Cahaya

Assalamualaikum wbt. Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin semua!

Silentnur sudah lama sepi. Bak kata kakak Yuffa: ‘Sepi itu Indah’.

Saya mengaku walaupun bercita-cita setinggi bintang mau mentadabbur Al-Quran di bulan Ramadhan, hasrat tu nampaknya tinggal ke laut. Jadi tengahari begini moleklah saya kemaskini hasrat tu dengan kawan-kawan semua. Cuma nak berkongsi satu ayat Al-Quran yang saya paling suka. Surah An-Nuur ayat 35:

Maksudnya terlalu indah dan menyentuh hati.

Kredit pada tuan punya link http://menujukesejahteraan.blogspot.com/2008/07/ringkasan-tafsiran-surah-nur35.html.

 

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمنِ الرَّحِيم

(ألله نُورُ السَّماوَاتِ والأرْضِِِ ) “Allah Pemberi Cahaya kepada langit dan bumi”. Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a tentang firman Allah di atas iaitu; Allah yang memberi petunjuk kepada makhlukNya di langit dan di bumi. Manakala riwayat lain dari Ibnu Juraij berkata Mujahid dan Abdullah bin Abbas mengatakan tentang ayat di atas ; iaitu Allah yang mengatur urusan di langit dan di bumi, mengatur bintang-bintang, matahari dan bulan.

 

(مَثَلُ نُورِهِ) “Perumpamaan cahayaNya” bermaksud perumpamaan petunjukNya (cahayaNya) yang ada dalam hati orang mukmin. (كَمِشْكَاةٍ ) “Seperti sebuah lubang yang tak tembus”. Dari Ibnu Abbas, Mujahid, Muhammad bin Ka’ab dan yang lain meriwayatkan; (مِشْكَاة) adalah tempat sumbu pada pelita.

 

(فِيها مِصْبَاحٌ) “Yang di dalamnya ada pelita besar”. Ubay bin Ka’ab berkata, maksud (مِصْبَاح) ialah cahaya, iaitu al-Qur’an dan Iman yang terdapat di dalam hati orang mukmin.

 

(الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ) “Pelita itu di dalam kaca”. Ubay bin Ka’ab dan para ulama lain meriwayatkannya sebagai perumpamaan hati bagi orang-orang mukmin”

 

(الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْ كَبٌ دُرِّيٌّ) “kaca itu seakan bintang (yang bercahaya ) seperti mutiara,”

 

(يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ) “yang dinyalakan (pelita) dengan minyak dari pohon yang mempunyai banyak berkahnya.

 

(زَيْتُونَةٍ)” iaitu pohon zaitun (dikhususkan oleh Allah dengan banyak manfaatnya).

 

(لاَشَرْقِيَّةٍ وَلاَغَرْبِيَّةٍ)” yang tumbuhnya tidak di sebelah timurnya dan tidak juga di sebelah baratnya.” Abu Ja’afar ar Razi meriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab berkenaan ayat ini: iaitu pohon zaitun yang hijau dan segar yang tidak terkena sinar matahari, malah dalam berkeadaan baik samada ketika matahari terbit maupun ketika matahari terbenam. Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut lagi; demikianlah sifat orang Mukmin yang terpelihara dari segala ujian. Adakalanya dia tertimpa fitnah, namun Allah meneguhkan imannya. Seorang yang mukmin akan sentiasa berada dalam keadaan sifat-sifat berikut;(1) dia jujur dalam bicaranya, (2) dia adil dalam menghukum, (3) dia sabar jika ditimpa cubaan dan (4) dia bersyukur apabila mendapat nikmat.

 

(يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْتَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ) “iaitu yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api (yakni disebabkan kilauan minyaknya bercahaya walaupun tidak disentuh api)”. Ayat di atas merupakan kiasan Allah dalam menyifatkan kejernihan dan keelokan minyaknya.

