Nostalgic November

November sikit lagi nak melabuhkan tirai. 2011 pun sama. Pejam celik nak masuk 2012 dah. Tahun depan dah masuk 28 usia. Sikit lagi nak masuk 3 series. Tapi kan, sekarang masih lagi mood tahun baru. 1433H. Banyaknya resolusi dalam kepala yang mau dilaksanakan. Apapun, November memang satu bulan yang serius untuk dikenang. Ala-ala nostalgia pulak sebab menghabiskan masa 12/11/2011 kat Melaka. Kat bumi Kesang Pajak. Dan sungguh sedih menghabiskan hari lahir dengan mensetelkan urusan tugasan yang tiba-tiba datang. Kata nostalgik.

Dan di malam selepas hari lahir mendapat panggilan telepon yang bagitau kat rumah Banting ada seorang insan mulia buat surprise dengan belikan satay dan kek. Manakala anakanda yang kurang pengajaran ni masih bersantai kat Melaka menonton Anugerah Industri Muzik kat ASTRO. Huhu. Soalan, siapakah insan mulia tersebut? Saya sudah bagitau insan mulia tersebut mahu duduk Melaka pada hujung minggu menjenguk Khairina dan mamanya T_T. Maafkanlah anakanda yang kurang berintegriti ini. Eh tiba-tiba. Mungkin saya kelihatan seperti anakanda tak mengenang budi. Ampun. Balik Banting nanti denda la apa saja.

Mama Khairina, timekasih atas soto yang sedappppppppp tu. Seribu kali makan tetap rasa sedap hehee. Mama Aleesya & Amani, timekasih atas lawatan. Saya masih kekok nak pegang baby Amani huhuuu. Kena praktis lagi gigih ni.

Sebelum ni, bila hampir tiba hari lahir, mesti terasa poyo bercerita itu ini. Kali ni, mungkin dah matang jadi dah nak ujung November baru nak cerita. Sekian, terima kasih.

p/s : rujuk lah kajian Dr. Fadzilah Kamsah pasal bulan kelahiran tu. Dengan penuh perasan, saya umumkan rasanya 83% ciri-ciri November ada pada saya ūüėČ ūüėČ ūüėČ

Advertisements

dari Melaka kembali ke Selangor

Assalamualaikum semua. Jun dah nak habis. Banyak yang nak diceritakan tapi tak tertaip. Biasalah, angan-angan melebihi kerajinan. Saat ni, detik ni, ada sesuatu yang meruntun jiwa. Betullah orang kata, benda yang dah lepas tu la yang akan selalu dikenang. Dan, untuk setiap keputusan yang kita buat mesti ada harga yang patut dibayar. Tak boleh dapat semua yang kamu nak tau kan? Kalau boleh dapat semua benda, manusia akan duduk berdoa depan Tuhan saja dan tak buat apa-apa, jadi takdela kemanisan kat situ.

Kerja OK. Setakat ni semua okay. Terlalu awal untuk andaikan apa-apa. Yang pasti, aku kembali jadi orang baru. Dengan kawan-kawan baru, suasana baru, tugas baru. Pada kawan-kawan yang rajin bertanya khabar kat fb, sms etc, SAYA OKAY, alhamdulillah.

Cuma, satu yang terkesan dalam hati, aku rindukan Melaka dan seisinya. Semua yang ada di dalamnya. Termasuk zirafah Zoo Melaka, ikan bakar Umbai bla bla bla, okay nampak sangat kebinatangan kat situ. Zirafah dan ikan. Sangat tidak padan.

Taklah, aku rindu sahabat-sahabat kat sana. Korang tau, patah tumbuh hilang berganti. Tapi dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing tua, dua tiga bolehku cari, manakan sama korang semua. sob sob. Jangan nangis. Aku dah berjaya pecahkan rekod untuk tak menangis sampai hari ini. Kecuali adalah satu masa tu, terlajak hehe.

