My waiting list

Betullah fatwa pujangga yang berkata ‘Bila terasa banyak kerja, biasanya anda akan end-up dengan tak siapkan walau satu pun kerja tersebut’. Fatwa kepala sendiri yang berkata-kata. Maka, dengan ini aku isytiharkan cuti anjal waktu petang ni terhadap diri sendiri. Aku buat waiting list. Oh, senarai menunggu. Bunyi hebat. Senarai apa? Senarai menunggu kerja-kerja yang wajib, sunat dan harus untuk disetelkan. Yang makruh? Hah, yang tu aku tengah buat ni. Menaip-naip entri di kala kerja bertimbun tinggi macam Gunung Ledang. Ehh tak la tinggi sangat, macam Bukit Broga je kot.  

Tahukah anda, fatwa pujangga juga ada menyatakan bila kita buat waiting list @ TO-DO-LIST, dan bila benda2 yang dah dilistkan tu setel lalu anda strike @ potong dia, satu keseronokan akan timbul. Tak caya? Masa tingkatan 2 dulu aku pernah buat, ada satu buku lagi, dan hasilnya aku seronok buat kerja2 tu, dan dapat PMR 9A. Hehe, apa kaitan?. Dan sekarang, aku ada 3 helai kertas dengan waiting list berisi kerja2 untuk disetelkan, ada kemungkinan tak aku akan jadi lebih cemerlang gemilang dan terbilang? Ahaha.

Okeyyy, nampaknya si waiting list ni dah tak sabar2 nak mintak aku strike diorang. Em masalahnya, waiting list ni cacamerba. Bercampur baur yang mana wajib / sunat / harus / makruh untuk disetelkan dulu. Oh TIDAK Tidak tidak. Takkanlah aku kena buat senarai menunggu @ to-do-list yang baru? Gear asyik kat P ni, bila nak tukar gear D????????

Advertisements

Jumaat yang barakah, can’t wait!

Harini thumbprint lambat seminit. Gara-gara tak kunci jam lepastu buat khidmat diri secara over. Sebab sedar diri lambat sudah, siap niat lagi kalau berjaya sampai before @ on 8 am tepat, saya akan ………..*niat dirahsiakan*.

Tapi tulah, tak berjaya. Ini mesti sebab kalau saya berjaya lagi, di masa depan takkan serik buat lagi (keluar last menet). Sebab kali ni lewat, mungkin di masa depan akan serik. That’s the beauty of it. Kadang2 benda yang kita rasa tak elok sebenarnya turns out to be good, for us. Rahsia Tuhan kan.

Cakap saja, All is well. Moga semuanya baik-baik saja. Apa-apa pun, it’s Friday, and I, CAN’T WAIT =)

Fulus oh Fulus

Dulu, waktu aku kerja lepas grad, ulang-alik dari rumah hari-hari. Ada 1 hari tu, sorang kakak colleague cakap ‘Hai duit ni mengalir macam air’. Tu tahun 2008. Sekarang, 3 tahun lepas tu, umur 27 dan duduk merantau jauh dari rumah, teringat balik ayat kakak tu.

Dulu, aku tak pernah sangka akan masuk balai polis (wahaha, ayat sebijik bunyi macam kena masuk lokap). Tapi setakat ni, 2 kali dah masuk balai polis, 1 sebab ni, 1 lagi sebab mau bayar saman. There goes my sepatutnya MES To Be. Tiba-tiba membuat Month End Sale kat Balai Polis. Kalau tak, mau beli handbag yang baru, setelah sekian lama. Nampaknya harus kuburkan dulu azam tu. Dan jangan lagi dok swipe kad kredit bila mana sebenarnya tak perlu.

Dulu, mula kerja saja pasang impian nak bayar zakat pendapatan. Nama pun impian, sampai sekarang tak tercapai. Boleh tak nak buat kesimpulan camni, sebab tak  bayar zakat walaupun dah niat, ganti dengan bayar saman. Bayar kat negara. Haha aci tak?

Tapi, Tuhan ganti balik sikit-sikit. Kelmarin jumpa RM8 kat poket seluar. Semalam jumpa RM1 kat dalam kamus. Manalah tau lusa dapat seribu dalam handbag, lusa dapat sejuta dalam bank? Okey, berangan. 

Rezeki kadang-kadang jatuh tergolek. Imagining things can be plucked from the air, so sweet =D sukasuki punya peribahasa.

Datuk Polis vs. Pakcik Guard

Wahai diari, tau tak bahawa menghabiskan masa kat Kampung Buku Taman Botanikal ni memang best! Sebab ada wifi free. Heee…Lepas seminggu tak aktif berinternet la katakan. Semalam, Jumaat yang pelik. Pagi semalam hari last berbengkel, keluar pagi tu lambat jadi agak kelam-kabut. Lepas parking tiba2 kereta gerak sendiri. Isk rupanya lupa nak tarik handbrake. Ok, tarik, setel dah. Tapi entah kenapa masa nak balik tu enjin kereta tak boleh start dah. HA BIAR BETUL. Cuba 5 kali dah ni! Wawawa taktau mau mintak tolong sapa. 10 minit pikir baru perasan gear ada kat posisi D. Pandaiiiiiiiiiiii.

Petang tu pulak aku buat hal dengan polis. Tak sengaja. Sebelum tu, masa drive kat selekoh tu ada lori jalan bertentangan bagi lampu tinggi. Oh sorry bang termasuk jalan abang kot. Rupanya lepas selekoh ada road block. Ces, otak lambat digest rupanya kenapa lori bagi high beam tadi. Jadi kereta tak sempat brek terus terlajak ke depan lepas brek mengejut. Bukak cermin kereta, datuk polis terus cakap ‘lain kali kalau ada pemeriksaan polis berhenti ye’. Lalu harus buat muka comel mintak maaf dan cakap tak berniat nak jadi penjenayah. Yelah, mana tau tak payah berhenti ke, cuma lalu je.

Kenapa aku ada intention tak mau berenti, adalah sebab dulu pernah sekali tu drive kereta lalu pak cik guard UTem. Sebab kereta depan berenti, aku pon berenti gak. Rupa-rupanya pakcik guard suruh jalan. Tapi aku berenti. Konon ikut peraturan. Tulah. Salah action pada waktu yang salah.

InsyaAllah lepas ni akan berhati-hati. Hihi. Padahal tadi dah buat aksi brek mengejut. Maaf ye Itam.

p/s : Kawan2 yang baca entri ni, sila tolong doakan sekali kakak hausmet aku, Kak Gee a.k.a. Fauziah Hamzah, baru bersalin tapi baby girl comel dia terkena jangkitan kuman kat paru-paru, masuk ICU. Doakan kesembuhan baby dia ekk. Mana tau comel? of koz baby semua comel ^_^

p/s : i’m counting days and hours and minutes and seconds for something now! =D..wish me luck!!