Garang ke?

Kelmarin aku ke kedai makan dekat dengan tempat kerja. Orang kata, tempat faveret. Tempat jauh lagi dikenang inikan lagi tempat faveret. Okay tipu. Taklah faveret sangat. Waktu malas masak je. Yang mana memang selalu, sebab aku punya kepakaran bukan memasak. Lainlah kalau dah kahwin, mesti terus terer masak kan. Kot.

Adik tukang ambik order yang ramah tu terus tanya camni.

Adik : Hai akak, sorang je? Mana geng akak yang lain?

Aku : Oh, semua ada hal.

Adik : O…

Lepas ambik order, adik tu tanya.

Adik : Akak kerja Kolej Komuniti kan?

Aku : A ah.

Adik : Akak pensyarah kan?

Aku : A ah.

Adik :  Akak garang kan?

Aku : Eh kenapa awak cakap macam tu? Mana awak tau?

Adik :  Kawan saya cakap. Ala, yang budak Kelantan tu.

Aku : Errr, yang mana? Oh, M***** ?

Adik : A ah.

Aku : Dah dia nakal.

Adik : Ha betullah tu, akak garang.

Aku : Dia nakal, tapi tak jahat. Baik.

Adik tu dan kawan dia sengih-sengih dengar jawapan aku.

Okey, kenapa aku tau M**** tu yang cakap aku garang? Sebab adalah satu hari tu aku suruh diorang tukar2 kertas kuiz untuk sama-sama tanda dan bincang. Alih2 dia rajin sekali tulis komen kat kertas pelajar lain ‘sila perbaiki mutu bahasa Melayu anda’ padahal tu subjek Sains kan. Saja je main2. Aku denda tolak setengah markah sebab main2. Dan aku harap diorang faham kesilapan dan jangan ulang di masa depan ye.

Dulu, masa baru masuk asrama, aku rajin tegur sorang kawan baru ni. Alih2, dia sengih2 lepastu cakap ‘apasal awak tanya khabar macam inspektor polis?’ Bantai gelak aku dengar. Salah intonasi kot masa tu. Terserlah keseriusan yang tak disengajakan. Alahaiiii~~~

By the way, GARANG KE AKU NI? hmmmm……………………

5 dalam 1 – wrap-up Mei

Semuanya demi blog yang hidup segan mati tak ready lagi ni. Walaupun mata pun dah segan-segan nak terbuka, tapi aku gagahkan juga demi blog. Dan cubaan gigih ni diserikan lagi dengan gambar-gambar eksklusif yang rasanya kalau jual, sekeping mau dapat juta2 ni. Jutaan terima kasih hehe.

Kita mula dengan gambar yang direkodkan paling awal (5/5/2011), jatuh tempat nombor 5.

Kalau dalam entri lepas, aku namakan dia ni Mang-mang, sekarang nak tukarlah. Goli den. Oh ye, entri tu ditulis dalam emo emo jadi tiba2 terus bagi nama manja kunun-kunun dekat di hati la tu cewahhh. Padahal nama cenggitu, mau cikgu tadika aku muntah lagi2 kalau tau aku ni umur 27. Jadi dengan penuh professional, aku tukar nama dia jadi Mangga. Eh macam nama majalah yang gitu2 tu pulak. Tukar lainlah. Tapi ape ye? Okeylah, buat pertandingan sapa dapat bagi nama ni hadiahnya “percutian sukati sampai bila2 takde tarikh luput ke Lestari Height”=D

lama dah tak naik atas borak-borak, jauh bebenor rasenye ye

 

Nombor 4 (8/5/2011)

Saja je beli ni masa Hari Usaha1 Lestari. Esoknya bila aku ambik gambar ni, dah berbunga riang! Tengok tu, duduk dalam plastik lagi. Terbaik dari ladanglah. Dulu kat rumah aku banyak Portulaca grandiflora & Portulaca Oleraceae ni tapi habis diracun rumpai dek bapak aku. Beliau kata ‘baik tanam cili dapat juga hasilnya’. Tapi bila aku bawak pokok cili balik Melaka, bantut pulak. Tak berhasil-hasil pulak tu. Ke dasar malas jaga? Habislah Kak Shima nanti pokok orkid yang dia mintak tolong jaga terabai huhu. Takpe takpe pokok orang insyaAllah saya jaga baik2, siram seminggu sekali no sweat lah 🙂

gemok kan. Boleh beli kat gerai unit SLP & Yap. Murah dan segar

 
 

