Pondan bukan sebarang Pondan

Kisah seekor kucing yang nama dia Pondan. Dunia aku sejak kecil dikelilingi kucing, dan Pondan adalah kucing pertama dalam sejarah hidup sejak aku kenal makhluk Tuhan bernama kucing miaw miaw~~~. Dah nama pun Pondan, mesti bajet dua alam kan? Tak tak, dia kucing jantan sejati.

Setau aku, Pondan ni anak kucing kematian mak lalu dijadikan anak angkat ibu musang yang duduk tinggal kat loteng rumah arwah nenek aku. Ibu musang tu ada seekor lagi anak dan tambah Pondan, jadi dua anak dia. Arwah nenek cerita, Pondan dan anak musang memang disusukan oleh ibu musang. Diorang jugak selalu main kejar-kejar.

Kesimpulannya, korang cuba bayangkan musang dan kucing main kejar-kejar macam binatang jinak? Sangat manis kan. Macam dongeng pun ado. Sampai pakcik aku cerita, dulu orang TV3 nak datang rumah buat dokumentari pasal diorang. Tapi, ibu musang dapat tau jadi dia dan anak musang pun lari tinggalkan loteng tempat diorang tinggal, dan tinggalkan Pondan sendiri.

Tapi seingat akulah masa zaman budak-budak dulu, selain warga asal rumah tu dengan aku je yang Pondan nak dekat dan main-main. Bila balik kampung mesti aku cari Pondan. Ada satu pagi tu, makcik aku cari mana aku pergi. Rupanya tidur kat ruang tamu dengan Pondan. Satu rumah terkejut sebab Pondan yang ala-ala kucing liar tapi jinak-jinak merpati tu boleyy kamceng dengan i!

Sedangkan manusia pun ajalnya akan sampai, inikan pulak kucing. Pondan mati sebab sakit tua, dan sampai akhir usianya dia setia kat rumah arwah nenek. Ada yang cakap dia sentiasa tunggu ibu musang datang semula. Wallahu a’lam.

Aku pun tak pernah jumpa ibu musang dan anaknya. Agak-agak kalau zaman dulu ada kamera canggih boleh tangkap gambar diorang mesti boleh jadi bukti.

Rumah aku sekarang ni banyak sangat kucing. Asal adik aku jumpa tepi jalan je dia kesian terus bawak balik. Haish. Bukan saja kucing, bapak aku pun giat bela kambing. 2 ekor je pun. Tapi sempatlah jugak kambing berdua tu terlepas kandang lepastu sondol-sondol Itam. Kalau perhati betul-betul, badan Itam ada banyak tanda kenangan dari kambing2, kucing2 dan ayam2 kat rumah. Hadoiiiiiiiii~~~

p/s : in loving memory, Pondan. Yang tulen, dan tidak dua alam.

Bukan kebanggaan. Tapi kenyataan.

Bukanlah kebanggaan. Tapi kenyataan.

Bukan kebanggaan 1.

Korang ade gambar dengan artis? Ade? Takde kan? (ayat destinasi bajet bangga kunun).  Saya ada okeh. Dengan err err Fasha Sandha. Tapi bukan gambar xxx yang kat Bali tu okeyyy. Definitinely NO NO NO. Itu statement zaman kegelapan dulu. Sekarang zaman pertengahan usia. Insaf dah.

Sebenarnya masa tu kat Terminal 1. Tunggu bas nak balik UTM. Jalan-jalan rupanya Pak Nil baru habis buat promosi Cicakman kat stage. Eh eh lepastu FS pulak buat promosi. Ada contest sapa dapat teka jawapan betul dapat hadiah. Saya pun selit-selit la kat crowd. Sekali soalan tu saya tau jawapan. Alamak tangan ni terangkat lak. Camne ni. Nak turunkan balik tangan tak boleh. Rasa tamak pulak. Ah cincailah. Bukan ada ex-skulmet ke,bakal suami ke, orang kampung ke, ketua kampung ke kat sini. Sini kan Seremban, bukan Banting. Pengacara tu pun panggillah ‘okeh adik pakai baju biru sila naik atas pentas jawab’.