 

(نُورٌ عَلَى نُورٍ) “cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)”. Al ‘Aufi meriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa maksud ayat di atas adalah iman bagi seorang hamba dan amalnya. Manakala Ubay bin Ka’ab berkata tentang ayat ini; ianya daripada lima cahaya; (1) perkataan orang beriman adalah cahaya. (2) amalnya adalah cahaya (3) tempat masuknya adalah cahaya (4) tempat keluarnya adalah cahaya (5) tempat kembalinya adalah cahaya pada Hari Kiamat iaitu Syurga.

 

(يَهْدِي اللّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَآءُ) “Allah membimbing kepada cahayaNya (iaitu kepada agama Islam) bagi siapa yang Dia kehendaki”.

 

(وَيَضْرِبُ اللّهُ اْلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍعَلِيْمٌ) “Dan Allah memperbuat (menjelaskan) perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” iaitu Dia Maha Mengetahui siapa yang berhak mendapat hidayah dan siapa yang berhak disesatkan.

Cahaya atas cahaya. Nuurun ‘alannuuur. Suka sangat ini!

Okeyyy mau mencarik bahan untuk operasi kuali petang ni. Lepasni operasi bersihkan sawang silentnur pulak.

Advertisements

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum blog dan kengkawan. Boleh nak eksaited dengan tajuk di atas tapi jangan lebih-lebih sebab ini cerita aku, bukan adik pompuan aku. Arakian tau, adik aku dah selamat jadi isteri orang 2 Jun 2012 yang lepas. Lepas sekian lama tak tidur4.30 am dan bangun secara terkejut jam 6.30 am sebab bergotong royong setelkan hantaran secara berjemaah, aku bersyukur sebab tak terlajak bangun. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur qadha’ Subuh le gamaknya (uhuk uhuk, bunyi perli tuuu).

OK. Tamat kisah adik aku kawin. InsyaAllah akan dihuraikan cerita dalam episod lain. Mukadimah je tu.

Merujuk tajuk di atas, kisah tentang aku. Selamat Pengantin Baru.

Tarikh: 13 Jun 2012

Masa: Lepas Zohor, 2.30 petang.

Errr tak tau la camne nak mula. Aku tiba-tiba dalam satu situasi yang berupa seorang wanita duduk tepi tingkap sambil mengenangkan fakta aku terpaksakahwin pada tanggal 13 Jun 2012 lepas Asar. Ala-ala kawin paksa sebab satu hape persediaan pun takde. Sikit secubit kuman pun aku tak ingat yang aku bakal kawin petang ni. Worse come to worst, aku tak kenal la sape pengantin lelaki tu. Dan lagi menyedihkan adalah perkahwinan yang bakal aku hadapi ni sikit pun tak sama macam majlis yang selalu aku impikan. Haha mestilah semua orang ada impian sendiri untuk majlis korang kannnn. Be it sederhana atau mewah, terpulang pada individu. Yang pasti, mesti ada kan. Alahai, kalo kata takde, nak cover line la tu hehe.

Dan satu lagi tak boleh blahh sebab dalam tak nak aku kawin tu, dah ada OP rupanya. Pulak tuu, bro Acaii Jawe lak jadi photographer. Hahaha. Eh, bukan jadual dah pack ke? aku tanya. Bro Acaii Jawe pun jawab, takpe ambik  job ni bolh balik kampung sekali. kite kan geng. Geng Jawa. Memanglah dulu aku pernah tanya boleh tak nak mintak bro Acaii jadik photographer, sambil terbayang photoshoot kat padang UPM yang cantik tu, tapi tu kan angan-angan je T_T. Tak sangka betul2 jadi.

Memang pasrah jela dari lepas Zohor nak tunggu Asar tu. Rasa cepattt sangat berlalu. Aku tak mau, tapi aku kaku. Tak tau apa yang sebabkan aku setuju kawin dengan ntah sapa yang tak ketahuan tu. Misterinya. Ke aku tak setuju tapi kena paksa? Serius tak ingat apa yang jadi sebelum Zohor dan hari-hari sebelum tu.