 Nombor 3 (19/5/2011)

Las menet baru aku perasan nombor ni. Lepas tu terus gelabah nak berenti ambik gambar. Biasala kot, perempuan. Semua benda kecik pon dianggap penting untuk lipatan sejarah. Henpon aku murah jadi kalo ambik gambar sambil drive mau gambar goyang lalu menghasilkan efek seram. Nasib baik jalan Selandar-Kesang Pajak ni tak banyak kereta. Kalau kat highway, takkan la nak tipu pakai lampu hazard lepastu berenti tengah jalan? Kau ingat kereta kau je ado? Yelah, 12345. Cantik kot. Kalau terlebih 1 km, dah jadi 12346. Tak cantik. Takkanlah nak tunggu 123456. Pehhh, doblas ribu dengan seratus doploh tiga ribu. Jauh tu beza. Kena tunggu beranak pinak hehe.

jadilah warga berhemah dengan memasang signal yang betul bila berenti tepi jalan

 

Nombor 2 (21/5/2011)

Jeng jeng jeng. Ni gambar terbaru paling eksklusif. Paparazzi pun tak upload tapi aku upload. HAHAHAHA. Gelak jahat gaya sopan. Dengan kebenaran empunya badan  yang diraikan okey. Li En, heppi la tu hehe. Ni gambar ramai2 dengan ex-skulmet. Aku ingat nak buat pangkah kat muka kengkawan yang dah kawen (dapat idea dari gambar Kak Syikin dgn coursemate dia) tapi tak sampai hati la pulak. Diorang bayar zakat kan, aku pulak sukati pangkah silang. So, yang baris belakang tu semua dah kawen dan bakal berkahwin. Yang baris2 depan pulak pon akan berkahwin, cuma bila di mana bagaimana dengan siapa tu jeng jeng jeng la. Wallahu a’lam.

Oh ye, aku bakal mendesign kad kahwin Li En ni. InsyaAllah. Dah ada contoh design kad dari pihak dia. Kot2 la aku boleh buat bisnes design kad kahwin nanti.

=)

 

Nombor 1 (23/5/2011)

Bunyi drumroll sikit. Ni gambar paling baru dalam henpon aku. Cakk! Ada awek comel la kat JB60**. Nama baby ni Dhiya Khairina, anak Kak Gee. Khairina ni tak banyak kerenah, buktinya aku tak pernah pun terjaga malam hari dari tidur. Sebab Khairina waktu malam tidur sampai pagi dan takde menangis2. Ke aku yang tidur tak sedar? Bila ada baby kat rumah ni, barulah aku belajar sikit2 pasal bayi. Celoteh, tidur, main, nangis pon comel. Rasa nak cubit2 sebab geram. Aku tak pernah ada pengalaman jaga baby atau ada adik kecik sebab tu biasanya rasa kekok.

Memang besarlah pengorbanan ibu2 jaga anak. Banyak yang perlu dikorbankan – masa tidur, rehat makan, semualah. Tapi penat tu semua berbaloi sebab yang sedang dididik tu bakal pemimpin masa depan. Oh ye, macik belum belikan Khairina hadiah. Macik bagi pakej Babytv tu nak? Sebab Khairina selalu ralit tengok benda bercahaya, bergerak dan berbunyi. Ekekeke padahalnya Babytv tu free. Gurau jela. Nanti macik beli. Surprise

satu pesanan macik, jangan curik2 tengok tivi dalam gelap masa kecik2, nanti jadi macam macik ni haaa~oh rasa tua

 

Okeh, dah wrap-up untuk bulan 5.

