MAS = EMAS

Kalau korang sebut emas (yes, I mean ‘GOLD’ in bahasa orang kampungku), sebutan dia emas atau mas – buang ‘e’ kat depan tu?. Aku tau, masalah pronunciation ini boleh lead kepada miscommunication, as what had happened to us. Macam ayam cakap dengan itik. Satu cakap ke utara satu lagi p selatan. Pi mai pi mai tang tu. Kalau tang ni?..Nabil cakap, lu pikirla sendiri.

Baca dialog ini.

S : Emas murah bile ye? (pronunsiasi = mas murah bile ye?)

G : Ikut time la, tapi hujung-hujung minggu or cuti sekolah, memang mahal. Harga naik.

S : Oh, sebab ramai orang beli la tu masa tu..patutlah…erm, masa raya mahal gak la kan..takda diskaun ke? (dalam hati fikir, weekends harga emas naik gak rupenye..)

G : Tengok masa, kalau cuti lagi mahal..

and the discussion goes on, until…

Suddenly, G dan S menjadi konfius kerana arah tuju perbualan semakin senget. Iaitu tidak difahami kedua2 belah pihak. Nak tau kenapa? Sebab sebenarnya G cerita pasal MAS = tiket penerbangan Malaysia Airlines (of course harga naik weekend/public holidays). S cerita pasal EMAS (which is GOLD – patutla pelik awat asal weekends je, harga dia naik..). See, konklusinya, pronunciation kena betul. Akhirnya, S dan G gelak-gelak je.

Buat Kak Gee iaitu pemilik nama ‘G’ di atas, you’re a happy woman now. Ecece..preggy mommy lah katakan. Tak sangka masa p Kabenzi aritu, kita survey bertiga rupenye.. Hehe. Now, lets go to Pak Din Bihun Sup..

Alkisah zaman dahulu.

Arakian tersebutlah kisah di mana hamba berdua tersesat di jajahan takluk sendiri. Dan tidak kesampaian hajat kami untuk bertandang menyempurnakan tugasan Sultan di Dataran Pahlawan yang indah lagi crowded. Hamba berdua iaitu aku dan Kak Gee ditugaskan mengawalselia tukang karut a.k.a mr DJ untuk persembahan dayang-dayang dan inang semasa perayaan inoREKA peringkat jajahan Tanah Melayu tempohari.

Akibat kebosanan yang amat sangat di waktu acara potong riben a.k.a perasmian, kami meloloskan diri ke tempat impian Kak Gee ke Kabenzi nun di negeri Semabok sana. Lepas itu, kami meneruskan perjalanan menunggang kuda putih bernama Nidji(camna nak eja ntah) ke Tisko. Dapatlah aku capal Batak sepasang dua, dan kami makan beradab di Rasamasjangantakrasa. Melihat bulan, kami tau sudah pukul 8 malam.
Bergegas ke negeri Banda Hilir menuju ke Istana Dataran Pahlawan(DP)….dan…sesat. Pusing-pusing kuda Nidji cari jalan. Dan, bila kami dah nampak Istana DP, ramai pula rakyat jelata menunggang kuda dan keldai jenama pelbagai nak masuk ke DP hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pengawal istana turut menghalang kami masuk walau untuk bertugas. Nidji tawaf keliling DP. Okey, sudah boleh masuk..Tapi ada kesesakan parking pula. Dan jammed. Dan crowded. Kak Syikin menghantar telepati(zaman dulu takde henpon kononnya), bertanya di mana koordinat kami. Sekali lagi, tak jumpa parking.

Tika jam menghampiri 10pm, kami give-up dan blah keluar dari istana Dataran Pahlawan untuk pulang ke kampung halaman di daerah Kesang Pajak. Di luar kami terdengar sayup-sayup bunyi persembahan. Sepatutnya kami bertugas 800-1030 malam itu. Diberitakan acara berjalan lancar kerana Mr. DJ terer menjalankan tugas. Barangkali kami akan melukut di tepi gantang even if kami ada di tepi Mr. DJ…Alhamdulillah semuanya ok.

Bayangkan, kami ada di situ, di tempat parking itu, tapi tak dapat ke pentas utama menjalankan tugas yang sepatutnya. Pedih. Macam peribahasa, ingin kugapai tapi tak sampai. Ape-apelah.

Bun-Thing a.k.a Banting

Satu lagi tajuk omputeh. Takde kena mengena pun.

1. Masa kat SAMTTAR dulu kan, aku tengok dalam majalah dia kan, ada letak alamat2 students F5. Berapa ramai yang letak alamat Jen-Needle Village lah, Bun-Thing lah. Sebenarnye nak eja BANTING. Xde kena mengena pon dengan roti yg nk letak ‘Bun-Thing’ tu apasal? Kalau orang Kg. Kundang, logikla sebab kat situ ade perusahaan Roti Seri Desa. Ade gakla the connection. See..

