1: Entri nombor 3

Maaflah, penceritaan haruslah dimulai dengan cerita yang berada pada nombor agak disukai. Save the best for the last. Tak tau kenapa dulu terasa aku dilahirkan untuk jadi penulis tapi ternyata bila dewasa mengkhianati cita-cita zaman kanak-kanak itu dengan kejam kerana prestasi cuma berjaya merapu dalam blog ni. Dan ternyata lebih parah bila melaburkan duit ke arah benda-benda kureng berfaedah over books. Dan paling sadis bila acapkali ke shopping complex gagal menjadikan MPH/POPULAR sebagai istana hinggap, walaupun impian masa depan(salah satu) adalah menghabiskan masa luang bersama suami berpusing-pusing dalam kedai buku. InsyaAllah. Jadi untuk tebus kesalahan memang selalu menantikan acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Baru mukadimah. 27 Mac 2010 aku dan Fadilah Saadul Kurzi berjaya ke KLIBF kat PWTC. Sangaaaaaat ramai orang okey. Bersyukur. Suka. Seronok. Teruja. Banyak beli buku ilmiah, kurang ilmiah, langsung tak ilmiah pun ada. Misi utama adalah mencari novel-novel Nurul Syahida Kamarudin. Berjaya. Jumpa! Tawaf seharian kat situ bersama teman tersayang. Kalau ahlil-ahlil-kelab-wanita-anggun yang lain dapat join mesti lagi seronok kuasa tiga. Haha anggunkah? Jelita kot. Pasti akan jadikan acara ini acara wajib setiap kali ada. Jom join di lain tahun ūüôā

Rasanya sangat berbaloi habiskan duit beli buku. Puas. WALAUPUN KAU CAPAI NOVEL DULU LEPASTU BARU NOVEL LEPASTU NOVEL JUGAK, masihlah dikira berjaya sebab sekurang-kurangnya telah membeli dan membuat koleksi perangkap habuk buku-buku ilmiah lebih dari 5 buah.

sebahagian koleksi yang diangkut datang Melaka Maju

Sebahagian besar dibeli masa KLIBF 2010. Setiap buku ada cerita sendiri. Yang sebelah kanan sekali tu ekceli hadiah untuk bapak tapi lepas seminggu bagi aku buruk siku mintak balik. Impian sekarang nak beli trilogi novel Andrea Hirata. Dari Laskar Pelangi sampai Edensor. Yang ada ni novel pinjam dari perpustakaan Olak Lempit. Oh sungguh rindu nak lepak sana. Agak kolot di situ kerana menyatakan mau lepak dalam library. Walaupun azam nak beli trilogi ni masa dapat gaji first selepas berkhidmat dengan encik gavermen, ternyata angan-angan palsu kerana sampai dekat 2 tahun aku kerja masih tak beli. Yang ada? Maryamah Karpov saja. Sungguh kedekut. Tunggu kot-kot dapat hadiah hari lahir 12.11 ni. HAHA. Sila alert. Tak. Gurau je. Taulah hamba beli pakai duit titik peluh keringat sendiri nanti.

Okeh sekian saja Laporan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas. Diharap tiada potongan harga markah di situ walau late submission. Ahli panel pertimbangkanlah usaha gigihku menaip-naip di pukul 11:19pm 28/10/10 ini. Waktu rehatku terkurang kerana gigih cemerlang menyiapkan laporan ini. Waktu rehat ulama’ hanya di syurga.*insaf*.Wassalam.

Advertisements

Senarai menunggu

Baca tajuk bunyi macam aku ada banyak calon suami lepas tu buat waiting list dan poyo letak dalam entri padahalnya satu pun takda -_-.tak pandai buat ikon nangis.  Ini mau buat senarai menunggu untuk entri-entri baru dan tertunggak. Prioriti diberi kepada cerita bermanfaat berunsurkan alam sekitar dan keamanan. HAHA. Calon-calonnya.