Macik yang gigih,

25/5/2011 11.57 pm

Secara Rawak

Macacamni sebenarnya. Aku nak rajin, tapi FRP tertinggal dalam kereta dan kunci kereta ada pada Kak Syikin, dan Kak Syikin pergi menemuduga. Jadi tak bermaksud aku menjadi malas, sebab harini agak produktif, satu pencapaian untuk diri sendiri sebab berjaya bangun 4.50 pagi (walaupun dah kunci jam sejak 12.15 am. HAHA) untuk membuat kerja dan g KK Jelebu, dan tak salah kot sekarang ni aku curik masa tulis entri bulan 5 yang dah tertangguh ni.

Secara rawak,

Isnin ada beberapa benda yang berlaku.

1) Sebab rindu tiba2 kat arwah mak, aku pakailah baju kurung ungu yang mak jahit masa umur 14 tahun dulu. Alasan, rindu. Tak ada kena mengena dengan Hari Ibu. Walau sebenarnya berkait jugaklah. Sebab semua orang dok ucap Selamat Hari Ibu, tiba-tiba jadi rindu. Entahlah, dengan doa dan amalan yang turun naik ni moga dapat sampai kepada arwah mak. Memang tak pernah aku lupa doakan arwah mak setiap kali sujud sebelum tahiyyat akhir. Terasa dekat yang jauh, jauh yang dekat. Kalau mimpi arwah mak masih hidup, apa tandanya ya???

2) Isnin malam aku buat kelas ganti untuk budak-budak SLP4, diorang datang lagi awallah dari aku. Habis aku ucap salam je, semua jawab salam ramai-ramai ‘Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, cikgu’ (ait, bila masa aku jadi cikgu?) dan terus baca doa penerang hati tu. Ramai-ramai. Kuat-kuat. Tak taulah diorang main-main ke, serius ke, yang penting aku tersentuh, dan sejuk rasa hati. Macam pokok kena siram air. Hihi. SEJUK je. Maaflah kalau selama mengajar ni terkurang / tak faham ke, sebab ini pertama kali mengajar Sains dan maaaaasih banyak lagi yang aku perlu pelajari. Aku sendiri masih dalam proses belajar. Learning is a never ending experience, rite =D

Okey, sambung kerja. Nanti bila-bila baru nak sambung membebel kat sini.

Melawat Melaka 2011

Untuk entri ni, aku rakyat Selangor dan melupakan fakta bahawa dah 2 tahun 3 bulan kerja kat Melaka. Malam akhir berbengkel adalah masa percuma (baca = FREE), jadi kami berlima jalan-jalan kota Melaka. Walaupun Melaka Maju 2010, tapi aku isytiharkan Melawat Melaka pada 2011 untuk aku. Kenapa? Okeyyy, sebab :

1) Kali kedua naik bot River Cruise. Kali pertama kureng perasaan, kali kedua penuh perasan. Yelah, sepanjang perjalanan 45 minit (bayar RM10) feeling perasan Puteri Hang Li Po gitu. Subhanallah, cantik gila. Tenang jiwa raga. ‘Bagai semua masalah telah saya dibungkus dan dicampak ke dasar Sungai Melaka’, kataku ketika diwawancara. Wahaha. Terbayang adegan filem Back to the Future versi Parameswara dan pokok Melaka. Cuma Micheal J. Fox bukan heronya dan aku bukan saintis. Wah review, tertarik tertawan teruja nak datang? Datang sendiri dan rasai, bagai berada di alam fantasi!

2) Ada pelancong dari Banting, Selangor beli cenderahati pertama dari Melaka, setelah 2 tahun 3 bulan. Yeayyy dapat beli pelekat peti sejuk. Tu je, cheapskate! Kat mana beli? Pahlawan Market. Sila datang, beli 1 percuma 0.

3) Bila berada di Kota A Famosa jam 11pm, jangan sesekali bercerita pasal tu pada bakal mak mertua walaupun anda tak ada modal bercerita. Paham-paham sendirik kenapa. Err, bukan apa makcik, saya kempunan nak lawat A Famosa, malam pon jadilah. Padahal dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Uhhhh.