2. Dengar dialog ini :
ORANG : Awak asal mana?
AKU : BANTING.
ORANG : Oh. yang otw nak g Perak tu ke?
AKU : ???
Setelah aku meng-google Google Earth,
baru aku tau, ada Banting lain kat nun sempadan nak p Perak.

3. Ade gak orang cakap camni
ORANG : Oh, Banting tu kat pedalaman kan?
AKU : Search la kat gugel-earth. BANTING yang dekat dengan KLIA dengan PUTRAJAYA tu la. (dalam hati : kaula yang pedalaman!)

4. Orang luar selalu salah dengar nama kampung aku; nama dia OLAK LEMPIT la!!!bukan ORAK REMPIT. Wong jowo retilah. Makcik aku kate, oke gak la tu, maknenye orang kampung kita baik-baik. Takde nak merempit2 ni.

JUBLI PERAK

Saya rasa bermula hari ini, saya sudah sedia untuk itu. Ke garisan, mula!!! on your mark, get set, go!! MAI DATANG. KAMON HERE. LUNGO MENGENE. (itu bahasa ibunda dan bapanda saya).

“Jubli Perak ni. Bukan senang.” (Janna, ku petik ayatmu yang indah ini). Pintu dah terbuka mulai hari ini. Yakin ke? Ya Aznil, saya pasti, saya kuunncciii lirik ini!!!! (dengan nada beria sambil nyanyikan lagu sunshine secara acapella).-oh, patutlah hujan di luar tu 😦

Terima kasih TUHAN.
Terima kasih ibu ayah.
Terima kasih semua.
Kerana saya diberi kehidupan sampai hari ini.

How’s the pc

-SHORT term pain for long term gain-

-mind OVER matters – 

Dua-dua ayat ni En. Jak yang ucapkan. 1st year kat UTM dulu.

Bukan itu yang aku nak bagitau. Aku cume nak bagitau aku ada ‘M’ lagi satu, M yang marah.

Di kala ini, YM xboleh install, antivirus xboleh install. Ape-ape pun xboleh install. Dahla ini pc lem*** macam kura-kura. Kura-kura pon xlem*** macam ni. Kesian kura-kura. Tak pasal2 dapat nama. Well, at least glemer.

Lepas format terus jadi cenggini. Pelik gak, awat xleh install …Technician semua g induksi, jadi, bersabarlah and positive thinking. Okeh. Adakah ini semua terjadi kerana aku ade ber-lagha dgn pc ofis? Lu pikir-lah sendiri, kata Nabil pada aku.

Ye, saya kuuuncii lirik ini, Aznil..tak pasal2. Selamat bakal hari lahir kepada diri sendiri.

Aku, hujan, sunshine & belangkas

Selak-selak birai yang menutupi tingkap ofis, hujan sedang turun membasahi bumi Melaka ini. Menyirami pepohon agar subur menghijau, supaya bekalan oksigen dapat kita hirup. inhale..exhale..inhale..exhale. Sampai bila pinjaman nafas ini, aku pun tak tahu. Kalau ada yang tahu, sila angkat tangan. Confirm semua tak tahu.

Hari ini, penyakit ‘M’ tu datang lagi. Siapa-siapa, tolong bagi motivasi sikit kat empunya diri ni, kata akal. Kata hati pulak : takpe, kadang-kadang kena rehat gak, jadi marilah menulis di blog. Ape-ape-ntah. Em, aku ikut kata hati.

Akal kata, cuba rajin sikit cik empunya diri, inject sikit minda tu bagi bergerak to the MAX. Tapi oleh sebab kata hati menang, aku teruslah tulis-tulis entri baru. Lepas ni, format @ restore otak biar jadi baik & rajin & pemurah. Eh, macam komputer lak boleh format-format. Upgrade boleh?

Kawan-kawan yang disayangi, jom sama-sama nyanyi lagu ni :

You are my sunshine,
My only sunshine,
You make me happy when skies are grey,
You’ll never know dear,
How much I love you,
Please don’t take my sunshine away…

NahwanNur & Eve ingat kot lagu ni(ESURCA). Lagu ini buat aku happy.

Oh ye, dulu aku pernah buat azam main-main cakap kat bapak,”Bapak, saya tak nak balik rumah bulan 11 ni, nak berdikari kat Melaka”. Tak serius. Sekali, TUHAN MAKBULKAN ‘azam’ aku..sebab :
1. hujung minggu lepas–> kem pembangunan diri kat MTFF
2. hujung minggu ni –> InoREKA peringkat kebangsaan kat Dataran Pahlawan
3. hujung minggu depan–> program Team Building kat Kluang
4. Sebenarnya, aku sudah homesick.