Terfikir gak, itu tak setel lagi, ini tak setel lagi. Yela, sebelum ni adik aku kawin, tiba-tiba aku pulak. Mengejut. Aku lagila terkejut. Selang seminggu je kot. Tapi takde mood. Pasrah je sambil berharap masa boleh diundur dan semua ni mimpi belaka. Nangis dah sebaldi lebih dan itu tak mampu mengubah apa-apa. Yang jadi akan tetap terjadi. Huhu.

Akhirnya, masa yang tak dinanti-nanti tiba jua. Aku serius tak dapat berfikir selain berdoa pada Allah, tunjukkanlah jalan yang benar. Putarkanlah semula masa supaya apa yang tengah jadi ni tak terjadi. Aku belum sedia. Aku belum sedia untuk semua ni jadi camni. Dan saat tu pun tiba. Takde mood ok nak tengok bakal suami. Kawin paksa kot. Aku mula gelabah. Nak buat apa ni?? Semua orang sekeliling tenang, macam takde apa-apa terjadi. Mana boleh macamni? Ini masa depan aku. Dunia dan Akhirat. Mana boleh kawin dengan sesiapa saja?. Tolonglah semua freeze! biar aku boleh lari. Atau aku nak create drama? Mana boleh, derhaka kat orang tua nanti buat kecoh dalam masjid.

Ya Allah, cemasnya. Dah nak akad. Dah mula pun. Ya Allah, aku harap sangat sangat, aku mohon sangat-sangat ini cuma mimpi. Aku tak sedia hadap semua ni. Dan, Allah makbulkan doa hambaNya di saat betul-betul diperlukan. Heheee mimpi jela korang. Mimpi seram la kot. Konpius gak bila terjaga tu.Sebijik macam real. Tapi betulla mimpi. Tengok jam, nak Subuh dah. Mana mungkin akad nikah waktu camni. Kat sebelah aku, si kucing comel tengah nyenyak tidur. Mana mungkin bawak kucing masa nak kawin, apatah lagi dalam masjid ^_^.

Syukur syukur syukur kepada Allah. Mimpi saja. Errr tapi kan, sebab dah tau cuma mimpi kan, boleh tak mohon supaya mimpi tu bersambung malam ni? Nak tau gak siapa bakal ……… tu kan. Mimpi je, bukan betul-betul pon. Hihi. Merepek la anda ni.

 

Entri lain akan cuba ditaip selepas ni. Kisah ini harus tulis dulu supaya tak lupa. Eh sebenarnya, supaya malam ni ada sequelnya =D

Budak-budak kecik yang comeyyyy

Bulan malam ni cantiiiiik sangat. Bulan penuh. Bulan bulat, comeyyy dan terang.  Indahnyaaa ~~Tau tak perasaan ni sama dengan perasaan bila pandang dalam-dalam mata budak-budak kecik berdua ini – cik adik Dhiya Khairina & cik abang Ahmad Deedat. Ehh, cik abang kecittt.

Ingat tak ibu-ibu  -Kak Gee n Kak Jas– dulu pernah pusing-pusing Bandaraya Melaka makan Kenny Rogers la pastu tersinggah p Mydin lak sampai malam. Saya selaku pemandu amatur terasa sungguh bergaya mutu keunggulan kerana berjaya membawa dua ibu sarat mengandung waktu tu. Bergayalah sangat ekeke. Tak sangka dua babies tu sekarang dah selamat lahir dan membesar bagaikan juara. Aamiin. Sorang jadi Imam Muda, sorang jadi Ustazah Pilihan. Nak?

Baiklah adik-adikku yang comeyyy belaka, makcik (fuhhh menggeletar lutut bagai nak menaip ‘makcik’ di situ ekeke) dengan penuh takzim dan perasaan konon rajin, nak mengasah bakat Adobe Photoshop makcik yang sekian lama berkarat buat tatapan warga Malaysia sekalian.

