ironi

Saya ada tabiat ni. Bila berselisih kereta kat jalan sempit (contoh, Jalan Sentosa-jalan nak masuk rumah saya tu la) saya suka berhenti tepi pastu bagi orang lalu dan berharap orang yang saya bagi laluan tu angkat tangan. Rasa macam ada hubungan harmoni sesama insan gitu. Bila orang lain bagi jalan kat saya, saya memang poyo dan beria nak angkat tangan. Tanda terima kasih daun keladi kalau ada bagila jalan lagi. Tapi taklah sampai poyo angkat tangan kalau jarak sebatu tu haaa.

Dan memang cukup pantang (walaupun belum pernah mengandung dah siap ada pantang bagai) bila orang yang saya bagi laluan tu tak bagi tangan pun. Buat dek je. Takde rasa terima kasih langsung. Tangan tu Tuhan bagi bukan untuk letak kat stereng doploh pat jam. Angkat tangan pon boleh tunjuk terima kasih, fyi. Bencilah. Memang saya akan kutuk orang gitu sebab tak puas hati.

Ironinya, minggu lepas waktu lalu jalan sempit tu otak saya ni tengah gigih fikir pasal apa ntah (cop, bukan berangan okehhh) saya pulak buat benda yang saya pantang tu. Ada satu kereta tu bagi jalan kat saya tapi saya, jangankan angkat tangan, pandang apatah lagi. Tak perasan. Bila dah lepas, baru tersedar. Takkan nak patah balik pastu angkat tangan kan?

Yang manakah paling tepat dengan saya;

a) baling batu sembunyi tangan

b) mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

c) nasi tak retak pinggan tak dingin, engkau tak hendak aku tak ingin

d) sayangkan anak tangan-tangankan

Bulatkan jawapan yang betul mengikut citarasa sendiri.

Err, mungkin b) jawapan paling cocok. Moralnya, janganlah berlebih-lebih membenci sesuatu sebab suatu masa nanti mungkin ia akan tuding kat diri sendiri. Encik yang bagi saya jalan, semoga dirahmati Allah selalu. Encik yang tak angkat tangan bila saya bagi jalan, pasni saya akan fikir positif – anda juga kuat berfikir macam saya sampai tak perasan ada orang lain baik hati dah bagi laluan. Heheeee

Advertisements

4 responses

  1. itulah namanya dablek klu bak kata org jawa..org bg laluan kt kita hormatla sikit..hon ke xpn bg lampu dam xpun agkt tg n..kna stdy blek kamus dewan..pepatah tu ada yg x btl.

    • jaja : tulah, insaf sekejap saya…..

      jemi : wong jowo yo orak dablek koyo kae. tu namenye tak sengaja / tak perasan. kalo salah tu biasala, aku bukan cikgu bm pon.

      esah : nak wat camne, nak jadi pemandu profesional mmg keta kena calar sana sini dulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s