Blessing in Disguise 2

Setelah sekian lama akhirnya tertunai juga hasrat menyambung kembali episod cinta yang lama berciciran ni. Boleh rujuk entri ini untuk episod pertama. Isnin tu memang aku berborak lama dengan sahabat karib yang lama tak jumpa, Balqis. Nama selembut pemiliknya. Namun tegas dan berdedikasi bila bekerja. Amboi beli jiwa nampak. Ada hikmah bila aku ulang-alik 3 kali dari rumah ke LCCT hari tu. Pertama, dapat tambah pengalaman memandu mengharungi badai kenderaan kat laluan KLIA. Kedua, dapat hang out dengan 2 of my besties bersama-sama, dalam Itam. Aku sahabat baik Hamnah, aku juga sahabat baik Balqis, tapi Hamnah dan Balqis bukanlah sahabat baik. Mereka kawan. Sungguh berputar hipotesis. Mereka berdua adalah manusia karakter sangat berbeza dan aku bahagia dengan mereka. Each one of them.

Sebab adik Balqis salah tengok waktu depart kat tiket flight, 3 kali itulah tawaf Olak Lempit-LCCT. 2nd time aku hantar Balqis, aku balik terus sebab dah janji dengan Hamnah. Nak dijadikan cerita Hamnah join sekali aku ambik Balqis dari LCCT buat kali ketiga sebab ada misunderstanding pasai tiket. Jadi, akhirnya kami bertiga balik semula ke Banting dalam satu kereta. Kali pertama seumur hidup aku dapat hang out bertiga bersama.

Dan, malam itu………………………………jeng jeng jeng. Terlajak pula di kedai makan kat Banting. Sebab seronok sangat tu adalah hamba Allah ni lupa esok pagi kena bangun awai gerak balik Melaka. Nasib baik sempat, taklah jadi macamni.

Ustazah Hamnah & Dr. Balqis

Seorang mendidik anak bangsa, seorang merawat pesakit nun di Papar sana. Aku?. Merawat hati di Melaka. Hari yang sama jugalah aku dapat gelang mutiara made in Sabah dari Balqis dan pin comel bertulis ‘Be A Smart Muslimah’ dari Hamnah. Hamnah teman yang sangat baik sebab tak pernah lupa bagi hadiah birthday. Ehehe beli jiwa lagi. Balqis pun sama. Kami mencoret rahsia bersama sebab kami adalah kaum hawa.

Advertisements

6 responses

  1. banyak sekali entri hang kali ni sampai akak terpikir, “aku tenahbercuti ka sil yang enga bercuti?” sebab akak dah lama gila tak updet blog sekali hang plak updet 3 entri sekaligus…baguslah tu angin rajin kembali bertiup……=)

    • kak tak hapdet blog sebab kak syikin banyak hapdet gambar kat fb. entri kite banyak sebab kite pulak banyak mengarut kat sini. kan orang putih cakap ‘a picture tells you thousand stories =). so, we’re even.

  2. erk..terpaksa taip sekali lagik sebab yang atas tu banyak sangat typing error…huhuhu
    banyak sekali entri hang kali ni sampai akak terpikir, “aku tengah bercuti ka sil yang tengah bercuti?” sebab akak dah lama gila tak updet blog sekali hang plak updet 3 entri sekaligus…baguslah tu angin rajin kembali bertiup……=)

    • sebab kak taip 2 kali dengan rajin maka kite pun reply 2 kali sebagai membalas jasa baik kak. heheh. meh kite jawab soalan tu : semestinya kak syikinlah yang tengah bercuti. cuma aura rajin tak kena tempat tiba-tiba datang. hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s