1. Entri malu lagi memalukan di Kapar Klang 24/10/2010.

2. Entri kasih tak sampai Melaka Maju 2010 20/10/2010.

3. Entri Laporan Pesta Buku PWTC 27/03/2010. Dah berzaman Janna & Fadh mintak.

4. Entri Harun Yahya. Li En mintak berkurun dah.

5. Entri ku sangka panas hingga ke petang rupanya kena saman di waktu malam 2 Jumaat lepas.

6. Entri outing kat Alamanda Putrajaya bersama srikandi2 pertiwi 23/10/2010.

7. Entri sequel Blessing in Disguise 2. Tertunggak tanpa dikenakan interest.

Yang kena potong tu dah selesai. Alhamdulillah. Sifat suka bertangguk terserlah walau dalam bidang tulis-menulis. Dah ada calon-calon, jadi kena ada pemenang. Entri terbaik akan dianugerahkan pingat jasa kebaktian dan ucapan selamat malam.

Profil entri terpilih.

Saman Oh Saman Kenapa Kena Saman

**ini entri terlewat juga tau.

Sari berita utama. Kusangka panas hingga ke petang rupanya kena saman di tengahari. Eh bukan tengahari. Malam sebenarnya.

 14.10.2010. A lapar sebab makanan di cafe dah habis. Jadi pulang kerja segera melantak burger sosej mi segera maggi dengan sopan-santun. Si B pula baru balik dari bandar penuh lumpur untuk belajar cara orang putih cakap penuh makhraj. Maka kepenatan kedua-dua watak di waktu lepas Maghrib itu setelah B melatih A bercakap bahasa penjajah itu MONDAY WEDNESDAY TODAY. 

 Bila B menyuarakan keinginan untuk makan McD, A menyokong kuat macam orang mengantuk disorongkan bantal. Memang mengantuk pun. Tapi mau pergi gara-gara tadi di ofis rasa mengidam mau makanan McD sebab terlihat di atas meja C ada air buatan McD yang bersinar-sinar menggoda. Bertarung silat karate dengan perasaan sendiri sebab dah berazam memboikot makanan pakcik Ronald rambut merah kerinting kasut kuning tu. Dahlah tak boleh minum air gas .-___-. Ini semua gara-gara D rajin bertanya pakcik guard U*** yang kita boleh lalu situ lepas pukul 7 sampai pukul 10 rupanya sebab pelajar ada. Jadi Ayer Keroh tu taklah jauh sangat nak pergi.

 Maka bertolaklah dua orang itu meredah gelap malam yang pekat nian demi mencari sesuap McD. Di simpang keluar McD itulah segala-galanya bermula. Ianya sungguh kebetulan. Kenapalah B telefon suaminya di simpang itu. Kenapalah suaminya mintak ke CIMB di simpang itu. Kenapalah A teringat yang ada CIMB di Ayer Keroh itu. Dan kami pun membuat pusingan U di situ. Dan jeng jeng jeng bila ada pulak kereta polis suruh kami berhenti tepi jalan. Bila kami tanya apa salah kami adik polis pun cakap Kak Long buat pusingan U kat tempat salah. Eh eh eh bila masa kami jadi kakak kamu. Oh tak perasan. Tapi memang tak perasan. Ada ke? Yang menjadi masalah utama kat sini, kenapa polis tu macam sombong bongkak riak berlagak. Kami tak tau salah kami dik. Kami tak tau pun kami salah. Dan dapatlah kami sijil penghargaan berupa kertas saman buat kali pertama dalam hidup. Kerana kesalahan yang tak disengajakan. Macam kau tak sengaja terselamatkan anak raja kena culik lepastu dapat sijil penghargaan dan duit sejuta rupiah. Tapi yang ini tidakkkkkkkkkk. KAMI KENA SAMAN. Okey, secara teknikalnya B kena saman. Tapi secara realitinya kami berdualah sebab bekerjasama dalam membuat pusingan U yang bertuah itu.