Semalam, aku sedar yang kampung aku bukan kat Selangor dah.Tak tak, tipu, Selangor tetap di hati. Cuma Melaka, my second home ūüôā Tempat jatuh bangun suka duka aku kat sana selama 2 tahun 4 bulan lebih ni. Kepada kawan-kawan sekerja, aku mintak maaf andai tak sempat jumpa korang. Tak berkesempatan. Mintak halal semuanya. O-O. Ada rezeki kita jumpa lagi.

p/s : lepasni takkan ada entri yang kategori dia ‘Meniti hari-hari di Melaka’ dah ūüė¶

5 dalam 1 – wrap-up Mei

Semuanya demi blog yang hidup segan mati tak ready lagi ni. Walaupun mata pun dah segan-segan nak terbuka, tapi aku gagahkan juga demi blog. Dan cubaan gigih ni diserikan lagi dengan gambar-gambar eksklusif yang rasanya kalau jual, sekeping mau dapat juta2 ni. Jutaan terima kasih hehe.

Kita mula dengan gambar yang direkodkan paling awal (5/5/2011), jatuh tempat nombor 5.

Kalau dalam entri lepas, aku namakan dia ni Mang-mang, sekarang nak tukarlah. Goli den. Oh ye, entri tu ditulis dalam emo emo jadi tiba2 terus bagi nama manja kunun-kunun dekat di hati la tu cewahhh. Padahal nama cenggitu, mau cikgu tadika aku muntah lagi2 kalau tau aku ni umur 27. Jadi dengan penuh professional, aku tukar nama dia jadi Mangga. Eh macam nama majalah yang gitu2 tu pulak. Tukar lainlah. Tapi ape ye? Okeylah, buat pertandingan sapa dapat bagi nama ni hadiahnya ‚Äúpercutian sukati sampai bila2 takde tarikh luput ke Lestari Height‚ÄĚ=D

lama dah tak naik atas borak-borak, jauh bebenor rasenye ye

 

Nombor 4 (8/5/2011)

Saja je beli ni masa Hari Usaha1 Lestari. Esoknya bila aku ambik gambar ni, dah berbunga riang! Tengok tu, duduk dalam plastik lagi. Terbaik dari ladanglah. Dulu kat rumah aku banyak Portulaca grandiflora & Portulaca Oleraceae ni tapi habis diracun rumpai dek bapak aku. Beliau kata ‚Äėbaik tanam cili dapat juga hasilnya‚Äô. Tapi bila aku bawak pokok cili balik Melaka, bantut pulak. Tak berhasil-hasil pulak tu. Ke dasar malas jaga? Habislah Kak Shima nanti pokok orkid yang dia mintak tolong jaga terabai huhu. Takpe takpe pokok orang insyaAllah saya jaga baik2, siram seminggu sekali no sweat lah ūüôā

gemok kan. Boleh beli kat gerai unit SLP & Yap. Murah dan segar

 
 

 Nombor 3 (19/5/2011)

Las menet baru aku perasan nombor ni. Lepas tu terus gelabah nak berenti ambik gambar. Biasala kot, perempuan. Semua benda kecik pon dianggap penting untuk lipatan sejarah. Henpon aku murah jadi kalo ambik gambar sambil drive mau gambar goyang lalu menghasilkan efek seram. Nasib baik jalan Selandar-Kesang Pajak ni tak banyak kereta. Kalau kat highway, takkan la nak tipu pakai lampu hazard lepastu berenti tengah jalan? Kau ingat kereta kau je ado? Yelah, 12345. Cantik kot. Kalau terlebih 1 km, dah jadi 12346. Tak cantik. Takkanlah nak tunggu 123456. Pehhh, doblas ribu dengan seratus doploh tiga ribu. Jauh tu beza. Kena tunggu beranak pinak hehe.

jadilah warga berhemah dengan memasang signal yang betul bila berenti tepi jalan

 

Nombor 2 (21/5/2011)

Jeng jeng jeng. Ni gambar terbaru paling eksklusif. Paparazzi pun tak upload tapi aku upload. HAHAHAHA. Gelak jahat gaya sopan. Dengan kebenaran empunya badan  yang diraikan okey. Li En, heppi la tu hehe. Ni gambar ramai2 dengan ex-skulmet. Aku ingat nak buat pangkah kat muka kengkawan yang dah kawen (dapat idea dari gambar Kak Syikin dgn coursemate dia) tapi tak sampai hati la pulak. Diorang bayar zakat kan, aku pulak sukati pangkah silang. So, yang baris belakang tu semua dah kawen dan bakal berkahwin. Yang baris2 depan pulak pon akan berkahwin, cuma bila di mana bagaimana dengan siapa tu jeng jeng jeng la. Wallahu a’lam.