Saya pun naiklah dan jawab. Betul jadi dapat hadiah t-shirt Cicakman. Kehkeh. Bukannya nak sangat pun. Konon. Tapi apa salahnya kan kan. FS dah nak bagi. Lepastu saya buat muka tak malu ‘bang bang tolong ambik gambar saya dengan FS’. AHAHA dapatlah gambar sekali dengan FS + Cicakman sekali. Ada intebiu sikit. Nebessssss i. Iyela depan crowd. Memang doalah ketua kampung takde kat situ nanti dia canang satu kampung sape yang malu. Keluarga jugak.T__T. Ada satu soalan tu, adik dari mana? Bila saya jawab Banting dia dengar Mantin kot. Hmm biarlah. Mantin pun Mantin lah.

Lepas sesi FS, ada sesi sign poster dengan KRU pulak. Saya pun tak sangka diri sendiri naik atas pentas ambik poster lepastu mintak sign Edry Norman Yusry. Hahaha.

Balik UTM siap tampal poster kat bilik. Sekarang taktau pi mana ntah poster cicakman tu. Agaknya kalau jual kat fanatik KRU boleh dapat duit x?. Erm yang gambar dengan FS tu ada lagi. Nak buat camne nak bakar tak boleh. Gambar ada soft copy je. Kamera digital kan. Takkan nak bakar lappy sekali???? Terpaksa simpan buat kenangan.

Bukan kebanggaan 2.

Kecik-kecik dulu mi segera cap Megi perisa kari tu faveret saya. Gila-gila suka. Ibaratnya Megi = kekasih hati. Sedahsyat tu. Tahap addicted = Boleh makan hari-hari. Takdelah tipu. Salahkan bapak boleh tak sebab dulu bapak suka beli sekali banyak 1 kotak Megi untuk jadi supply di waktu lapar yang tak sepatutnya. Asal Megi je mesti sekotak, asal sekotak je mesti Megi.

Tahap addicted sebenar dapat diukur di sini : Ada sehari tu kenduri rumah makcik sebelah rumah. Tengah rewang ni tiba-tiba teringat kat Megi terus lari balik rumah. Geledah-geledah jumpa stok.. Lalu saya bukak 2 paket Megi ambil perencah dia saja lepastu bancuh dengan air panas. Lepastu tak sedar diri pergi hirup tepi tingkap dapur. Gila ah perasaan macam hirup sup cendawan kat hotel 5 bintang ke ape ntah. Dah habis hirup kuah dia terus basuh mangkuk lepastu pergi balik rewang macam takde pape berlaku. Bajet basuh mangkuk + simpan Megi tadi hapuskan buktilah.

Tapi anda nak tau tak bila saya kantoi??? Tak lama lepastu ntah bila, ahlil keluarga teringin nak santap Megi. Cek-cek tinggal 2 paket. Lepas dah rebus baru perasan Megi tulah yang saya curik perencah dia. Oleh kerana dilahirkan perasan bijak, maka i gantilah perencah tu dengan serbuk kari. Warna dia kan sama. Tapi rasa dia, masyaAllah!!! Maka kantoilah saya. Bijak tak?

Bukan kebanggaan 3.

Kecik-kecik dulu memang pantang ada sesiapa suruh pergi kedai. Memang tak mau. Hisshh takut gila dengan orang kedai. Mana-mana kedailah. Kalau kat rumah bolehla buat perangai tak mau pergi kedai. Tapi ada sekali ni tidur rumah mak cik (satu habit saya, boleh tidur kat rumah sesiapa pun tanpa keluarga). Satu pagi tu mak cik suruh pergi kedai, takkan cakap tak mau kan. Terpaksa gagahkan diri. Tapi dah sampai kat muka pintu, tiba-tiba jadi takut balik. Terus takmau. Mak cik pelik lalu terus pujuk pergi kedai. Tak mau tak mau. Tau tak, lepastu saya terus nangis sambil peluk pintu kuat2. Buat drama swasta pagi-pagi sebab tak mau pergi kedai.