Lawatan setakat itu, cukup membuktikan aku take things for granted. Tidak sedar apa yang aku ada ketika aku ada waktu. Oh ye makcik, sebab nilah saya bergentayangan kat Kota A Famosa pukul 11pm. Sebab ini sajalah masa yang ada walaupun dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Errr, alasan tak konkrit. Teeettttttttt~~~

Simbiosis

Assalamualaikum. Rajin rupanya malam ni. Kat hotel, boleyla bukak intenet malam2. Kalau tak, dah membuta kot. Apa khabar projek bukit kat kolej tu? Baikkah ataupun ku sangka panas hingga ke petang rupanya dot dot dot di tengahari? Kelmarin borak-borak dengan Mang-Mang(jangan muntah), dia makin sihat. Rasa nak borak hari-hari. Borak one way je la. Karang dia jawab balik sah-sah aku lariiiiiikkk tak naik atas bukit tu dah.

Terkilan gak tak dapat bantu diorang kat kolej. Yela, dekat seminggu kat sini berbengkel. Walau aku sedar kredibiliti aku dalam bidang landskap makin mereput(ekekek, ambik ayat Djay), aku tetap rasa perlu bantu. Mana yang mampu.

Lagi sedih sebab dapat mms tadi pokok2 hutan ada yang dah hidup segan mati janganla. Belum tanam lagi tu. Dah sebaldi aku nangis kat dalam bilik ni siap tengah perah airmata pakai tuala. Sayang sangat pokok hutan dan kelapa pandan tu sebab aku mohon sumbangan pokok2 tu. Ala-ala simbiosis sebab mereka bagi kita oksigen dan kita bagi CO2. Kalaulah orang2 yang bagi tu tau pokok2 tu dah syahid sebelum berjuang maunya dikejar aku pakai kapak.  Sekarang aku harap keajaiban akan berlaku. Kot-kotlah kesnya sama macam Mang-Mang. Aku dah slow talk dengan mereka semua sebelum pergi bengkel, siram dan bagi semangat.

Entah kenapa memang aku suka buat terapi kecantikan cakap dengan pokoklah, kucinglah, Itamlah,bla bla bla. Kengkadang cakap camni lagi kurang stress berbanding bila cakap dengan manusia. Sebagai pemangkin semangat, aku tukar wallpaper henpon dari gambar Cinggu jadi gambar pokok2 ni. 

Muka sedih sebab dah tak laku jadik wallpaper

Tolong hidup ya, kita wujudkan simbiosis!

1 Malaysia

Kalau boleh aku definisikan 1 Malaysia, mungkin 2 kisah ni bolehla jugak dikaitkan dengan 1Malaysia. Nak komen lebih-lebih, mungkin harus zip mulut lepastu mangga dan kuncinya simpan elok-elok lepastu kau lupa letak mana, terus jadi macam tagline Nazmi ‘aku lupa’ Tapi aku bukan pelupa -__-.

Kisah 1.

Thanks kepada Kakwidad yang sudi belanja aku dengan Kaksyikin makan kat Seoul Garden Rabu malam 20.04.2011 tu. Sebab kitorang pernah bantu dia. Ahaha, bantu Zzzzzzzzzzz kot. Kekekek. Agak lewat jugakla kami keluar dari SG tu, kedai banyak tutup dah. Nak dijadikan cerita, tak ada sorang pon antara aku ngan K.syikin ada duit RM1 mahupun syiling untuk bayar parking. Masa nak bayar baru perasan. Syiling yang ada tak cukup, duit merah pun mesin tu tak mau. Last2, K.syikin nak korbankan duit kertas RM2 kesayangan dia (ahaha kesayangan ke??) untuk bayar. Tapi mesin taknak gak. Camne ni, nak tukar duit. kedai sumer dah tutup. Orang pun dah tak ada.