¬†Lepas itu kami berkeputusan untuk tengok balik tempat kejadian. Dan pusing jauh2 di mana memang ada pusingan U yang dihalalkan. Rupa-rupanya memang ada papan tanda tak boleh pusing U lah kawan-kawan. Sebab kalut tadi memang tak perasan. Tapi adik polis tadi tak perlu SBRB lah kan. Heh, dahlah kami penat. Campur lagi cuak, gelabah dan keliru. Jadi ABC. Nak dijadikan cerita kami ke Balai Polis Kesang Pajak malam tu jugak. Dan mendapat ketenangan hati setelah berjumpa encik polis yang baik hati dan berhemah serta sudi menolong menceritakan saman tu perkara biasa. ‚ÄĚPakcik pun kena saman jugak‚ÄĚ, kata pakcik polis. Kan bagus kalau semua polis macamtu, sedia membantu adil lagi saksama.

 Oh, watak A tu penulis, B hausmet penulis, C kawan kat bilik exam, D rumet hausmet kat kursus speaking owang phutheh.

Secara umum

**Tarikh entri ni ditaip = 23/10/2010. Dan baru di-upload ni ha.

Wahai diari, adinda nak mula dari mana ya. Rasa malas mau tulis tapi nanti dah tua tak ada buku rujukan bila mau cerita memori lampau kat anak-anak dan cucu. Contohnya bercerita yang kau tu tak ada jodoh dengan benda bentuk bulat-bulat kot sebab asal beli seminggu je mesti lepastu hilang, macam dental floss Oral-B dan Dalacin-T sebab rupa bentuk mereka bulat-bulat silinder macamtulah. Mesti tergolek mana entah lepastu hilang. Walau kedengaran seperti memori tak penting tapi harus dengar ya nanti anak-anak ibu cerita.

Macamnilah, cerita secara umum dulu pun okeh. Bagi ada feel dulu. Gedebak-gedebuk dan cacamerba yang jadi minggu ini wajib ditulis. Cuma sekarang otak tak berapa berfungsi sempurna. Dia dah bagi signal suruh tidur-tidur-tidur.

 Kepulangan saya yang gigih ke kampung kali ni tak berapa dinanti oleh sesiapa. Tak ada kompang mahupun permaidani merah apalagi ayam golek. Sebab tak bagitau sesiapa pun. Tau-tau dah sampai. Mesti dalam hati bapak cakap anak dara dia asyik balik kampung saja kerja. Baik tukar kerja jadi pembalik kampung. Atau pengukur jalan.

Agenda tadi dah selesai kat Alamanda. Esok ada agenda lagi. Pergi wedding Hajjar Jais kawan rapat sekolah dulu. Hish bila turn I pulak ni asyik pergi majlis orang saja =__=. Wah. Mengantuk. Kedengaran bapak sedang gigih menyembur pembunuh nyamuk degil di serata bucu rumah. Sungguh rajin dan berdedikasi. Nanti saya tulis entri khas untuk bapak. InsyaAllah. Tidur dulu.

 p/s : mana Cinggu pergi tak ada pun sambut i balik tadi. Dating ke. Curang pada i.

**masa entri ni dimuatnaik saya dah pun cerita pasal gedebak-gedebuk minggu lepas. Entri sebelum ni tulah.

Dari 15 ke 22

Kan dah cakap, ingatan tentang apa yang jadi minggu lepas macam dah lenyap dari fikiran. Okeh, tengah ingat satu-satu sekarang. Jumaat lepas 15hb memang rasa stress taktau kenapa. Okeh, tipu. Tau kenapa sebenarnya sebab kerja-kerja ofis yang taklah banyak dan susah pun. Kerja-kerja mudah je, bukan pun kerja design kapal angkasa ke kapal perang ke lepastu kena present kat PM Najib. Cuma bila asyik bertangguk-tangguk nah hambek selonggok RM3. Apasal murah sangat.

 Jadi balik kampung wiken 16-17 tu taklah seronok pun sebab 24 jam asyik terlantar sedih mengalahkan panglima kalah perang. Balik pun tak semangat. Dan terbawa ke Isnin yang memang biru selalu terus jadi kelabu ayam.