Lama-lama mak cik give up lalu dia yang pergi kedai dan balik bawak jajan nak pujuk saya biar tak nangis dah. Cengeng betullah kecik-kecik dulu. Memang bukan satu kebanggaan. Bila besar sikit baru berani pergi kedai. Itu pun arwah mak tuliskan siap2 senarai barang dan saya tinggal pas kat orang kedai. Asalkan tak payah cakap i okayyy.

p/s 1 : sampai sekarang tak berjaya nak buat entri yang menyentuh hati. Rahsia hati, biarlah kusimpan sendiri. Ecehhh.

p/s 2 : entri sebelum ni (bercerita tentang cinta) tak sengaja tarikh dia 14/2/2011. sebenarnya dah lama dalam draft. Sebelum berhabuk saya publishlah. Baru perasan tarikh dia tu sama macam VD. Saya tak iktiraf VD, dah tentu anda juga kan!

Berkat keyakinan diri yang tinggi.

***entri ini sangat panjang. siapa tahan baca sampai habis memanglah teman sejati.

Sebelum bercuti panjang hoyeah balik kampung petang ni dan kendian menuju Gunung Ledang untuk geng OL punya vacation, aku hapdet laju-laju entri. Bila stress, aku suka balik kampung. Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak membakar semangat aku membakar kereta ehh bukan membawa kereta. Bosan rupanya balik sorang-sorang. Kan best kalau ada orang teman. Rumah aku best sebab suasana dia. Rumah aku tak besar, tak hebat pun. Tapi tetap cantik di mata. Kan beauty lies in the eyes of the beholder.

Takut sebenarnya bawak kereta jauh-jauh tapi confident level memang tinggi bila sebut balik kampung. Aku memang confident level tinggi kalau melibatkan benda pelik-pelik. Dulu mati-mati cakap takut bawak kereta tapi bila ada kereta langkah memanglah panjang balik kampung. Dulu tak ada kereta pun semangat jitu merentas negeri naik bas komuter bagai balik kampung. Terima kasih kat kengkawan yang terlibat bantu aku balik kampung.

Ada satu masa Darjah 3 tu aku si rabun cap ayam tapi tak mau pakai spek kena baca petikan kat depan. Jarak dari kerusi dengan papan hitam memanglah jauh. Memang tak nampak. Tau tak apa aku buat? Balqis duduk kat sebelah aku masa tu. Aku pesan siap-siap dah kalau cikgu Hasbuna panggil nama aku tolong back-up. Memang rezeki murah Cikgu Hasbuna panggil suruh baca. Masalahnya aku tak nampak petikan kat papan hitam tu. Kerabunan aku adalah satu rahsia besar yang takde orang tau. Aku berdiri. Diam lama. Macam orang bodoh. 1 minit berlalu. Eh eh apasal awak tak baca?. Sekejap cikgu, ambik mood. Sambil cuit-cuit Balqis. Lalu Balqis si bijak pun bacalah pelan-pelan dan aku ulang balik apa yang dia cakap. Ye, dia cakap pelan-pelan tahap aku sorang je boleh dengar. Dia bisik, aku sebut kuat-kuat, budget baca petikan la, walhal satu hapa pun tak nampak. Petikan tu pasal orang pergi bercuti kat Genting Highands kot. Sampai satu part si Balqis bisik cenggini ‘mereka melalui genting sempah..’ lalu aku pun pelik dan membaca dengan yakin ‘mereka melalui genting sampah..’ sebab aku yakin sampah adalah perkataan yang tepat. Walau kena gelak aku tetap yakin. Dan membawa keyakinan tu hingga satu hari aku tengok berita oh ada rupanya tempat nama Genting Sempah. Kenapa tak cakap awal-awal?

Ada satu kali jugak kat sekolah rendah agama, ustazah suruh lukis gambar buah rambutan, manggis, sukun dan durian. Dan tulis nama dia dalam Bahasa Jawi. Cepat je aku lukis gambar buah tu semua, kecuali sedikit konfius kenapa tanda sukun termasuk dalam golongan buah? Ustazah silap ni, kata aku sambil melukis juga tanda bulat mewakili tanda sukun (sukun dalam bacaan Quran tu). Cepat je hantar kat ustazah tapi kena gelak. Kenapa sukun awak kecik sangat ni?, kata ustazah. Yela takkan la nak lukis mad sukun tu besar-besar? Rupa-rupanya, wujud sejenis buah bernama sukun yang bersaiz umpama durian D44 yang pokok dia ada depan rumah aku. Ini kes terlalu taksub dengan tv sampai nama je orang kampung tapi tak kenal buah sukun. Haish.