Untuk pujuk hati, dengar ayat ini, “kualiti bersama keluarga lebih tinggi nilainya dari kuantiti.” So, aku akan duduk diam-diam kat Melaka dan menantikan hari lusa yang indah untuk menelefon semua orang yang aku sayangi berbekalkan kredit FOC. Get the hint everyone? Bagus. Jangan tegur kalau kamu nampak aku dan handphone-bapak-bagi-satu-masa-dahulu ini macam belangkas di hari lusa.

p/s : Akal selalu cakap : berhentikan blog ni. STOP the writing thing. Dah, berenti tulis-tulis kat sini. Aku patut dengar cakap akal tak?

p/s: sekarang hujan dah renyai-renyai, mana sunshine-nya?

sunshine

mentari menari-nari

Adakah ini realiti

Terang-terang ini mimpi. Malam tadi, aku mimpi nahwanNur dan aku ditawarkan sambung master dalam Landscape Architecture di UTM. Siap ‘UNDER TAJAAN’ lagi dalam surat tawaran. Tajaan siapa, aku tak tahu. Dalam mimpi tu, aku sangat serba-salah dan tak mahu terima tawaran itu. Tapi nahwanNur sangat beria-ia suruh aku terima. Hari pendaftaran kat Skudai, aku still teragak-agak. Aku kan dah ada kerja tetap. Dan Skudai tu jauh sangat. NahwanNur pujuk, dia siap call-kan pejabat kat Skudai lagi. Aku diterima walau tak datang daftar. 95% dalam jiwa rasa tak mau pergi.

Lepas itu, tiba-tiba aku dah dalam asrama kolej kat UTM. Tiba-tiba aku terjaga. Haha..terang-teranglah ini tipu. nahwanNur dah nak habis pun master dia dalam kehidupan realiti. Aku?

…’Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH menyayangimu. Jika doamu lambat dimakbulkan, tanda ALLAH ingin mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan, tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu!’

10 things i would never forget forever

I use broken English for this entry. What to do. My lidah jawa is so thick that i cannot let go of the Manglish slang. Or Jawanglish slang. I don’t know.
10 things i wouldn’t forget. The lists are:

1. I will never forget the night when my ‘semangat waja tak kena tempat’ came, and i wait for a bus in front of the biggest carlsberg factory at shah alam. Don’t know either there’s a bus or not. Alone, in the darkness of the night. With all those PATI looking at me. I buat berani. It’s a gamble. And luckily I survived until now. With KUASA TUHAN, I managed to come home safe and sound. There’s this kind ‘uncle bus driver’ show me the way. I believe ALLAH helped me by sending all these kind people to help me.

2. I wait for the bus to go to Seremban at Larkin Bus Station. Alone, at night (well, quite tipu, because there’s lot of people, that i don’t know). And i waited from 4am until Subuh at Terminal One. I am very tekad when it comes to balik kampung. tsk.

3. The scene where i showed my beloved ones my pmr result. I hope it can be rewinded and I can watch it so many times.

4. The night I got my sem 2 matrix result. And screamed happily to my beloved ones and planned to further study in selangor. I ended up studied in Johore.

5. Those times when I went back from school, eat and sleep. And go to school, go back, eat and sleep and go to school…

6. Those times when I had to balik asrama back. I will cry. Or feeling down. I really like staying at home. It happens until now. RUMAHKU SYURGAKU no matter how it is.

7. The day when my inferiority complex came, and i decided not to go to the PAC. At INTIM, Kemaman. I gave up just like that. I lied to myself. My motto is ‘Just Do it’. By not going, i lied to my motto.Dahlah tiru NIKE punya trademark..

8. The day when the doctor told me, in front of me, that my mak can only live up to one year only. The cancer cells had spreaded everywhere. I want to cry. But i could not. My mak had managed to live more than 1 year. Happily. Until the day she came back to the CREATOR. OUR CREATOR.

9. There is this thing i regretted very much. I couldn’t went home when my parent asked me for. That Saturday, I was too exhausted with works. I never say ‘I CAN’T’ before when it’s about going back home. And that night, my mother leaves us forever.

10. My younger sister and I, we’ll never forget the day we helped to memandikan jenazah arwah mak. It was only a tiny little thing compared to what your mum had sacrifice for you. Whatever the situation is.

Dear friends or foes(i wonder is there any?) out there, love ALLAH first, then your FAMILY-ayah-ibu-adik beradik. Some of them maybe the blacksheep of the family or what-so-ever. But, blood is thicker than water. Carik-carik bulu ayam mesti sambung jua. I rest my case.