 

bila dak2 kecik berborak. beginilah jadinya

 

dhiya khairina – my ex-housemate

Wajarlah gambar cik adik Khairina lagi banyak sebab selain menjadi anak Kak Gee, Khairina juga merangkap housemate saya. Dari sebelum lahir sampailah lepas lahir 🙂

ironi

Saya ada tabiat ni. Bila berselisih kereta kat jalan sempit (contoh, Jalan Sentosa-jalan nak masuk rumah saya tu la) saya suka berhenti tepi pastu bagi orang lalu dan berharap orang yang saya bagi laluan tu angkat tangan. Rasa macam ada hubungan harmoni sesama insan gitu. Bila orang lain bagi jalan kat saya, saya memang poyo dan beria nak angkat tangan. Tanda terima kasih daun keladi kalau ada bagila jalan lagi. Tapi taklah sampai poyo angkat tangan kalau jarak sebatu tu haaa.

Dan memang cukup pantang (walaupun belum pernah mengandung dah siap ada pantang bagai) bila orang yang saya bagi laluan tu tak bagi tangan pun. Buat dek je. Takde rasa terima kasih langsung. Tangan tu Tuhan bagi bukan untuk letak kat stereng doploh pat jam. Angkat tangan pon boleh tunjuk terima kasih, fyi. Bencilah. Memang saya akan kutuk orang gitu sebab tak puas hati.

Ironinya, minggu lepas waktu lalu jalan sempit tu otak saya ni tengah gigih fikir pasal apa ntah (cop, bukan berangan okehhh) saya pulak buat benda yang saya pantang tu. Ada satu kereta tu bagi jalan kat saya tapi saya, jangankan angkat tangan, pandang apatah lagi. Tak perasan. Bila dah lepas, baru tersedar. Takkan nak patah balik pastu angkat tangan kan?

Yang manakah paling tepat dengan saya;

a) baling batu sembunyi tangan

b) mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

c) nasi tak retak pinggan tak dingin, engkau tak hendak aku tak ingin

d) sayangkan anak tangan-tangankan

Bulatkan jawapan yang betul mengikut citarasa sendiri.

Err, mungkin b) jawapan paling cocok. Moralnya, janganlah berlebih-lebih membenci sesuatu sebab suatu masa nanti mungkin ia akan tuding kat diri sendiri. Encik yang bagi saya jalan, semoga dirahmati Allah selalu. Encik yang tak angkat tangan bila saya bagi jalan, pasni saya akan fikir positif – anda juga kuat berfikir macam saya sampai tak perasan ada orang lain baik hati dah bagi laluan. Heheeee

Minyak o minyak

Petang2 ni rasanya ada mood nak update la. Bulan puasa memang bagi impak yang besar. Rasa makin bertenaga, bersabar dan berlapang dada terima semua dengan redha. Ececeh. Hikmah bulan puasa.  Tapi apa kaitannya dengan minyak? Naik minyak di bulan puasa ke? Bukan. Dan, janganlah. Takmau.

Cerita 1

Yang ni bukan masa bulan puasa. Pagi tu, minyak kereta tinggal 2 bar je. Sebab malas isi petrol, gamble je bawak kereta dari Banting – Seri Kembangan. Konon cukuplah. Sebab biasanya memang cukup. Sekali jammed teruk daaa. Polis buat roadblock sempena perhimpunan BERSIH tu. Kat Banting, kat Putrajaya n all the way to Seri Kembangan. Bayangkanlah betapa nebesnye i bila minyak tinggal 1 bar lalu berkelip2 indah laksana bulan mengambang? Yelah, dah brek jalan brek jalan manalah minyak tu tak abes cepat.