Akhirnya, di saat tak dapat berfikir tu, Tuhan datangkan pertolongan bila ada sepasang suami isteri (@kekasih kot sebab muda) bangsa Cina nak bayar parking gak. Lalu aku dengan muka cun tanya kat dia ada duit tukar tak, dan bagusnyaaaa sebab laki tu ada duit tukar. Lepas aku cakap terima kasih dan bayar kat mesin lain. Lepastu baru aku perasan mesin tempat diorang nak bayar parking tu tak boleh guna, so aku pun bagitaula ‘Cuba pakai mesin sebelah tu, tadi saya try mesin yang ni memang tak boleh’. Terus diorang senyum dan kitorang bertukar ucapan terima kasih.

See, tak rugi kadang-kadang ringan mulut ni. Even dengan bangsa lain. Bukan apa, aku pun mengaku kadang-kadang dulu aku pun rasa ada gap antara bangsa (bukan international ehh). Tapi tak salah kan tolong menolong walaupun kaum berbeza sebab kita duduk 1 negara. Mungkin orang yang diharap dapat bantu tu tak dapat bantu tapi orang kita tak jangka akan bantu tu akan bantu. Paham? Ke tak paham?

Kisah 2.

Ini kisah fresh from the oven. Baru semalam. Taktaulah kenapa, atas khidmat nasihat K.widad, aku terasa rajin nak cabut rumput belakang rumah petang semalam. Padahal rumah tu dah disewa 2 tahun lebih tapi tak pernah nak cabut rumput bersihkan bagai. Bukan apa, belakang rumah tu ada ladang getah, jadi rasa seram sikit. Padahal alasan semata. Haha. Nasiblah jiran sebelah ngan tuan rumah rajin potongkan rumput. Kak, jangan naikkan sewa sudahla yer..

Bila aku jenguk je belakang rumah, tengok dah bersih dah padahalnya minggu lepas lalang naik mencanak-canak. Aku syak jiran sebelah tolong lagi. So aku cabutlah baki rumput yang ada. Setengah jam lepastu tuan rumah keluar (rumah dia selang 1 rumah je) dan bagitau dia yang suruh suami jiran sebelah potong rumput. Oh lupa nak bagitau muka terkezut dia tengok aku cabut-cabut rumput. Siap bagi pesanan tulus ikhlas lagi ‘lepasni ko tanam la cili ke hape ke tau’. Malu aku, lalu terus jawab ‘dah pernah tanam kak, tapi tak hidup’. Ehh aku tak tipu, sebab bapak aku pernah bagi bekalan 1 pokok cili masak ranum masa aku mula2 kerja sini dulu, tapi pokok tu mati 😦

Jadi aku pun buatlah 2 lubang kat belakang tu. Balik kampung nanti mintak pokok cili kat bapak. Gerenti dia gembira tengok anak dara dia rajin bercucuk tanam. Hihi. Eh, mana cerita 1 Malaysianya? Haa ni dia…

Tengah aku buat operasi tu tiba-tiba dengar suara orang panggil ‘Kak…kak’ dari belakang. Aiyooo tak berani aku nak toleh. Nak maghrib dah tu. Sekali ada 3 budak India daaa~~~Kakak dia umur 11 tahun kot ngan 2 adik dalam 5, 6 tahun. ‘Kak, kami jual mangga. Nak beli?’ ‘Yahooo’ dalam hati jela. Tuhan je yang tau betapa sukanya aku dengan mangga. Lagi-lagi mangga muda. (Zaman belajar dulu aku pernah letak password nama saintifik mangga –mangifera indica  untuk pc aku. gila tak komersial). Dan pernah berazam jadikan pokok mangga sebagai hantaran. Kekeke.

Bila aku tanya ‘mangga masak tak?’ muka budak tu macam sedih je. Mesti dia ingat aku tak nak beli kalau tak masak. Padahalnya mangga tak masak la yang aku tengah carikkk :). Terus aku tukar topik ‘ 1 biji berapa?’. ‘seringgit 5 biji’, kata budak India kecik tu. ‘Okeylah, bagi akak seringgitlah’. Aku pun datangla dekat pagar dan tengok. Besar tu mangganya. Kira untung gila lah 5 biji seringgit. Terus ketamakan melanda ‘takpe dik, akak nak nak 2 ringgit’. Dan muka dia jadi heppi. Aku tanya dia dapat mangga dari mana, rupanya mak diorang suruh jual, mangga depan rumah. Patutlah murah.

