Biro Tata Negara dan kamu.

AMARAN : ENTRI INI SUDAH BERUMUR HAMPIR 3 BULAN. TIDAK BERNIAT MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK BERHALUAN KIRI ATAU KANAN. SELEPAS DIJERUK LAMA DALAM DRAFT, SAYA BERKEPUTUSAN (aiceh, ayat skema-rama) UNTUK MENERBITKANNYA (publish).

Sebelum hadir kursus BTN, tak banyak yang saya tahu tentang Malaysia. Dulu belajar Sejarah sebab nak pass exam. Walhal, tanpa sejarah, siapalah kita. Kena toleh ke belakang untuk maju ke depan. Negara tercinta kita ni, dah dijajah 446 tahun rupanya. Dan merdeka baru cecah 52 tahun. Dulu, lepas Portugis, Belanda, lepas tu British, Jepun, British balik, dan Komunis jajah beberapa belas hari sebelum tarikh keramat 31 Ogos 1957. Kalau nak tahu, mereka jajah tanah ini sebab 4G, bukan 3G dah. 4G-gospel-glory-gold-geography. Nak dapatkan merdeka tu bukan senang. Harta masa jiwa tenaga semua habis datuk nenek kita korbankan. Nak pertahankannya? Tak mudah. Cuba bagi sebab kalau ada yang kata senang.

Politik memang penting. Sebab itu macam kuasa untuk tentukan hala tuju rakyat. Kan ini negara demokrasi berparlimen raja berpelembagaan. Demokrasi – from the people, by the people, for the people. Saya tak pandai berkata-kata, atau menabur janji manis, atau cakap berapi-api sampai orang menangis dengar. Sekurang-kurangnya kita mesti tahu apa tu kontrak sosial, bukan cuma tahu laman-laman sosial. Bukumuka lah, kawanster lah. Perkara 3, 181, 152 dan 153 sebagai galang ganti kepada perkara 14. Mahal tu dan tak ternilai sebenarnya. Banyak yang digadaikan demi menuntut keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Cuma, sekarang, politik tu dah jadi pelik-pelik pulak. Macam lari topik. Lari tujuan. Matlamat ke mana. Nanti takut menang sorak, kampung tergadai. Kemusnahan Iraq, bukan salah US sepenuhnya. Tapi salah rakyat tu sendiri. Bila bertelagah sesama puak, US pun masuk. Bila ruang dah terbuka, pucuk dicita ulam mendatang la nampaknya. Inilah yang jadi bila agama tu dipisahkan dari politik. Padahal politik atau siasah dalam bahasa Arabnya ni la sebahagian dari agama. Waspada ya, Malaysia ini, Barat masih mahu menjajah. Cuma tunggu peluang dan ruang saja. Sekarang pun sudah masuk menjajah. Jajah melalui 3F-food-fashion-fun. Malaysia memang amalkan dasar pintu terbuka. Langit terbuka. Dunia di hujung jari. Tanpa sempadan. Kalau semua terbuka, apa yang masih ada untuk ditutup dan dipelihara. Globalisasi. Dan apa-apalah yang sensasi. Jangan sampai basi sudah.

Bila tengok tivi, muak kan dengan politik wang la, hape la. Balik-balik isu yang ubah mindsetting rakyat – politik tu kotor – macam habuk. Habuk pun tak kotor camtu.  Padahal sepatutnya tak macam tu. Rakyat tak dapat saluran yang sebetulnya. Cuba lihat Britain, bukan nak ambil model pemerintahannya, Cuma sekadar pendapat. Kat sana, pihak pembangkang ada platform sendiri untuk sampaikan pendapat mereka. Mereka bebas bersuara dengan had-had tertentu. Kiranya pihak pembangkang tu macam cermin pada pihak satu lagi. Cermin. Supaya ada keseimbangan kat situ. Taklah terlalu selesa. Terlalu selesa tu bahaya. Tak mahu think out of the box.

Jadi, BTN adalah satu proses indoktrinasi? Apa pendapat anda? Setakat ni, dah berjuta-juta orang hadir kursus BTN. Tak ada pun rusuhan kaum gila-gila terjadi. Apa pula pendapat anda tentang SPIES? Barangkali pernah hadiri? Atau pernah baca tentangnya? Pendapat saya, agama itu tunjang. Pernah dengar ‘demi agama, bangsa dan negara’? Tepuk dada, tanya iman, tanya akal.

Sakit Rumah

Minda kosong sekarang. Idea banyak tapi serabut. Jadi tak tau nak keluarkan yang mana. Macam mana nak boost semula semangat?

Orang = balik cuti semangat sebab dah recharged tenaga masa cuti.

Aku = balik cuti rasa nak balik rumah lagi. Mengalami sejenis penyakit yang dipanggil ‘Sakit Rumah’. Nasib tak sakit hati.