Lalu di saat genting tu dan aku tersedar kalo tengah2 jammed ni kereta ni abes minyak lalu mati camne? Dahla begitu poyo memandu kat lane kanan. Berfikir 10 minit. Aku nampak signboard arah UPM kat sebelah kiri. Ntah2 ada stesen minyak. Dan gamble kat celah-celah banyak kereta supaya tak terlepas simpang. Akhirnya, berkat ikut naluri wanita ini, ada sinar harapan bila nampak stesen minyak. Berjaya penuhkan perut Itam, berjaya gi kerja dan seterusnya BERAZAM TAK MAU MALAS ISI MINYAK LAGI.

Cerita 2

Sayang sejuta kali sayang AZAM tinggal kenangan. Kali kedua jadi masa bulan puasa. Hari pertama puasa wajarlah balik sharp on time. 4.30 pm. Oleh kerana kali ni naluri wanita salah, minyak yang tinggal 2 bar akhirnya jadi 1 bar dan berkelip2 indah mintak diisi. Jammed punye pasal. Kali ni kat Putrajaya. Tak keluar gi jalan utama lagi dah jammed. Tak boleh nak salahkan sesapa lah, ni memang salah sendiri tak ambil iktibar dari pengalaman. Dan usaha serta tawakkal membuahkan hasil bila bawak pelan2 sambil tutup air-cond sambil berpeluh-peluh memandu, dan berjaya ke stesen minyak terdekat yang memang jauh.

Sabor ajelah dengan diri sendiri. Kalau Itam boleh bercakap, konfem ni ayat dia ‘Kalaulah dapat tuan tak rajin isi minyak camni, baik letak aku kat garaj pastu tak payah bawak gi mana2, buat nebes i jer’.

Dan, kerana ini bulan puasa, maka bersabarlah dengan semua rencah hidup ini. Selamat berbuka 🙂

Julai, selamat datang

1 Julai, Jumaat. 29 Rejab 1432H. Tipu. Sebenarnya, tulah draft dari 1 Julai dulu. Harini baru ada semangat nak taip. Rasa takmau tulis sebenarnya. Tapi harus tulis supaya tak lupa. Julai, beberapa benda sedih jadi. Yang heppi pun ada tapi kena simpan dulu hehehe. Okeh, sedih balik.

Sedih 1.

Setakat ni, Itam dah 3 kali aku cederakan. Cedera 1 : aku langgar divider depan KFC Jasin. Cedera 2 : aku tersagatkan dia kat tiang rumah sewa. Cedera 3 : paling cedera sekali sebab aku langgar kereta orang tak sengaja. Cuailah aku ni kuat berangan. Orang nak keluar simpang tengok kiri kanan, aku pulak sangat unik : KONSENTRASI sehabis baik tengok depan. Huhu. Eksaited maa tengok parking kat depan tu banyak kosong terus meluru tak pandang kiri kanan. Dahla eksiden tu jadi kat parking. Parking okey, parking bertingkat pulak. Betullah malang tu tak berbau, dia berbunyi. Sedangkan aku pun trauma sampai sekarang, apatah lagi mangsa kejadian. Dahla terbang melayang duit aku RM400 bayar mangsa, Itam pulak makin cedera. What to do? Isk. Jangan risau, aku tak nangis.

Sedih 2 :

Yang ni aku surrender. Aku nangis sungguh2. Bagi siapa yang kenal Cinggu, Cinggu dah mati :(………………….Dia sakit. Dahla tengah bunting, aku ingat dia tak larat je. Ala, macam ibu-ibu yang tengah pregnant. Rupanya dia sakit. Nak ulas panjang lebar, aku tak mau. Dia mati 3/7/2011. Cuma terkilan. Di waktu semua orang tengah sibuk nak hantar ke klinik, Cinggu mati. Aku tengok dia mati. Aku seorang. Kenapa? I do not know. Aku tak mau tau kat mana dia ditanam. Aku sibuk menangisssssssss je. Cuma yang aku tau, sekarang ni tak ada Cinggu nak sambut aku balik kerja, tak ada Cinggu nak tidur kat kaki tiap-tiap malam, tak ada dah kucing garang yang memang tak lepas untuk ambik gambar waktu raya. sob sob sob sedih. Sekarang harus let go dan menyedari semua yang disayangi tu akan pergi. Cepat atau lambat. Janganlah letakkan semua kesayangan pada manusia because it won’t last forever……………………………………titik.