Satu lagi masa sekolah agama jugak, Darjah 2. (Oh daya ingatan aku kuat la). Waktu ustazah suruh baca ramai-ramai rukun Islam kelima ’menunaikan haji bagi yang berkuasa’ aku tak setuju lalu aku ganti berkuasa jadi berpuasa. Sebab aku ingat berkuasa maksudnya kaya dan bongkak maka orang miskin tak layak pergi haji kah?. Ustazah silap ni, kata aku. Patutnya orang berpuasa lah boleh pergi haji sebab diorang laksanakan rukun Islam kedua. Sampai ke sudah aku hafal macam tu. Dari rukun islam pertama sampailah kelima. Oh silap fahaman rupanya. Takpe, belajar dari kesilapan, kata arwah mak.

Dan yang ini, paling terbaru melibatkan kesengalan walau confident level tinggi adalah sewaktu umur aku 26. Dah masuk kereta, siap pakai seatbelt, bukak radio, tekan hand break, masukkan gear, mestilah lepatu jalan kan? Tapi peliknya sebab kereta tak mau jalan. Aku panik. Sebab ada kes kan kereta boleh jammed tiba-tiba. Adalah sorang teman tu suruh tekan minyak. Tapi aku rasa tak perlu sebab jalan rata nanti tekan minyak dia meloncat. Puas kami membelek apa yang tak kena. Rupanya, enjin bertuah tak dibuka lagi macam mana kereta kau nak jalan. Kunci kereta tu bukan perhiasan ya Assila…Saya memang c00l tapi saya lebih gelabah, gabra dan blurr dari c00l.

Menyahut cabaran di Nur Bukit Unggul. tajuk sedikit poyo.

Harini genap seminggu tarikh pulang dari teambuilding kat Nur Bukit Unggul, jadi harus bukak cerita zaman lampau untuk dijadikan pengajaran. Yolah asyik dok mengadap kertas A4 ni rasa lemau dah macam kertas. Take a break. Masa kat Nur Bukit Unggul tu aku cuba semua aktiviti keras. Walau orang macam aku lagi suka aktiviti duduk diam-diam baca novel kat tangga rumah yang nyaman. Oh patutlah tak kahwin-kahwin. Tempat tak stategik. Okeh tukar tukar. Baca novel kat tepi sungai. Romantik sikit.

Keras dalam kamus aku adalah aktiviti2 macamni – flying fox, abseiling, masuk hutan, masuk air, rentas desa, rentas obstacles, survive dalam hutan dan yang paling parah – berkayak. Physically mentally KO. Dah puas kot dahulu kala kecik2 terjun sungai main hujan bagai (tak selalu pun). Sebagai nilai tambah, aktiviti kesukaan kecik2 – main pondok-pondok, kawin-kawin dan masak-masak bagi menonjolkan identiti kewanitaan di situ. Tapi zaman remaja yang tak berapa produktif sebab selalu ikut aktiviti luar tapi skip aktiviti keras di sana-sini.

Alkisah 1 : Program kat Gua Musang dulu, i dapat buat aktiviti abseiling ya kawan-kawan. Tapi tak cukup berani buat flying fox. Tolak satu markah di situ kerana ketidakberanian.

Alkisah 2 : Yang ini paling ralat. Macam ralat angkup vernier. Punyalah berhempas pulas tunggang terbalik exercise tambah stamina tiap-tiap hari ramai-ramai dari kat Skudai Johor sampai kat UMS Sabah akhirnya kecundang juga bila tiba masa nak mendaki Gunung Kinabalu ramai-ramai tu. Akhirnya end-up mendaki kaki Gunung Kinabalu dan sesat sebentar di Poring Hot Spring. Gunung Kinabalu tu beb. Rugi tak terkata bila terkenang. Give-up di saat akhir. Takpelah kalau ada jodoh jumpa lagi. Lepas ni daki Gunung Bukit Broga jelah. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian?

Alkisah 3 : Nasib baik luka diubati bila dapat daki Gunung Jasar kat Cameron Highlands. Sejuk sungguh nyaman pendakian. Dapat pula periuk kera idaman. Walau berbuat dosa lepas tu sebab curi terung kat kebun tauke Cina mana entah. Dahsyat perangai dahulu kala. CH, ada rezeki memang teringin datang lagi 7 kali.

