dua belas sebelas

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni aku nak cerita 12 perkara menjelang masuknya bulan sebelas tahun ni.

1. Mengikut perkiraan hati aku, lagi 13 hari dari hari ini aku akan jadi lebih tua, yang mana sepatutnya aku mesti jadi lebih matang, berkeyakinan dan tabah menghadapi dugaan. Memperbaiki cara berfikir, cara bertindakbalas, cara menyerangbalas. Takdelah. Oh, bunyi macam ikrar saja.

2. Lagi 13 hari aku betul-betul dah suku abad. Bukan bertambah usia, Cuma dah berkurang usia. Makin tua.

3. Dulu aku lahir, bapa aku dapat ilham nak bagi nama aku masa beliau solat Asar. Masa baca doa iftitah. Sila baca dan translate doa iftitah, jadi akan dapat tau nama aku dan maksud. ‘bukratan wa asila’. Fuh, nasib baik tak bagi nama macamtu terus. Kecuali, nama aku sekarang dengan ‘double s’.

4. Masa sekolah agama dulu, ustazah kata, nama aku sepatutnya eja dengan ‘sin’, bukan dengan ‘sod’, sebab nama aku ada ‘double s’. tapi, sampai sekarang kalau kena tulis nama bahasa jawi aku tetap insist eja dengan ‘sod’ sebab macam best.

5. Dulu sekolah kebangsaan ada 3 orang nama macam nama aku. Cuma nama aku unik lagi. perasan. heh. Lepas itu, ada salah faham. Ramai orang ingat aku ada gastrik padahal yang-nama-macam-aku yang ada gastrik. Aku taula aku tak fit dan macam tak sihat sebab itu ramai ingat aku yang ada gastrik. Rupanya aku yang tak suka bersukan ni yang tak ada gastrik. Bagilah aku main congkak ke, batu seremban ke, main kad happy family ke, saidina ke. Ini suruh main netball la, handball la. memang sirius tak berbakat. DAN TAK SUKA.

6. Dua belas sebelas 2001, kawan-kawan 1 dorm belanja makan ramai-ramai. Nasi lemak kat kantin yang ramai orang keracunan makanan dan masuk suratkhabar (itu berlaku lama lepas aku habis sekolah). Hari itu, aku tak happy sebenarnya, sebab aku benci LK. Kawan-kawan 1 dorm semua happy sebab diorang ambik biologi. Hari tu SPM, paper LK dan Bio. Dan kenyataannya, aku memang tak suka LUKISAN KEJURUTERAAN dan aku dapat 7D. Kenapa masuk form 4 dulu aku gatal isi borang masuk sains kejuruteraan instead of masuk sains tulen?

7.Antara hadiah paling bermakna aku pernah bagi arwah mak, keputusan PMR aku. Masa tu, arwah mak dan jiran aku (cikgu SKBC) duduk kat tangga rumah aku. Aku tunjuk result kat mak dan cakap, mak, s* dapat 9A. Aku tak tipu, saat tu lebih menghepikan berbanding masa aku konvo. sebab arwah mak masih ada.8. Aku paling sayang mug yang umur dia 10 tahun ni. Kalu office mate perasan, mug ni selalu aku bawak ke hulu ke hilir.

9. Mug ni, hadiah AJK amende entah masa aku Form 3 kat SAMTTAR dulu. Beli kat MEGAH. Aku tukang beli hadiah, so aku pilih mug corak ni. Sayang mug ni. Jangan curi.

10. Lagi barang yang aku sayang, album gambar, beli masa jalan-jalan kat Taipan USJ. Barang aku selalu hilang. Well, album gambar ni tak pulak. Dia dah kekal dengan aku 9 tahun. Panjang jodoh kami 🙂 

11. Aku agak teruja bila tengok jam digital pada pukul 12.11pm atau am. Entahlah kenapa?

12. Dan, entri cacamerba ini ditulis sebab, 13 hari lagi adalah hari-lahir-daku. biarlah orang nak kata aku mencapub ke. Inikan blog aku. Sukahatilah nak tulis apa pun. Dua belas sebelas yang akan datang ni, aku tak expect apa-apa. Ada kursus pendek haritu. dan kelas akan kena tangguh.

*rindu dulu-dulu. selalu manja-manja dengan mak. kawan-kawan selalu cakap aku dengan mak macam kawan. Sekarang? aku tau, hadiah yang paling bermakna sekarang adalah doa sebagai ingatan. Al-fatihah.

