~::the writer::~

:: ALISSAITIS ::

>An ordinary humankind~tetap hamba yang hina kepada Allah S.W.T.
>Plain yet unpredictable
>Undescribable~some says
>A government servant~yet struggling to be full of integrity
>A big sister~yet still trying to improve myself
>A loyal friend~insyaAllah

Itu secara generalnya. secara formalnya..secara ‘Inggerisnya’ . Tapi sebenarnya, aku orang biasa. Plain Jane. Biasa tapi unik. Hahaa..aku rasa la.sebab semua orang dalam dunia dicipta Tuhan ada kelebihan masing-masing. Aku suka membaca. Hobi yang tersemai sejak Darjah 1. Juga suka menulis. Hobi yang membuatkan aku rasa dihargai oleh diri sendiri. Medium untuk meluahkan perasaan. (cewahh..terasa jiwang di awan nan biru laks)..Jadi, aku luahkan dalam blog. Cerita aku banyak berkisar tentang nostalgia zaman kecik-kecik aku. Dan tentang masa sekarang. Dan  masa depan.

Aku mula kenal ABC alif ba ta sejak di rumah. Omputeh kata ‘charity begins at home’. Itu aku setuju. Arwah mak aku banyak mengajar tentang kehidupan. About life. Tentang masa lalu. Masa sekarang. Masa depan. 1990, usia aku 6 tahun, Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) Olak Lempit. Darjah 1-6 di SKOL dan SRAOL. Minat menulis aku diasah setajam-tajamnya masa ni. Tingkatan 1-3 di SAMTTAR Sg. Manggis. Tingkatan 4-5 di SAM Bestari Subang Jaya. Matrikulasi setahun, 2002-2003. Dan, 4 tahun di UTM Skudai, 2003-2007.

Kalau nak tahu, menyambung pelajaran di Johor memang tak terjangkau dalam fikiran aku. Bapak dan arwah mak dah pesan awal-awal masa nak isi borang UPU, mintaklah uni area Selangor je, senang nak balik. (Diorang paling kenal aku yang homesick ni). Tapi, you have to pay for your decision..Eh betulke ayat omputeh tu. Antara 8 pilihan uni tu, 1 uni je aku gatal-gatal pilih nun kat selatan tanah air. Pilihan ke-7. Dan 7 nombor faveret aku. See..the correlation yang Tuhan dah letakkan.Dengan kursus yang aku tak berapa minat.  Hmm..kini aku bersyukur kerana aku belajar kat Skudai la aku kenal kawan-kawan yang aku sayangi 🙂 (u guys know who you are..hehee..tiru ayat kak syikin kat encik kesayangan dia)..Korang kalau baca entri ni sila gelak sendiri dan ucapkan tahniah pada diri korang sebab korang ada tempat special dalam hati aku. Tahap VIP.

Praktikal 2 kali. Di Sitelink (M) Seksyen 13. Dan di Guthrie Landscaping kat Bukit Jelutong. Dua-dua Shah Alam. Dua-dua ada kenangan. Pahit. Manis. Tawar. Campur-campur macam ABC pun ada. Praktikal kat Sitelink, hari-hari tumpang kakak sepupu, Kak Zaha pergi kerja.  Aktiviti wajib, tiap-tiap minggu without fail aku mesti balik Banting. Balik kampung. Orang tua aku ambik kat Stesen Bas Banting. Dan kami akan makan-makan nasi ayam kat kedai belakang stesen. Aku manja ke? Tak kisahlah.

Masa seminggu kakak sepupu cuti kahwin, aku naik bas. Tak mau susahkan makcik (aku tumpang rumah dia). Gamble je. Tak tau jalan. Tanya orang.Pernah aku tunggu bas depan Kilang Carlsberg. Kilang arak yang besar gedabak tu. Betul-betul depan main gate dia. Malam-8.00pm. Lepas tu jalan kaki. Bas tak masuk dalam. Rumah makcik aku kat taman belakang SMC.(Jangan bagitau mak cik aku, sampai sekarang ini rahsia..hehee) Aku selalu buat-buat konfiden padahal tak tau kena naik bas yang mana. Tanya orang la. Ape susah..Tapi, saat menggembirakan adalah tiap-tiap Jumaat. Yeay, boleh balik!! Nasib baik dapat bos baik. Cik Li, selalu bawak p site kat Putra Heights. Sime UEP punya. Dapat jalan-jalan tengok rumah orang kaya! Hehe..Tak heran pon..

