Sah, memang sah!

Apa nak jadi apa nak jadi sampai sekarang tak insaf lagi EH Eh eh. Nyanyikan gaya Tan Sri SM Salim. Dah terhantuk baru tengadah. Apa daya nasik dah jadi bubur. Dah sakit baru nak insaf. Typical manusia. Mudah lupa. Arakian yang kengkawan tau, aku sangat lemah a.k.a. lembik. Sakit sikit, frust sikit dah kalah ayam berak kapur. Baru panjat Gunung Ledang sikit dah pancit. Tak fit. Bak kata Samy Vellu, stamina illek. Eh citer Gunung Ledang ni citer lain, jadi tak harus stori mori kat sini.

Harini tak sihat kot. Sebab simptom-simptom pelik spt :

1. Pergi tandas tadi air paip dia rasa macam baru cair dari salji. Sejuk gila macam air paip kat kampung buat ambik wudhu’ Subuh. Ke kulit i sensitip? Tak pernah la pulak i pi stay obersi walau sehari dua sepanjang  hidup. Oh, ada sehari. Pi Singapura. Eh tapi tu tak kira obersi ada salji kan.

2. Sakit tekak sepanjang hari memuramkan dunia. Jadi terpaksa kurang cakap sampai orang ingat aku demam. Oh ye, memang i demam, demam kura-kura. Jadi silalah dengar bunyi batukku yang merdu bak buluh perindu ni.

3. Sejuk organ dalaman. Sakit pinggang. Urat saraf rasa bisa2 manja. Mata panasss. Sekejap sejuk lepastu panas. Sakit kepala lagi fening sampai tak mampu buat kerja secara laju-laju dan rajin. Alasan maha kukuh padahal hari-hari pun produktiviti ciput je.

Hai cepat2lah hari ni berlalu. Cepatlah pukul 5. Nak balek lepastu landing tanpa kena makan ubat. Tak suka obat. Hai obat hai obat jauhlah dari saya.

Setelah dikaji selidik, rasanya ni bukan demam kura2, tapi keracunan makanan la. Mari detektif bentangkan hasil kajian. Teringat dulu aku makan lauk kenduri campur2 & malam tu pulak makan sup daging+nasik+air susu. Sungguh padanan sesuai, akibatnya esok mc tak pasal2. Semalam pulak, sarapan nasik lemak lauk ayam goreng, tengahari makan nasik lauk ikan talapia goreng berlada, petang makan dasyat berupa pakej nasi putih+sup kosong+sambal belacan+tomyam campur+kerabu sotong+kerabu mangga+kailan ikan masin+daging goreng kunyit. Kepada bakal mak mertua, saya tak selalu macam ni. hehe.*segan*.Makan bertiga okeyyy. Dan, selamat datang hari ini yang tak menyihatkan 😦

Sah, memaaaang sah!!!!Aku keracunan makanan dan pemalas jumpa dokter. Merintihlah sampai jam 5 ya! tahniah (yang sarkastik). Insaflah yang aku memang kena makan berjaga-jaga. Harus ade padanan makanan yang sesuai. Takde kerabu-kerabu sotong dah! Perut kiter kater, sekali sekala bukan hari-hari tau lepasni. Camne nak diet poket ni?

Advertisements

10 responses

  1. hahaha..bercMPUR ion2 dlm mknan tu..laut dan darat..nak pulak mkn byk2..tak berehat perut tu..setiap saat bekerja..maka berpuasa la 3 hari dlm sebulan eh ^_^

  2. uik?mana yg keracunannya?krabu sotong kah?mcm x mkn krabu sotong pn ms kracunan mknan yg 1st tu…mcm salah je kajian ini…siap keracunan mknan leh tulis blog? ;p maybe bwk laptop msuk toilet, menaip smbil membuang x.. ;p

    • s@k : ahaha salah ke kajian ni. almaklumlah amatur je. ni entry backdated. sbnrnya keracunan makanan sbb byk sgt bercampur2 makanan tu. perut tak tahan. jadi x stabil sekejap 🙂 kesian kerabu sotong tak salah.

  3. sil i baru nak belanja u makan kerabu sotong…tapi u dah insaf xnak makan plak…alahai nampaknya i makan sorang2 la nampaknya….apa nak buat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s