Oh ye, aku bakal mendesign kad kahwin Li En ni. InsyaAllah. Dah ada contoh design kad dari pihak dia. Kot2 la aku boleh buat bisnes design kad kahwin nanti.

=)

 

Nombor 1 (23/5/2011)

Bunyi drumroll sikit. Ni gambar paling baru dalam henpon aku. Cakk! Ada awek comel la kat JB60**. Nama baby ni Dhiya Khairina, anak Kak Gee. Khairina ni tak banyak kerenah, buktinya aku tak pernah pun terjaga malam hari dari tidur. Sebab Khairina waktu malam tidur sampai pagi dan takde menangis2. Ke aku yang tidur tak sedar? Bila ada baby kat rumah ni, barulah aku belajar sikit2 pasal bayi. Celoteh, tidur, main, nangis pon comel. Rasa nak cubit2 sebab geram. Aku tak pernah ada pengalaman jaga baby atau ada adik kecik sebab tu biasanya rasa kekok.

Memang besarlah pengorbanan ibu2 jaga anak. Banyak yang perlu dikorbankan ‚Äď masa tidur, rehat makan, semualah. Tapi penat tu semua berbaloi sebab yang sedang dididik tu bakal pemimpin masa depan. Oh ye, macik belum belikan Khairina hadiah. Macik bagi pakej Babytv tu nak? Sebab Khairina selalu ralit tengok benda bercahaya, bergerak dan berbunyi. Ekekeke padahalnya Babytv tu free. Gurau jela. Nanti macik beli. Surprise‚Ķ

satu pesanan macik, jangan curik2 tengok tivi dalam gelap masa kecik2, nanti jadi macam macik ni haaa~oh rasa tua

 

Okeh, dah wrap-up untuk bulan 5.

Macik yang gigih,

25/5/2011 11.57 pm

Melawat Melaka 2011

Untuk entri ni, aku rakyat Selangor dan melupakan fakta bahawa dah 2 tahun 3 bulan kerja kat Melaka. Malam akhir berbengkel adalah masa percuma (baca = FREE), jadi kami berlima jalan-jalan kota Melaka. Walaupun Melaka Maju 2010, tapi aku isytiharkan Melawat Melaka pada 2011 untuk aku. Kenapa? Okeyyy, sebab :

1) Kali kedua naik bot River Cruise. Kali pertama kureng perasaan, kali kedua penuh perasan. Yelah, sepanjang perjalanan 45 minit (bayar RM10) feeling perasan Puteri Hang Li Po gitu. Subhanallah, cantik gila. Tenang jiwa raga. ‘Bagai semua masalah telah saya dibungkus dan dicampak ke dasar Sungai Melaka’, kataku ketika diwawancara. Wahaha. Terbayang adegan filem Back to the Future versi Parameswara dan pokok Melaka. Cuma Micheal J. Fox bukan heronya dan aku bukan saintis. Wah review, tertarik tertawan teruja nak datang? Datang sendiri dan rasai, bagai berada di alam fantasi!

2) Ada pelancong dari Banting, Selangor beli cenderahati pertama dari Melaka, setelah 2 tahun 3 bulan. Yeayyy dapat beli pelekat peti sejuk. Tu je, cheapskate! Kat mana beli? Pahlawan Market. Sila datang, beli 1 percuma 0.

3) Bila berada di Kota A Famosa jam 11pm, jangan sesekali bercerita pasal tu pada bakal mak mertua walaupun anda tak ada modal bercerita. Paham-paham sendirik kenapa. Err, bukan apa makcik, saya kempunan nak lawat A Famosa, malam pon jadilah. Padahal dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Uhhhh.