Syioknya Raya!!!

gambar-versi-merenung-masa-hadapan

gambar-versi-merenung-masa-hadapan

kenapa mesti di tingkap juga kamu semua menyempit?

kenapa mesti di tingkap juga kamu semua menyempit?

Ni kat tangga dan tingkap rumah mak cik. Aku yang ambik gambar ni. Rasa macam angle dia cantik. Maksudnya, aku berbakat jadi photographer kah? Haha, perasan. Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Henpon cap ayam, maka jadilah gambar itu begitu.

Ini entri terlewat. Sudah masuk Zulkaedah sekarang. Better late than never omputeh kata.

Ingat lagi nostalgia zaman kecik-kecik? Dulu selalu round-round naik skuter pak cik. Aku mesti berdiri kat skuter tu. Sambil pusing-pusing lihat damar keliling kampung. Oh, indahnya..Kalau bisa masa lampau kita pusing kembali? Tak mungkin kan?

I’m not that good-lah (versi merendang diri)

Satu.

‘Assalamualaikum ustazah..’. Dua orang mak cik-penjaga-kebersihan-di-blok-kuliah menegur. Saya jawab salam sambil betulkan fakta ‘Saya bukan ustazah mak cik. Saya ajar BI’. Oh, nampak macam ustazah, mesti bapa kamu imam masjid, tak pun orang kuat agama’, kata mak cik.Taklah makcik, bapa saya orang biasa-biasa je’ saya jawab. Sejak hari tu, mak cik tu tetap panggil saya ustazah, sampai saya pakai name tag, baru mereka panggil nama saya. Moralnya, sila pakai tanda nama anda untuk mengelakkan kekacauan.

 

Dua.

 Menuju ke bilik kuliah. Berselisih dengan 2 pelajar di tangga. ‘Assalamualaikum kakak’, kata mereka. Huh, itu memang buat saya menyirap. Laksana air sirap tawar standard kenduri kahwin saya buat muka sambil nak berkata ‘biadapnya kamu. Bila masa saya jadi kakak kamu.’ Tak sempat berkata, pelajar bertanya, oh, cik ustazah kan?. Mungkin mereka nampak muka saya hampir berubah hijau menjadi Hulk.

Firmly saya jawab ‘bukan’. Dalam hati, oh, saya salah dengar ‘ustazah’ jadi ‘kakak’ tadi. Huh, pagi-pagi sudah pekak badak. Kesian badak tak pasal-pasal dapat nama.Bukan diorang cakap cik ustazah ke’, sambung pelajar. Oh mereka silap, saya bukan ustazah’, jawab saya sambil berlalu, buat muka-cuak-dah-lambat-pergi-kelas-konon.

*********************************************************

Entri ini bukan saya nak brag tentang diri. Jauh sekali. Dulu saya sekolah agama. Apapun, saya cuba berusaha agar identiti dan maruah saya sebagai seorang muslimah tetap terpelihara. Amiin. Ramai lagi kat luar sana yang lebih layak dipanggil ustazah. Kalau saya tak fobia darah, dah tentu lama jadi dokter. Takdelah. Dulu arwah mak suruh saya jadi ustazah. Saham sampai dalam kubur, katanya. Saya bukannya baik sangat. I’m not that good. Tak ada yang perfect kat dunia ni. Yang sempurna hanyalah Pencipta seluruh alam dan isi-isinya, Allah SWT.

 

silakan sebut SUBHANALLAH untuk ini

sila sebut SUBHANALLAH untuk ini

silakan puji untuk keindahan ciptaanNYA ini

sila puji untuk keindahan ciptaanNYA ini

11.30:Misi hampir accomplished!

Misi ini menyebabkan kami tak dapat hadir beberapa misi penting lain contohnya ke open haus rumah2 kak dayah, kak melor etc dan yang ultimatenya, jamuan raya besar-besaran siang tadi di office. Isk. Semua itu nun jauh di Melaka sana, sedangkan kami nun di sini, di N9. Ini sekarang sedang menaip di Seri Malaysia Seremban(promote; makan sedap). Internet signal : good. Bagus!

Siang, kami berkampung kat Amrich Nursery. Jaga budak? Eh bukan nurseri yg itu..Misi kami adalah cangkul mencangkul etc. jadi boleh bayangkan nurseri apa kan. A picture tells you thousand words. Esok kami dapat softcopy gambar & video. Lepas itu akan aku upload gambar kat sini.

Yang pasti, sekarang ni kami -aku, kak lin & kak su, memang dalam darjah kepenatan yang tak boleh blah orang kampung aku kata. Kami mula di awal pagi dan habis lewat petang. Berkawan baik dengan cangkul gergaji paku kayu tanah semua lah. Penat gila..Well, esok last day!..