Dan malam tu, kami kenduri mangga. Kira sambil tengok konsert AF dinner mangga muda. Kan, perancangan Tuhan sangat adil kan? Cuba kalau aku tak tergerak nak g cabut rumput belakang rumah, takdelah terserempak dengan adik yang jual mangga tu. Kan kan. Inilah namanya keindahan hidup. Ibarat rezeki tergolek. Digolekkan oleh Tuhan =)

p/s : kini baru aku tau, profesion pembancuh air juga bukan tugas yang mudah. Semua tugas dan kerja seenteng manapun asalkan halal adalah berkat. Jangan pandang rendah pada sesiapa pun sebab kita jua manusia biasa.

p/s lagi : adik yang jual mangga tu duduk rumah mana ya? kakak nak beli mangga lagi lah. Nak buat kenduri mangga kat kampung pulak =D

Selasa

Ada satu perasaan tak best di sini : rasa tak rajin untuk hapdet blog. Jadi harini mesti qadha’ kisah-kisah lampau agar tak lupa. Nanti masa depan tak tau nak cerita apa kat anak2 boley refer sini. Kan kan. InsyaAllah kalau dipanjangkan usia.

Selasa 19.04.2011. Petang tu berderet aktiviti ke Jasin dgn agenda utama nak menulenkan diri balik mencari erti true beauty Malaysian. Lepas isi borang keluar ofis, aku ngan Kaksurin gerak ke Pejabat Pertanian dulu, setelkan urusan mohon sumbangan pokok untuk projek kat kolej. Main pergi je, kalau nasib baik akan dapat layanan mesra. Dan syukur sebab semua berjalan lancar. Ikut prosedur dan nak memudahkan kerja, kata staf sana. Alhamdulillah. Tapi aiyooooo, adakah pegawai tu ingat aku dah kawen. Baiklah. Bukan salah dia pon.

Tapi lepas beramah mesra barulah aku tau dia pernah kerja kat airport dan aku terus macam jadi bersemangat ‘Oh saya orang Banting, dekat je tu’ lepastu terus ukhuwwah terjalin. Ecehh. Dan kat Pejabat Pertanian gak kami setelkan urusan mohon sumbangan pokok kat Pejabat Perhutanan. Panjang kisahnya tapi ala-ala rezeki terpijakla. Killing two birds with one stone. Err, macam ganassss lak~

Lepas setelkan urusan lain, baru gerak ke tempat utama untuk menulenkan kembali diri. Lupa bagitau, awal-awal tadi singgah dulu Balai Polis, tapi rupanya sekarang kalau mykad hilang tak payah buat report polis, terus gi JPN. So dengan seronok aku g JPN sebelum tahu sekarang kena bayar RM110 kau!!! Tapi nasib baik kakak tu bagus jadi dia bagitau ‘takpe adik boley dapatkan pengurangan 50%, mintak surat sokongan kat JAPERUN’. Dah sudah aku menapak naik Itam ke Japerun. Nasiblah Kaksurin nak pulang buku juga, dan Japerun tu sebelah library Jasin. Kiranya sambil menyelam minum air. Pergi JAPERUN, pegawai dia pulak tak ada. Malassssnya nak datang lagi sok. Tapi, staf tu cakap, ‘takpe kak saya boleh sign bagi pihak’ Yes yessss. Sebagai tanda balas budi, aku pon borak-borak mesra dan lepastu baru tau kat Melaka je ada Japerun. Kat sini pon kakak tu tanya ‘Ni posting Melaka ikut suami ye?’ Ehh tak, saya belum kawen lagi’.

