Mengukur Jalan

dari Putrajaya – Seri Kembangan – Ampang – UIA Gombak – Petaling Jaya – Klang – Banting.

161 km. Jumlah jalan yang berjaya aku ehh silap Itam ukur. Ternyata berbaloi-baloi sampai terlajak kata boleh diundur, terlajak servis melayang RM.

Petang – Malam Khamis

Sampai Ampang, dengan Fadh & Kak Tikah & Kak Liza. Melawat2 beberapa tempat.

Tidur UIA & habiskan masa macam zaman dulu2 tengok filem kat laptop. Abandoned tajuk citer, sampai aku berjaya abandon citer tu dan tidur. Seperti kebiasaan.

Khamis

Datang rumah Janna kat PJ. Keluar sama If sekali makan tengahari kat Restoran Jaring. Jatuh simpati kat pakcik jual buah lalu beli buah dengan kuantiti sangat banyak sebelum tau citer sebenar.*****HUhuuuuuuuuuuu

Petang balik singgah JJ Bukit Tinggi. OHHH ade J Card Day rupenye. Pening sungguh ramai sangat orang, memang tak beli apela. Ukur luas JJ pakai kaki je la.

Jumaat

Dating dengan Hamnah servis kereta & jalan2 cuci mata. Macam zaman dulu kala. Seronoknya bermuhasabah diri hihi.

Sabtu

Dating dengan Azzuri gi kenduri kawen Liyana. Dan pusing2 pekan Banting di waktu hujan lebat.

Ahad

Dengan Azzuri & Khana gi kenduri kawen kawan diorang. Pantang orang lapar diajak. Walau agak musykil awal tu bolehke datang kenduri orang tak jemput? Err, anggap temankan orangla.

Aku ni dahla jarang bukak fb / emel, sekali cek emel, ada tugas yang harus dilaksanakan.Nampaknya esok harus kerja. Tengah pikir cara kerja ‘smart and steady’ ni. HAHA. Bawak dalam mimpi dulu. Esok kita selesaikan. Layan bola dulu. Ke bola yang layan aku nanti.

Sahabat2 semuaaa, time kasih atas hadiah dari korang. Tak kiralah dalam bentuk hadiah betul / masa / tenaga / semua gelak ketawa / perkongsian cerita juga. Sedih sebenarnya. Perkataan stress macam dihantar bertalu2 ke otak. Sedih bila teringat semua makin berubah dan masa lalu tak mungkin berulang. Sorang2 kawen, dan tanggungjawab dah ke arah lain. Takdelah jalan-jalan cari makan etc lagi kan pasni? Time kasih pada puan2 yang sudi temankan saya sebab suami masing2 takde atas hal kerja. Yang cik2 dan bakal2 puan tu pun, seronok dapat mengenang masa lampau. Masa depan untuk dihargai, masa lalu kan untuk dikenang. Salam Maal Hijrah semua! sob sob sedih pulak.

Advertisements

6 responses

  1. adeh..sedih la pulak bace note kaki yg last sekali tu..im also happy dpt jmpe ko even kjap je..yela.ade kelas pulak.kalo x, leh dating lg.seb baik jgak aku g kelas tu..ade test.15% ok! so, ade hikmahnye bak kate kakak positive..i like la kakak positive tu. aku harap ko suke adiah aku yg xseberapa tu..hihi πŸ™‚ so, next program ape kate kite wat xtvt yg tertunde tunde dan tunde tuu.. hehe.

    p/s: insyaAllah selagi hayat di kandung badan, aku still same cm dulu dan kalo berubah hopefully ke arah kebaikan ..cewahhh!

    • zuris : kesedihan dan kesaspenan kan. insyaAllah, moga apa yg bakal kita hadap nnti adalah terbaik utk kita semua πŸ˜‰

      janna : sedih gak ni. seronok kan mengenang zaman dulu kala. walaupun masa tak dapat kita putar balik tapi kenangan2 tu yg mahal kan. p/s : syukur anda tak ponteng kelas tu kalo tak, gerenti aku terasa bersalah hahaha

      • * janna, suka gak kakak positif. blessing in disguise. bak kata bekas penjajah negara kita tu. tq for the cute gift. walaupon xdak lesen lori, dapat tengok lori cantek tu tiap hari pon syiokk. n sama2lah kita berubah ke arah yg lebih baik sempena tahun baru 1433H ni πŸ™‚

    • anon : macamnila hidup. tak dapat dijangka. kawan2 bukan hilang, cuma dah bergerak ke satu fasa lain =)…kan sahabat2 tu macam bintang2, walaupun tak kelihatan tapi mereka tetap ada menyinari kita πŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s