Alkisah 4 : FRIM pun seronok jugak. Dua kali pergi rasa nak pergi hari-hari. Dua2 kali naik canopy walk walau pendakian sangat penat. Stamina hampeh. Pancit. Kali pertama dengan coursemates. Kali kedua dengan Najwa. Night walk yang lawak sebab tengah2 malam pun boleh dengar bunyi lori kereta semua walau kami kat tengah hutanlah sangat. Dan tak mungkin dilupai sebab sampai sekarang parut leech tu masih ada. Dua leechs yang sampai diorang kenyang baru aku perasan. Nak pengsan rasa dahlah banyak darah. Eeeeeeeee. Harimau mati meninggalkan belang, aku balik FRIM meninggalkan parut. Cenderamata dari FRIM yang kekal sampai sekarang walau dah lebih 3 tahun. FOC. Tak payah bayar dan takmauuu lagi.  

Atas dasar insiden FRIM itulah aku tak rasa teringin nak buat aktiviti luar semua. Siapa nak tanggung kalau stamina aku kat paras negatif? Tapi atas dasar kerugian kecundang di kaki Gunung Kinabalu, aku gagahkan jugak buat aktiviti2 luar masa teambuilding tu. Dan alhamdulillah selamat mencuba semuanya. Yelah nanti kalau anak-anak tanya ibu ibu macammana rasa night walk flying fox berkayak bagai maka tidaklah hamba malu menjawabnya.

Sedar-sedar dah panjang entri ni. Kalaulah kerajinan menulis entri ditukar kepada bentuk kerajinan belajar dulu, semestinya aku dah jadi menteri. Parti ***.

Saya Kunci Lirik Ini

Dimulai dengan persoalan. Ala-ala Fadzilah Kamsah. Pernahkah anda terkunci?Atau dikunci? Tak kisahlah dikunci hati atau kau kunci cintaku di dalam hatimu Ramlah Ram atau terkunci mulut tak mampu berkata-kata atau terkunci dalam bilik air tak boleh keluar lalu jerit minta tolong dan bomba sampai atau lebih hebat Superman sampai lepastu kau jadi headline suratkhabar kalah Lois Lane. Baiklah. Merepek. Entri ini tak ada kena mengena dengan tajuk mahupun Pak Nil.

Ehemm. Sahabat, sesungguhnya bagi kami BERENAM yang berstatus bujang dan anggun ni, malu adalah perkataan paling tepat menggambarkan tragedi Oktober itu. Jangan ingat Awie je yang ada tragedi. Harus mengcapslockkan BERENAM di situ sebab malu tu dapatlah dibahagi enam, kuranglah tanggungan. Malu adalah sakit yang lebih sikit je dari diarrhea. Aku taulah.

Cuba cakap, apa yang lebih malu lagi memalukan kalau kau terkunci dalam bilik  bukan secara SOLO tapi secara BERENAM dan masih bujang belum kahwin? Dan tidak terlintas mencari publisiti free sebab berazam hidup sederhana dan tidak menarik perhatian. Tapi benda dah nak jadi, tetaplah menarik perhatian seisi rumah bila kami ni bukan terkunci dalam bilik sembarangan tapi BILIK PENGANTIN tau tak. Boleh fikir secara logik di situ. Ia adalah tempat larangan untuk budak-budak kecik bersukaria di dalamnya.

Okey mari rewind sama-sama. Tak maulah sebut nama. Ke nak sebut? Tragedi kat Kapar Klang tu sweet sebenarnya. Mana nak cari kawan-kawan yang semua muka selamba comel bila pak cik tu berjaya bukakkan pintu lepas usaha 10 minit. Tak boleh pecahkan pintu nanti pecah rahsia pengantin katanya. Haha. Ini gara-gara mau berposing dalam bilik pengantinlah. Dengan izin pengantin tau. Ratu sehari tu pun join sekali cuma waktu tu dia p layan tetamu. Pengantin sempoi, thumbs-up Hajjar. Ops tersebut nama.

