Salam Maal Hijrah+Resolusi 1432H

Salam Maal Hijrah semua. Wahai diari, lately cuaca saya agak mendung. Bilakah mendung nak berarak pergi dan membawa warna-warna pelangi, saya tak tau. Itu rahsia Tuhan. Terkadang terfikir mengapakah solat 5 waktu yang dilakukan selama ini tak dapat membedung diri dari melakukan perkara-perkara lagha. Tidak khusyukkah? Kurang ikhlaskah? Memang saya akui kurang jaga solat awal waktu. Tidak utamakan yang utama.

Apapun, m00d untuk hapdet entri tengah membuak-buak. Better earlier than never. Untuk tahun baru ni resolusi saya DUA saja. Fikir + Zikir. Iham dari kuliah Dr. Daniel. Pengetua sekolah dulu cakap berfikir tentang kebesaran Allah pahalanya lebih besar dari solat sunat. Hatta cuma lihat semut-semut di tepi longkang. Banyak berfikir menjana minda, banyak berzikir menjaga hati. Bila minda + hati bersatu maka terbitlah mahabbah dan mawaddah. Eceh. Hamba berfalsafah pula.

Saya juga mahu lahir sebagai insan baru. Sebab diri ini ibarat kain putih yang telah dicorak dengan pelbagai warna, moleklah jika dimurnikan lagi warnanya lebih indah dan berseni. Nantikan perubahan saya. Ianya tidak mendadak. Dan mungkin seperti tiada. Cukuplah sedikit dari tiada langsung.

Permudahkanlah jalanku Ya Allah. Berilah padaku maghfirah. Kurniakanku dengan keikhlasan dalam segala-galanya. Jadikanku hamba yang banyak berfikir, dan banyak berzikir. Amiiin. Semuanya dengan izin Allah.

Salam Maal Hijrah sekali lagi. Jangan lupa baca doa awal & akhir tahun dan setkan azam / resolusi masing-masing. Saya dah ada, bukan setakat draft di minda saja. Harapnya menjadi realiti. InsyaAllah.

Advertisements

4 responses

  1. salam maal hijrah sil..moga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya….btw, tiba2 i terpikir, maybe sepatutnya azam yang membuak ni juga perlu ada pada kita setiap kali bertukaqnya buku amalan kita….tukaq buku amalan baru tu waktu nisfu syaaban kan? ka i tersilap yer…..klo i tersilap tolong betulkan yer….

    • terima kasih kak. salam maal hijrah kembali. sikit2 lama2 jadi bukit kan. a ah itu masa nisfu syaaban. boleh baca lanjut kat sini : almizan.wordpress.com/…/nisfu-syaaban-dan-fatwa-tentangnya/ . terajin pulak gugel2 di waktu petang ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s