Julai baru 1/3 melepasi. Lagi 2/3, janganlah ada apa-apa yang sedih. Julai, jangan tambahkan sedih lagi. Ia effect prestasi kerja tau. Dan prestasi hidup. Julai, selamat pergi.

Tiada tajuk.

Kebelakangan ni adela beberapa orang yang tanya ‘dah ada boyfren ke?’. Emm rasanya kalau usia ni lagi 9 bulan genap 27 tahun baik saya jawab camni je ‘kalau umur camni rasanya tak cari boyfren dah, baik saya cari suami’. Tu jawapan dalam hati. Jawapan pada diorang ‘Nanti bila dah terbuka hati, insyaAllah adela. Lepastu nak terus kahwin. Heehee (bunyi sedikit gataiii di situ)’.

Macamtulah. Bila ada yang kata macam mana nak terbuka hati kalau asyik tutup je. Nak buat macammana, pakar kata saya ni memang kurang emosi. Sebab tu kadang2 tak paham. Nak cakap dengan saya harus go straight, don’t belok-belok. Pantang saya kalau ada orang berkias-kias bila menegur salah-silap saya. Cakap terus-terang tanpa menyakitkan hati pun boleh kan.

Oh ye, selain kurang beremosi, saya juga kalut. Insiden semalam membuatkan saya tersedar, saya harus ada soulmate yang boleh menjadi problem-solver saya yang kalut ini. Ahaha. Semalam air tumpah atas bajulah, lepastu bila ada ofismet perlukan pertolongan, saya jadi pening tiba-tiba, walhal masalahnya kacang goreng je. Syukur ramai kawan2 bantu. Lepastu bila kalut, saya terlanggar divider jalan pula waktu reverse kereta. Oh ntahpapelah. Rasanya perlu rehat di rumah dan jogging di Taman Botanikal.

Tabahkan hati, lepas minggu depan baru balik kampung! i’ll be back, Cinggu ^_^

Saya fikir, elok kita balik kampung dulu.

Nampaknya azam tahun baru zikir+fikir tak berjaya jadi kenyataan. Ehem. Buat masa nilah. 2011 panjanggggggg lagi kan. Sebab lately ni selalu 2 situasi ni terjadi. Either 1) Bila gabra selalu cakap tanpa fikir. or 2) Nak cakap tapi selalu tak dapat keluarkan dari otak amende yang nak dicakapkan tu. Macam neuron2 dalam otak ni lembap dah disconnected. Takkanlah salah raja semut ni?. Hesh tak baik salahkan binatang.

Nak bukti? Meh saya bagi 3 bukti kukuh problemo fikir2 ni.

Bukti 1

Suatu pagi kat depan thumbprint.

Kak A : Axxxxx, kenapa thumbprint lambat haritu? Nama naik J*** tau.

Saya : Err err. Jammed. (dalam hati, ohh yang lambat 8 menit tuhh)

Dan terus pergi cepat2 lepastu baru sedar kalau kau memang duduk ceruk tok kun ni ha mana mungkin jammed oiii. Padahalnya nak cakap lain tapi keluar ayat lain. Sebenarnya pagi tu bertolak dari Banting jadi tak dapat estimate masa nak sampai. Dahtu, malam sebelum tu saya tidur lewat tengok AJL lalu bangun lewat so jadilah lewat sikit. Hehe. Jadi lepas tu jumpa kakak tu explain perkara sebenar. Nak buat camne, pagi tadi otak saya tak dapat cernakan soalan kot jadi terus merapu bagaiii.