 Sebab tak mau kantoi kami seronok bergambar kena tutup pintulah. Terlalu seronok pun bahaya sebab bila pengantin ketuk pintu kami tak boleh bukak dari dalam. Pintu problemo. Maka bermulalah episod malu itu. I macam biasa cool je. Konon. Padahal bila keluar habis kami berenam kena usik sebab dahlah terkunci, bilik pengantin pula, anak dara pula semua. Huh. Terus menyesal tak kahwin awal kalau tak mesti tak masuk list kena usik. Lepas keluar tetap maintain semua muka ayu ambik gambar dengan pengantin sporting walau diaju usikan bertalu-talu hehe. Macam artis keluar court you we all ni.

tak semua yang ada dalam gambar ni adalah mangsa kejadian -_-

Balik ramai-ramai singgah rumah Zimi ops tersebut nama lagi yang cantik macam istana Seri Menanti. Sesi membalas dendan diakhiri dengan pembelian secara tidak munasabah di AEON Bukit Tinggi sebanyak 1 pasang kasut 1 pasang sandal tak masuk akal. Oh ya,  1 cadar baru. Sebab tengah sale-lah. Kalau tak aku kedekut. Baik beli buku.

Ironi

Aku tak pasti adakah ini hukum karma tetapi setiap yang berlaku ada timbal-baliknya. What you did, you get back.

Satu. Semasa aku dengan gembiranya mahu berkongsi rasa dapat terpilih ke peringkat seterusnya untuk menggapai jawatan yang menjadi pujaan hati ramai itu, dia tidak pun memberi sokongan malahan mengucapkan kata-kata yang menghiris dan menghancur lumatkan semangat yang agak berkobar-kobar ketika itu. Patutkah ayatnya ini ‘Kau tu pakailah kasut tumit tinggi make-up ubah penampilan ni comot-comot macamni tak layak dapat’ (ayat ini telah aku tapis-tapis 3 kali pemeringkatan). Aku tak pasti itu reverse psychology atau bukan, tapi terasa separuh jiwaku pergi pula mendengar. Harus patah hati kalah laki mati bini. Reverse psychology never works on me. NEVER. Dan separuh sebab aku tak pergi program itu adalah sebab ini. SEBENARNYA.

Dua. Pernah sekali kami berjumpa dan ayat-ayat dia nampak berlebih-lebih memuji anak-anak sendiri. Boleh memang boleh, tapi tak perlu kan bercampur ayat-ayat menghina orang lain. Pernah dia tanya pointer aku di Matrikulasi dulu. Bila aku bagitau terus dia cakap begini ‘Memanglah padan dapat kursus yang kau tak mintak, tak sampai 3.5. Macam anak m***, pointer dia tinggi dapatlah kursus tuttt…’. dengan gaya bermegah-megah dan pandang aku sebelah mata walaupun dia bukan lanun. Dia tak tau kisah sebenar lagipun buat apa bercerita dengan orang yang tak mau mendengar pun? sigh.Ye aku mengaku sem 1 dulu aku banyak main, tapi pointer sem 2 aku tinggilah m***. Cuma of coursela tak dapat cover CGPA. HAHA padan muka. Well, dia tak perlu pun kutuk2 aku sebab dia bukan part of the family.

Tiga. Pernah dia dengan bangganya menunjuk gambar teman wanita anaknya dan cakap begini ‘tengok budak ni walau pakai tudung tiga segi tetap tutup bahagian dada, pandai bergaya tak macam kau ni, pandai anak aku pilih’ sambil pandang aku dua-dua belah mata.

Ironinya,

Kini, anaknya yang dibanggakan dulu tidaklah dapat meletak aku dalam inferiority complex dan sakit hati yang maha besar seperti dulu. Sebab anak itu aku lihat dengan bangganya berpegang-pegang berpeluk-peluk dalam fb dengan teman wanita baru. Agak skeptikal ayat aku, tapi Tuhan kan Maha Adil. Tuhan bayar cash. Aku bukanlah baik sangat tapi aku tak sejahat itu untuk mengutuk-ngutuk orang tak tentu pasal. Kuman seberang laut boleh nampak tapi gajah depan mata tak nampak pula. Nauzubillahi min zalik.

Ramadhan Kareem semua!!!