Praktikal lagi di Guthrie Landscaping, site di Bukit Jelutong. Banglo-banglo orang kaya gila. Design cantik amat. Landskap indah menawan. Sape nak bagi aku 1 banglo kat situ sila angkat tangan. Tapi, kat sinilah aku diuji. Arwah mak aku didiagnos ada breast cancer. As usual, every weekend aku akan balik kampung. Without fail. Kecuali 1 minggu tu. Sabtu kerja. Sape yang pernah kerja situ fahamla situation dia camna. Kami akan masuk 8.30 pagi dan takkan balik selagi belum malam. Bapak aku telefon. Aku bagitau, aku tak balik. Penat sangat. Dan, Ahad pagi 2.30 a.m tu lah arwah mak aku pergi dijemput Illahi. Tuhan lebih sayangkan arwah mak. Mak pergi dalam tidur. 23 Mei 2006. 20 Rabiul Awwal 1427H. Panggilan adik aku memang buat aku tersentap. ‘Mak dah tak ada’. Syukur ada makcik dan kawan-kawan yang sudi membantu. Sokong aku di kala suka dan duka. Aku dan adik dapat sama-sama mandikan jenazah arwah mak. Aku tak nangis. Tabah ke? Hmm, aku cover saja. Kawan-kawan yang telefon, terima kasih. Rumah kami penuh. Ramai orang datang. Bapak, aku tengok sangat redha. Buat aku tak sanggup menangis..Okay cukup. Aku tak mahu cerita panjang-panjang. Emo. Nantilah kalau  aku diberi kekuatan untuk menulis tentang ini, aku akan tulis dalam entri.

Aku tau, tak ramai orang akan buka page ni, sebab tu aku tak tulis dalam entri aku yang biasa. Tak suka cerita benda yang sedih. Okay, sambung. Lepas grad, macam-macam kerja pernah aku buat. Oppss lupa bagitau, masa tunggu result SPM, aku jadi kerani di KJ Computer Sales &  Services. Dapatlah duit bayar yuran masuk matrikulasi. Tak mau susahkan mak bapak. Lepas grad, aku pernah jadi translator tak rasmi sekejap. Okay, sila tepuk tangan sebab aku translate buku Jawi ke dalam Bahasa Melayu ye, bukan translate buku BI. Kemudian, kerja kat landscape company. Sekejap. Sangat. Sebab-sebab aku resign? Biar orang yang betul-betul nak tau saja tau. Macam lawak.Macam tak logik. Sebab minor aku resign maybe kerana aku agak tawar hati lepas apa yang berlaku 2 tahun dulu. Hati aku memang tak berapa ke arah itu. Seminggu lepas resign, aku apply jadi cikgu ganti. Ajar BI. Wah..sila jangan tabik sebab aku tak pandai pun. Di SAMUSKD. Masa ni aku dapat beberapa tawaran kerja lain tapi aku tolak. Patah hati beb! Lepas tu, sempat aku ganti juga di SMK Sg. Manggis. Masa ni juga aku dapat tawaran pergi PAC (PTD Assessment Centre), lepas aku lulus exam dengan tak disangka-sangka. Aku nak jadi PTD ke? Tak pernah terlintas pun. Okay, jangan risau, sekarang aku bukan PTD. Kenapa? Sebab aku tak pergi pun PAC kat INTIM Kemaman 3 hari 2 malam*kot* tu. Orang kata aku menolak tuah. But everyone has their own reason kan. Well, kadang-kadang terfikir juga nak pergi exam dia lagi. Especially bila masuk kali ni, dah 3 kali aku dapat panggilan ambil exam PTD lagi. Tapi kawan-kawan aku selalu kata ‘kau kan dah tetap sekarang, buat apa nak ambik exam lagi. Kalau lepas jadi PTD pun, sekarang kontrak je’.