Bukti 2

Suatu pagi kat depan thumprint. Ait, thumbprint jugak?

Hari itu hari Rabu. Ambience rona-roni makaroni ehh rona-rona kehijauan jelas bertebaran satu ofis. Sudahlah lewat mau thumbprint, baru terperasan diri jadi wanita melayu terakhir *haha perasan* sebab pakai baju kurung padahal big boss dah pesan pasal formal attire on Wednesday. Udahla tu, dan-dan terserempak pulak big boss kat thumbprint.

Saya : Uhukk uhukk (dalam hati ‘apasalkah mulut ni gatal nak batuk depan big boss’. Rasa nak jadik invisible je masa tu. Kenapa masa saya berbudi pekerti mulia rajin bekerja tak pulak terserempak dengan bos tapi masa nak lewat thumbprint+tak pakai formal attire tu jugakla nak terserempak? Why o whyyyyyy)

Big boss : Demam ke?

(hallamak padahal saya budget dia nak tegur sebab tak ikut dressing code hari tu). Nak petik jari pastu ghaib boley???

Saya : Errr. Tak berapa demam~~~

(apa gred punya jawapanlah. Nasib baik big boss tak tanya lanjut. Tapi dah terlepas cakap ni camne? Malu OH malu. Mulut ni cakap tak fikir dulu. Rasa nak balek rumah tukar baju masa tu jugak lepastu datang tayang depan big boss ‘oh saya penjawat awam gred A, tukar baju sepantas superman’. Dahla malu, kena gelak dek preggy mommy tu pulak. Ekskius mi, i bukan mintak simpati big boss tau. Batuk tu tindakan refleks sebab kegabraan. Haishhhhhh.

Bukti 3

Ekceli Khamis lepas saya puasa ganti jadi berazam kurangkan cakap. Kalau boleh, tamau cakap bila tak perlu. Niat nak kurangkan dosa. eceh. Tapi ada sekali masa miting tu bila nak cakap terus tak mau keluar amende yang nak dicakapkan. Ada dalam kepala tapi bila nak cakap tak boleh. Macam ada short-term memory. Sungguh seram bila mengenangkan. Bukannya tak fokus tapi memang tak dapat fikir. -__-

Atas dasar itulah, saya ambik cuti seminggu sempena sambutan CNY ni. Saya fikir, elok kita balik kampung dulu. Bagi rehat sikit otak kat kampung. ^_^ i like!

Sah, memang sah!

Apa nak jadi apa nak jadi sampai sekarang tak insaf lagi EH Eh eh. Nyanyikan gaya Tan Sri SM Salim. Dah terhantuk baru tengadah. Apa daya nasik dah jadi bubur. Dah sakit baru nak insaf. Typical manusia. Mudah lupa. Arakian yang kengkawan tau, aku sangat lemah a.k.a. lembik. Sakit sikit, frust sikit dah kalah ayam berak kapur. Baru panjat Gunung Ledang sikit dah pancit. Tak fit. Bak kata Samy Vellu, stamina illek. Eh citer Gunung Ledang ni citer lain, jadi tak harus stori mori kat sini.

Harini tak sihat kot. Sebab simptom-simptom pelik spt :

1. Pergi tandas tadi air paip dia rasa macam baru cair dari salji. Sejuk gila macam air paip kat kampung buat ambik wudhu’ Subuh. Ke kulit i sensitip? Tak pernah la pulak i pi stay obersi walau sehari dua sepanjang  hidup. Oh, ada sehari. Pi Singapura. Eh tapi tu tak kira obersi ada salji kan.

2. Sakit tekak sepanjang hari memuramkan dunia. Jadi terpaksa kurang cakap sampai orang ingat aku demam. Oh ye, memang i demam, demam kura-kura. Jadi silalah dengar bunyi batukku yang merdu bak buluh perindu ni.