Walaupun belum jejak Ramadhan, terasa berdebar pula jantung ni, menunggu kedatangannya. Terasa tak dapat buat sehabis baik di bulan Rejab, dan Syaaban yang dah nak berlepas ni. Ibarat terlepas komuter nak balik Nilai dan akhirnya kena tunggu dan tunggu. Bezanya, terlepas bulan-bulan ni kena tunggu cycle akan datang. Lamaaaa. Jadi, insaf cepat! Epp, jangan nakal-nakal lagi. Kau tu dah banyak terlepas peluang sebab selalu take things for granted.Lepas ni janji tak buat lagi dah. Janji Melayu ka? Haha, tak kot sebab i orang Jawa. Apsal lah pasal janji terus mengaku bukan Melayu? Isk.  

InsyaAllah, lepas ini dah tak mau lepaskan sebarang peluang. Macam masa kau beli barang-barang kat Watsons hari tu, sebab ada sale murah 15% terus grab macam-macam lepas tu pokai kena pinjam talian hayat kat Kak Gee dan Kak Syikin. Peluang tu, sale 15% juga tidak harus dilepaskan jika barang yang dibeli adalah keperluan bukan kehendak. Lepas tu, beli novel Kang Abik, Bumi Cinta kat MPH walau tujuan asal hanya melihat-lihat. Benda berfaedah tak harus dilepaskan. Priority you know, priority. Hehe. Padahal baca sekali terus jadikan tempat kumpul habuk. Okeh, pembelajaran bermanfaat di sini. Ulangi pembacaan anda setiap 3 hari sekali sekurang-kurangnya. Jika tidak, sia-sia anda menyatakan hobi tegar anda adalah MEMBACA!.

Segala kekhilafan saya, dapatlah kiranya ditebus di bulan Ramadhan nanti. Nak perbaiki diri, jadikan azam HPA suatu kenyataan. Hadiah dah habis tapi azam pun dah habis ditiup angin lalu berterbangan entah ke mana. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang terlalu dhaif dan selalu lupa beramal soleh. Jadikanlah hambaMu ini insan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. Amiin.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Semoga beroleh rahmat, maghfirah & dijauhkan dari api neraka.

Selamat tinggal Syaaban. Semoga dapat bertemu di episod kehidupan yang akan datang.

Ramadhan Kareem semua! Oh ya, baca ini. Saya superfan penulisnya.

p/s : kenangan ramadhan. banyaknya MashaAllah. nanti akan diceritakan di episod akan datang. InsyaAllah.

Buku hidup saya versi pahit

Macam best pulak taip dalam point. Antara koleksi kenangan pahit saya secara amnya ;

  • Sekolah rendah. Darjah 2. Saya & beberapa kawan sekelas dijadikan model murid tak siap kerja rumah. Kehkeh. Malu tau sebab kena konvoi pegi kelas sebelah bawa homework tak siap lepas tu duduk sekumpulan kat belakang (ada macam kandang) sambil buat homework. Cikgu yang ajar budak-budak  kelas tu asyik bebel kat diorang suruh jangan jadi macam kitorang. Dahlah ada budak darjah 1 yang saya minat kat kelas tu. Aish kecik-kecik gatal. Sebab tu kot besar tak gatal dah. Haha perasan.

 

  • Sekolah menengah. Ade ke patut saya & beberapa senior kena denda cari rambut (cari rambut, bukan cabut rumput eaa)  kat Musolla Puteri sebab kitorang curik-curik naik atas mandi-manda waktu gap Maghrib ke Isyak. Lepas kena denda siap kena ceramah agama lagi kat courtyard tengah tu, semua orang boleh tengok. Jatuh saham seposen. I jujur tau sebab tu I mengaku.

 

  • Dekat Uni. Ada seorang mamat tu macam suka kat saya.(saya tak brag, sebab saya taip ‘macam suka’.) Tapi saya macam suka kat kawan dia tu. Alih-alih kawan dia tu pulak nak kenenkan kami berdua. Hancur hati saya. Eheh. Nasib baik tak berjaya sebab saya memang pandai berlakon tak ada perasaan. Akhirnya semua pun bawa haluan sendiri. Pahitnya diingat kembali. Hehe.

 

  •  Lepas grad. Arwah ibu kata, kita mesti berani hadapi semuanya. Belum cuba, belum tahu. Sayangnya, saya bukan begitu. Saya ada satu tahap yang akan give-up serta merta. Dan bimbangkan benda yang tak penting. Macam masa tu, saya poyo seronok bila pass exam PTD dan kena pegi PAC kat INTIM Kemaman Terengganu. Siap senior bagi tips-tips masyuk lagi.

