang tak angkat tangan bila saya bagi jalan, pasni saya akan fikir positif – anda juga kuat berfikir macam saya sampai tak perasan ada orang lain baik hati dah bagi laluan. Heheeee