Lawatan setakat itu, cukup membuktikan aku take things for granted. Tidak sedar apa yang aku ada ketika aku ada waktu. Oh ye makcik, sebab nilah saya bergentayangan kat Kota A Famosa pukul 11pm. Sebab ini sajalah masa yang ada walaupun dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Errr, alasan tak konkrit. Teeettttttttt~~~

Selasa

Ada satu perasaan tak best di sini : rasa tak rajin untuk hapdet blog. Jadi harini mesti qadha’ kisah-kisah lampau agar tak lupa. Nanti masa depan tak tau nak cerita apa kat anak2 boley refer sini. Kan kan. InsyaAllah kalau dipanjangkan usia.

Selasa 19.04.2011. Petang tu berderet aktiviti ke Jasin dgn agenda utama nak menulenkan diri balik mencari erti true beauty Malaysian. Lepas isi borang keluar ofis, aku ngan Kaksurin gerak ke Pejabat Pertanian dulu, setelkan urusan mohon sumbangan pokok untuk projek kat kolej. Main pergi je, kalau nasib baik akan dapat layanan mesra. Dan syukur sebab semua berjalan lancar. Ikut prosedur dan nak memudahkan kerja, kata staf sana. Alhamdulillah. Tapi aiyooooo, adakah pegawai tu ingat aku dah kawen. Baiklah. Bukan salah dia pon.

Tapi lepas beramah mesra barulah aku tau dia pernah kerja kat airport dan aku terus macam jadi bersemangat ‘Oh saya orang Banting, dekat je tu’ lepastu terus ukhuwwah terjalin. Ecehh. Dan kat Pejabat Pertanian gak kami setelkan urusan mohon sumbangan pokok kat Pejabat Perhutanan. Panjang kisahnya tapi ala-ala rezeki terpijakla. Killing two birds with one stone. Err, macam ganassss lak~

Lepas setelkan urusan lain, baru gerak ke tempat utama untuk menulenkan kembali diri. Lupa bagitau, awal-awal tadi singgah dulu Balai Polis, tapi rupanya sekarang kalau¬†mykad hilang tak payah buat¬†report polis, terus gi JPN. So dengan seronok aku g JPN sebelum tahu sekarang kena bayar RM110 kau!!! Tapi nasib baik kakak tu bagus jadi dia bagitau ‘takpe adik boley dapatkan pengurangan 50%, mintak surat sokongan kat JAPERUN’. Dah sudah aku menapak naik Itam ke Japerun. Nasiblah Kaksurin nak pulang buku juga, dan Japerun tu sebelah library Jasin. Kiranya sambil menyelam minum air. Pergi JAPERUN, pegawai dia pulak tak ada. Malassssnya nak datang lagi sok. Tapi, staf tu cakap, ‘takpe kak saya boleh sign bagi pihak’ Yes yessss. Sebagai tanda balas budi, aku pon borak-borak mesra dan lepastu baru tau kat Melaka je ada Japerun. Kat sini pon kakak tu tanya ‘Ni posting Melaka ikut suami ye?’ Ehh tak, saya belum kawen lagi’.

Bila dah setel dan pergi semula ke JPN, aku cakap dalam hati, kalau lepasni staf JPN tanya soalan yang sama macam kat atas tu, sok jugak aku kawen. Syukurlah tak ada yang tanya, kalau tak, mau naya. Huhu. Dan Kaksurin gelakkan bila aku isi borang alasan pengurangan tu¬†sebab ‘TAK MAMPU MEMBAYAR’ padahalnya kat ruangan pekerjaan tu tulis ‘PENSYARAH’. Nak buat camne, aku tiru je alasan staf tu bagi. Dan alhamdulillah, selesai segala urusan. Dan aku bakal dapat mykad baru lagi sebulan dengan wajah yang lebih tembam sikit sebab pakai tudung ketat JPN. Aiii, salahkan tudung pulak???

p/s : Bulan lepas duit terbang¬† bayar saman, bulan ni pulak bayar denda mykad hilang. Ada kena mengenakah dengan azam nak bayar zakat pendapatan aku yang tak pernah¬†kesampaian sampai sekarang ni? Hmmmm…

‘Aku Sedih’

