S.A.L.A.M. R.A.M.A.D.H.A.N.

Tarikh : 22 Ogos 2009 / 01 Ramadhan 1430H

Masa : 2:15 a.m. (lihat betul2 ya, a.m., bukan p.m.!)

Lokasi : Depan laptop. Dalam gelap. Dalam sunyi.

Mood : Seriously serious!

Salam Ramadhan kawan-kawan. 2:15 am bukanlah waktu yang ideal bagi orang yg kenal siapa saya utk berada depan laptop.  Saya musykil, apakah ketidak-boleh-tiduran saya malam ini oopps..sekarang dah pagi adalah disebabkan faktor-faktor berikut? Sila scroll ke bawah..

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Adakah saya pening memikirkan apa yg perlu dimasak bagi semua orang makan utk sahur pagi esok? (hmm..tidak logik. Telur mata kerbau kan ada sebagai penyelamat!)

2. Adakah saya kepenatan sehingga tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun? wah..ayat beria (pun tidak logik..kalau saya tidak penat pun boleh tidur, apatah lagi kalau penat?)

Biar saya imbas kembali perjalanan hidup saya menjelang berakhirnya Syaaban 1430H tadi. Thumbrint keluar dari pejabat 5.10. Melaka ke Selangor. Bapak suruh balik kampung!. Bersama Kak Syikin & WiWi. Agak awal kami sampai Selangor petang tadi. Barakah Ramadhan..

Bertarawikh di Surau Haji Yassin. 20 rakaat  tarawikh + 3 witir. Semput! Saya memang tak fit rupanya! Malu dengan makcik-makcik di kiri-kanan-depan saya. Energetic compared to their actual age. Saya? Ramai dah tak kenal saya. Saya dah tak macam orang Olak Lempit ke makcik? Saya pun selalu jalan-jalan pusing-pusing kat Pekan Banting macam makcik semua. Lali dah saya dengan pertanyaan ‘Anak-e sopo yo?’. Dah dekat 10 tahun rupanya saya tak jadi penduduk ‘tetap’ kampung ni, sampailah kini.

Dan, yang pasti setakat 01 Ramadhan yang dah berlalu beberapa jam ini, saya sudah melanggar azam saya! iaitu-No seafood bermula Ramadhan ini! Kerana, pulang-pulang ke rumah rembang sore tadi sudah digoda dengan ketam goreng yang gemuk dan manis! Okey, bermula esok, strictly no seafood! Erm..sikit-sikit takpe kot..

Enough typing, saya hadiahkan kawan-kawan ekad yang lawa dari LZS ini. Dari blog ini. Orang Banting juga. Ramadhan Kareem everyone!  p/s: terima kasih kepada insan-insan yang menghantar es-em-es Salam Ramadhan (Hape saya murah saja, tiada em-em-es) Saya balas dengan ekad ni. Aci tak?

Okey, sudah 3.09am. Ayam dah berkokok! Salam Ramadhan & selamat tinggal. Sebenarnya, saya hanya perlu log out dari blog ini, switch off the  laptop dan pergi tidur. 2hours sleep! Tidur itu nikmat. Nikmat Tuhan yang mana kamu boleh nafikan?

Advertisements

10 responses

  1. Salam Ramadhan awk,
    Terima kasih sudi singgah blog sy ye. Terima kasih juga sudi promote EKAd yang sy buat tu,hehe.Gembira tengok ramai yang gunakan EKAD tersebut. Oh orang Olak lempit. Dekat sangatlah tu,hehe.

    Sy kat RTB depan Kilang Genting Sanyen nak pi KLIa tu. Dan abg rudy kat atas ni juga jiran arwah nenek sy,hehe..:) Salam kenalan ye..Selamat berpuasa.

    *Abg rudy, bila nak ajak raya umh serdang ni,hehe

    • rudy bluehikari : zaman sy kecik2 dulu mmg meriah. aktiviti wajib, bapak mesti bwk kami round2 kampung malam raya. macam2 rupa ada..xsabar nak pusing2 lagi tahun ni 🙂

      Acaii : wah, org RTB ka..cikgu norhaniza nyong only pernah ndelok muko ne nang jero mjlh. tapi nyong orak kenal. angger cikgu zaleha, nyong kenal, pernah lungo ngumahe moso royo..kenal kambek ckgu zleha?

      p/s : cantik2 gmbr nang jero blogmu..apik@beautiful..hehe

  2. Assalamualaikum ya ukht habibti,

    as per request, i am posting a comment at your post even though in my hectic day (s)… haha

    Alhamdulillah selamat sampai na, kita pun skip meeting sebab nak balik. tak patutkan?! hehe. But alhamdulillah, the meeting dah di postpone ke hari esok, selasa.

    p/s: kagetlah tengok masa kamu menaip, betulke a.m? wawawa

    • waalaikumsalam..
      nk wat cmne,u kan my gud ol fren..yg meng-encourage aku
      m’ceburkan diri dlm dunia blogging ni
      meeting gapo tuh..

      p/s : xpyh kaget, btul tu a.m. ante meridiem..heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s