Minyak o minyak

Petang2 ni rasanya ada mood nak update la. Bulan puasa memang bagi impak yang besar. Rasa makin bertenaga, bersabar dan berlapang dada terima semua dengan redha. Ececeh. Hikmah bulan puasa.  Tapi apa kaitannya dengan minyak? Naik minyak di bulan puasa ke? Bukan. Dan, janganlah. Takmau.

Cerita 1

Yang ni bukan masa bulan puasa. Pagi tu, minyak kereta tinggal 2 bar je. Sebab malas isi petrol, gamble je bawak kereta dari Banting – Seri Kembangan. Konon cukuplah. Sebab biasanya memang cukup. Sekali jammed teruk daaa. Polis buat roadblock sempena perhimpunan BERSIH tu. Kat Banting, kat Putrajaya n all the way to Seri Kembangan. Bayangkanlah betapa nebesnye i bila minyak tinggal 1 bar lalu berkelip2 indah laksana bulan mengambang? Yelah, dah brek jalan brek jalan manalah minyak tu tak abes cepat.

Lalu di saat genting tu dan aku tersedar kalo tengah2 jammed ni kereta ni abes minyak lalu mati camne? Dahla begitu poyo memandu kat lane kanan. Berfikir 10 minit. Aku nampak signboard arah UPM kat sebelah kiri. Ntah2 ada stesen minyak. Dan gamble kat celah-celah banyak kereta supaya tak terlepas simpang. Akhirnya, berkat ikut naluri wanita ini, ada sinar harapan bila nampak stesen minyak. Berjaya penuhkan perut Itam, berjaya gi kerja dan seterusnya BERAZAM TAK MAU MALAS ISI MINYAK LAGI.

Cerita 2

Sayang sejuta kali sayang AZAM tinggal kenangan. Kali kedua jadi masa bulan puasa. Hari pertama puasa wajarlah balik sharp on time. 4.30 pm. Oleh kerana kali ni naluri wanita salah, minyak yang tinggal 2 bar akhirnya jadi 1 bar dan berkelip2 indah mintak diisi. Jammed punye pasal. Kali ni kat Putrajaya. Tak keluar gi jalan utama lagi dah jammed. Tak boleh nak salahkan sesapa lah, ni memang salah sendiri tak ambil iktibar dari pengalaman. Dan usaha serta tawakkal membuahkan hasil bila bawak pelan2 sambil tutup air-cond sambil berpeluh-peluh memandu, dan berjaya ke stesen minyak terdekat yang memang jauh.

Sabor ajelah dengan diri sendiri. Kalau Itam boleh bercakap, konfem ni ayat dia ‘Kalaulah dapat tuan tak rajin isi minyak camni, baik letak aku kat garaj pastu tak payah bawak gi mana2, buat nebes i jer’.

Dan, kerana ini bulan puasa, maka bersabarlah dengan semua rencah hidup ini. Selamat berbuka 🙂

Advertisements

4 responses

  1. alhamdulillah kter masih mampu bersabar.. bak kata pepatah ‘orang yang paling ‘kuat’ adalah orang yang dapat menahan dirinya dari sifat marah’ waduhh,terasa plak aku ni orang yang paling lemah sbnanya.. huk3..

  2. oya : alhamdulillah kan…sumer orang ade rasa nak marah tapi sejauh mana kita dapat kawal tu brgantung pd diri sendiri kan. doa2 la kita dijauhkan dari sifat mazmumah tu. ingatan utk diri sendiri juge..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s