Berkat keyakinan diri yang tinggi.

***entri ini sangat panjang. siapa tahan baca sampai habis memanglah teman sejati.

Sebelum bercuti panjang hoyeah balik kampung petang ni dan kendian menuju Gunung Ledang untuk geng OL punya vacation, aku hapdet laju-laju entri. Bila stress, aku suka balik kampung. Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak membakar semangat aku membakar kereta ehh bukan membawa kereta. Bosan rupanya balik sorang-sorang. Kan best kalau ada orang teman. Rumah aku best sebab suasana dia. Rumah aku tak besar, tak hebat pun. Tapi tetap cantik di mata. Kan beauty lies in the eyes of the beholder.

Takut sebenarnya bawak kereta jauh-jauh tapi confident level memang tinggi bila sebut balik kampung. Aku memang confident level tinggi kalau melibatkan benda pelik-pelik. Dulu mati-mati cakap takut bawak kereta tapi bila ada kereta langkah memanglah panjang balik kampung. Dulu tak ada kereta pun semangat jitu merentas negeri naik bas komuter bagai balik kampung. Terima kasih kat kengkawan yang terlibat bantu aku balik kampung.

Ada satu masa Darjah 3 tu aku si rabun cap ayam tapi tak mau pakai spek kena baca petikan kat depan. Jarak dari kerusi dengan papan hitam memanglah jauh. Memang tak nampak. Tau tak apa aku buat? Balqis duduk kat sebelah aku masa tu. Aku pesan siap-siap dah kalau cikgu Hasbuna panggil nama aku tolong back-up. Memang rezeki murah Cikgu Hasbuna panggil suruh baca. Masalahnya aku tak nampak petikan kat papan hitam tu. Kerabunan aku adalah satu rahsia besar yang takde orang tau. Aku berdiri. Diam lama. Macam orang bodoh. 1 minit berlalu. Eh eh apasal awak tak baca?. Sekejap cikgu, ambik mood. Sambil cuit-cuit Balqis. Lalu Balqis si bijak pun bacalah pelan-pelan dan aku ulang balik apa yang dia cakap. Ye, dia cakap pelan-pelan tahap aku sorang je boleh dengar. Dia bisik, aku sebut kuat-kuat, budget baca petikan la, walhal satu hapa pun tak nampak. Petikan tu pasal orang pergi bercuti kat Genting Highands kot. Sampai satu part si Balqis bisik cenggini ‘mereka melalui genting sempah..’ lalu aku pun pelik dan membaca dengan yakin ‘mereka melalui genting sampah..’ sebab aku yakin sampah adalah perkataan yang tepat. Walau kena gelak aku tetap yakin. Dan membawa keyakinan tu hingga satu hari aku tengok berita oh ada rupanya tempat nama Genting Sempah. Kenapa tak cakap awal-awal?

Ada satu kali jugak kat sekolah rendah agama, ustazah suruh lukis gambar buah rambutan, manggis, sukun dan durian. Dan tulis nama dia dalam Bahasa Jawi. Cepat je aku lukis gambar buah tu semua, kecuali sedikit konfius kenapa tanda sukun termasuk dalam golongan buah? Ustazah silap ni, kata aku sambil melukis juga tanda bulat mewakili tanda sukun (sukun dalam bacaan Quran tu). Cepat je hantar kat ustazah tapi kena gelak. Kenapa sukun awak kecik sangat ni?, kata ustazah. Yela takkan la nak lukis mad sukun tu besar-besar? Rupa-rupanya, wujud sejenis buah bernama sukun yang bersaiz umpama durian D44 yang pokok dia ada depan rumah aku. Ini kes terlalu taksub dengan tv sampai nama je orang kampung tapi tak kenal buah sukun. Haish.

Satu lagi masa sekolah agama jugak, Darjah 2. (Oh daya ingatan aku kuat la). Waktu ustazah suruh baca ramai-ramai rukun Islam kelima ’menunaikan haji bagi yang berkuasa’ aku tak setuju lalu aku ganti berkuasa jadi berpuasa. Sebab aku ingat berkuasa maksudnya kaya dan bongkak maka orang miskin tak layak pergi haji kah?. Ustazah silap ni, kata aku. Patutnya orang berpuasa lah boleh pergi haji sebab diorang laksanakan rukun Islam kedua. Sampai ke sudah aku hafal macam tu. Dari rukun islam pertama sampailah kelima. Oh silap fahaman rupanya. Takpe, belajar dari kesilapan, kata arwah mak.

Dan yang ini, paling terbaru melibatkan kesengalan walau confident level tinggi adalah sewaktu umur aku 26. Dah masuk kereta, siap pakai seatbelt, bukak radio, tekan hand break, masukkan gear, mestilah lepatu jalan kan? Tapi peliknya sebab kereta tak mau jalan. Aku panik. Sebab ada kes kan kereta boleh jammed tiba-tiba. Adalah sorang teman tu suruh tekan minyak. Tapi aku rasa tak perlu sebab jalan rata nanti tekan minyak dia meloncat. Puas kami membelek apa yang tak kena. Rupanya, enjin bertuah tak dibuka lagi macam mana kereta kau nak jalan. Kunci kereta tu bukan perhiasan ya Assila…Saya memang c00l tapi saya lebih gelabah, gabra dan blurr dari c00l.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s