Jagalah matamu sebelum kamu ditimpa kerabunan.

Ketiadaan internet beberapa hari lalu menyebabkan 1/50 jiwaku pergi, kata Anang. Aku baru menyedari kewujudan hobi baru ini – melayari internet. Tahapnya samalah macam hobi nombor tiga paling faveret – menonton TV. Setelah tewas di tangan hobi kekal nombor 1 – membaca ( haha ye ke ) dan nombor dua – beradu ( nak letak hobi tempat pertama maluuuuuuuuu). Hobi menulis jatuh bedebuk ke tangga nombor 4. Kalau dulu, sebab banyak menonton TV maka mata menjadi kureng normal a.k.a. rabun cap ayam. Jangan tak tau bahawa akulah pioneer dalam bidang kerabunan. Dalam famili, sesiapa yang pakai spek dikira abnormal a.k.a c***t. Paham kan?. Masa umur darjah 3 SUDAH RABUN. MasyaAllah. Tengok TV senyap-senyap dalam gelap punya pasal. Sungguh kurang kesedaran sivik.

Ahli majlis sekalian, menjadi perintis dalam arena kerabunan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan apatah lagi rabun sebab tengok TV banyak sangat dalam gelap. Agak-agak kalau boleh jarak seinci mau aku dekat dengan TV (seinci kau. Jelas menipu di situ). Dulu, menasihati aku tengok TV dengan jarak adalah sangaaaaaaat mustahil lagi la mumkin. Bagai mencurah air ke daun keladi.

Sebab aku nak sangat tengok filem Cina kat TV3 masa hujan lebat dululah TV rumah kena sambar petir lalu insaf sekejap. Sebab aku degil baca buku cerita dalam gelap setiap hari wajib dua buku cerita maka aku tambah rabun. Degil tengok Lingo waktu Maghrib senyap-senyaplah Tuhan terus balas dengan kerabunan cash. Dan lihatlah saya seawal 10 tahun sudah bercermin mata malu-malu dalam kelas. Balik kampung Paman Kacok gelar Datin sebab pakai spek. Apa relevan kat situ aku betul-betul tak tau.

Maka selaras dengan kewujudan hobi baru melayari internet, dengan ini aku berdoa janganlah Tuhan tarik atau kurangkan nikmat penglihatan yang telah dipinjamkan olehNYA ini.  Dan bagi sesiapa yang tak tau, aku pakai kanta lekap sejak 2008. Berhenti pada 2009 sekejap dan sambung pakai CL semula sampai sekarang. Alhamdulillah sangat selesa. Tiba-tiba teringat jawapan klise yang aku bagi kat suami Kak Syikin bila dia tanya kenapa pakai CL? Aku jawab dengan keyakinan diri yang tinggi ‘Oh senang bila nak ambik wudhu’. Padahal malu bagitau yang aku selalu lupa letak cermin mata kat mana. Baguslah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s