Isnin 18hb. Yang sedih. Mengenangkan nasib diri di rantauan. ECEH. Paham-pahamlah walau dah selalu merantau tapi kan i tetap ada sense of belonging dengan kampungku. I kan orang kampung. (walau dengan taksub membahasakan diri ‘i’. Agak lupa daratan di situ)

Selasa 19hb. Yang pelik. Petang Selasa lepas balik kerja kami ke pasar kat Kesang Indah. Tiba-tiba membeli 2 belacan, 2 cencaluk & 2 asam jawa untuk ole-ole balik kampung. Lepas beli baru aku rasa pelik bukankah dah dekat 2 tahun duduk Melaka kenapa tiba2 nak meng-ole-olekan penduduk kampung kat Selangor pulak dengan benda2 glemer Melaka ini.-__~.

Rabu 20hb. Miting dan tak ingatlah apa yang jadi haritu. Otak Isnin ni sengal dah.

Khamis 21hb. Yang pelik kuasa dua. Kami hamba yang tekun telah ke JJ Ayer Keroh pada malam Jumaat. Oh ye, Melaka cuti la aritu. Okeh dah ingat apa jadi Rabu 20hb dan siang Khamis tu. Nantilah cerita part lain. Tak sangka hamba telah terbeli 3 persalinan baju 3 t-shirt 1 kemeja untuk keluarga juga. Oh sungguh indah membeli hampir hamba terlupa selonggok kerja yang dibawa sebagai bekalan pulang ke JB6062 itu. Maka malam itu seorang hamba Allah telah tidur jam 4.10 a.m dan bangun awal 6++a.m.

Jumaat 22hb. Pagi tu agak diri sendiri agak kelam-kabut. Haha. Macamlah biasanya tak gelabah bang. Sebab MQA datang. Hari terakhir check FPR. Tapi, all well ends well. Tuhan bantu permudahkan urusanku. Betulkah peribahasa? Hantam sajalah Labu. Jadi meraikan di waktu malam itu dengan sekali lagi membuat lawatan sambil belajar ke JJ Ayer Keroh. Kali ini heret Kak Syikin lepas semalam pergi dengan Kak Gee. Berjaya menjadikan 2 seluar dan 1 baju sebagai hak milik.

In a nutshell, minggu 15-22 Oktober adalah minggu pelik lagi memeningkan lagi pelik kuasa dua. Kawan-kawan rapat mesti tau saya ini kedekut kala beli baju etc. Bila macam2 saya beli itulah tandanya sesuatu berlaku. Sebab kerja. Well, kerja tetap kerja dan tidak perlu dihujah panjang lebar di sini. Apa lagi nak bawak masuk parlimen. Cuma impaknya pada diri sendiri. Duit melayang-layang in the air. Macam love is in the air-lah.

Eh dah nak pukul 5. Selamat tinggal Monday biru. Nak gi solat Asar lepastu macam nak gi McD. Eh, kepelikan tak habis lagi ke minggu ni?

Entri mengikut perasaan

Saya tak tahu adakah minggu yang menyedihkan ini telah berakhir atau belum. Rasanya hari ini deadline untuk perasaan ketidaktentuan ni. Doa saya telah dimakbulkan Tuhan. Tak semualah. Mimpi saya telah hampir dimakbulkanNYA. Kata penulis buku yang saya suka tu, Tuhan akan memegang mimpi-mimpi sesiapa yang percaya padaNYA. Dan Tuhan juga bukanlah boleh diramal, sebab ini bukan ramalan kaji cuaca yang boleh kau ramal hujan atau mendung atau cerah atau awan berarak ceria. Moral dari kisah sendiri, jangan sesekali putus harap pada Tuhan sebab Tuhan sentiasa di sisi kita cuma hambaNYA ini yang selalu lupa dan alpa padaNYA.

Semoga pengakhiran Jumaat yang barakah hari ini adalah pintu permulaan untuk yang baru. Amiin. Syukur tidak terhingga pada Allah. Syukur dilahirkan dengan nikmat iman dan Islam. Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hatiku ini setelah Kau beri hidayah padaku dan umat Islam semuanya.