3. Sejuk organ dalaman. Sakit pinggang. Urat saraf rasa bisa2 manja. Mata panasss. Sekejap sejuk lepastu panas. Sakit kepala lagi fening sampai tak mampu buat kerja secara laju-laju dan rajin. Alasan maha kukuh padahal hari-hari pun produktiviti ciput je.

Hai cepat2lah hari ni berlalu. Cepatlah pukul 5. Nak balek lepastu landing tanpa kena makan ubat. Tak suka obat. Hai obat hai obat jauhlah dari saya.

Setelah dikaji selidik, rasanya ni bukan demam kura2, tapi keracunan makanan la. Mari detektif bentangkan hasil kajian. Teringat dulu aku makan lauk kenduri campur2 & malam tu pulak makan sup daging+nasik+air susu. Sungguh padanan sesuai, akibatnya esok mc tak pasal2. Semalam pulak, sarapan nasik lemak lauk ayam goreng, tengahari makan nasik lauk ikan talapia goreng berlada, petang makan dasyat berupa pakej nasi putih+sup kosong+sambal belacan+tomyam campur+kerabu sotong+kerabu mangga+kailan ikan masin+daging goreng kunyit. Kepada bakal mak mertua, saya tak selalu macam ni. hehe.*segan*.Makan bertiga okeyyy. Dan, selamat datang hari ini yang tak menyihatkan 😦

Sah, memaaaang sah!!!!Aku keracunan makanan dan pemalas jumpa dokter. Merintihlah sampai jam 5 ya! tahniah (yang sarkastik). Insaflah yang aku memang kena makan berjaga-jaga. Harus ade padanan makanan yang sesuai. Takde kerabu-kerabu sotong dah! Perut kiter kater, sekali sekala bukan hari-hari tau lepasni. Camne nak diet poket ni?

Salam Maal Hijrah+Resolusi 1432H

Salam Maal Hijrah semua. Wahai diari, lately cuaca saya agak mendung. Bilakah mendung nak berarak pergi dan membawa warna-warna pelangi, saya tak tau. Itu rahsia Tuhan. Terkadang terfikir mengapakah solat 5 waktu yang dilakukan selama ini tak dapat membedung diri dari melakukan perkara-perkara lagha. Tidak khusyukkah? Kurang ikhlaskah? Memang saya akui kurang jaga solat awal waktu. Tidak utamakan yang utama.

Apapun, m00d untuk hapdet entri tengah membuak-buak. Better earlier than never. Untuk tahun baru ni resolusi saya DUA saja. Fikir + Zikir. Iham dari kuliah Dr. Daniel. Pengetua sekolah dulu cakap berfikir tentang kebesaran Allah pahalanya lebih besar dari solat sunat. Hatta cuma lihat semut-semut di tepi longkang. Banyak berfikir menjana minda, banyak berzikir menjaga hati. Bila minda + hati bersatu maka terbitlah mahabbah dan mawaddah. Eceh. Hamba berfalsafah pula.

Saya juga mahu lahir sebagai insan baru. Sebab diri ini ibarat kain putih yang telah dicorak dengan pelbagai warna, moleklah jika dimurnikan lagi warnanya lebih indah dan berseni. Nantikan perubahan saya. Ianya tidak mendadak. Dan mungkin seperti tiada. Cukuplah sedikit dari tiada langsung.

Permudahkanlah jalanku Ya Allah. Berilah padaku maghfirah. Kurniakanku dengan keikhlasan dalam segala-galanya. Jadikanku hamba yang banyak berfikir, dan banyak berzikir. Amiiin. Semuanya dengan izin Allah.

Salam Maal Hijrah sekali lagi. Jangan lupa baca doa awal & akhir tahun dan setkan azam / resolusi masing-masing. Saya dah ada, bukan setakat draft di minda saja. Harapnya menjadi realiti. InsyaAllah.