Sebenarnya aku dah janji dengan diri sendiri, datang ofis hari Sabtu adalah untuk membuat kerja. Tapi lepas janji ditaburi dusta oleh diri sendiri (erm sebenarnya masih datang ofis, cuma peratusan bekerja hanya 50%) , aku decide untuk tulis sebuah entri sedih yang bertajuk ‘Aku Sedih’ walaupun sebenarnya lebih pada perasaan depresi, ke perasan depresi? Entahlah. Eh sebenarnya aku gembira, tapi nak jugak tulis entri sedih. Siapa yang tak gembira kalau long lost tak berapa lost friend (sebab masih kengkadang contact di fb)¬†kau tiba-tiba menjelma depan mata dan menjadi sebegitu dekat lokasinya? Apatah lagi dapat bersama-sama menghabiskan masa menonton 3 Idiots (yang aku dah tengok 5 kali) sambil makan KFC (yang dengan jelas aku lebih pemakan berbanding dia).

Eh cerita sedihnya mana?¬†Depresi gila¬†tau, sampai nak cerita pun kena mukadimah kisah heppi. Aku kini dengan rendah hati harus memaklumkan aku mungkin bukanlah tulen Malaysian. Sebab ic hilang. Ke salah letak? Aku harap dengan menulis entri ni, sesiapa yang terjumpa ic aku ke, bolehlah datang pulangkan. Tak susah nak cam muka aku, sebab glemer selalu masuk tivi. Haha.¬†Dah seminggu lebih aku cari, nampak gayanya kalau tak jumpa haruslah aku report polis sebelum nama aku masuk Buletin Utama sebab membuat onar kat Sg. Golok sana. Na’uzubillah.

Malam tadi adik aku telefon kata dia dah tolong cari 1 rumah tapi tak ada. Terus dia cakap aku ni pelupa sebab masuk kali ni dah 2 kali hilang ic. Oh, aku pun dah lupa pasal ic hilang kali pertama tu. Maksudnya, aku memang pelupakah?????? Dulu aku pernah sorokkan diari kesayangan dalam almari, dan kunci almari tu. Lepas tu aku lupa aku letak mana diari tu. Dah cari satu rumah, menangis bagai, baru teringat aku letak dalam almari. Masalahnya, aku lupa jugak mana aku letak kunci tu. Tak pasal-pasal kena kopak almari ;(

Bila dah kerja ni aku ingat tak lupa dah. Rupanya, selalu meja kaklin jadi mangsa sebab aku asyik tertinggal botol airlah, diarilah, kertaslah. Yang paling selalu lupa letak mana, botol air dan cermin mata. Kadang2 atas kepala sendiri pun boleh tak sedar. Sekarang korang tau kan kenapa aku pakai contact lens???  

Okeylah, nak pergi berjalan-jalan secara solo kat Mydin. Teman baru tapi lama i ada seminar harini. Wish me luck, jangan jumpa bapak polisi. Saya nggaak mau diantar pulang ke Indonesia pak, walaupun atuk nenek saya asalnya Tanah Jawa. Hihi.

Surat buat kengkawan

Masa yang berlalu, memang tak dapat kembali. Pakcik aku kata, jangan kejar masa, nanti dia lari. Jadi, berjalanlah seiringan dengan masa. Cakap memang senang. Kalau yang tertinggal dengan masa, camne?

Surat ni ditujukan khas untuk kengkawan (korang tau siapa korang). Serius tak sangka akan jejakkan kaki lagi ke sini. UTM, Pasar Karat(serius baru aku tau kewujudan tempat ni, walaupun dulu2 masa buat asg urban, kat sinila kitorang berlegar2), Pasar Borong Pandan(ni pun tak pernah aku tau wujud walaupun 4 tahun kat UTM dulu).

Aku ringkaskan surat ni lah :

a) Janna, nak tau tak masa kitorang otw g Danga Bay malam 12 Feb 2011 tu, ada tayar bas kat depan tercabut, pastu tiba2 golek2 depan Itam. Nak elak ke kanan tak boleh, apa lagi ke kiri. Gila banyak kenderaan. Brek mengejut? Oh tak sama sekali. Syukur tayar tu golek ke tepi. Haha, kelakar seram masa tu. Nasib baik tak masuk berita pasal tayar bas tercabut lalu menimbulkan huru-hara kat area JB.