Lepas ini kalau empunya silentnur.wordpress ni rajin, mungkin minggu depan nak tulis entri banyak-banyak tentang apa yang jadi minggu ini. Ada yang sedih, kelakar, pening, sesak semualah. Dan publish secara laju-laju sebelum ia lenyap dari ingatan.

Blessing in Disguise 1

Things happen for reasons. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. PASTI. Sebab Tuhan dah janji bahawa hambaNya takkan dibebankan dengan ujian yang yang tak mampu mereka tanggung. Sebenarnya aku mampu. Yah!!!!pujuk diri bagi berbunga-bunga hati bila buat kerja. Walau hati dah tawar. Letak garam 10 guni pun takkan boleh. Sebab nanti dapat penyakit lain pulak.

Blessing in disguise. Kerana dalam duka ada suka. Macam ada kebahagiaan dalam perpisahan. Aku tak kata. Shahir AF kata. Maaflah letak tajuk orang putih. Supaya kelihatan lebih umum dan berperibahasa. Aku sangat mengantuk di kala ini. 10.58 a.m. Sampai tak dapat memproses maklumat dengan baik. Nampak sangat perlu rehat. Syukur dapat ambik waktu anjal petang ni untuk qadha semula tidurrrrr. Kenapa mengantuk? Ini kronologi cerita apa yang terjadi.

1) Sabtu 09.10.10 ada kursus pendek. Pagi yang sangat kelam kabut sebab virus jahat dah ‘makan’ folder presentation aku tapi lebih sedih sebab folder lagu-lagu best hilang gak. Rasa nak balik Banting terus masa tu. Syukur sempat redo dengan bantuan talian hayat kengkawan ofis. Dan petang 2.15pm balik kampung pertama kali sendiri dengan jayanya walaupun dihon sekali dua di tengah jalan. Berbekalkan kelajuan selamat dan berhemah 110kmj dan lagu-lagu best termasuk Maher Zain’s, dalam 1 jam 45 minit kemudian selamat sampai di tanah bertuah Olak Lempit. Aku tipu bapak cakap balik dengan Kak Syikin(maaf kak terpaksa pakai nama. hehe) padahalnya balik sorang sebab kalau bagitau bapak balik sorang nescaya beliau akan bergegas ambik di Melaka. Sungguh. Dah sampai tol Nilai baru pecah rahsia. Haha. Mintak maaf. Dan malam tertidur awal kepenatan dan terlepas acara makan sate beramai-ramai yang disponsor adik nombor 3.

2) Ahad 10.10.10 adalah hari yang penuh jadual secara tak sengaja. Ke wedding Za’im kat Klang dengan Liyana. Za’im ex-schoolmate yang dah lame gile tak jumpe. Rupenye dekat je kitorang selama ni. Die kat Hosp. Alor Gajah, aku pulak duduk kat Kesang Pajak. Lepastu teman Liyana ke Bukit Jelutong. Dapatlah sambil-sambil mengenang memori lama bersama Guthrie Landscaping zaman dulu. Lepas tu off to rumah ex-anak murid, Salman yang bakal sambung belajar kat Poli PD. Menah sekali ada. Kitorang borak-borak sampai Salman yang baik tu pun tapaukan lauk bawak balik. Selamat tak payah masak malam ni. Dan lepas tu, singgah Mujahidin sebab Menah nak pass kad kawen. Lama kat situ sambil mengenang memori-memori lama juga. Dan, singgah rumah Liyana dengan Menah konon-konon beraya padahal Syawal dah habis. Dan balik di malam hari dengan puas hati sebab banyak tempat yang pergi harini adalah tempat2 yang pernah dijejaki dalam lembaran hidup suatu masa dulu. Macam jumpa kepingan-kepingan mozek yang¬†belum bercantum. Esok cuti. Yeayy!!

3) Isnin 11.10.10. Cuti yang sangat terisi dengan jadual tak sengaja lagi. Mau spend masa berborak dengan kawan baik yang akan balik Sabah tengahari tu. Masalahnya sekarang aku dah penat taip dan nak sambung buat kerja. Nanti next entry akan sambung cerita ni.  Cerita yang membawa rentetan apa yang terjadi harini. Episod seterusnya. Blessing in Disguise 2. Akan tiba selepas saya qadha rasa mengantuk yang keterlaluan ini.