Kadang-kadang manusia rasa tak bahagia. Padahal bahagia tu datang dari dalam diri. Kau tak perlu kaya, glemer, atau ternama (tak sengaja terletak nama-ternama). Untuk bahagia, balik rumahlah selalu. Jangan melepak atau hang-out atau gantung keluar diri sendiri di mana-mana pusat membeli belah yang kau cuma beli lepas tu belah. Baik duduk rumah lagi seronok sangaaaaaat.

pinjam spanbob kak lin.

Untuk orang yang tidak sakit rumah, sila skip entri ini. Maaflah pada sesiapa yang baca entri ini, aku terekspresi kerinduan terhadap rumah la pulak. Apa-apa pun, sokongan dan cadangan anda amat dihargai!!! (gaya macam baca text selepas menang award).

Sekian terima kasih.

InsyaAllah entri selepas ini lebih ilmiah dan berbaloi-baloi untuk dibaca. Selepas aku muhasabah diri sendiri. Amiin.

Senja yang meriangkan!!!

 

Gambar terbaik yang saya sukai diambil jam 5.30 petang. Credit to Aishah-okey awal-awal sudah keluar topik

Satu lagi gambar yang saya sayang. Diambil selepas gambar yang atas. jam 5.37 pm. Credit to diri sendiri sebab ambik gambar. haha

Yeah!!! Saya memang menang!!!!!(tanda seruan ditaip banyak kali untuk menunjukkan keterujaan). Petang tadi lepas jalan-jalan di Alamanda dengan geng OL (suka-suka letak nama) saya bukak internet. Saja taip nama penuh sendiri dekat Encik Gugel lepas itu hit the search button. (Jangan tiru hobi kitorang ni kecuali korang perasan artis).

Wah, ada satu laman web ni dengan nama penuh saya tertulis sebagai pemenang! Pemenang wehh..untuk pertandingan online yang tajuk dia lebih kurang camni: apa azam korang untuk tahun 2010. Tak boleh cerita detail nanti korang tau lepas itu search kat Encik Gugel nanti saya jadi glemer. Dapat hamper nilai dia RM300. Alhamdulillah.

Maka terjawablah persoalan dalam kepala kenapa Jumaat lepas orang pejabat pos telefon bagitau nak hantar parcel untuk saya dari Terengganu. Ingatkan secret admirer kat Pulau Duyong bagi keropok lekor (perasan ada secret admirer tak tahan. Haha). Sekarang, hadiah tu masih kat pejabat pos Jasin. Jadi saya tak tahu apa isi kejadah dalam tu sebab masa diorang telefon, saya ada bengkel. Lepas itu, terus balik Selangor. Tak sempat ambil hadiah tu. Nanti balik Melaka saya ambillah. Snap gambar dan letak kat blog.

Kalau ingat balik ‘esei’ pendek yang saya tulis untuk pertandingan tu, malu sebabnya banyak belum tercapai. Dalam masa 7 minit saya tulis. Takde mind map, terus taip. Alhamdulillah, out of 356 penyertaan, saya menang! Macam main prize je. Hah perasan.

Rasanyalah, saya ada azam baru 2010 sekarang ini : Banyak masuk online contest. Activate sekarang!!!. Haha.

Okay, sudah 7.45pm. Have to go untuk duty wajib. Sudah lewat. Sudah melanggar azam 2010 yang ditulis dalam esei itu. Siapa nak jawab???

Baik Tak Payah…

Aku tak rabun warna hijau. Aku orang desa. Aku juga dalam keadaan sedar masa aku melakukan transaksi itu. Tapi, kenapa tetap begini?

Waktu itu, kami buat trip ke Kuching, Sarawak. Ya, bumi kenyalang itu. Ke Kampung Budaya Sarawak dan Sarawak Waterfront, dll. Naik bot ke seberang sungai (walau ada gosip-gosip dalam sungai itu ada abang bujang senang).

Makan malam di rumah coursemate, Z, dengan hidangan paling best selain ikan terubuk masin, sayur midin namanya. Macam paku-pakis yang aku selalu makan kat kampung. Cuma  ini spesial sebab kat Kuching saja aku jumpa sayur midin.

Hari terakhir, kami shopping (bajet student = shopping adalah membeli cenderahati murah-murah). Beg, alas meja comel, itu yang aku beli. Lepas itu, kami serang pasar Kuching. Kawan-kawan aku sibuk beli perhiasan ape-ape entah, ikan terubuk masin lah, kek lapis sarawak lah, aku pula pusing-pusing cari sayur midin yang segar untuk bawa balik semenanjung. Bila nampak, terus tak banyak soal aku beli seikat = seringgit. Dengan seronok aku bawa seikat sayur itu ke tempat kami berkumpul. Jauh dari pasar. 

Dan, detik-detik seronok itu tak lama bila kawan aku, P bertanya dengan nada lawak   ‘S, apa yang kau beli? Kalau setakat paku-pakis, aku rasa kat belakang rumah kau kat Banting tu banyak dah…’

Waa..baru aku perasan, aku salah beli!!!Nak patah balik tak sempat. Kecewa. Kalau ku tahu aku telah ‘ter’beli paku-pakis di Sarawak untuk dibawa balik semenanjung, baik tak payah!!!!