Membazir itu, saudara syaitan

Bismillahirrahmanirrahim. Lamanya tak berkongsi pengalaman hidup kat sini. Tajuk entri ni dah 3 bulan taip tapi tak berusik pun lepastu. Jadi sekarang telah didecide untuk meneruskan sebelum tersasar lebih jauh. Kesian blog ni bersawang-sawang berhabuk.

Arakian pada suatu tarikh yang saya sendiri tak ingat (sebab dah laama sangat) kitorang pergi makan beramai-ramai sekeluarga kat satu kedai nama dia Sunita Seafood kot. Kat pekan lama Salak Tinggi. Kalau nak tau, bapak saya ni sangat susah nak keluar makan kat luar. Lagi-lagi waktu malam. Sebab malam adalah waktu wajib dia pergi surau / masjid. Dan ajaibnya malam tu dia setuju ikut kami makan beramai-ramai. Dengan syarat tunggu dia balik dari surau.

Maka segerombolan kami pun bergerak ke kedai makan tu lebih kurang jam 10.30 malam lepas bapak balik surau. Tak jauh, dalam 20 minit sampai dah. Orang memang ramaiii sangat. Dan ajaibnya sekali lagi, walau kami order dengan sangat banyak lauk tapi sangat cepat makanan sampai. Ok tipu. Taklah cepat sangat macam 2 saat tapi kalau dah yang kami order tu kerapu 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, telur bistik, puyuh goreng, daging goreng kunyit, telur dadar ,nasi putih untuk 7 orang makan, tak sampai 10 minit penantian perut berakhir sebab semua makanan dah terhidang atas meja. Alhamdulillah rezeki kami. kira cepat la kan. Plus, pelanggan tengah ramai masa tu. Jadi bagi warga-warga yang kelaparan di malam hari wajarlah menghadirkan diri le kedai ini. Wah promo promo :). Satu je yang lupa order, kerabu sotong kegemaran. Sebab agak kelabu mata dengan menu-menu lain maka faveret terus diterlupakan.

Seperti dijangka, akibat mengorder secara kurang kawalan maka kami decided untuk menapau balik hasil tangkapan eh? err makanan yang masih ada untuk dibawa pulang. Here’s the beauty of this story. Kami susun semua pinggan mangkuk setempat dan mana-mana tulang belulang (tadi kan order puyuh goreng bagai) setempat. Lauk yang masih ada kami kumpul dan mintak adik pelayan tolong bungkus. Tulang tadi pun kami minta dia bungkuskan. Untuk bekalan kucing-kucing kat rumah. Jadi in a way, kami dah mudahkan kerja adik pelayan tu sebab tolong kemas pinggan semua dan sapu habis semua isi dalam pinggan. Termasuk tulang. Jadi semua orang gembira. Kerja adik pelayan dah kurang, kucing pun dapat makan, saya pun tak perlu masak sarapan esoknya dan semua orang kenyang. Yela membazir kan saudara syaitan. Kalau perasan, semua benda yang kita buat boleh mendatangkan manfaat. Cuma bagaimana kita realisasikannya.

Yang penting, jadikan semua benda yang kita lakukan bermanfaat. Kecil atau besar itu cerita lain. Bukankah Nabi pernah berkata Walaupun esoknya kiamat, tanamlah sebiji benih hari ini kerana insyaAllah ada manfaatnya 🙂

Oh lupa, makanan kat Sunita Seafood tu sedap sangat!!! Highly recommended 😀 dan harga berpatutan sangat. Lagipun tauke kedai ni suka bagi diskaun sesuka hati hehe. Bagus! Semoga murah rezeki.