Assalamualaikum.

Sakit gigi

Sakit gigi dan bengkak gusi. Dah besar-besar camni pun ada lagi ke masalah camni. Masalahnya, SAAKIIIIITTT. Bunyi seperti tak mensyukuri nikmat Tuhan. Bukan ke sakit tu satu ingatan Tuhan pada kita. Sakit ni. Baru sikit. Dah mengeluh macam-macam. Satu badan rasa nenong-nenong. Iyalah, kan berkait dengan saraf. Bila budak tanya A, aku jawab Z. Bila diorang kata kiri, aku kata kanan. Ekceli tak bercakap sangat pun. Sebab malas. Sakit bila cakap. Jadi sesiapa yang perasan tiba-tiba aku berat mulut, memang sebab inilah. Sakit gusi sakit gigi. Semalam jumpa dentist tak ada pulak. Dapatlah ku ubat kesepian ini eh tiba-tiba dengan menelan painkiller dan ubat bagi surut bengkak. Ada ke MA semalam tu gelak bila i cakap i punya gusi bengkak. Nasiblah i malas nak layan orang sebab i lebih rela melayan gusi i. Maaflah kak Gee, terpaksa mencilok ubat gigi kesayanganmu Sensodyne itu.

Kalau esok tak kurang terpaksalah jumpa dentist. Jangan kena yang bukan-bukan sudah. Sudahla ditemani mimpi-mimpi ngeri saban malam. Memang camtu kot kalau sakit gusi atau gigi.

Cerita Cinggu

*Entri ni adalah entri terlewat/entri terperap.Ape-apelah*

Lama dah tak menyusun bicara bermanis kata dalam blog ni. Semua orang sudah jadi sibuk sejak lepas raya ni. Entri lepas raya ni agak berbaur kebudak-budakan sikit. Yelah, selagi belum kahwin mesti lah unsur budak-budak harus ada ditanam dalam diri. Ini cerita Cinggu. Kucing kesayangan saya. Kadang-kadang saya balik kampung bukan sebab rindu keluarga tapi sebab rindu Cinggu. Hah, macam anak derhaka la pulak. Umur dia ni dah masuk 4 tahun. Kalau usia kucing kira dah tua lah kot. Dah beranak 5 kali tapi setakat ni satu je yang hidup. Bapak saya kata nasib baik ada seekor yang hidup kalau tak mesti Cinggu meroyan. Ahaha. Apa-apalah. Tapi Menah kata Cinggu ni masih nampak ranggi. Haish. Apa tu ranggi? Macam maggi kah?, atau setanggi kah?. Ape-apelah ye cikgu. Mari menyaksikan dialog antara Cinggu dan anak sedara serta kucing peliharaan kami sekeluarga ini. Malas makcik nak cerita panjang-panjang (makcik sesiapa pun tak bersalah dalam hal ini apatah lagi bersifat pemalas).

 

Seperti tidak menghargai adik-beradik pula sebab menceritakan perihal kucing terlebih-lebih. Di sini saya lampirkan sekeping saja gambar raya pertama adik-beradik untuk makluman tuan/puan. Bapak memang tak suka ambik gambar. Jangan risau, mereka takkan tau gambar ini ada di alam maya sebab mereka tak baca blog ni.

Letak satu jugalah gambar bersama kawan-kawan. Dicuri dari fb mereka.

Eh eh Menah dengan Sol tertinggal. Letak satu lagi gambar ada Menah. Yang belakang sekali tu. Hepp, jangan nak ngorat dia. Awas. Tunangan orang.

Ini kat Pantai Morib.

Yang ni ada gambar Sol Amy Mastura. Yang sweet dan cun kiri sekali tu. Puji Sol kira beli jiwa lah. Complete set semua ada. Tuty ambik gambar ni. Heheh Sol jangan marah. Ampun jangan marah mak tak lupa tapi tak sengaja :(. Ini kat rumah Tuty.