2) Fadh,  ingat tak kita naik Balai Cerap dengan sungguh ayu berbaju kurung sedondon, dengan K.Tikah sekali. Hehe, ayu? Ingat tak masa kita beli roti nak bagi ikan Tasik Tropika makan tapi tak sempat, last2 kita sedekah kat monyet2 kat Balai Cerap tu. Seram gila tengok taring depa sekoq2.

c) Kengkawan 1 studio semua, ingat tak masa buat asg urban Dr. Sarofil kat area Jalan Wong Ah Fook kot, kat area JB. Ntahpape gambar yang kita ambik. Dulu kita khusyuk dan tawadduk, tak banyak gambar posing. Sume gambar hardscape & softscape je. Kelmarin, aku jalan2 kat situ, senyum sorang2 bila teringat kenangan dulu.  Tapi ada 1 yang aku ingat tau, masa korang ambik gambar bajet S CLUB 7 ke hape ntah kat area Putrajaya masa aku dengan Pian menapak 4km lebih dari masjid Putra gi PICC tu.

d) Dulu bila kita pergi JB naik bas, mesti lalu M Suites Hotel, ekceli ada 1 rahsia, aku admire design dia dan aku tertanya2 bilalah dapat masuk sini.  Siapa sangka, ia dah jadi kenyataan.

e) Yang paling sedih tak tahan, semalam pergi pesta konvo UTM dengan kengkawan sebengkel, tiba2 teringat masa kita jalan ramai2 kat Pesta Konvo dulu. Heppi macam budak2 sekolah. Sekarang, bila tengok students kat situ, dah tua aku rupanya. Cuba cari muka2 familiar, tapi satu pun tak ada. Kengkawan, kita dah jadi super senior la~~~Tiba2 sedih. Terus berdoa, Tuhan datangkanlah seorang kawan yang pernah kenal masa study dulu.

Kengkawan, sorrylah surat ni bercampur baur. Kenangan yang indah bila dikenang jadi sedih sebab ianya dah berlalu. Sayang korang =D. So, the next reunion, bila dan di manakah? Hihi. Malacca welcomes all of you!

**entri ni patut publish dah las wik tapi aku malas. Janna, lepas¬†ko called aritu bagitau ko ada kat UTM terus aku edit dan publish arini ūüėÄ

Datuk Polis vs. Pakcik Guard

Wahai diari, tau tak bahawa menghabiskan masa kat Kampung Buku Taman Botanikal ni memang best! Sebab ada wifi free. Heee…Lepas seminggu tak aktif berinternet la katakan. Semalam, Jumaat yang pelik. Pagi semalam hari last berbengkel, keluar pagi tu lambat jadi agak kelam-kabut. Lepas parking tiba2 kereta gerak sendiri. Isk rupanya lupa nak tarik handbrake. Ok, tarik, setel dah. Tapi entah kenapa masa nak balik tu enjin kereta tak boleh start dah. HA BIAR BETUL. Cuba 5 kali dah ni! Wawawa taktau mau mintak tolong sapa. 10 minit pikir baru perasan gear ada kat posisi D. Pandaiiiiiiiiiiii.

Petang tu pulak aku buat hal dengan polis. Tak sengaja. Sebelum tu, masa drive kat selekoh tu ada lori jalan bertentangan bagi lampu tinggi. Oh sorry bang termasuk jalan abang kot. Rupanya lepas selekoh ada road block. Ces, otak lambat digest rupanya kenapa lori bagi high beam tadi. Jadi kereta tak sempat brek terus terlajak ke depan lepas brek mengejut. Bukak cermin kereta, datuk polis terus cakap ‘lain kali kalau ada pemeriksaan polis berhenti ye’. Lalu harus buat muka comel mintak maaf dan cakap tak berniat nak jadi penjenayah. Yelah, mana tau tak payah berhenti ke, cuma lalu je.