Bila dah setel dan pergi semula ke JPN, aku cakap dalam hati, kalau lepasni staf JPN tanya soalan yang sama macam kat atas tu, sok jugak aku kawen. Syukurlah tak ada yang tanya, kalau tak, mau naya. Huhu. Dan Kaksurin gelakkan bila aku isi borang alasan pengurangan tu sebab ‘TAK MAMPU MEMBAYAR’ padahalnya kat ruangan pekerjaan tu tulis ‘PENSYARAH’. Nak buat camne, aku tiru je alasan staf tu bagi. Dan alhamdulillah, selesai segala urusan. Dan aku bakal dapat mykad baru lagi sebulan dengan wajah yang lebih tembam sikit sebab pakai tudung ketat JPN. Aiii, salahkan tudung pulak???

p/s : Bulan lepas duit terbang  bayar saman, bulan ni pulak bayar denda mykad hilang. Ada kena mengenakah dengan azam nak bayar zakat pendapatan aku yang tak pernah kesampaian sampai sekarang ni? Hmmmm…

‘Aku Sedih’

Sebenarnya aku dah janji dengan diri sendiri, datang ofis hari Sabtu adalah untuk membuat kerja. Tapi lepas janji ditaburi dusta oleh diri sendiri (erm sebenarnya masih datang ofis, cuma peratusan bekerja hanya 50%) , aku decide untuk tulis sebuah entri sedih yang bertajuk ‘Aku Sedih’ walaupun sebenarnya lebih pada perasaan depresi, ke perasan depresi? Entahlah. Eh sebenarnya aku gembira, tapi nak jugak tulis entri sedih. Siapa yang tak gembira kalau long lost tak berapa lost friend (sebab masih kengkadang contact di fb) kau tiba-tiba menjelma depan mata dan menjadi sebegitu dekat lokasinya? Apatah lagi dapat bersama-sama menghabiskan masa menonton 3 Idiots (yang aku dah tengok 5 kali) sambil makan KFC (yang dengan jelas aku lebih pemakan berbanding dia).

Eh cerita sedihnya mana? Depresi gila tau, sampai nak cerita pun kena mukadimah kisah heppi. Aku kini dengan rendah hati harus memaklumkan aku mungkin bukanlah tulen Malaysian. Sebab ic hilang. Ke salah letak? Aku harap dengan menulis entri ni, sesiapa yang terjumpa ic aku ke, bolehlah datang pulangkan. Tak susah nak cam muka aku, sebab glemer selalu masuk tivi. Haha. Dah seminggu lebih aku cari, nampak gayanya kalau tak jumpa haruslah aku report polis sebelum nama aku masuk Buletin Utama sebab membuat onar kat Sg. Golok sana. Na’uzubillah.

Malam tadi adik aku telefon kata dia dah tolong cari 1 rumah tapi tak ada. Terus dia cakap aku ni pelupa sebab masuk kali ni dah 2 kali hilang ic. Oh, aku pun dah lupa pasal ic hilang kali pertama tu. Maksudnya, aku memang pelupakah?????? Dulu aku pernah sorokkan diari kesayangan dalam almari, dan kunci almari tu. Lepas tu aku lupa aku letak mana diari tu. Dah cari satu rumah, menangis bagai, baru teringat aku letak dalam almari. Masalahnya, aku lupa jugak mana aku letak kunci tu. Tak pasal-pasal kena kopak almari ;(

Bila dah kerja ni aku ingat tak lupa dah. Rupanya, selalu meja kaklin jadi mangsa sebab aku asyik tertinggal botol airlah, diarilah, kertaslah. Yang paling selalu lupa letak mana, botol air dan cermin mata. Kadang2 atas kepala sendiri pun boleh tak sedar. Sekarang korang tau kan kenapa aku pakai contact lens???  

Okeylah, nak pergi berjalan-jalan secara solo kat Mydin. Teman baru tapi lama i ada seminar harini. Wish me luck, jangan jumpa bapak polisi. Saya nggaak mau diantar pulang ke Indonesia pak, walaupun atuk nenek saya asalnya Tanah Jawa. Hihi.