Pengalaman ni akan kami bungkus kemas-kemas jadikan lapik nasi lemak ehh silap, jadikan memori & pengalaman. Yang best, kami dapat souvenirs. Cangkul dan semua alat2 tu, kami punya!!!. Hmm..balik kolej nanti kena menelaah buku Maths & BI balik la pulak! Nak watpe paku cangkul segala tu?

p/s : misi berkursus-tamat esok. misi aku malam ni, tidur b4 12am. Okay skrg sudah 11.45pm. Assalamualaikum.

**************************************

Hari ini 19 Oktober 2009, aku update dengan beberapa gmbr yg ada. Yang lain lagi banyak yang best belum dapat diupload, intenet dia sangat slow+lembap sekarang..Lain kali akan dimuat & dinaikkan.

 

 

Pengalaman pertama ber-TEMU dengan hantu (face to face okeh..)

Apa pengalaman pertama korang dengan hantu? Aku tak tanya either korang beramah mesra dengan ‘ia’ atau dikejar ‘ia’. Aku tahu ‘ia’ memang wujud, dan kita mesti percaya kewujudan makhluk TUHAN yang et cetera-et cetera itu.

Kecik-kecik dulu habit aku adalah ‘WAJIB BAWA KUCING TIDUR SAMA-SAMA SEBAB TAKUT HANTU’. Orang Jawa kata kelon. Kan kucing boleh nampak makhluk ‘itu’. Jadi kalau kucing itu tidur nyenyak, tak ada makhluk ‘itu’ dekat-dekat.

Alkisah, satu malam, aku tertidur tanpa kucing. Tengah malam, aku terjaga. Keluar bilik, cuma ada orang tua aku tgh tengok tivi. Betapa tak-boleh-tidurnya-aku-tanpa-kucing, aku buka pintu utama rumah untuk panggil kucing naik. Biasanya kucing itu mesti dah ready set and go lompat naik.

Tapi, tengah malam itu, buka-buka pintu sahaja aku nampak hantu!!! Atas penghadang tangga. Berbulu-bulu dgn kuku serta taring tajam-tajam. Aku gila tergamam bila hantu itu pusing kepala 360 darjah!!! Dan pandang tepat ke arah aku. Masa tu, selamat tinggal kucing. Biar mati kena baham hantu pun tak apa. Takdelah.

Aku terus masuk bilik. Terkejut. Takut. 15minit tak boleh tidur. Akhirnya tertidur setelah berdoa berbakul-bakul.

Esok pagi, aku diberitahu, itu sebenarnya BURUNG HANTU.

p/s : Bila manusia terdesak, kita akan berfikir out of the box. It happened to me~…see, lepas itu, aku tak payah beli Astro Discovery Cenel pun dah tau burung hantu boleh pusing kepala 360 darjah…haha..kecik2 dulu ade ke..

kasihan kau. tak pasal-pasal difitnah.

kasihan kau. tak pasal-pasal difitnah. oleh aku.

Makanan-makanan yang menarik hati dan menawan emosi

Percayalah, kalau korang cuba resipi-resipi ni, gerenti cop SIRIM punye tak kecik hati. Gerenti puas hati..Mari saya share 3 resipi gerenti sedap ini.

Okeh, Resipi Pertama. (tulis yang ini dulu, sebab dah pernah cuba buat)

Nama Resipi : Nasi Ayam Kak Dayah (sebab resipi Kak Dayah)

Apa yang perlu dibuat?

Okeh, resipi ni tak payah cerita bahan-bahan. Terus buat saja. Mula-mula,

1. Buat sup.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bunga-bungaan lawang. Masukkan air dan ayam. Campur sekali rempah sup tulang. Tak kisah cap apa, jangan masuk perencah tomyam sudah.

2. Tanak nasi (bukan TAK-NAK nasi, MASAK nasi okeh) – Pakai kuali, tumis dengan mentega halia dan bawang putih yang diracik.  Lepas itu, masukkan beras yang dah dibasuh, dan kacau sampai warna jadi putih. Pindahkan masuk periuk dan letak sup (approximately beras 1 pot = 1/2 cawan sup).

3. Goreng ayam madu – Mayang bawang merah 3 ulas & bawang putih 3 ulas, letak kicap pekat 2@3 sudu, madu 2@3 sudu, sos tiram 1 sudu. Campurkan semua bahan dengan ayam (rebus dulu ayam tu dengan sup kat no.1 tu). Perap 1/2 jam & goreng deep fry.

