Melawat Melaka 2011

Untuk entri ni, aku rakyat Selangor dan melupakan fakta bahawa dah 2 tahun 3 bulan kerja kat Melaka. Malam akhir berbengkel adalah masa percuma (baca = FREE), jadi kami berlima jalan-jalan kota Melaka. Walaupun Melaka Maju 2010, tapi aku isytiharkan Melawat Melaka pada 2011 untuk aku. Kenapa? Okeyyy, sebab :

1) Kali kedua naik bot River Cruise. Kali pertama kureng perasaan, kali kedua penuh perasan. Yelah, sepanjang perjalanan 45 minit (bayar RM10) feeling perasan Puteri Hang Li Po gitu. Subhanallah, cantik gila. Tenang jiwa raga. ‘Bagai semua masalah telah saya dibungkus dan dicampak ke dasar Sungai Melaka’, kataku ketika diwawancara. Wahaha. Terbayang adegan filem Back to the Future versi Parameswara dan pokok Melaka. Cuma Micheal J. Fox bukan heronya dan aku bukan saintis. Wah review, tertarik tertawan teruja nak datang? Datang sendiri dan rasai, bagai berada di alam fantasi!

2) Ada pelancong dari Banting, Selangor beli cenderahati pertama dari Melaka, setelah 2 tahun 3 bulan. Yeayyy dapat beli pelekat peti sejuk. Tu je, cheapskate! Kat mana beli? Pahlawan Market. Sila datang, beli 1 percuma 0.

3) Bila berada di Kota A Famosa jam 11pm, jangan sesekali bercerita pasal tu pada bakal mak mertua walaupun anda tak ada modal bercerita. Paham-paham sendirik kenapa. Err, bukan apa makcik, saya kempunan nak lawat A Famosa, malam pon jadilah. Padahal dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Uhhhh.

Lawatan setakat itu, cukup membuktikan aku take things for granted. Tidak sedar apa yang aku ada ketika aku ada waktu. Oh ye makcik, sebab nilah saya bergentayangan kat Kota A Famosa pukul 11pm. Sebab ini sajalah masa yang ada walaupun dah duduk Melaka 2 tahun 3 bulan. Errr, alasan tak konkrit. Teeettttttttt~~~

Advertisements

3 responses

  1. teeettttt!!!baru melawat melaka ke sil..aiyaa..ko nih..lenkali ajakla aku.hihi.teringin nk jln2 zoo melaka pulak.n jonker street..sgt2 mahu..silala bwk aku..huhu..wah..river cruise for only rm10?lehla aku ajak mr hubby.ala2 venice gitu..hehe.. 😛

  2. Kan,murah kan:-Dberbaloi sbb spnjg prjalanan ada penerangan.hampir sume dinding bgunan dlukis dgn sejarah melaka.pastu sgt warna-warni.ada silhouette lg.ada kg.morten,sume rumah cantik.hehe.ada rasa nostalgik kat situ.zoo melaka,aku dah g,mmg best.joker walk aku xprnh jalan.tp bila krg ada nnti kt g ya;-)melawat melaka yg brsejarah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s