Fulus oh Fulus

Dulu, waktu aku kerja lepas grad, ulang-alik dari rumah hari-hari. Ada 1 hari tu, sorang kakak colleague cakap ‘Hai duit ni mengalir macam air’. Tu tahun 2008. Sekarang, 3 tahun lepas tu, umur 27 dan duduk merantau jauh dari rumah, teringat balik ayat kakak tu.

Dulu, aku tak pernah sangka akan masuk balai polis (wahaha, ayat sebijik bunyi macam kena masuk lokap). Tapi setakat ni, 2 kali dah masuk balai polis, 1 sebab ni, 1 lagi sebab mau bayar saman. There goes my sepatutnya MES To Be. Tiba-tiba membuat Month End Sale kat Balai Polis. Kalau tak, mau beli handbag yang baru, setelah sekian lama. Nampaknya harus kuburkan dulu azam tu. Dan jangan lagi dok swipe kad kredit bila mana sebenarnya tak perlu.

Dulu, mula kerja saja pasang impian nak bayar zakat pendapatan. Nama pun impian, sampai sekarang tak tercapai. Boleh tak nak buat kesimpulan camni, sebab tak  bayar zakat walaupun dah niat, ganti dengan bayar saman. Bayar kat negara. Haha aci tak?

Tapi, Tuhan ganti balik sikit-sikit. Kelmarin jumpa RM8 kat poket seluar. Semalam jumpa RM1 kat dalam kamus. Manalah tau lusa dapat seribu dalam handbag, lusa dapat sejuta dalam bank? Okey, berangan. 

Rezeki kadang-kadang jatuh tergolek. Imagining things can be plucked from the air, so sweet =D sukasuki punya peribahasa.

Datuk Polis vs. Pakcik Guard

Wahai diari, tau tak bahawa menghabiskan masa kat Kampung Buku Taman Botanikal ni memang best! Sebab ada wifi free. Heee…Lepas seminggu tak aktif berinternet la katakan. Semalam, Jumaat yang pelik. Pagi semalam hari last berbengkel, keluar pagi tu lambat jadi agak kelam-kabut. Lepas parking tiba2 kereta gerak sendiri. Isk rupanya lupa nak tarik handbrake. Ok, tarik, setel dah. Tapi entah kenapa masa nak balik tu enjin kereta tak boleh start dah. HA BIAR BETUL. Cuba 5 kali dah ni! Wawawa taktau mau mintak tolong sapa. 10 minit pikir baru perasan gear ada kat posisi D. Pandaiiiiiiiiiiii.

Petang tu pulak aku buat hal dengan polis. Tak sengaja. Sebelum tu, masa drive kat selekoh tu ada lori jalan bertentangan bagi lampu tinggi. Oh sorry bang termasuk jalan abang kot. Rupanya lepas selekoh ada road block. Ces, otak lambat digest rupanya kenapa lori bagi high beam tadi. Jadi kereta tak sempat brek terus terlajak ke depan lepas brek mengejut. Bukak cermin kereta, datuk polis terus cakap ‘lain kali kalau ada pemeriksaan polis berhenti ye’. Lalu harus buat muka comel mintak maaf dan cakap tak berniat nak jadi penjenayah. Yelah, mana tau tak payah berhenti ke, cuma lalu je.

Kenapa aku ada intention tak mau berenti, adalah sebab dulu pernah sekali tu drive kereta lalu pak cik guard UTem. Sebab kereta depan berenti, aku pon berenti gak. Rupa-rupanya pakcik guard suruh jalan. Tapi aku berenti. Konon ikut peraturan. Tulah. Salah action pada waktu yang salah.

InsyaAllah lepas ni akan berhati-hati. Hihi. Padahal tadi dah buat aksi brek mengejut. Maaf ye Itam.

p/s : Kawan2 yang baca entri ni, sila tolong doakan sekali kakak hausmet aku, Kak Gee a.k.a. Fauziah Hamzah, baru bersalin tapi baby girl comel dia terkena jangkitan kuman kat paru-paru, masuk ICU. Doakan kesembuhan baby dia ekk. Mana tau comel? of koz baby semua comel ^_^

p/s : i’m counting days and hours and minutes and seconds for something now! =D..wish me luck!!