patience and me.

What happened this morning had really push my patience to the limit. But then, I think I’m still on the right track (wrong track-macam kau lari lepas tu salah masuk trek orang. Maluuu!!!) Maybe I should change the strategy. Yes. Strategy. Be more friendly?No. Be more energetic? NO. Be more strict or ‘garrrang’? NOOO. I don’t know. Maybe I’m a way toooo lenient. I never tried to take their heart a.k.a ambik hati diorang. I’m just being me. Well, dear ******, we’ll see what I’m capable of doing after next week!Hiyaaah..bertukar menjadi Otromen!!!

This entry is very unmotivated. Here I am. Confused. This sunny Friday morning, I hope and pray so that everything’ll be better for the future.

Fight or flight anyone? I’d rather choose flight. Take a flight to Japan and spend the rest of my life there. So sweet. No lah. ‘Fight or flight response’. Its how your body respond when something happened, or when you’re stressed out of your mind. Either you fight or you run. Right now, I’ll choose run. Goodbye.

Advertisements

Rindu

Aku dalam kerinduan. Pada arwah ibu yang telah tiada. Gelak tawa, senyum mesra, kasih sayang berlipat ganda. Itu semua tiada lagi. Dan tak mungkin kembali.

Aku dalam kerinduan. Pada ruang hati terdalam. Sejak Mei 2006 itu.

Dulu, selalu, masa luang antara Maghrib ke Isya’ kami isi dengan bercerita dan bergurau senda.

Dulu, selalu, kawan-kawan kata aku dan arwah ibu macam kawan.

Dulu, selalu, kami berkumpul mendengar arwah ibu bercerita. Lebih kelakar dari Senario. Lebih lawak dari Abang Kasim Raja Lawak.

Dulu, selalu, nak makan apa? Ting!!! magic tersedia.

Dulu, kini, dan selamanya aku rindu.

Aku dalam kerinduan. Al-Fatihah.

*Sangat terkilan tiada di sisi ibu di saat akhir menghembuskan nafasnya. Syukur kami dapat bantu memandikan jenazah ibu.*

Dulu aku suka mengumpul setem, sekarang?

Fraction 1 : Doa meminta setem?

Doa itu senjata orang mukmin. Itu ustaz ajar. Jadi kecik-kecik dulu sebelum tidur aku akan doa sangat panjang dalam 10 minit minta macam-macam pada Tuhan. Macam-macam ni contohnya :

1) Jauhkan setan dan iblis dari rumah dan kebun.

2) Panjangkan umur ahli keluarga & sedara mara & umat Islam sedunia.

3) Jauhkan perogol bersiri & penjahat yang suka jual organ budak kecik.

4) bla..bla..bla..

5) Bila bangun tidur akan dikurniakan sekarung setem yang sangat banyak di bawah para dapur. (ini zaman ‘my hobby is collecting stamps and shells’. Bukan main xbox atau fesbuking.)

Erm, yang no.5 tu tak pernah dimakbulkan sampai sekarang. Tuhan bukan macam weather forecast yang kita boleh ramalkan okey. Usaha, baru tawakkal.

Fraction 2 : Percayalah magis si Dhuha.

Bukan nama orang. Nama solat sunat. Siapa amalkan memang murah rezeki. Sekali sekala aku buat, memang terus dimakbulkan doa yang aku minta. Alhamdulillah. Tuhan memang bukan macam weather forecast yang boleh diramal, tapi kalau kau buat Dhuha, dijamin doa kau akan dimakbulkan serta berasa lagi best dan live life to the fullest. Macam magic. Ting!!!. Sekian, terima kasih.

Campur fraction 1 + fraction 2 : doa + dhuha = macam dapat bonus tahunan 6 bulan gaji tiap-tiap hari. Sampai mati. Sampai kubur lagi.

p/s : Sekarang aku tidak lagi suka mengumpul setem.

Cerita-ceriti

Petang Isnin yang biru ni, ada 2 ceritera yang nak aku kongsi. Sekadar perkongsian pengalaman hidup.

Ceritera 1-Laksa, bihun dan mi ternyata berbeza.

Korang tau kan beza mi, bihun dengan laksa?. Dari zaman sekolah rendah, aku sebut bihun tu ‘laksa’, dan bihun tu ‘mi’. Tak faham? Baca dialog ni :

Kawan SRAOL : Teringinnya kite nak makan laksa..

Aku : Kite selalu makan laksa kat rumah tau. Seminggu 2 3 kali.

Kawan SRAOL : Uii, kayanya selalu makan laksa (sambil pandang atas bawah budget aku menipu la tu)

Dialog lain :

Aku : Kite suka sangat makan mi. Sangat suka..

Kawan : Habis tu kenapa tak pernah beli mi kat kantin sekolah?

Aku : Tak suka lah mi besar. Suka mi halus nipis2 aje.

Sampai aku sekolah menengah baru aku tau, ‘laksa’ aku tu orang lain panggil bihun la!! Benda yang aku panggil ‘mi’ tu, bihun sebenarnya. Selama ni, aku selalu cuba tegakkan benang basah lah. Lagi-lagi masa dialog-dialog kat atas tu berlaku. Psst..I blamed my bapak for that ;D

 

Ceritera 2 -Bagaimana SILENTNUR ditubuhkan

Aku tak minat menulis blog. Suka baca blog kawan karib aku je. Sampailah satu masa dia nak tubuhkan blog bersama, maknanya aku atau dia boleh menyumbang entri. Dan diramalkan aku penyumbang pasif.

Penat kami fikir nama, yang gabungkan kami berdua. Aku -SIL. Dia -NUR. NURSIL? No. SILLIGHT? No. (Macam silat, atau macam silly light). Last-last, dapat nama silentnur. BUKAN CAHAYA YANG SENYAP okey. Itu kebetulan. Budget sedap je.

Tiba-tiba aku jadi penyumbang entri tidak ilmiah terbanyak dalam blog ini. Maafkan aku nahwanNur. Kau masih moderator blog ni. Boleh pangkah aku di mana-mana yang tidak appropriate.

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita akan rasa sangat sunyi. Tiada kawan, tiada teman, tanpa keluarga, tanpa Cinggu. Ada kata ‘Kesepian itu membunuhku’. Orang lain kata ‘Sepi itu indah’. Orang lain cakap ‘Oh, aku pernah tengok cerita Sepi’.

Benarlah, tatkala kita berasa sangat sepi dan sangat sunyi, Allah itu sentiasa ada. Dan tetap ADA sampai bila-bila. Hatta, sampai kita mati. Cuma kita, kita yang acapkali lupa. Tenggelam dengan nikmat dunia. Everything is not only for the world you know. *sigh*