4. Buat sambal – kisar benda-benda ini >lada merah 5@6 biji, bawang putih 3@4 ulas, lepas itu + air sup + gula + perahan limau kasturi. Panaskan atas api sederhana.

5. Buat kicap – lebihan bahan perapan ayam + kicap + air sup.

MAKA SIAPLAH NASI AYAM & BOLEH HIAS DENGAN DAUN SALAD + TOMATO POTONG BULAT + TIMUN. Boleh tambah buah-buahan tempatan kalau suka hati. Ini resipi jimat masa dan tenaga. Yang penting, sediakan sup dulu.

Resipi Kedua. (ini senang jadi cubalah buat) 

Nama Resipi : Sambal Ikan Bilis Kak Yus ( sebab resipi Kak Yus)

Apa yang perlu buat?

1. Goreng tempe, ikan bilis dan asingkan dulu. Tumbuk hancur bawang putih, banyak bawang merah, banyak cili padi & sikit kunyit hidup.

2. Goreng bahan tumbuk. Tambah garam, gula dan aji(amaran kesihatan, letak aji sikit saja). Bila garing, masukkan tempe yang dah goreng tadi. Lepas padamkan api, baru masuk + gaulkan ikan bilis yang dah goreng awal-awal tadi.

SIMPLE kan..Rugi tak cuba 🙂 Sedap, boleh makan dengan nasi panas or even roti (bukan nak bias, tapi dicadangkan, roti GARDENIA yang sedap itu.

Resipi ketiga. Faveret saya untuk dimakan.

Nama Resipi : Asam Pedas Kak Su ( ini resipi Kak Su)

Apa yang perlu dilakukan adalah panaskan minyak 2 sudu, goreng bawang putih 2 biji, bawang merah 3 biji & bawang besar 1/2 biji yang dikisar semuanya. Masukkan cili kering kisar 3/4 cawan, serai & asam jawa/keping. Masukkan air 1/2 cawan. Masukkan ikan. Masukkan garam 1/2 sudu + gula kabung 1/3 batang  & gula pasir 1/2 sudu. Masukkan daun kesum. DAH SIAP! Senangkan, cuma saya belum pernah cuba je…

Jadi, siaplah rancangan masak-masak kita hari ini. Selamat mencuba & semoga berjaya..Dengan syarat, dah masak nanti, jangan lupa pos 1 bekas kat saya:)hehe..

Kalau rumah saya SHELL dan PETRONAS

Senior yang beraya di rumah bagitau, memang rumah saya (interior) macam warna PETRONAS. Langsir, lapik kusyen, lagi-lagi dinding semua warna hijau PETRONAS. Kat ruang tamu sajalah. Bahagian tengah rumah dan dinding tandas semua warna hijau epal. Syahdu mata kami memandang. Ke silau?

Syukurlah cat dinding kat dalam saja warna hijau PETRONAS. Kalau cat di luar, mesti ada orang tersalah datang nak isi minyak sebab silap ini PETRONAS.

Jadi, apa kata kalau saya nak be fair and square, oleh kerana cat dalam rumah warna PETRONAS, jadi cat luar, boleh tak nak cat warna SHELL? iaitu MERAHKUNING. Warna SELANGOR negeri kecintaan saya. Tempat jauh lagi dikenang, inikan lagi tempat sendiri..Eh, betulkah peribahasa.

Jangan-jangan kalau betul-betul saya cat dinding luar warna SHELL nanti orang salah nak isi minyak kat rumah saya, instead of the real SHELL petrol station kat jalan besar kampung saya. (Best SHELL tu, sebab ada surau besar yang cantik). Okeh, sudah melalut.

Kenapa saya suka rumah saya? Kenapa kamu suka rumah kamu? Ni saya upload gambar terbaru ruang tamu rumah yang berkecah dengan kuih raya yang berterabur.

Kan dah kata bersepah. Kusyen semua sudah diangkut pergi tempat lain

Kuih raya sudah tak ada sebab masa gambar ni adik saya ambik, raya sudah nak habis. Kusyen ada yang sudah tak ada, diangkut pergi depan tivi. (Ni gambar updated, lama lepas entri ditulis baru diupload)

atas meja besar ada sikit kuih raya. Nampak tak gemerlap hijau 'petronas' secara overall?

Atas meja besar ada sikit kuih raya. Nampak tak gemerlap hijau 'petronas' secara overall?

 

p/s : esok dan lusa kami semua ada Program Jelajah Merdeka. Doakan semuanya berjalan lancar. InsyaALLAH..Apa yang penting, KERJASAMA…dan DOA serta TAWAKKAL selepas USAHA. Amiinn…