Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum blog dan kengkawan. Boleh nak eksaited dengan tajuk di atas tapi jangan lebih-lebih sebab ini cerita aku, bukan adik pompuan aku. Arakian tau, adik aku dah selamat jadi isteri orang 2 Jun 2012 yang lepas. Lepas sekian lama tak tidur4.30 am dan bangun secara terkejut jam 6.30 am sebab bergotong royong setelkan hantaran secara berjemaah, aku bersyukur sebab tak terlajak bangun. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur qadha’ Subuh le gamaknya (uhuk uhuk, bunyi perli tuuu).

OK. Tamat kisah adik aku kawin. InsyaAllah akan dihuraikan cerita dalam episod lain. Mukadimah je tu.

Merujuk tajuk di atas, kisah tentang aku. Selamat Pengantin Baru.

Tarikh: 13 Jun 2012

Masa: Lepas Zohor, 2.30 petang.

Errr tak tau la camne nak mula. Aku tiba-tiba dalam satu situasi yang berupa seorang wanita duduk tepi tingkap sambil mengenangkan fakta aku terpaksakahwin pada tanggal 13 Jun 2012 lepas Asar. Ala-ala kawin paksa sebab satu hape persediaan pun takde. Sikit secubit kuman pun aku tak ingat yang aku bakal kawin petang ni. Worse come to worst, aku tak kenal la sape pengantin lelaki tu. Dan lagi menyedihkan adalah perkahwinan yang bakal aku hadapi ni sikit pun tak sama macam majlis yang selalu aku impikan. Haha mestilah semua orang ada impian sendiri untuk majlis korang kannnn. Be it sederhana atau mewah, terpulang pada individu. Yang pasti, mesti ada kan. Alahai, kalo kata takde, nak cover line la tu hehe.

Dan satu lagi tak boleh blahh sebab dalam tak nak aku kawin tu, dah ada OP rupanya. Pulak tuu, bro Acaii Jawe lak jadi photographer. Hahaha. Eh, bukan jadual dah pack ke? aku tanya. Bro Acaii Jawe pun jawab, takpe ambikĀ  job ni bolh balik kampung sekali. kite kan geng. Geng Jawa. Memanglah dulu aku pernah tanya boleh tak nak mintak bro Acaii jadik photographer, sambil terbayang photoshoot kat padang UPM yang cantik tu, tapi tu kan angan-angan je T_T. Tak sangka betul2 jadi.

Memang pasrah jela dari lepas Zohor nak tunggu Asar tu. Rasa cepattt sangat berlalu. Aku tak mau, tapi aku kaku. Tak tau apa yang sebabkan aku setuju kawin dengan ntah sapa yang tak ketahuan tu. Misterinya. Ke aku tak setuju tapi kena paksa? Serius tak ingat apa yang jadi sebelum Zohor dan hari-hari sebelum tu.

Terfikir gak, itu tak setel lagi, ini tak setel lagi. Yela, sebelum ni adik aku kawin, tiba-tiba aku pulak. Mengejut. Aku lagila terkejut. Selang seminggu je kot. Tapi takde mood. Pasrah je sambil berharap masa boleh diundur dan semua ni mimpi belaka. Nangis dah sebaldi lebih dan itu tak mampu mengubah apa-apa. Yang jadi akan tetap terjadi. Huhu.

Akhirnya, masa yang tak dinanti-nanti tiba jua. Aku serius tak dapat berfikir selain berdoa pada Allah, tunjukkanlah jalan yang benar. Putarkanlah semula masa supaya apa yang tengah jadi ni tak terjadi. Aku belum sedia. Aku belum sedia untuk semua ni jadi camni. Dan saat tu pun tiba. Takde mood ok nak tengok bakal suami. Kawin paksa kot. Aku mula gelabah. Nak buat apa ni?? Semua orang sekeliling tenang, macam takde apa-apa terjadi. Mana boleh macamni? Ini masa depan aku. Dunia dan Akhirat. Mana boleh kawin dengan sesiapa saja?. Tolonglah semua freeze! biar aku boleh lari. Atau aku nak create drama? Mana boleh, derhaka kat orang tua nanti buat kecoh dalam masjid.

Ya Allah, cemasnya. Dah nak akad. Dah mula pun. Ya Allah, aku harap sangat sangat, aku mohon sangat-sangat ini cuma mimpi. Aku tak sedia hadap semua ni. Dan, Allah makbulkan doa hambaNya di saat betul-betul diperlukan. Heheee mimpi jela korang. Mimpi seram la kot. Konpius gak bila terjaga tu.Sebijik macam real. Tapi betulla mimpi. Tengok jam, nak Subuh dah. Mana mungkin akad nikah waktu camni. Kat sebelah aku, si kucing comel tengah nyenyak tidur. Mana mungkin bawak kucing masa nak kawin, apatah lagi dalam masjid ^_^.

Syukur syukur syukur kepada Allah. Mimpi saja. Errr tapi kan, sebab dah tau cuma mimpi kan, boleh tak mohon supaya mimpi tu bersambung malam ni? Nak tau gak siapa bakal ……… tu kan. Mimpi je, bukan betul-betul pon. Hihi. Merepek la anda ni.

 

Entri lain akan cuba ditaip selepas ni. Kisah ini harus tulis dulu supaya tak lupa. Eh sebenarnya, supaya malam ni ada sequelnya =D

Advertisements