Kenapa aku ada intention tak mau berenti, adalah sebab dulu pernah sekali tu drive kereta lalu pak cik guard UTem. Sebab kereta depan berenti, aku pon berenti gak. Rupa-rupanya pakcik guard suruh jalan. Tapi aku berenti. Konon ikut peraturan. Tulah. Salah action pada waktu yang salah.

InsyaAllah lepas ni akan berhati-hati. Hihi. Padahal tadi dah buat aksi brek mengejut. Maaf ye Itam.

p/s : Kawan2 yang baca entri ni, sila tolong doakan sekali kakak hausmet aku, Kak Gee a.k.a. Fauziah Hamzah, baru bersalin tapi baby girl comel dia terkena jangkitan kuman kat paru-paru, masuk ICU. Doakan kesembuhan baby dia ekk. Mana tau comel? of koz baby semua comel ^_^

p/s : i’m counting days and hours and minutes and seconds for something now! =D..wish me luck!!

Ekspedisi mendaki separuh je Gunung Ledang

Internet lari lembap di kala ini.

Kengkawan lain pakat upload gambar kat fb, maka saya pun upload gambar tapi kat sinilah. Baru aci kan? 5/12/2010 tu kami pergi kenduri kawen Tuty. Yang menariknya, lepas pengantin lelaki sampai terus emcee mintak semua hadirin yang ada aminkan bacaan doa untuk pengantin. Aura keberkatan dan tenang memang terasa. Doa dia ala-ala lagu Maher Zain baarakalluhuma~~ tu.

Petang tu, kami bertolak ke Hutan Lagenda Gunung Ledang. Yang kelakarnya, boleh pulak kat highway tu salah masuk arah gi KL. Syukur cepat perassan. Terpaksalah Echot reverse kereta. Sampai kat pintu masuk je, memang seramlah sebab takde sense of welcoming langsung. Ladang kelapa sawit! Rupa-rupanya, kena redah ladang tu jauh-jauh baru sampai kat tempat tu. Subhanallah cantik!

Yang bestnya, makanan kat situ memang tip-top. Sedap sungguh. Chalet pun besar, selesa lepastu kau tidur bertemankan bunyi unggas + air terjun, siapa tak suka? Walaupun malam last tu saya tak boleh tidur. Terkebil-kebil gara-gara diorang cerita h****.

Isnin 6/12 kitorang mendaki. Trail nak naik atas agak senang. Tapi bagi saya yang hari-hari bersenam kat mulut je memang pancit. Rasa mau give-up nasib baik kengkawan support. Trimas~~Kalau orang lain bangga dapat naik puncak, kitorang bangga dah sampai separuh Gunung Ledang. Main-main air kat kolam banyak ikan. Kesian Sol accident masa naik mendaki. Yang paling menggelabahnya, masa nak turun tu hujan. Kitorang jalan cepat, tak usah cakaplah jatuhnya, pacatnya bagai. Hujan kan. Tapi sempat berenti ambik gambar kat air terjun. Memang marbeles!

Oh ye, apa-apa barang yang dibawa naik atas mesti direkod dan kalau kurang kuantiti bila dah turun balik, kena denda. Polisi ni bagus untuk kekalkan kebersihan hutan kat Malaysia. Yang tak bagusnya, sayalah orang yang kena denda RM5 sebab hilangkan botol air.

Hari last, kami jenjalan kat kaki gunung sambil buat aktiviti biasalah. Hihi. Lepastu balik singgah Mydin MITC. Dah malam baru sampai rumah. Lepastu esok pagi saya balik Melaka semula sebab kerja. Oh sungguh bijak perancangan. Lepastu moody ¬Ĺ hari sebab cermin kereta kena batu masa kat jalan balik.

Buat staf-staf PTNJ yang best, tahniah! Buat kengkawan yang best, tahniah! Esok lusa kita buat lagi. Heh, padahalnya kelmarin dah selamat beraktiviti jenjalan Morib. Sebelum kahwin nilah beraktiviti dengan kengkawan. Sekian, saya sudahi dengan gambar2 ini. Amacam cikgu BM, ada can tak saya dapat A+ untuk esei ni?