Okay dah penat taip, jadi aku ringkaskan. Lepas tu, aku mengajar SKBT. Sekolah orang asli. Macam-macam jadi. Sambung di Mujahidin. Sekolah swasta di Kebun Bharu. Alasan aku, student tak ada cikgu dah nak SPM,maka aku terima tawaran tu. Dan sekarang, aku dah kerja di KKSL. Di Melaka. Jauh juga. Tak pernah terlintas aku akan duduk bawah KPTM, apatah lagi bawah KPM. Dulu jadi cikgu ganti tu suka-suka saja. Teringat kata-kata arwah mak aku yang tersayang, masa kami berbincang pasal cita-cita aku..‘Mak kalau boleh nak kau mengajar, sampai mati dapat saham mengajar anak murid’. Masin mulut arwah mak, walau sekarang aku bukan cikgu, tapi lebih kurang camtulah. Dulu tak tau nak jadi apa. Jadi doktor? Aku fobia sikit darah. Jadi ahli politik, (ada senior aku bagitau aku sesuei jadi politician.Mari gelak beramai-ramai)..hish, tak sesuei. Jadi cikgu, tak pernah terlintas. So, apa yang aku jadi sekarang ni sedikit sebanyak dah tunaikan permintaan arwah mak.. Aku ahli akademik. Err, boleh ke camtu?

Kan aku dah cakap, aku suka menulis..Ni dah banyak sangat ni. Larat ke baca?

p/s : Kenapa aku dulu macam minat jadi PTD? sebab kot-kot la dapat kerja kat Putrajaya..kan dekat Putrajaya dengan Banting. Boleh ulang-alik. Tak logik kan reason aku? Actually plus aku suka menulis dan berfikir. Aku suka speak out my mind through writing. General knowledge, current issues. Aku memang suka. Tapi tawar hati baca entri seorang senior goverment officer yang kecewa dengan 2 orang PTD yang sangat berlagak dengan title ‘PTD’nya. To all PTDs, minoriti saja yang camtu. No offense ya..Emm, impian aku masa 1st year di UTM, aku nak kerja kat Putrajaya. Impian masa 2nd sem, aku nak kerja kat Selangor. Sekarang? God will never give you what you want, but He will give you what you need!!

Kan dah cakap, aku suka menulis..panjangnyeee..*sigh* ke aku sesuei jadi penulis?..hehee..

10 responses

  1. wah, your words merely show off your integrity as government servant…

    may we able to be full with condor and humbleness as His servant, our always-t0-be (full time) work.

  2. Salam. Memang bagus dan seronok membaca entri ini. Saya sendiri sedang memikirkan cerita bagaimana hendak dirungkaikan akan selok belok sejarah lalu hingga kini. Sekurang-kurangnya generasi di bawah saya dapat baca dengan pemahaman yang baik akan kisah atuk moyangnya. Bagus usaha awak. Sangat baik 🙂

  3. mus : alamak, tak sangka ada yang bukak page ni. saya tau ramai takkan buka page ni, sebab tu saya tulis sejarah hidup kat sini. meminimikan pembaca yg membaca kisah hidup saya 🙂 ape-ape pun, terima kasih ya!

    • kakwidad : tinggi sangat pujian tu. eheh, perasan pulak. ramai x perasan ade page ni. kalau perasan pon, ramai x baca sebab terrrrrrrrrrlalu panjang. heheh

  4. ada part buat hati ibu saya menangis taww… hehe…
    assila… akhirnya impian ko dah jadi kenyataan…
    good luck to you.. baru TERbukak page nih.. syiok baca bak kata kak widad.. tp saya tak makan pop korn… makan coki2 je sambil baca..
    assila, sorry ye atas salah silap sepanjang kita kenal kat KKSL ni.. mohon dihalalkan apa-apa yang dah termakan terminum dan semua yang ter.. ter.. laaa…
    terkilan tak sempat salam smlm…
    babai assila… mulai hari ni ko jadi orang dalam kitaorang kat sana… hahaha…

  5. saya pun baca pade kak sila ni..saya ada dalam ini filem.especially yang bab ‘pektikel kt guthrie,masuk 830 pagi, selagi xmalam mmg xbalik’..huhu

  6. kan oya kan, memang kenangan la masa tu. dugaan betulla keja kalo camtu. syukur dah berlalu. yg penting dapat kutip byk pengalaman hidup masa tu…

Leave a reply to jas imran Cancel reply