 

  • Well, saya end-up tak pergi pun PAC sebab pagi tu kaki terseliuh kat toilet kerana saya terrrrlalu banyak fikir macammana nak pergi Kemaman instead of fikir strategi nak pass PAC. Dan demam sebab hari-hari ‘jogging’ dengan M kat Dataran Banting tambah work-out sebab dilatih oleh M si jurulatih silat. Sungguh pahit kenangan itu. Haish. Padahal di mana ada kemahuan di situ ada highway. Eh, Adnan Sempit jangan marah.

 

  • Waktu dah kerja. Di waktu ni, saya di tempat kerja. Lepas solat Zohor tadi, tekak saya rasa sangat pahit kerna macam ada bunyi pintu berkeriut dan saya sendirian saja di tingkat atas. Ca Alip Ba Wau Ta!!!!!!!!!!! 

Hari ini dalam sejarah, saya berjaya menderma darah.

Hari ini dalam sejarah, saya berjaya menderma darah. Macam bunyi pantun. Okay tipu. Ini entri terlewat sebenarnya. Kira late submission ni. Semalam dalam sejarah, saya telah menderma darah. Uish, sudah late submission, isi karangan berulang pulak. Jangan tolak markah saya cikgu.

Sebagai manusia agak fobia darah, saya kira ia satu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.  Oleh itu, saya ingin mencatatkan nota-nota ringkas mengenai tarikh keramat ini. Malas tulis esei punya pasal. Cikgu jangan rotan saya.

1)      Tanggal 7/4/2010 saya berjaya menderma darah. Agak perit mulanya. Lepas 2 bulan nanti baru boleh derma lagi.

2)      Tiga kriteria boleh derma darah : 1- berat badan (saya lepas +10kg). 2-paras hemoglobin (saya 13.0). 3-tekanan darah (saya 120/70).

3)      Semua kriteria di no. 2 tadi melayakkan saya si darah O a.k.a. penderma universal untuk derma 350 ml.

4)      Saya dapat buku merah & sijil penghargaan. Tambah koleksi.

Orang kata, the more you give, the more you’ll get back. Maknanya, lebih banyak saya derma darah, lebih banyak rewards yang saya akan dapat. Jeng jeng jeng. Should I, or shouldn’t I? (Opps, kena tolak markah ni cakap omputeh).

Kesimpulannya, minggu depan saya cuti seminggu. Banting, di sini saya datang. (terjemah here I come) ;D

Dulu aku suka mengumpul setem, sekarang?

Fraction 1 : Doa meminta setem?

Doa itu senjata orang mukmin. Itu ustaz ajar. Jadi kecik-kecik dulu sebelum tidur aku akan doa sangat panjang dalam 10 minit minta macam-macam pada Tuhan. Macam-macam ni contohnya :

1) Jauhkan setan dan iblis dari rumah dan kebun.

2) Panjangkan umur ahli keluarga & sedara mara & umat Islam sedunia.

3) Jauhkan perogol bersiri & penjahat yang suka jual organ budak kecik.

4) bla..bla..bla..

5) Bila bangun tidur akan dikurniakan sekarung setem yang sangat banyak di bawah para dapur. (ini zaman ‘my hobby is collecting stamps and shells’. Bukan main xbox atau fesbuking.)

Erm, yang no.5 tu tak pernah dimakbulkan sampai sekarang. Tuhan bukan macam weather forecast yang kita boleh ramalkan okey. Usaha, baru tawakkal.

Fraction 2 : Percayalah magis si Dhuha.

Bukan nama orang. Nama solat sunat. Siapa amalkan memang murah rezeki. Sekali sekala aku buat, memang terus dimakbulkan doa yang aku minta. Alhamdulillah. Tuhan memang bukan macam weather forecast yang boleh diramal, tapi kalau kau buat Dhuha, dijamin doa kau akan dimakbulkan serta berasa lagi best dan live life to the fullest. Macam magic. Ting!!!. Sekian, terima kasih.

Campur fraction 1 + fraction 2 : doa + dhuha = macam dapat bonus tahunan 6 bulan gaji tiap-tiap hari. Sampai mati. Sampai kubur lagi.

p/s : Sekarang aku tidak lagi suka mengumpul setem.