dari Melaka kembali ke Selangor

Assalamualaikum semua. Jun dah nak habis. Banyak yang nak diceritakan tapi tak tertaip. Biasalah, angan-angan melebihi kerajinan. Saat ni, detik ni, ada sesuatu yang meruntun jiwa. Betullah orang kata, benda yang dah lepas tu la yang akan selalu dikenang. Dan, untuk setiap keputusan yang kita buat mesti ada harga yang patut dibayar. Tak boleh dapat semua yang kamu nak tau kan? Kalau boleh dapat semua benda, manusia akan duduk berdoa depan Tuhan saja dan tak buat apa-apa, jadi takdela kemanisan kat situ.

Kerja OK. Setakat ni semua okay. Terlalu awal untuk andaikan apa-apa. Yang pasti, aku kembali jadi orang baru. Dengan kawan-kawan baru, suasana baru, tugas baru. Pada kawan-kawan yang rajin bertanya khabar kat fb, sms etc, SAYA OKAY, alhamdulillah.

Cuma, satu yang terkesan dalam hati, aku rindukan Melaka dan seisinya. Semua yang ada di dalamnya. Termasuk zirafah Zoo Melaka, ikan bakar Umbai bla bla bla, okay nampak sangat kebinatangan kat situ. Zirafah dan ikan. Sangat tidak padan.

Taklah, aku rindu sahabat-sahabat kat sana. Korang tau, patah tumbuh hilang berganti. Tapi dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing tua, dua tiga bolehku cari, manakan sama korang semua. sob sob. Jangan nangis. Aku dah berjaya pecahkan rekod untuk tak menangis sampai hari ini. Kecuali adalah satu masa tu, terlajak hehe.

Semalam, aku sedar yang kampung aku bukan kat Selangor dah.Tak tak, tipu, Selangor tetap di hati. Cuma Melaka, my second home 🙂 Tempat jatuh bangun suka duka aku kat sana selama 2 tahun 4 bulan lebih ni. Kepada kawan-kawan sekerja, aku mintak maaf andai tak sempat jumpa korang. Tak berkesempatan. Mintak halal semuanya. O-O. Ada rezeki kita jumpa lagi.

p/s : lepasni takkan ada entri yang kategori dia ‘Meniti hari-hari di Melaka’ dah 😦

Advertisements

11 responses

  1. ASIL……..huhuuu:(( sob,,sob..sedih………bila la agaknya akan bercerita panjang dan meminta pendapat asil kan….hurmmm..takpe..ada masa kita jupe di bukit tinggi ok!!!!

    • kak lin, bilela saya boley citer panjang2 dgn kak lin lagi. insyaAllah jumpe di selangor nantiiiiiiii. ait? ade ape dgn bukit tinggi ni

  2. assila…..tak sangka melaka berjaya jadik second home hang kan….so pasni maybe every wiken leh lah berpikir2 tuk balik ke kampung yang kedua ni yer….dan mana tau jugak nanti betul2 every wiken hang terpaksa balik ke melaka kan….=P

    • kak syikin, ke lain je bunyinye tu. ehehe. yg pasti, saya lebih sayang 1st home saya. tak habis lagi pusing melaka ni, cuma tidakle every wiken kak. tak larat kot ^__^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s